Anda di halaman 1dari 13

BANGUNAN

BERSEJARAH
(MASJID UBUDIAH)

NAMA : IKMAL DANIEL BIN MOHD MUSTAFFA


KELAS : 2 AMETHYST
NAMA GURU : PUAN AIN
KERANGKA KASAR

1. Pengenalan

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid
negeri.

2. Objektif :

i. Saya dapat mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat tentang masjid ini.
ii.Saya dapat menambahkan pengetahuan.

3. Kaedah Kajian :

i. Melayari Internet.
ii.Kaedah penyelidikan perpustakaan.

4. Latar Belakang Bangunan :

i. Lokasi : Jalan Istana,Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.


ii.Tahun Dibina : Tahun 1913

5. Struktur

i. Berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh
kubah-kubah.
ii.Bentuk dindingnya memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya
serta dikelilingi dengan empat buah anjung.

6. Sebab Bangunan Dibina

Masjid ini dibina di atas titah Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, Sultan Perak Ke-28, kerana
menunaikan nazar baginda.

7. Langkah-langkah Memelihara dan Memulihara

Memulihara :
i. Membaiki bahagian masjid yang rosak.
ii.Sentiasa menyelenggara peralatan di dalam masjid.

Memelihara :
i. Jangan membuang sampah merata - rata di dalam masjid.
ii.Menyusun selipar dengan teratur ketika hendak masuk ke dalam masjid.

8. Rumusan

i. Saya bangunan bersejarah ini diperlihara dan tidak dilupakan.


PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus Sejarah yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk
“Bangunan/Binaan Bersejarah”.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu penting yang banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali
kepada Puan Pengetua SMK Puchong Permai, Puan Hajah Rahmah kerana beliau
telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Puan Ain kerana memberikan tunjuk
ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga
sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan
nasihat yang amat berguna.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan
dan dorongankepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini
mengenai krtja kursus ini amat saya hargai. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-
pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang
kerja kursus ini dijalankan.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi cobjektif-objektif yang berikut :

i) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah

yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan cara yang

betul, jelas dan tepat. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan

menganalisis maklumat tentang sejarah Masjid Ubudiah.

ii) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang sejarah Masjid Ubudiah. Ini juga

memberi saya pendedahan untuk mengenali dan memahami dengan lebih terang tentang

masjid ini serta berkesempatan untuk membuat kajian yang berkaitan dengan latar belakang

Masjid Ubudiah.

iii) Kajian ini juga dapat melahirkan perasaan bangga terhadap peristiwa bersejarah yang

terdapat di negara kita dan menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa

bersejarah.
KAEDAH KAJIAN

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah :

1. Melayari internet

Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai bangunan Masjid Ubudiah dengan
melayari internet. Banyak maklumat yang telah saya perolehi melalui kaedah ini. Salah satu
laman web yang saya layari ialah Wikipedia.

2. Media

Saya telah menganalisa media massa dan media cetak seperti internet, majalah-majalah
dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan
yang telah saya pilih dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenainya.

3. Bimbingan Guru

Saya juga telah mendapatkan bimbingan, tunjuk ajar dan beberapa maklumat tentang
bangunan bersejarah daripada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu Puan Ain.

4. Penyelidikan

Saya membuat penyelidikan di perpustakaan awam. Saya merujuk beberapa sumber seperti
buku, risalah, majalah dan keratan akhbar lama. Maklumat yang berkaitan difotostat dan
disalin di dalam buku catatan.
HASIL KAJIAN
Pengenalan

Masjid Ubudiah merupakan antara sebuah masjid yang tercantik di daerah kuala Kangsar.
Masjid ini juga merupakan salah satu masjid yang menjadi kebanggaan rakyat jelata negeri
Perak .

Masjid Ubudiah ini telah dibina di Bukit Chandan. Masjid ini telah dinamakan Masjid
Iskandariah kerana ianya dibina berdekatan dengan kawasan Istana Iskandariah. Masjid ini
juga dikenali sebagai Masjid Diraja.

Latar Belakang Bangunan

Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan

masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari

penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris

Murshidul Adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan

sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari

Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan.

Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan

Perak ke-28. Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang

dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja Chulan.

Struktur Bangunan

Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadi Masjid Ubudiah salah satu masjid yang

mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta

pelancongan Malaysia. . Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta

dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid

ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.
Sebab Bangunan Dibina

Masjid ini dibina atas titah perintah Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) yang merupakan

Sultan Perak yang ke-28.Baginda bernazar untuk membina masjid ini setelah baginda pulih daripada

penyakitnya.

Baginda meluahkan hasrat baginda yang bernazar membina masjid ini ketika Baginda beristirahat

dalam rawatan di Port Dickson Negeri Sembilan. Gambaran peta dibawah ini menunjukkan lokasi

masjid ini dan kawasan di sekitarnya.

Fungsi & Keadaan Bangunan pada masa kini

Masjid ialah tempat beribadat yang khusus,seperti solat dan iktikaf.Bangunan ini juga merupakan

pusat kebudayaan,muamalat,dan perkembangan dakwah islamiah,serta pusat aktiviti umat

islam.Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap,tetapi bergantung kepada budaya masyarakat

islam setempat.

Fungsi masjid selain tempat beribadat ialah:-

Ø tempat penyebaran dakwah dan ilmu islam

Ø tempat menyelesaikan masalah individu serta masyarakat

Ø tempat meneri duta-duta asing

Ø tempat pertemuan pemimpin-pemimpin islam

Ø tempat bersidang

Ø dan masjid juga merupakan tempat bagi kanak-kanak mempelajari ilmu agama dan fardu ain.
Langkah Memelihara dan Memulihara Banguynan

Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak demi memelihara dan

memulihara sesebuah bangunan/binaan bersejarah. Antaranya:

memastikan bangunan/binaan bersejarah tidak dirosakkan - pihak yang bertanggungjawab terhadap

bangunan perlu menjaga bangunan dengan baik dari pelbagai aspek - bangunan lebih tahan lama -

tidak cepat rosak atau musnah

melancarkan kempen-kempen kesedaran - kepentingan menjaga bangunan/binaan bersejarah -

menghargai nilai sejarah - masyarakat lebih sedar akan tanggungjawab untuk sama-sama menjaga

bangunan/binaan bersejarah

menganjurkan seminar atau bengkel untuk mendedahkan kepada pihak luar mengenai pemeliharaan

dan pemuliharaan bangunan/binaan bersejarah

tubuhkan kumpulan sukarela yang sudi menggalas tanggungjawab dalam memastikan

bangunan/binaan bersejarah dijaga dengan baik

jadikan sebagai lokasi tarikan pelanconcongan

menggalakkan penglibatan agensi luar untuk memulihara bangunan lama

menjadikan bangunan/binaan sebagai muzium - buka kepada umum - adakan lawatan di sekitar

bangunan/binaan supaya umum dapat lebih mengetahui tentang sejarah bangunan tersebut

menggunakan bangunan/binaan sebagai pejabat, mahkamah atau tempat belajar - bangunan tidak

terbiar begitu sahaja - dapat tetap bawa manfaat


gi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung,

lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan

mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-

lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi

oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk

mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai