Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LAWATAN

PERSATUAN LESTARI ALAM IPGKDA KE MUZIUM PADI

Lawatan ilmiah ke Muzium Padi ini adalah aktiviti yang telah dilakukan oleh
Persatuan Lestari Alam IPGKDA. Butiran program adalah seperti berikut:

Hari : Ahad

Tarikh : 27 November 2016

Tempat : Muzium Padi , Gunung Riang , Kedah

Masa : 11.00 pagi 2.30 petang.

1. Pensarah Pengiring

a) Ustaz Ab Rahman Bin Ismail

2. Tujuan Lawatan

a) Menambahkan pengetahuan guru pelatih.


b) Menghubungkaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
c) Memenuhi keperluan jam kredit mata pelajaran Kokurikulum Persatuan.
d) Menanakan rasa cinta terhadap tanahair.
e) Pembelajaran melalui pengalaman sendiri.

3. Tempat Lawatan

Selepas mengadakan perjumpaan dengan Encik Abdul Rahman bin Ismail selaku mentor
pada hari Khamis bersamaan 24 November 2016 di Unit Gerko, IPDA. Kami telah
bersepakat untuk mengadakan lawatan ke Muzium Padi yang terletak berhampiran dengan
Pusat Sains.

Muzium Padi Kedah Darul Aman yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar telah
dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada 12
Oktober 2004 bersamaan 27 Syaaban 1425
Masihi. Bangunannya yang berbentuk gemai padi
ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam
buah bangunan sampingan disekelilingnya.

Muzium yang bernilai lebih RM24 juta didirikan di atas tanah seluas 12,000 meter persegi
dimana muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di

1
tengah-tengah hamparan hijau, jika berkunjung pada musim menanam dan dalam
hamparan keemasan pada musim padi masak.

Kami mula membuat persiapan bagi memastikan


perancangan yang dibuat akan berjalan lancar. Kira-
kira pukul 11.30 pagi hari Ahad kami telah bertolak
ke Muzium Padi. Kira-kira setengah jam perjalanan
kami telah sampai di Muzium Padi. Setelah
membayar RM1 dan RM3 (kamera) untuk yuran
lawatan di kaunter, kami diberi keizinan untuk
melawat di sekitar Muzium Padi. Menurut Pembantu
Muzium, Azmi Bakar, 47, tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah
muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan
budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan
mempunyai tiga aras yang membolehkan setiap pengunjung merasai
keunikan dan keindahan yang terdapat di situ. Destinasi lawatan kami
yang pertama adalah melawat di tingkat atas
muzium yang memaparkan lukisan pemandangan
di sekitar Gunung Riang. Menurut pegawai yang
bertugas, lukisan pemandangan yang sangat
menarik itu diilhamkan oleh seorang pelukis Korea dan
mengambil masa beberapa tahun untuk menyiapkannya. Kami sangat teruja dengan lukisan
tersebut kerana lukisan itu betul-betul hidup.

Lukisan ini memaparkan aktiviti sosial


masyarakat di sekitar kampung di Gunung
Riang seperti bersawah, berniaga, dan
mengadakan kenduri.Bukan itu sahaja,
pengunjung juga dapat melihat suasana yang
harmoni serta semangat kerjasama yang
dipraktikkan dalam masyarakat kampung
tradisional.

Selepas itu, kami turun ke bahagian bawah untuk melihat pelbagai peralatan yang
digunakan oleh petani dan pesawah semasa melakukan aktiviti bersawah. Berdasarkan

2
informasi yang kami peroleh daripada papan tanda di situ, terdapat dua musim menuai iaitu
musim timur dan musim barat.

Pada aras pertama, pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi


Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional
seperti onak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain. Bagi yang ingin mencuba
pengalaman baru, bolehlah belajar memukul (membanting) padi dan menumbuk padi di sini
dan untuk penggemar ikan, boleh juga melihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus,
antaranya sepila, tuar, bubu serta tangkul di samping boleh mengenali ikan-ikan seperti
puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi.

Pada aras kedua pula, ia mengandungi enam galeri di mana galeri-galeri ini
memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari
zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga sebuah lukisan yang menggunakan
teknik semburan batu kristal yang pasti membuat anda terpesona dan pada mereka yang
ingin menambah pengetahuan, bolehlah menonton dokumentari mengenai kaedah
penanaman padi yang ditayangkan setiap hari dan dari aras dua ini juga pengunjung boleh
melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan
menuai.

3
Kami tidak melepaskan peluang untuk turut mengambil gambar bersama patung kerbau,
yang juga merupakan salah satu haiwan yang digunakan untuk membajak. Paling menarik
sekali adalah kerana bahasa kerbau juga dipaparkan untuk pengetahuan pelancong
contohnya haih bagi mengarahkan kerbau berjalan.Di sana juga dipamerkan mesin-mesin
yang digunakan untuk memproses padi seperti mesin pelerai.Di samping itu, kami telah
menimba banyak pengetahuan mengenai semangat padi dan kawalan musuh yang
dilakukan untuk menangani penyakit padi,tikus dan burung.Kami juga tidak lupa untuk
mengambil gambar burung hantu yang jarang-jarang boleh dilihat pada siang hari.Kami
bertolak pulang ke kolej kediaman selepas mengambil gambar kenangan bersama
mentor.Kira-kira pukul 3.00 petang kami tiba di kolej kediaman.Walaupun penat kami berasa
sangat seronok dan berharap dapat meluangkan masa bersama pada masa akan datang.

Disediakan oleh :

....................................

(Mashitah Binti Shaari)

Setiausaha Persatuan Lestari Alam IPGKDA

Anda mungkin juga menyukai