Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER


AKTIVITI PROGRAM IHYA RAMADAN TAHUN 2016
________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN
Program Ihya Ramadan merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah khas sempena mengalu-alukan kedatangan bulan yang mulia ini.
Demi mengambil peluang yang singkat ini, pelbagai aktiviti bermanfaat diadakan
dengan penglibatan seluruh warga SMA Hidayah Islamiah. Oleh yang demikian,
Unit Bimbingan & Kaunseling SMAHI mencadangkan Pertandingan Melukis
Poster bertemakan Ramadan Al-mubarak sebagai salah satu aktiviti bagi mengisi
kesempatan yang hanya datang setahun sekali.

2.0 MATLAMAT
Matlamat pertandingan melukis poster ini adalah sebagai usaha dalam
memberiruang kepada para pelajar untuk bekerjasama ke arah penghasilan karya
kreatif berbentuk poster sebagai satu platfom dalam meluah dan memberi mesej
positif kepada warga sekolah yang lain. Selainsebagai pendedahan pengalaman,
pertandingan ini juga adalah sebagai terapi seni (art therapy) yang dapat
membantu pelajar untuk pengurangan stress dalam mengharungi bulan ramadan
yang penuh cabaran dan hikmah.

3.0 OBJEKTIF
i. Mencungkil bakat terpendam para pelajar khasnya dalam bidang seni kreatif.
ii. Memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam kalangan pelajar.
iii.Memberi penghargaan kedara para pelajar yang berpotensi.
iv. Mengurangkan stress dan tekanan sebagai pelajar dalam melalui P&P harian
dengan dugaan dan cabaran sempena bulan Ramadan.
v. Melibatkan para pelajar dengan aktiviti pembelajaran tidak formal dalam
menyokong idea Make School Fun sebagai salah satu konsep bimbingan.
vi. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pelajar.
4.0 SASARAN
Melibatkan penyertaan pelajar tingkatan 1 hing tingkatan 5 dimana setiap
tingkatan masing-masing diwakili oleh kumpulan pelajar putera dan pelajar puteri
sebagai wakil peserta

5.0 TEMA
Penyediaan poster yang signifikan dengan tema Ramadan Al-mubarak

6.0 PERINCIAN PROGRAM


Tempoh pertandingan : 27 hingga 29 Jun 2016 (Isnin hingga Rabu)
Penyampaian hadiah : Majlis Ambang Aidilfitri 30 Jun 2016 (Khamis)

8.0 JAWATANKUASA
*Rujuk Lampiran A

9.0 ANGGARAN KEWANGAN


*Rujuk Lampiran B

10.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan
seterusnya dapat membantu semua pelajar untuk mempertingkatkan self-esteem
dan sahsiah diri dalam usaha ke arah mencapai kejayaan yang holistik yang
seterusnya membantu bagi mencapai kecemerlangan hidup sebagai seorang pelajar
sekolah agama.
Disediakan oleh En. Azmir Bin Abdullah
Kaunselor Pelajar
Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah,
Bt 10, Alor Biak, Sg Korok, Changlih
06150 Air Hitam, Kedah

..

Disokong & disemak oleh Pn. Sharifah Binti Idris


Penolong Kanan HEM
Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah,
Bt 10, Alor Biak, Sg Korok, Changlih
06150 Air Hitam, Kedah

..

Permohonan diluluskan oleh En. Mohd Nazri Bin Ishak


Pengetua
Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah,
Bt 10, Alor Biak, Sg Korok, Changlih
06150 Air Hitam, Kedah

..
LAMPIRAN B - Anggaran Kewangan

PENDAPATAN
Wang Peruntukan Program Ihya Ramadan RM 120.00
JUMLAH RM 120.00

PERBELANJAAN
Hadiah Hamper (RM30 X 4 katagori) RM 120.00
JUMLAH RM 120.00
Lampiran A Jawatankuasa

Anda mungkin juga menyukai