Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM KASIH RAMADHAN 1443H/2023M


RUKUN TETANGGA PEKAN BATANG MELAKA

PENDAHULUAN

Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan keberkatan , kerahmatan, keampunan
dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam. Bertepatan dengan itu, Rukun Tetangga Pekan Batang
Melaka tidak melepaskan peluang ini serta mengambil inisiatif mengimarahkan bulan yang mulia
ini dengan mengadakan Program Kasih Ramadhan.

MATLAMAT

Meraikan ahli – ahli KRT Pekan Batang Melaka yang kurang berkemampuan dalam menghadapi
kehadiran Syawal.

RASIONAL

Ahli – ahli KRT Pekan Batang Melaka dapat menikmati suasana sambutan Syawal dengan penuh
keberkatan.

OBJEKTIF

1. Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli – ahli KRT Pekan Batang Melaka.
2. Mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah dalam kehidupan seharian.
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menambah amal kebajikan.

SASARAN

1.Ahli KRT Pekan Batang Melaka


2.30 orang ahli KRT yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal.

AKTIVITI DAN TARIKH

BIL AKTIVITI TARIKH


1. Pengagihan bubur lambuk 31 Mac 2023
Sumbangan kepada ibu tunggal dan ahli yang kurang
2. 21 April 2023
berkemampuan
JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Kamsiah binti Hj. Limin


Tim. Pengerusi : Encik Ab Hamid bin Hj. Yusuff
Setiausaha : Encik Jamal bin Musa
Bendahari : Puan Normala binti Abu Nor
AJK : Ahli – ahli KRT Pekan Batang Melaka

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM KASIH RAMADHAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. Pembelian kuih raya untuk keluarga yang RM 30.00 X 30 orang RM 900.00
kurang berkemampuan dan ibu tunggal
Sumbangan duit raya untuk keluarga yang
2. RM 100.00 X 30 orang RM 3 000.00
kurang berkemampuan dan ibu tunggal
3. Bahan – bahan masakkan untuk masakkan RM 400 X 1 unit RM 400.00
bubur lambuk
JUMLAH KESELURUHAN RM 4 300.00

SUMBER KEWANGAN

1. Kutipan Tabung Kasih Ramadhan


2. Sumbangan persendirian
3. Sumbangan daripada YB Kawasan dan badan – badan NGO.

PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar. Mudah-mudahan mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Semoga ukhuwah di kalangan warga Rukun Tetangga Pekan Batang
Melaka dan pihak luar bertambah erat. Insya Allah…

Disediakan oleh,

………………………….
( Jamal bin Musa )
Setiausaha
KRT Pekan Batang Melaka

Anda mungkin juga menyukai