Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh, Salam 1 Malaysia dan Salam
UiTM Dihatiku.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik atas
inisiatif dan kerjasama sebagai Jawatakuasa Perlaksana Majlis Anugerah
Dekan. Ini merupakan satu perlaksanaan yang berjaya dan meninggalkan
impak positif di sanubari semua yang terlibat terutamanya kepada
pelajar-pelajar yang diraikan.
Majlis Anugerah Dekan yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik
dan dengan sokongan fakulti-fakulti penganjur ini bermatlamat untuk
meraikan mahasiswa mahasiswi UiTM Cawangan Kedah yang cemerlang di
dalam pencapaian akademik mereka. Pengiktirafan selayaknya harus
diberikan kepada mereka semua agar kecemerlangan ini akan berterusan
pada masa mendatang dan menjadi pendorong kepada yang lain. In Shaa
Allah.
Majlis Anugerah Dekan UiTM Cawangan Kedah Sesi April 2018, kelolaan
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), ini diharapkan akan menjadi sebuah
rakaman memori terindah untuk semua para mahasiswa yang diraikan dan
catatan manis untuk semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam
penganjurannya.
Besar harapan juga agar majlis seumpama ini dapat dijadikan sebagai
sebuah medium pembakar semangat untuk kita bersama mampu membina
sebuah gedung ilmu yang berjaya dan dihormati. Pihak Pengurusan Tertinggi
kampus akan sentiasa memberikan sepenuh sokongan, dorongan serta
dokongan yang jitu. Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua yang terlibat. Salam UiTM Dihatiku.
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh dan Salam UiTM Dihatiku
Lafaz suci Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah
kurniaNya dapatlah sama-sama kita menjayakan Majlis Anugerah Dekan
UiTM Cawangan Kedah Sesi April 2018. Terima kasih kepada pihak
Pengurusan Teringgi Kampus dan semua jawatankuasa perlaksana atas
kepercayaan dan komitmen penganjuran majlis ini. Alhamdulillah,
kepercayaan pihak Pengurusan Tertinggi ini kami terima dengan hati terbuka
dan tekad diambil untuk menjayakan majlis ini dengan sebaik-baiknya.
Akhir kata, sekali lagi, jutaan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak
yang secara jitu memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah
bagi. Harapan agar semua yang kita curahkan akan mendapat pertimbangan
seadilnya dari yang Maha Esa.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1 Malaysia dan Salam
UiTM Di Hatiku,
Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas limpah dan inayahnya dapat kita
meraikan pencapaian akademik pelajar dalam Majlis Augerah Dekan UiTM
Cawangan Kedah bagi sesi 2018 kali ini. Rakaman segunung terima kasih dan
tahniah kepada jawatankuasa penganjur Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
bersama Bahagian Hal Ehwal Akademik di atas komitmen padu dan
kerjasama yang diberikan sehingga apa yang direncanakan dapat
berlangsung dengan jayanya.
Majlis Anugerah Dekan yang menjadi acara tahunan UiTM Cawangan Kedah
dianjurkan untuk meraikan mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan
Kedah yang cemerlang dalam pencapaian akademik mereka. Pengiktirafan
ini selayaknya diberikan agar ia menjadi pemangkin untuk terus cemerlang
dan secara tidak langsung menyemarakkan semangat mahasiswa dan
mahasiswi lain agar lebih kuat berusaha untuk cemerlang didalam
akademik.
Tidak lupa juga majlis ini meraikan secara langsung dan tidak langsung
kepada para pensyarah yang telah menabur jasa dan tidak jemu
menjalankan tanggungjawab mencurah ilmu kepada anak bangsa. Hasilnya
lahirlah insan cemerlang yang kita raikan pada hari ini dan kelak mampu
memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan agama.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak
penganjur kepada YBhg Tuan Rektor Prof Madya Dr Shaiful Annuar Khalid
serta ahli Majlis Jawatankuasa Eksekutif (JKE), Ahli Jawatankuasa TAPA
(Tabung Amanah Pelajar), Timbalan Rektor HEA Yg Berusaha Dr Abdul
Majeed Ahmad dan semua Ketua Pusat Pengajian KPP yang memberi
sokongan padu dan berterusan. Kepada seluruh ahli jawatankuasa induk dan
kerja majlis ini, segala usaha, tenaga dan inisiatif anda amatlah dihargai dan
semoga kejayaan majlis ini membawa makna yang mendalam kepada kita
semua. Adalah diharapkan agar Majlis Anugerah Dekan 2018 kali ini berjalan
dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Dr Azhari bin Md Hashim
Pengerusi Majlis Anugerah Dekan 2018
UiTM Cawangan Kedah
STRUKTUR ORGANISASI SEKRETARIAT
MAJLIS ANUGERAH DEKAN
AHLI JAWATANKUASA
PENGURUS MAJLIS
Cik Neesa Ameera Mohamed Salim
Dr Faryna Mohd Khalis
REKABENTUK
Encik Asrol Hasan
BUKU PROGRAM
Encik Mohd Hamidi Adha Mohd Amin
AJK
Encik Abu Hanifa Ab Hamid
Puan Nurazlina Binti Jamalludin
Encik Zakaria Ali
Encik Mat Asri Baharom
Encik Mohd Rostam Mohamad @ Ahmad
MAKANAN
Dr. Nurul ‘Ayn Ahmad Sayuti
AJK
Puan Mas Ayu Zainal @ Ismail
PERSEMBAHAN
Puan Juaini Jamaludin
AJK
Encik Zaidi Yusoff
Encik Muhamad Aiman Afiq Mohd Noor
PERSIAPAN TEMPAT
Encik Abdullah Kula Ismail
AJK
Encik Ahmad Fazlan Ahmad Zamri
Encik Hazmi Sharoin
Puan Izza Syahida Abdul Rahim
Encik Mohamad Adnan Ismail
Encik Mohd Najib Ibrahim
PERSIAPAN PENTAS
Puan Nurul Atikah Binti Adnan
Puan Siti Fairuz Binti Ibrahim
AJK
Encik Mohamat Najib Mat Noor
Encik Nazri Abu Bakar
Dr Wan Noor Faaizah Wan Omar
Puan Shafilla Subri
MONTAJ
Encik Syafiq Abdul Samat
Dr Hasnul Azwan Azizan
PENDAFTARAN
(HEA-Unit Pentadbiran)
Puan Irsalina Ismail
Rosliza Binti Zainon
Puan Yusliza Abdul Halim
Puan Yusni Md Yusof
Encik Ruzaiman Rubilan
Puan Noraslinda Jain
Puan Nor Aishah Kamal
Encik Mohd Muzzammil Md Sapar
Encik Mohammad Fikri Abdullah
Puan Siti Rohaya Binti Othman
Encik Syamzari Ismail
(HEA-DIDE Bengkel)
Puan Shuhaila Md Shahid
Encik Idris Ahmad
Encik Mohamad Adnan Ismail
Encik Mohd Adzhar Musa
Encik Mohd Najib Ibrahim
SIDANG PETANG
24 WAN NUR AIN HUSNA BINTI WAN ABDUL AZIZ 2015599165 4 3.5
IM - FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
IM120 - DIPLOMA PENGURUSAN PERPUSTAKAAN