Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM KASIH RAMADHAN 1439H / 2018M


SK PARIT BAKAR DARAT, MUAR, JOHOR

PENDAHULUAN

Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan keberkatan , kerahmatan,


keampunan dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam. Bertepatan dengan itu, SK Parit Bakar
Darat, Muar, Johor di bawah anjuran Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS)
tidak melepaskan peluang ini serta mengambil inisiatif mengimarahkan bulan yang mulia ini
dengan mengadakan Program Kasih Ramadhan.

MATLAMAT

Meraikan murid-murid yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal.

RASIONAL

Murid dapat menikmati suasana sambutan Syawal seperti rakan yang lain tanpa rasa rendah
diri.

OBJEKTIF

1. Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa para pelajar.


2. Mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah dalam kehidupan
seharian.
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menambah amal kebajikan.

SASARAN

Warga SK Parit Bakar Darat, Muar, Johor


3 orang murid yatim
47 orang murid miskin

AKTIVITI DAN TARIKH

BIL AKTIVITI TARIKH


1. Pelancaran Tabung Kasih Ramadhan 20 Mei 2018
2. Sumbangan kepada anak yatim dan miskin 7 Jun 2018
JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tn. Hj. Mohd. Zuki bin Md. Saman ( Guru Besar )
Pengerusi : En. Nasruddin Shah bin Jamal ( GPK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 1 : En. Sarajuddin bin Mohd Yusof ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : Pn. Kamilah bt Mohamedmal ( GPK Kokurikulum )
Setiausaha :
Bendahari :
AJK :
:
:

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM KASIH RAMADHAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. Pembelian kelengkapan hari raya untuk RM 150.00 X 3 orang RM 450.00
murid-murid yatim

2. Hamper untuk murid-murid yatim dan miskin RM 30.00 X 50 orang RM 1 500.00

3. Sumbangan duit raya untuk murid yatim dan RM 10.00 X 50 orang RM 500.00
miskin
JUMLAH KESELURUHAN RM 2450.00

SUMBER KEWANGAN

1. Kutipan Tabung Kasih Ramadhan


2. Tabung Anak Yatim SKPBD
3. Sumbangan persendirian

PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar. Mudah-mudahan mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Semoga ukhuwah di kalangan warga SK Parit Bakar Darat, Muar,
Johor dan pihak luar bertambah erat. Insya Allah…

Disediakan oleh,

………………………….
( )
Setiausaha
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS)
SK Parit Bakar Darat, Muar.

Anda mungkin juga menyukai