Anda di halaman 1dari 21

UiTM SHAH ALAM

FAKULTI SAINS GUNAAN


CTU 551
KERTAS KERJA TITAS

Pengaruh islam terhadap seni bina masjid di


malaysia
NAMA / NO.  MUHAMMAD MIFDHAL FATHUDDIN B. MOHD
MATRIK AZMI / 2019268308
 MUHAMMAD SYAFIQ B. SABRI / 2019208428
 ALIYA SYUHADA BT. ARIFFIN / 2019230738
 NURUL ATHIRAH BT. ROSLAN / 2019405476
 AMIRAH SAAMIHAH BT. HAMDAN / 2019612158

KUMPULAN AS2401M1
SESI 2019/2020
NAMA PUAN NOOR SALWATI BINTI SABTU
PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 Pengenalan 2-3

2 Penyataan Masalah 4

3 Objektif Kajian 5
4 Kajian Literatur 5-6

5 Metodologi Kajian 6-7

6 Dapatan Kajian 7-17

7 Kesimpulan 18

8 Rujukan 19
PENGHARGAAN

Pertama sekali kami ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk rahmat dan hidayah-

Nya. Alhamdulilah, tugasan kerja kursus projek, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) ini telah

berjaya disiapkan dengan ilham dan, kurniaan dan petunjuk yang diberikan. Selawat dan salam ke atas

junjungan Nabi besar kita, Muhammad S.A.W kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat

baginda dan para tabi‟in, para alim ulama sehinggalah kepada hamba-hamba Allah yang mengikut jejak

langkah mereka.

Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mengucapkan ribuan terima

kasih kepada pensyarah yang membimbing kami iaitu Ustazah Noor Salwati kerana telah banyak

membantu dalam menjayakan kerja kursus ini. Semasa menjalankan projek ini, kami telah menghadapi

pelbagai masalah dan cabaran. Namun, dengan bantuan, dorongan serta sokongan ibu bapa dan rakan,

dapat juga kami menjalankan kerja kursus ini dengan sempurna.

Akhir sekali, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah memberi sepenuh

kerjasama dalam mengumpulkan maklumat untuk menjayakan kajian ini.

Sekalung penghargaan kepada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Shah Alam khususnya

yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada kami dalam mendapatkan bahan dan

sumber rujukan untuk melakukan tugasan ilmiah ini.


PENGENALAN

Dilihat kepada pencapaian tamadun Malaysia hari ini, jelas ketara hasil daripada peranan agama Islam
yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Menelusuri sejarah,
Tamadun Malaysia pada hari ini bertitik tolak dari Tamadun Melayu yang turut mengalami zaman
kegemilangan; lebih-lebih lagi pada era Kesultanan Melayu Melaka.

Pada awal abad 15 Masihi, Melaka muncul sebagai pusat pemerintahan yang unggul di rantau kepulauan
Melayu. Kemunculan empayar ini adalah disebabkan lahirnya beberapa orang ulama dan raja yang telah
berjaya mempamerkan kejayaan cemerlang dalam usaha mendaulat dan memgukuhkan ajaran Islam
sehingga berjaya menjadi tunggak utama di sebalik penyebaran Islam di Alam Melayu.

Penghayatan Islam dalam Tamadun Melayu jelas ketara, melihat kepada nilai-nilai murni yang sebati
dalam ajaran Islam telah mendorong umatnya melakukan perubahan demi perubahan, sehingga ke
peringkat akar umbi kehidupan sehingga tercetusnya “Zaman Baru” sebagaimana yang disifatkan oleh
Prof. Dr. Syed Mohamad Naquib Al-Attas melalui ungkapannya:

“…… Kedatangan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia harus kita lihat sebagai mencirikan zaman
baru dalam pensejarahannya, sebagai semboyan tegas menegaskan satu sistem masyarakat yang
berdasarkan beberapa kebebasan orang perseorangan, keadilan dan kemuliaan keperibadian insan.”
(Syed Naquib Al-Attas, 1972 : 20)

“Islam bukan sahaja menubuhkan rupa baru bahkan jiwa baru.” Syed Naquib Al-Attas, 1972 : 18)
yang membawa maksud perubahan dari segi material dan spiritual.

Hal ini seterusnya menjadikan Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia dengan
menjadikan bangsa Melayu sebagai teras kepada pembinaannya.

Bagaimana hebatnya ilmu pengetahuan yang dicapai dan yang akan dicapai oleh manusia, namun ianya
masih sedikit sekali dibandingkan dengan besar dan luasnya alam semesta yang masih belum banyak
diketahui dan diterokai oleh manusia (Mohd Zamir, 2008 ). Manakala, kewujudan ilmu seni timbul hasil
daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan dan ianya menjadi ciri utama kesenian dari perspektif
Islam. Konsep keindahan bererti rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan dan dihargai
tanpa melangkaui batas-batas syariat Islamiah (Kulaz, 2010).
Lantaran itu, pembangunan terutamanya kepada seni bina masjid mestilah dibangunkan dengan cara
menepati kehendak Islam yakni bersepadu dan seimbang antara intelektual , spiritual , emosional dan
material.

Menurut Shaikh Ali (2003:3), perkataan masjid bermaksud tempat sujud iaitu tempat melaksanakan

ibadah serta menyatakan pengabadian yang tulus ikhlas kepada Allah s.w.t sebagai Tuhan yang satu-

satunya layak disembah. Betapa signifikannya masjid terutama di hati-hati umat Islam menjadikan masjid

lebih dari sekadar tempat untuk menyembah Tuhan yang satu, malahan sebagai suatu ekspresi budaya

setempat dan luar.

Senibina masjid secara amnya, boleh ditafsirkan sebagai reka bentuk senibina yang melambangkan

sesuatu kebudayaan yang berasaskan agama Islam. Tetapi ia bukanlah dari hasil senibina sesuatu bandar

atau tempat. Ia adalah hasil daripada pelbagai tempat dan kebudayaan. Jika diteliti bangunan-bangunan

yang didirikan oleh orang-orang Islam di seluruh dunia, hampir semua senibinanya mempunyai ciri-ciri

yang sama (Hamdan, 1992), terutamanya reka bentuk geometri.

Justeru, kajian ini menyingkap bagaimana pengaruh Islam dalam acuan reka bentuk geometri, khat dan

arabesques yang menjadi antara ciri utama dalam keunikan dan keindahan seni bina Islam, diaplikasikan

secara teknikal pada reka bentuk dalaman di masjid-masjid terutamanya di Semenanjung Malaysia.
PENYATAAN MASALAH

Dr. Bilal Phillip, seorang pendakwah terkenal Amerika pernah berkata,“Menjadi seorang Muslim lebih

dari sekadar pergi ke masjid. Allah ingin ‘perhatianmu’, bukan hanya ‘kehadiranmu’.”

Masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah, bahkan peranannya melangkaui sekadar itu sahaja.

Peranannya cukup besar; dari menjadi pusat pengukuhan iman dan takwa kepada kepada pusat aktiviti

sosial, ekonomi dan pendidikan umat Islam.Sejarah telah membuktikan multi fungsi masjid berabad

lamanya bermula dari zaman Rasulullah SAW. Menelusuri sirah, kita dapat melihat bahawa Nabi

Muhammad SAW bukan sahaja menjadikan Masjid Nabawi sebagai pusat ibadah, malah juga sebagai

pusat pemerintahan dan pentadbiran Negara Islam Madinah.

Apabila kita merujuk kepada reka bentuk hiasan dalaman geometri Islam yang ada di dalam masjid,

sering kali kita terfikir bagaimanakah proses menghasilkannya terjadi dan apakah yang tersirat disebalik

setiap reka bentuk geometri tersebut? Kreativiti dalam menghasilkannya pula, merupakan pengolahan

hasil reka bentuk geometri Islam, yang akan memberikan maksud tertentu dan berbeza sebagai mesej

yang ingin disampaikan kepada pengunjung yang hadir di dalam masjid.

Dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji pengaruh Islam dalam seni bina masjid di Malaysia , mengenal

pasti bentuk dan motif ukiran yang terselindung (terutamanya dari sudut estetika dan kehalusan seni

Melayunya) dan juga menganalisa nilai estetika, susun atur dan elemen-elemen yang digunakan pada

corak geometri Islam yang diaplikasikan dalam seni bina masjid-masjid di Semenanjung Malaysia

khususnya.
OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif yang mendorong kami melakukan kajian atas pengaruh islam dalam seni bina
masjid di Malaysia . Antara objektif kajian ialah:-

i. Mengenalpasti bentuk dan motif ukiran yang digunakan di masjid-masjid di Malaysia


ii. Mengkaji pengaruh islam dalam senibina di masjid-masjid di Malaysia
iii. Menganalisa rekabentuk corak geometri Islam masjid-masjid di Malaysia

KAJIAN LITERATUR

Berdasarkan tajuk kajian yang telah dipilih , kesemua ahli kumpulan kami telah mencari beberapa buku

untuk dijadikan panduan serta rujukan pembacaan bagi mendapatkan maklumat yang dikajian tersebut

betul dengan bukti dan fakta yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut.

Prof. Madya Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad & Nik Kamaliah Bt. Nik Abdullah ( 2018 )
Menyingkap Kegemilangan Tamadun (TITAS)

Buku ini mengandungi tujuh bab utama yang merangkumi pelbagai maklumat tentang kedua-dua

tamadun ; Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, daripada pelbagai aspek . Bahan rujukan ini sangat

sesuai dijadikan bahan rujukan bagi masyarakat awam yang ingin mengetahui ilmu ketamadunan bagi

sesebuah tamadun. Dalam bab 3 , subtopik berkaitan dengan seni bina Tamadun Melayu telah dihuraikan

akan tetapi tidak dihuraikan secara lebih mendalam. Dengan adanya, penyelidikan sebegini dapat

memberi fakta yang penerangan yang jelas tentang pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ( Cetakan 2010)


Warisan Seni Bina Islam Tradisional Malaysia

Buku Warisan Seni Bina Islam Tradisional Malaysia memberi gambaran awal tentang seni bina

tradisional Islam di Nusantara dengan berfokus di kawasan Semenanjung Malaysia . Hal ini kerana , ia

disifatkan sebagai seni bina Islam kerana seni bina ini lahir dalam suasana sosiopolitik Islam dan budaya

Melayu yang menginterprestasikan agama Islam dalam kehidupan seharian mereka. Seni bina Islam
dikaitkan dengan elemen kubah, menara, murkanas ialah suatu perkara yang berkait rapat dengan

keupayaan teknologi digunakann oleh masyarakat mempengaruhi keadaan semasa, iklim setempat dan

kemahiran yang ada.

METODOLOGI KAJIAN

Buku rujukan

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak diambil daripada buku rujukan utama

iaitu “ Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) “ yang diguna pakai semasa sesi pembelajaran

berlangsung. Pengaruh islam terhadap seni bina dalam Tamadun Melayu khususnya terhadap seni bina

masjid dapat dipelajari and difahami dengan lebih mendalam melalui buku rujukan tersebut. Selain itu,

kami turut dapat mengetahui maklumat berkenaan dengan tajuk kajian dengan lebih terperinci

berdasarkan maklumat yang kami dapat dalam bahan rujukan tersebut.

Bacaan perpustakaan

Melalui metodologi secara penyelidikan perpustakaan , kami dapat memperolehi lebih banyak maklumat

yang tepat berkaitan dengan tajuk kajian. Bahan perpustakaan ini menjadi salah satu kaedah yang telah

digunakan semasa kami menjalankan penyelidikan. Penyelidikan ini merujuk kepada kajian sekunder

sebagai sumber seperti artikel yang berkenaan dengan tajuk kajian kami . Di samping itu , kami juga

menggunakan bahan bacaan daripada bacaan perpustakaan yang telah diterjemah serta disusun dengan

baik bagi memudahkan pelajar untuk memahami isi yang terkandung dalam bahan bacaan tersebut .

Bahan bacaan yang kami memperolehi ini sepenuhnya dari Perpustakaan Tunku Abdul Razak ( PTAR ).

Carian Dalam Laman Sesawang

Semasa penyelidikan dijalankan , kami juga menggunakan kaedah carian dalam laman sesawang yang

memudahkanbagi mencari maklumat tentang tajuk kajian. Metodologi kajian melalui carian dalam laman
sesawang ini kami menjalankan pelbagai cara iaitu bacaan artikel, jurnal dan berita berkaitan tajuk kajian

yang dibincangkan. Selain iu , kaedah analisis kandungan yang digunakan oleh kami ini adalah untuk

melakukan perbandingan diantara laman sesawang dengan laman sesesawang yang lain dapat mengukur

ketetapan maklumat yang dicari sama ada yang ditulis oleh pengkaji terdahulu atau pengkaji sekarang

DAPATAN KAJIAN

Pengaruh Islam dalam seni bina masjid

Sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu sangat berkait rapat dengan hubungan dagang yang

terjalin dengan tanah Arab sejak sebelum orang Arab sendiri memeluk agama Islam. Walaupun

penyebaran agama Islam ke Alam Melayu dipelopori oleh pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah. Namun

Islam telah sampai ke Alam Melayu lebih awal lagi. Menurut John Crowford dalam bukunya ‘History of

the Indian Archipelago’ Islam datang ke Nusantara dari Tanah Arab. Ini dibuktikan dengan catatan ketika

pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah pada abad ke-7 hingga ke-10 Masehi, orang Arab Islam

telah berada di Nusantara. Mereka mempunyai angkatan laut yang kuat dan menjalankan perdagangan

sambil menyebarkan Islam sepanjang perjalanan ke China melalui Nusantara. Islam telah datang ke

Melaka pada abad ke-14. Melaka telah menjadi pusat penyebaran islam yang pesat pada ketika itu selepas

pengislaman Parameswara oleh pendakwah islam yang berdagang yang mana menjadi sultan ketika itu

lalu menukan namanya kepada Sultan Mansur Shah.

Sehubungan itu, masjid-masjid telah didirikan untuk dijadikan tempat belajar ilmu agama

seperti fikah, usuluddin, tasawuf, tafsir dan pengajian al-quran. Masjid-masjid yang kekal hari ini

menjadi monumen dan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Tidak hanya setakat itu,
kerajaan negeri Melaka turut membina masjid-masjid baru dalam usaha meningkatkan lagi syiar

Islam di samping memenuhi keperluan berikutan pertambahan penduduk di negeri itu sendiri.

Hal ini telah membuktikan kedatangan Islam ke tanah Melayu memberi impak terhadap

senibina-senibina bangunan dan rumah-rumah bercirikan seni bina Islam. Seni bina Islam dapat

dilihat yang mana ia berlandaskan ukiran-ukiran flora seperti bunga-bunga dan pokok pada rumah

dan juga masjid iaitu rumah ibadah orang Islam. Selain itu, ukiran-ukiran tulisan khad juga

mununjukkan ciri seni bina Islam. Selepas kedatangan Islam, ciri-ciri seni bina Islam ini telah

digunakan secara meluas dan seni bina hindu-buddha telah dihapuskan.

                                                             Masjid Kg. Hulu, Melaka


Masjid Selat Melaka, Melaka.

Sebagai contoh masjid di Malaysia adalah Masjid Selat Melaka. Masjid Selat Melaka

merupakan sebuah masjid yang terletak di Pulau Melaka, dan terletak berhampiran di Selat Melaka.

Antara keunikan dan kelainan masjid tersebut adalah masjid ini telah dibina di atas tanah tebus guna

yang berkeluasan 1.8 hektar dan mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.

Masjid Kg. Hulu, Melaka merupakan antara salah satu masjid yang tertua di Malaysia dan 

dijadikan salah satu bangunan warisan sejarah oleh Pemerintah Kerajaan Malaysia. Kedatangan

Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan

konsep Islam iaitu ad-Din sebagai cara hidup. Di antara cara hidup yang terpenting yang berhubung

rapat dengan ad-Din ialah masjid. Seni bina masjid termasuk di dalam seni bina bangunan yang

penting di Malaysia. Selain menjadi lambang keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat

pengembangan ajaran Islam. Perkataan ‘masjid’ berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti

tempat sujud iaitu posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah

dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah swt.


                                            Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

                                             Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak. 

Antara fungsi-fungsi masjid ialah sebagai tempat menunaikan solat Jumaat di samping solat-

solat biasa, tempat ahli jemaah bermesyuarat sebelum menjalankan sesuatu kegiatan kebajikan dan

tempat mengajar pelbagai ilmu keagamaan. Antaranya pengajaran ilmu tauhid (ilmu berkenaan

keesaan Allah), fekah (pengetahuan berkenaan hukum agama Islam), sejarah Islam, tafsir
(keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat al-quran), kursus menguruskan mayat, kursus haji

dan sebagainya. Di masjid juga sering diadakan majlis syarahan agama dan lain-lain majlis sosial

seperti maulidur rasul, bacaan tahlil dan bacaan yaasin.

Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-

tiang utama, mimbar masjid, mihrab, hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir

dan seni khat.

Ciri-

ciri masjid dan fungsinya

Penggunaan geometri dalam seni Arabesque

ARABESQUE merupakan perkataan Itali yang berasal daripada perkataan arabesco. Ia merujuk

kepada motif hiasan daun acanthus yang menghiasi salah satu tiang seni bina di Itali. Arabesque Islam

yang diwarisi merupakan motif hiasan yang berkembang daripada motif yang pernah digunakan di zaman
akhir tamadun Greek dan Rom. Salah satu contoh motif arabesque dunia Islam yang diwarisi dari

tamadun Greek dan Rom ialah hiasan daripada mozaik yang terdapat di Masjid Damsyik. Arabesque

adalah motif tumbuhan yang biasanya terdiri daripada susunan dedaun dan diselangi dengan sulur. Sulur

adalah bahagian tumbuhan yang melata atau melilit atau tunas tumbuhan yang menjulur daripada

tumbuhan asal. Arabesque juga boleh digunakan dalam bentuk dua dimensi apabila di gabungkan dengan

motif geometri. Evolusi perkembangan motif hiasan Islam ini dikatakan berada di puncaknya dalam abad

ke-11 Masihi/abad ke-5 Hijrah.

Hiasan mozaik yang terdapat di Masjid Damsyik

Motif arabesque tidak terhad kepada sesuatu medium seni sahaja. Ia digunakan hampir pada kesemua

media yang terdapat di dalam kesenian Islam seperti jubin, ukiran batu, ukiran plaster, ukiran kayu,

tekstil, kaca dan manuskrip. Arabesque dikatakan mempunyai maksud tersendiri yang dikaitkan dengan

Islam dari segi falsafah bentuknya. Bentuk arabesque yang melambangkan infiniti dengan bentuk sulur

yang terdapat di dalam motif tersebut. Sulur melambangkan daun baru yang akan tumbuh dan proses ini

akan berterusan dan selalunya sulur arabesque ini tidak mempunyai punca. Ini dikaitkan sebagai

perlambangan kepada sifat Allah SWT yang tiada awal dan akhir.
Seniman Islam turut menggabungkan motif arabesque bersama dengan motif kaligrafi atau tulisan khat.

Kebanyakan motif kaligrafi yang digabungkan dengan latar arabesque adalah seperti puisi, kata-kata

hikmah dan ayat al-Quran. Motif arabesque pada jubin juga boleh dihasilkan dengan potongan jubin

pelbagai warna yang disusun secara teliti bagi mendapatkan lengkungan motif arabesque yang cantik dan

tepat. Teknik ini banyak digunakan pada permukaan bangunan di dalam Dinasti Islam Mughal di India

dan Dinasti Islam Safaviyah di Iran.

Seni Khat Islam

Salah satu ciri utama yang dalam seni Islam yang menjadi identiti dunia Muslim yang berbeza adalah

penggunaan corak-corak geometri. Diaplikasi secara universal pada logam, kayu, seramik, tekstil,

permaidani, miniatur sebagai dekorasi atau hiasan seni bina dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas

dan menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi.

Didasarkan daripada asas segi empat, oktagon, segi tiga sama sisi dan heksagon dan penemuan corak

yang lebih rumit berdasarkan segi lima, dekagon, dan bahkan heptagon dan nonagon.

Corak geometri membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi dalam kesenian Islam yang juga

mencakupi kaligrafi dan corak tumbuh-tumbuhan sama ada secara tunggal ataupun digunakan dalam

kombinasi dengan rajah penghiasan atau gambaran rajah, corak-corak geometri yang popular berkaitan

dengan seni Islam. Rekaan abstrak ini tidak hanya menghiasi permukaan monumen seni bina Islam, tetapi

juga berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada permukaan yang luas meliputi semua jenis benda.
Corak-corak geometri dalam Islam

Geometri telah mencapai kemuncak yang tinggi di dalam dunia Islam yang mana sumber-sumber untuk

kedua-dua bentuk dan corak-corak yang rumit sudah ada pada kalangan orang Greek, Rom, dan Sasanid

di Iran. Kesenian Islam disesuaikan dari elemen tradisi klasik, kemudian dilengkapkan dan dihuraikan

dalam mereka rangka untuk mencipta bentuk baru dari dekorasi yang menekankan pentingnya kesatuan

dalam kepelbagaian dan kepelbagaian dalam kesatuan. Sumbangan ilmuan Islam yang bijaksana dalam

bidang matematik, astronomi, dan sains sangat penting untuk penciptaan gaya baru yang unik ini.

Geometri Islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti bulatan dan segi empat,

corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun dalam kombinasi lengkap,

sehingga menjadi salah satu ciri khas keseniaan dalamIslam. Corak-corak yang kompleks ini tampaknya

mewujudkan penolakan dalam mematuhi secara tepat peraturan geometri. Berdasarkan fakta, penghiasan

geometri dalam kesenian Islam menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan

ianya begitu kompleks. Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang hebat dan dapat

disesuaikan atau digabungkan dengan perhiasan jenis lain. Dalam corak abstrak, pengulangan motif,

simetrik, corak-corak geometri mempunyai banyak persamaan dengan apa yang disebut sebagai gaya

awan larat yang dilihat banyak melibatkan rekaan tumbuhan malah hiasan kaligrafi juga muncul dalam

hubungannya dengan corak-corak geometri.


Unit pengulangan rekaan geometri Islam

Empat bentuk asas atau "unit pengulangan" rekaan geometri Islam di mana corak yang lebih lengkap

dibuat adalah melibatkan daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi empat atau sisi empat poligon;

corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta melibatkan pelbagai sisi

poligon. Corak-corak kompleks yang ditemui pada banyak benda merangkumi beberapa bentuk dan

tatacara yang berbeza, yang membolehkan ianya dimasukkan ke dalam lebih daripada satu kategori.

Ukiran motif berunsur Melayu pada masjid

Pengaplikasian berunsur Melayu amat terkenal pada masjid-masjid di Malaysia. Antaranya ialah ukiran

kayu yang amat halus dan terperinci pembuatannya. Sebagai contoh, Masjid Ulul- Albab yang terdapat di

Terengganu.

Masjid Ulul Albab yang dulunya dikenali dengan nama Masjid Kayu Seberang Jertih terletak kira-kira

satu kilometer dari bandar Jertih antara destinasi wajib singgah jika berkunjung ke

Terengganu.Berlatarkan 90 peratus material kayu cengal manakala selebihnya nyatoh dan balau, masjid

itu menawarkan reka bentuk menarik berasaskan seni bina pertukangan Melayu yang diadun dengan ciri

Islamik.
Dari persimpangan jalan raya utama, masjid berkenaan terserlah dengan keindahan seni binanya apabila

semua pintu utama diukir awan larat, motif bunga dan ukiran ayat suci al-Quran.Hanya tiang utama

bangunan masjid dan lantai menggunakan konkrit, namun permukaannya dilapisi dengan kayu balau.

Di atas pintu utama masjid diukir dengan ayat suci al-Quran iaitu doa keluar dan masuk masjid,

sementara pagar depan mimbar diukir corak tenunan songket Terengganu.Begitu juga dengan pagar kayu

di ruang serambi juga turut berkonsepkan corak tenunan songket negeri itu.Menariknya masjid itu dibina

menggunakan teknik tebuk-pasak yakni tidak menggunakan paku.Unsur abstrak pada ukiran kayu di

kepala tangga masjid pula menggambarkan ombak yang sangat sinonim dengan kehidupan penduduk di

pantai timur itu.Reka bentuk perabung lima masjid ini menampilkan ciri tempatan dan nusantara dengan

mengambil konsep masjid Kampung Laut Tumpat iaitu antara masjid tertua di negara ini yang dikatakan

berusia lebih 250 tahun.Malah bercirikan masjid Melayu lama hampir sepenuhya yang lazim mempunyai

dan lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air serta binatang memasuki

masjid.Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan

pengaliran air hujan supaya tidak mudah mereputkan bahan kayu.Antara tingkat bumbung terdapat ruang

berbentuk jendela untuk pengaliran udara dan cahaya berfungsi menyaman serta memberikan

keselesaan.Keseluruhan bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias sementara 12 pintu utama ruang

solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu.Enam

kepala tangga masjid berkenaan dilakarkan ukiran abstrak yang menggambarkan ombak dan penyu

membawa simbol perjalanan belum terhenti dan masih jauh.Tempayan dan gayung diletak di anak tangga

untuk membasuh kaki. Walaupun masjid itu tampil dengan reka bentuk tradisional, ia masih boleh

dianggap sebagai karya sezaman yang sewajarnya menjadi kemegahan kepada pencinta resam dan budaya

Melayu Nusantara.
Masjid Ulul Albab, Terengganu.

Motif awan larat

Dinding Janda berhias – warisan seni ukir kayu


Kesimpulan
Melalui pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana sama ada Islam mahupun Barat,
pengertian seni bina mempunyai ruang lingkup luas yang menyentuh pelbagai aspek dalam sesebuah
bangunan. Begitu juga ruang lingkup seni bina Islam, merangkumi aspek material dan spiritual yang
mempunyai hubungannya dengan ketauhidan terhadap Allah. Melalui bangunan-bangunan masjid di atas
muka bumi ini, maka terciptalah pelbagai reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang
mengambil konsep ketauhidan dan juga kreativiti tokoh Islam dalam menampilkan ciri-ciri seni bina
Islam yang unggul dan menjadi simbol kegemilangan peradaban Islam pada hari ini.
RUJUKAN

Norlis, I. (2017). Reka bentuk corak geometri islam pada seni bina masjid negeri di semenanjung

Malaysia. University Pendidikan Sultan Idris.

Farhah, Z.M.R, Shaharuddin, P, . (2017). Teori Kedatangan Islam Di Alam Melayu. Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor.

Mohd Jamil bin Mukmin. 2014. Sejarah Kerajaan-Kerajaan Islam Secara Ringkas Dan Sejarah Melaka

Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara Secara Ringkas. Melaka: Institut Kajian Sejarah

dan Patriotisme Malaysia.

Syafiq, Amani, Aiman, A, Aiman, A, Sarah, M, Farhanah. (2016). Seni Bina di Alam Melayu. Diambil

daripada http://ctu08.blogspot.com/2016/02/seni-bina-di-alam-melayu-sarah-malek.html.

Zulkiflee Haron & et. al. 2015. Tamadun Islam & Tamadun Asia. Johor Bahru: UTM.

Anda mungkin juga menyukai