Anda di halaman 1dari 11

MPU 11012 PENGAJIAN MALAYSIA

KERJA LAPANGAN (25%)

KAJIAN
LAPANGAN: MASJID MUHAMMADIAH

NAMA AHLI KUMPULAN: MEOR AZFAR SYAMIM BIN MEOR ZALEHUDDIN

(A16STM21F05)

LUQMAN AL-HAKIM BIN RUWAIDA

(A16ST2M1509)

AHMAD AMRIE BIN AMIRUDDIN

(A16STM21F503)

NAMA PENSYARAH: USTAZ HAMDAN


ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN

1 PENGENALAN MASJID MUHAMMADIAH

2 OBJEKTIF KAJIAN TENTANG MASJID MUMMADIAH

3 SEJARAH TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

4 PENINGGALAN BUDAYA DAN NILAI SEJARAH


MUHAMMADIAH

5 PENGAJARAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

6 GAMBAR-GAMBAR SERTA PENERANGAN

7 KESIMPULAN

8 RUMUSAN

9 SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH


Pembinaan Masjid Muhammadiah (Muhammadiah Chinese Mosque) ini
bermula setelah mendapat perkenan Duli Yang
Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang
Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Perak (MAIPk). Masjid Muhammadiah in
sebenar nya merupakan kesinambungan
daripada sebuah surau kecil yang telah
didirikan pada tahun 1980 yang dipelopori oleh
Allahyarham Tuan Haji Abdul Latif bin Haji
Mohd Kassim bersama-sama penduduk-
penduduk awal Taman Tasek Jaya,
Ipoh.Seterusnya Kerja-kerja pembinaan mula
dilaksanakan pada 24 November 2011 dan siap
sepenuhnya pada bulan Ogos 2013.Disamping
itu,Bagi menzahirkan imej sebuah Masjid Cina
Muslim di Bandaraya Ipoh, masjid ini telah
dibina dengan seni bina Cina sepenuhnya.
Atapnya diimport dari negara China,malah
kerja-kerja pemasangan atap tersebut dipandu oleh seorang juruteknik dari
negara Tanah Besar itu.
OBJEKTIF KAJIAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

Kumpulan saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Lapangan adalah untuk mengkaji
tentang tempat  bersejarah yang berlaku di tempat itu ,iaitu Pembangunan Masjid
Muhammadiah.Melalui kajian ini,Kumpulan saya dapat memenuhi objektif berikut.

Kajian Kumpulan saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

1. Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sejarah
pembangunan yang sahih dengan bertanyakan pada penduduk sekitar Masjid
Muhammadiah.Ini akan dapat membantu Kumpulan saya membuat satu
kajian ilmiah dengan atucara yang betul,jelas dan tepat. Menguasai
kemahiran mencari, mengumpul,merekod dan menganalisis maklumat
tentang asal usul tempat bersejarah ini.

2. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang peristiwa bersejarah di


tempat bersejarah Di Ipoh iaitu Masjid Muhammadiah dan Ini juga memberi
saya pendedahan untuk mengenali dan memahami asal-usul tentang Masjid
Muhammadiah.Seterusnya Kumpulan saya berkesempatan untuk membuat
kajian yang berkaitan dengan latar belakang tempat bersejarah ini.
3. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya
peristiwa tempat bersejarah supaya tidak dilupakan pada zaman sekarang
yang serba canggih ini.

SEJARAH TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

Sejarah tentang Masjid Muhammadiah di Ipoh,Perak:

Tanah di mana masjid itu berdiri dahulunya adalah Madrasah Muhammadiah yang
dibina pada tahun 1973. Pada tahun 1978, sebuah surau kecil telah dibina di
kawasan itu dan dinaik taraf kepada masjid pada 21 Disember 2007.Perancangan
untuk menubuhkan masjid baharu dengan gaya seni bina Cina bermula pada tahun
2008. Reka bentuk masjid telah dimuktamadkan dan diluluskan pada tahun
2009.Pembinaan bermula pada 24 November 2011 dan siap pada 2013.Bangunan
ini mula digunakan untuk solat harian pada Ogos 2013. Ia telah dibuka secara rasmi
oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 18 Julai 2014. Ia merupakan masjid
gaya Cina kedua di negara ini.Ia telah dibina dengan kos MYR4 juta dengan usaha
bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan Ipoh dan jawatankuasa masjid
asal.Pada Ogos 2019, kerja menaik taraf masjid dimulakan dengan pembinaan
dewan untuk pusat pembangunan dan pendidikan.
PENINGGALAN BUDAYA DAN NILAI SEJARAH MASJID MUHAMMADIAH

Setelah kami membuat kajian di Masjid Muhammadiah kami dapat melihat


peninggalan budaya disitu mengekalkan konsep ala-ala cina seperti dekorasi
perabot,corak-corak pada dinding didalam masjid mengekalkan konsep tradisional
cina.Dan Masjid Muhammadiah di Ipoh adalah satu-satunya masjid luar China
mengguna 'bumbung panjang' dan 'bumbung lima' yang menjadi identiti bangunan
tradisi Cina dengan pembinaan dan pemasangannya diselia juruteknik beragama
Islam dari negara itu yang berkhidmat secara percuma demi dakwah di Malaysia.

Seperti di bawah gambar di luar dan dalaman masjid: 


PENGAJARAN TENTANG MASJID MUHAMMADIAH

Pengajaran yang kami dapat lihat disini adalah pemeliharaan bangunan bersejarah
membantu mengingati budaya bandar atau bandar dan masa lalu yang
menarik.Seterusnya Bangunan-bangunan lama ini merupakan peringatan visual
tentang warisan budaya sesuatu kawasan dan penduduk serta industri yang pernah
memainkan peranan penting dalam mewujudkan kawasan itu dan menjadikannya
seperti sekarang
GAMBAR -GAMBAR SERTA PENERANGAN

Semasa membuat Kajian Lapangan ini kami terasa suasana di China kerana
Masjid Muhammadiah ini berkonsep Istana China.Seperti yang anda dapat  lihat
diatas ini sampel gambar kami boleh tunjuk.tempat ambil air sembahyang dan
Masjid Muhammadiah ini mempunyai kolam mini .Corak dalaman Masjid
Muhammadiah berkonsep corak tradisional Cina.
KESIMPULAN

Kesimpulan nya penerapan seni bina tersebut adalah untuk menjelaskan kepada
masyarakat berbilang
kaum negara ini bahawa Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum selama
mana budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam, sebagaimana Islam juga
tidak menghalang pemantapan bahasa ibunda dan kebudayaan masing-masing.
Kumpulan kami berkeyakinan masjid baru in berupaya memberi impak yang baik
untuk keharmonian hidup berbilang kaum serta dapat menjalin perpaduan rakyat.
Masjid ini juga akan menjadi tarikan pelancong apabila penggunaannya meliputi
semua kaum termasuk bukan Islam khususnya, apabila pusat dakwah siap
sepenuhnya kelak. Pusat ini akan dilengkapi dengan peralatan moden untuk
pendidikan, bukan sahaja dalam bidang agama bahkan dalam bidang
kecemerlangan bahasa, kebudayaan dan lainnya supaya masyarakat Islam dan
bukan Islam mendapat manfaat bersama.
RUMUSAN

Rumusan kami disini adalah semasa kumpulan kami menjalankan kajian lapangan
ini.Kami dapat mempelajari kepentingan memelihara bangunanan bersejarah
dengan mancari maklumat di internet dan bertanya kepada penduduk sekeliling
untuk mengetahui sejarah disitu.Dan kumpulan kami mengetahui corak di Masjid
Muhammadiah itu terinspirasi dari corak dari tulisan tradisional Cina dan elemen
Masjid Muhammadiah ini mengguna pakai seni bina `bumbung panjang' dan
`bumbung lima' yang menjadi identiti bangunan tradisi Cina.Selain itu juga reka
bentuk turut menggunakan identiti Cina seperti penggunaan warna merah,
penanaman pokok buluh, geometri serta menara dan pintu gerbang, selain tulisan
Cina pada mimbar yang memetik terjemahan ayat al-Quran dan di pintu masuk yang
menyatakan mengenai Rukun Islam.
SUMBER RUJUKAN

Internet
 https://en.wikipedia.org/wiki/Muhammadiah_Mosque

 https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mengekalkan-bangunan-
bersejarah.html

Kawasan Lawatan Kajian


 Masjid Muhammadiah Jalan Musim Bunga,Taman Tasek Jaya,31400 Ipoh,
Perak.

Anda mungkin juga menyukai