Anda di halaman 1dari 4

MUSOLLA UMAR ABDUL AZIZ

SMK BUKIT BANDARAYA


LORONG MAAROF, BANGSAR
59000 KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA LAMAN HAJI 2019


ANJURAN: MUSOLLA UMAR BIN ABDUL AZIZ

1.0 PENDAHULUAN
Ibadat haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan bagi mereka
yang berkemampuan. Selain memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit, ibadat haji
juga memerlukan seseorang itu bersedia dari aspek fizikal dan mental. Justeru,
perlaksanaan ibadat haji ini perlu dihayati dengan sepenuh jiwa agar dapat mencapai tahap
kemabruran haji yang dihajatkan.

2.0 MATLAMAT
Berdasarkan Kurikulum Kebangsaan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, murid-murid perlu didedahkan dengan teori haji bermula dari Tingkatan Empat
lagi. Oleh itu, pembelajaran teori dan disokong oleh amali praktikal dapat memberikan kesan
yang lebih mendalam terhadap pembelajaran murid-murid. Maka, Musolla Umar bin Abdul
Aziz dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam ingin mengambil inisiatif untuk
mengadakan program simulasi haji ini agar murid-murid dapat memahami dan mendalami
konsep ibadat haji dengan lebih berkesan.

3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : 17 April 2019
Hari : Rabu
Masa : 7.30 – 10.10 pagi
Tempat : Laman Haji Musolla Umar bin Abdul Aziz, SMK Bukit Bandaraya

4.0 SASARAN
Pelajar-pelajar Islam Tingkatan Empat dan Lima.

5.0 OBJEKTIF
 Mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Pendidikan Islam Tingkatan Empat
iaitu Kaifiat Mengerjakan Haji dan Umrah.
 Pelajar-pelajar dapat menjalani amali pemakaian pakaian ihram.
 Pelajar-pelajar menjalani amali tawaf, saie dan melontar di bawah bimbingan
fasilitator dan penceramah yang berpengalaman.
 Pelajar-pelajar dapat melihat gambaran situasi suasana umat Islam mengerjakan haji
di Mekah.
 Pelajar-pelajar dapat membaca dan menyebut lafaz-lafaz niat serta doa dalam setiap
amalan haji di bawah bimbingan penceramah.
 Pelajar-pelajar dapat memupuk semangat kerjasama sesama mereka dalam
menjalankan aktiviti.
6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)
Output  Sasaran pelajar-pelajar Tingkatan Empat dan Lima.

 Mendedahkan pelajar kepada situasi ibadat haji.


 Membentuk akhlak dan peribadi mulia pelajar-pelajar.
Outcome
 Menanamkan sifat kesabaran semasa menunaikan ibadat.
 Membentuk semangat juang di kalangan pelajar-pelajar.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah


Jamuan penceramah
1 RM 10.00 x 10 RM 100.00
& fasilitator
Air mineral
2 RM 1.00 x 200 RM 200.00
(pelajar)
Jumlah RM 300.00
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat En. Selva Kumar A/L Arumugam (Pengetua)
Pengerusi 1 Pn. Shamsiah binti Abdullah (PK Tadbir & Kurikulum
Pengerusi 2 Datin Aslindawati binti Asmone (PK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi Pn. Hjh Wan Roowati bt Mahmood (Ketua Bidang Kemanusiaan)
Penyelaras Ustaz Azham bin Shaari (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Setiausaha Kerja Ustaz Mohammad Hisham bin Hussein
Bendahari Ustazah Fadzilah binti Abu Samah

JAWATANKUASA KERJA
a. Ustazah Hana binti Ismail
b. Ustaz Shamsu bin Ahmad
AJK Daftar c. Ustazah Jawahir binti Mohd Zaki
Kehadiran d. Ustaz Azham binti Shaari
e. Ustazah Fadzilah binti Abu Samah
f. Ustaz Mohammad Hisham bin Hussein
AJK Fasilitator Murid SKUAD MUAZ
AJK Guru Ustaz Shamsu bin Ahmad

9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1 URUS SETIA / PENCERAMAH


Ustazah Fadzillah binti Abu Samah

9.4 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM


7.30 – 8.00 pagi : Pelajar-pelajar bergerak ke Musolla.
Pendaftaran.
8.00 – 10.10 pagi : Program praktikal bermula.
Edaran nota dan taklimat program.
Pelajar-pelajar lelaki memulakan praktikal diikuti oleh
pelajar-pelajar perempuan.
10.10 pagi : Jamuan ringan dan bersurai.

10 KAEDAH PEMANTAUAN
Ceramah dan amali praktikal.

11. PENUTUP
Program simulasi haji ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amali praktikal
yang sebenar kepada murid-murid sebagai persediaan untuk menunaikan ibadat haji. Hal ini
sangat penting bagi memastikan pelajar-pelajar dapat mendalami ibadat haji dengan lebih
berkesan.
Disediakan Oleh:

()
AJK AKTIVITI PENGIMARAHAN SURAU

Tarikh :

Ulasan :

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

(SELVA KUMAR A/L ARUMUGAM)


PENGETUA
SMK BUKIT BANDARAYA
KUALA LUMPUR.

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai