Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA

JALAN BANGKUNG, BANGSAR


59100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
CERAMAH PEMANTAPAN
DIRI

TARIKH : 6 JULAI 2023


HARI :SELASA
MASA : 9.00 PAGI-10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA

ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID
(UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
KERTAS KERJA CERAMAH PEMANTAPAN DIRI

1.0 PENGENALAN

Ceramah Pemantapan Diri merupakan program yang dirancang bagi meningkatkan


motivasi berkenaan adab dan sahsiah dalam kalangan murid tahun 6. Hal ini bertujuan
meningkatkan lagi kecermerlangan sahsiah dan akhlak terpuji ke tahap yang lebih tinggi.
Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama
penyelaras tahun 6 SK Bukit Bandaraya. Adab yang baik dan sahsiah terpuji
merupakan salah satu aspek penting dalam pembangunan dan kecemerlangan
murid dari segi sahsiah dalaman diri murid. Secara tidak langsung, program ini
memberikan kesan positif dalam pencapaian akademik serta melahirkan murid yang
mempunyai sifat insani, kemanusiaan, menghormati dan berbudi pekerti mulia.
Oleh hal demikian, ceramah ini akan disampaikan oleh penceramah jemputan bagi
memberi pengalaman baru kepada murid-murid SK Bukit Bandaraya. Tuntasnya,
Ceramah Pemantapan Diri ini diyakini dapat memberi momentum dan impak yang
terbaik untuk murid-murid tahun 6 SK Bukit Bandaraya.

2.0 RASIONAL
Pembangunan sahsiah diri murid merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku,
pemikiran, perasaan, sosial dan rohani. Selain itu, pembangunan sahsiah diri murid
dapat membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat melahirkan individu
yang bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memotivasikan murid-murid untuk berusaha kearah kecemerlangan.
3.2 Membentuk murid-murid yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang terpuji.
3.3 Membantu murid-murid menetapkan matlamat hidup untuk menjadi insan yang
berguna pada agama, bangsa dan keluarga.
3.4 Membimbing murid-murid dalam menentukan tanggungjawab dan tujuan mereka
yang sebenar.

4.0 SASARAN
Murid tahun 6

5.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk Lampiran A
6.0 JAWATANKUASA
Sila rujuk Lampiran B

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sila rujuk Lampiran C

8.0 SUMBER KEWANGAN


PCG Bimbingan dan Kaunseling

9.0 PENUTUP
Ceramah Pemantapan Diri bagi murid tahun 6 ini diharap dapat melahirkan murid yang
cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik, malah dari aspek akhlak dan sahsiah
yang terpuji. Segala kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbir amat dihargai dalam
memastikan segala perancangan dapat berlangsung dengan jayanya. Semoga
pelaksanaan ceramah ini akan memberi kesan yang positif dalam pembangunan
sahsiah diri murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek murid.

Disediakan oleh,

….…………………………………………
(NUR SYAZWANI BINTI MOHAMAD ISA)
Penolong Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Bukit Bandaraya

Disemak oleh,

….…………………………………….
(SUHAILA BINTI OMAR)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Bukit Bandaraya

Disahkan oleh,

….………………………………
(ROSMAWATI BINTI MD ALI)
Guru Besar
SK Bukit Bandaraya
Lampiran A
TENTATIF PROGRAM TAK NAK PONTENG

Masa Perkara
8.45 pagi Murid berkumpul di dewan SK Bukit Bandaraya
9.00 pagi Kata aluan daripada pengacara majlis
9.05 pagi Penyampaian Ceramah Pemantapan Diri oleh penceramah
jemputan
10.30 pagi Ucapan penutup dari pengacara majlis dan bersurai
Lampiran B
JAWATANKUASA PROGRAM TAK NAK PONTENG

Penasihat : Puan Rosmawati binti Md Ali (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Suhaila binti Omar (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Encik Azmi bin Salleh (GPK Pentadbiran)
: Encik Mohd Asrul bin Abdullah (GPK Kokurikulum)
: Encik Kamaruzaman bin Kamarudin (GPK Program Pendidikan Khas
Integrasi)
Setiausaha : Cikgu Rohayu binti Othman
Naib Setiausaha : Cikgu Nur Syazwani binti Mohamad Isa
Ahli Jawatankuasa : Cikgu Suriyakumari A/P Muthusamy
: Cikgu Ahmad Fadzlan bin Ahmad Fadzil
Lampiran C
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. Penceramah jemputan 300.00

JUMLAH KESELURUHAN 300.00

Anda mungkin juga menyukai