Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

Bilangan Jurnal : Kesepuluh MINGGU


: 14 Ogos 2022
Tarikh 10

: Tahap Penerimaan Murid Dalam Mempelajari Ilmu Pendidikan Jasmani


Tajuk
Yang Pelbagai

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Selain mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Saya diberi amanah untuk
mengajar murid tahun 6 Harapan seramai 32 orang yang meliputi 23 orang murid
perempuan dan juga 9 orang murid lelaki. isu yang saya dapati sepanjang 3 minggu
menjalani praktikum di sini, murid-murid saya tidak begitu memperlihatkan
kesungguhan dalam menerima arahan saya semasa proses PdPc Pendidikan Jasmani
berlangsung. Hal ini dikesan melalui tindakan murid saya yang sering meminta dengan
membuat protes untuk bermain bola mati sedangkan Pendidikan Jasmani meliputi
segala aspek kemahiran sukan yang lain. Perkara ini sedikit sebanyak membuatkan
saya agak terkesan untuk melakukan rombakan perancangan yang bagus supaya
murid tidak lagi untuk hanya berfikir untuk bermain satu permainan sahaja pada setiap
kali waktu PJ berlangsung.
2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :
Antara punca berlaku isu ini mungkin disebabkan oleh tahap penerimaan murid
yang tidak bersedia untuk menerima aktiviti kemahiran Pendidikan Jasmani yang lain.
Bagi mereka, Pendidikan Jasmani hanyalah satu sukan yang hanya melibatkan
permainan semata-mata padahal secara nyatanya terdapat pelbagai aktiviti Pendidikan
Jasmani yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Pengajaran seperti
aktiviti ansur maju untuk sesuatu kemahiran tersebut. Sebagai contoh, jika pada ketika
itu kemahiran yang guru ingin sampaikan adalah kemahiran membaling maka dengan
itu, setiap perancangan pengajaran harian Pendidikan Jasmani itu harus mempunyai
langkah-langkah ansur maju kemahiran yang murid perlu kuasai sebelum
pengaplikasian kemahiran pada aktiviti kemuncak iaitu permainan kecil.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):
Secara umumnya, Pendidikan Jasmani terbahagi kepada tiga aspek iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif. Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan
kemahiran yang diajar manakala aspek kognitif adalah mengenai pengetahuan yang
akan disampaikan. Aspek afektif adalah melibatkan emosi dan sikap yang diterapkan
oleh guru kepada pelajar. Menurut Capel dan Piotrowaki (2000) dalam NorFatin
Syuhada & Tajul Ariffin (2018), Pendidikan Jasmani adalah suatu proses
  pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu,
kemahiran dan kefahaman serta menggalakkan kecekapan fizikal. Tambahan pula,
menurut Pid Song (2006) juga berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani bukan
sekadar satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan menyihatkan tubuh
badan dan malah mampu melatih pelajar menjadi lebih berdisiplin. Maka boleh
dirumuskan bahawa Pendidikan Jasmani bukan hanyalah semata-mata bermain
kosong tanpa sebarang elemen yang dapat membentuk jati diri murid-murid.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan penelitian yang telah dibuat oleh saya, berikut adalah antara
cadangan alternatif saya dalam menangani isu yang berlaku pada minggu ini :
-membuat perbincangan lanjut dengan guru pembimbing Pendidikan Jasmani
mengenai isu
-menyediakan satu perancangan aktiviti yang menarik sehingga boleh membuka minat
murid untuk mempelajari kemahiran Pendidikan Jasmani yang lain dengan
menggunakan pendekatan gaya pengajaran yang lebih menarik perhatian murid

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu
6.TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan susulan dengan membuat perbincangan lanjut
dengan guru pembimbing Pendidikan Jasmani untuk mendapatkan pandangan dan
tips untuk mengubah persepsi murid untuk terbuka lebih menerima aktivti kemahiran
  Pendidikan Jasmani yang lain. setelah itu, saya juga akan menyediakan satu
perancangan aktiviti yang menarik sehingga boleh membuka minat murid untuk
mempelajari kemahiran Pendidikan Jasmani yang lain dengan menggunakan
pendekatan gaya pengajaran yang lebih menarik perhatian murid.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


18 OGOS 2022

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Saya juga cuba untuk refleks tentang pengurusan masa dalam memastikan
murid boleh mengikuti langkah pengajaran saya.Sebagai tindakan susulan, saya akan
sentiasa memastikan :
-menambahbaik aktiviti yang kurang sesuai kepada aktiviti yang lebih relevan bagi
murid saya agar dapat dilakukan oleh mereka.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Saya merasa amat berpuas hati dengan hasil daripada tindakan yang diambil.
RUJUKAN

Ismail Yaakob. (2015). Kecekapan Pengurusan Kelas Pendidikan Jasmani Dalam


Kalangan Guru PraPerkhidmatan. Universiti Sains Malaysia.
http://eprints.usm.my/30542/1/ISMAIL_BIN_YAACOB.pdf

Nor Fatin Syuhada & Tajul Ariffin. (2018). Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Pendidikan
Jasmani Di Sekolah Menengah Sekitar Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Jurnal
Pendidikan.
http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2018/08/10.NORFATIN_SYUH
ADA.pdf

Disemak Oleh Guru Pembimbing; Disahkan Oleh Pensyarah Penyelia;

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

Anda mungkin juga menyukai