Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL


FITRI PERINGKAT SEKOLAH 1431 H / 2010 M

PENDAHULUAN

Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan Ramadhan
adalah bulan ibadah di mana puasa difardhukan kepada umat Islam yang wajib
mengerjakannya. Sehubungan dengan itu kita digalakkan bersedekah,bertadarus al Quran,
sembahayang sunat seperti tarawikh, qiamulail serta mengeluarkan zakat dan fitrah bagi yang
berkemampuan. Oleh yang demikian , kita hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan
banyak melakukan ibadah fardu dan sunat.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam.


2. Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al Quran.
3. Menyemaikan semangat suka bersedekah dan memberi bantuan kepada
yang memerlukan.
4. Bersyukur atas rezki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
5. Menghayati roh Ramadhan Al Mubarak sebagai pemangkin kejayaan umah.
6. Menjadikan amalan membaca al Quran sebagai satu budaya.

TARIKH PELAKSANAAN

PENGLIBATAN

Program Ihya’ Ramadhan ini melibatkan warga sekolah, ibubapa pelajar, Persatuan
Ibubapa dan Guru ( PIBG ) ahli masyarakat setempat serta agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan.
JAWATANKUASA BULAN KECERGASAN

Penaung : En Mohd Fauzan bin Abd Wahid ( YDP PIBG )


Pengerusi : En Mohamad bin Hashim ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : En Mohd Fadzil b Mat Isa ( GPK Ko Kurikulum )
Setiausaha : En Badrul Hisyam b Hussein ( Setiausaha )
Bendahari : En Hazly b Nurhasyim ( Bendahari PIBG )
Ahli Jawatankuasa :

CADANGAN PROGRAM

Beberapa program yang dicadangkan bagi pengisian Sambutan Ihya’ Ramadhan adalah
seperti berikut:

Tarikh Aktiviti

9.08.2010 Majlis Pelancaran Program Ihya’Ramadhan

12.08.2010 Tadarus Al quran


hingga
02.09.2010

02.08..2010 Majlis Berbuka Puasa


Majlis Khatam Al- Quran
Majlis Penyampaian Sumbangan kepada anak yatim dan
murid miskin
Ceramah Sivik Ramadhan
Solat Sunat Tarawikh
Qiamulail

29.9.2010 Sambutan Hari Raya Aidil Fitri


Program Ziarah
ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Sumbangan Anak Yatim RM50 X 12 orang = RM 600.00


2. Sumbangan Murid Miskin RM30 X 13 orang = RM 390.00
2. Saguhati Penceramah / Fasilitator RM100 X 2 orang = RM 200.00
3. Majlis Berbuka Puasa RM5 X 200 orang = RM1000.00
4. Cenderahati Peserta Tadarus RM10 X 23 orang = RM 230.00
5. Pelbagai RM 100.00
--------------
Jumlah RM2520.00
========

SUMBER KEWANGAN

Tabung Kebajikan Guru dan Kakitangan


PIBG 3.Sumbangan
Individu

PENUTUP

Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta
menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk
kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat
melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.

Anda mungkin juga menyukai