Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA SEMINAR KESIHATAN WANITA

.
.... .
Yang Dialu-alukan ...penceramah jemputan kita pada hari ini, Yang
Berusaha, saudara Mohamad Izzat bin Mhd Nasir, Yang DiPertua Persatuan
Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis, saudari Noorzilawaty binti Mansordin,
ketua biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI), merangkap pengarah program
Seminar Kesihatan Wanita serta para peserta program yang dihormati
sekalian.


Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya
dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh barakah ini bagi menjayakan
satu program yang sangat bermanfaat iaitu Seminar Kesihatan Wanita.
Semoga segala yang telah kita rancang dapat dilaksanakan dengan baik
serta usaha-usaha kita ini akan beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
Bagi memberkati lagi program kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan saudara Ashaari bin Selamat untuk memimpin
lafaz bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Untuk pengetahuan semua, Seminar Kesihatan Wanita ini adalah anjuran
Biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI) Persatuan Guru Pelatih Islam IPG
kampus Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Semoga
dengan adanya program ini akan dapat memberi pendedahan yang lebih
khusus mengenai kesihatan wanita.

Sebelum kita teruskan program ceramah ini, elok kiranya kita berkenalan
terlebih dahulu dengan penceramah jemputan pada hari ini. Beliau
adalah
Tanpa
melengahkan
masa,
mempersilakan untuk
.
Dipersilakan..

majlis
dengan
segala
hormatnya
memberi pengisian yang bertajuk

...
*******(buka kepada persoalan kalau perlu)
Terima kasih diucapkan kepada .. atas pengisian yang
begitu bermanfaat sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, majlis
menjemput saudari Munirah binti Mohamed Abdul Halim, Naib Yang Dipertua
II PGPI bagi mengiringi Ustazah Saidah binti Haris untuk menyampaikan
sedikit cenderamata kepada .
Terima kasih diucapkan.
Seterusnya, para hadirin dijemput untuk menjamu selera di bahagian luar
dewan dan diminta masuk semula ke dalam dewan tepat jam pagi.
Majlis ditangguhkan dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

SLOT 2

.

........ .
Alhamdulillah dengan izin dan inayahNYA, kita masih lagi dapat bersama
untuk meneruskan program pada hari ini. Terima kasih atas kerjasama dan
komitmen para hadirin sekalian. Sebelum itu, majlis mengalu-alukan
kehadiran penceramah jemputan kita pada pagi ini iaitu.
Seminar Kesihatan Wanita akan diteruskan lagi dengan slot ke-2 yang akan
disampaikan oleh ..

Sebelum kita teruskan kepada pengisian slot, saya ingin memperkenalkan


serba ringkas berkenaan penceramah jemputan kita pada pagi ini. Beliau
adalah
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan untuk
menyampaikan pengisian yang bertajuk...
Dipersilakan

...
*******(buka kepada persoalan kalau perlu)
Terima kasih diucapkan kepada .. atas pengisian yang
begitu menarik sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan dan ingatan,
majlis menjemput saudari Noorzilawaty binti Mansordin, ketua Biro Hal Ehwal
Wanita Islam (HELWANI) bagi mengiringi Ustazah Raihaniah binti Zakaria
untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada .
Terima kasih diucapkan.
Dijemput ..untuk menikmati sedikit jamuan ringan.
Alhamdulillah, dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu sebentar
tadi, maka Seminar Kesihatan Wanita pada hari ini telah sampai ke
penghujungnya. Diharap agar program ini dapat memberi pelbagai input
yang berguna kepada kita dalam hal-hal berkaitan kesihatan wanita. Saya
mewakili pihak penganjur dan jawatankuasa kerja mengucapkan jutaan
terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh hadirin
sekalian. Ampun maaf dipinta atas segala kekurangan dan kelemahan
sepanjang program ini berlangsung. Segala yang baik itu datangnya
daripada Allah dan segala yang tidak baik itu juga datangnya daripada Allah
tetapi disandarkan kepada kelemahan diri kami. Saya akhiri majlis kita pada
hari ini dengan lafaz yang mulia


Majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Anda mungkin juga menyukai