Anda di halaman 1dari 7

SMK SULTAN ABU BAKAR

25300 KUANTAN, PAHANG

HARI SUKANEKA DAN KHIDMAT


MASYARAKAT EXCO ASRAMA
SESI 2022/2023

TARIKH : 13 NOVEMBER 2022 (AHAD)

MASA : 06:30 PAGI HINGGA 05:30 PETANG

TEMPAT : PANTAI PELINDUNG


1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memenuhi kriteria aktiviti iaitu sukaneka dan khidmat
masyarakat Asrama SMK Sultan Abu Bakar. Dengan ini ia dapat memupuk rasa tanggungjawab
dan bekerjasama yang tinggi antara satu sama lain. Pengawas asrama melalui program bagi
menabur jasa dan semaikan budi dengan bergotong-royong membersihkan kawasan pantai

2.0 PENGENALAN
Program ini merupakan program di bawah anjuran dan cadangan Pengawas Asrama SMK Sultan
Abu Bakar sesi 2022. Penganjuran program ini bertemakan ‘Bekerjasama dan Menabur Jasa”
untuk menjadikan Pengawas Asrama SMK Sultan Abu Bakar sesi 2022 lebih cergas,cerdas dan
cekap serta memupuk semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan Pengawas Asrama.

Program ini merupakan tunjang dalam memperkasakan serta memperkukuhkan lagi


keperibadian para pengawas asrama dalam menerajui serta memimpin diri sendiri dengan
melengkapkan personaliti bukan hanya berpegang pada status akademik yang cemerlang
semata-mata tetapi dari sudut kecergasan juga di titikberatkan. Malah ini merupakan landasan
terbaik bagi memperbaiki lagi kekurangan dalam diri para pengawas asrama SMK Sultan Abu
Bakar melalui program sebegini. Aktiviti sukaneka dan khidmat masyarakat yang dijalankan ini
dapat memupuk semangat kerjasama, jati diri dan tanggungjawab yang tinggi dalan diri juga
dapat mengeratkan silaturahim antara para pengawas. Dalam aktiviti sukaneka dan khidmat
masyarakat ini, kami mengfokuskan kepada empat aspek kemahiran seperti berikut;

1. Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran


2. Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
3. Kemahiran Berkomunikasi
4. Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

3.0 MISI
Menjadikan Pengawas Asrama SMK Sultan Abu Bakar sesi 2022 lebih cergas,cerdas dan cekap
bagi memupuk semangat kerjasama yag tinggi dalam kalangan Pengawas Asrama
4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah menjadikan Pengawas Asrama SMK Sultan Abu Bakar lebih
bertanggungjawab sebagai Pengawas Asrama dengan melakukan aktiviti yang sihat dan
bergotong-royong membersihkan kawasan pantai. Lebih jelas program ini matlamatnya juga
diselitkan dengan aktiviti yang dapat mewujudkan sikap kerjasama yang lebih tinggi antara
Pengawas Asrama. Pogram ini diharakan dapat mendidik Pengawas Asrama dalam aspek
kecergasan diri dan kebersihan persekitaran.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memupuk semangat sukarelawan di kalangan Pengawas Asrama
5.2 Memberikan pendedahan kepada Pengawas Asrama tentang kepentingan menjaga
kebersihan
5.3 Memulihara khidmat masyarakat dan membersihkan kawasan pantai agar lebih terjaga
dan menarik minat orang ramai untuk berkunjung disana
5.4 Mengeratkan silaturahim diantara kalangan pengawas asrama
5.5 Memupuk sifat bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan

6.0 TEMA
“ Bekerjasama dan Menaburkan Jasa”

7.0 ANJURAN
Hari Sukaneka dan Khidmat Masyarakat Pengawas Asrama SMK Sultan Abu Bakar sesi 2022

8.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 13 Oktober 2022
Hari :Ahad
Masa : 6.30 pagi hingga 5.30 petang
9.0 TEMPAT
Pantai Pelindung, Kampung Pelindung Pantai, Beserah

10.0 PENGLIBATAN
44 pengawas asrama

11.0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk LAMPIRAN A

12.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk LAMPIRAN B

13.0 PENUTUP

Pihak penganjur mengharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada semua pihak
yang teribat terutamanya pengawas asrama SMK SULTAN ABU BAKAR . Malah, program
pemangkin dalam pembentukan pemikiran kreatif dan dapat melahirkan peimpin yang
bertanggungjawab serta berwibawa.

DISEDIAKAN OLEH,

……………………………………………………………...

(Nurhana Shakirah binti Yusof)


Warden Aspuri,
SMK Sultan Abu Bakar
DISEMAK OLEH,

………………………………………………………….

(Mohd Suhaidi Bin Harun)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Smk Sultan Abu Bakar

Diluluskan Oleh,

……………………………………………………………

(Tuan Haji Asruddin bin Abas Smp,Amp)


Pengetua
SMK Sultan Abu Bakar
LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PENGETUA Tn Haji Asruddin Bin Hj Abas Smp,Amp.


PK HEM En Suhaidi Bin Harun

WARDEN En Kamal
Pn Nurhana Shakirah Bt Yusof
ALATAN SUKAN Nur Hani Dayana Bt Mohd Azmi
Muhammad Aqil Bin Zulkifli
ALATAN KESELAMATAN & KEBERSIHAN Ainun Fadhilah Bt Ibrahim
Nur Farisya Aleya Bt Mohd Rosmi
Muhammad Adam Fitri Bin Dzulkefli

MAKANAN Nur Qistina Batrisya Bt Mohd Redzuan


Putri Nur Afrina Darwisyah Bt Mohd Azizul
Rahim
PENGANGKUTAN Wan Hariz Hilmi Bin Hasahrul Khairi
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

13/11/2022 (AHAD)

MASA AKTIVITI
06:30 PAGI PELAJAR BERKUMPUL
07:30 PAGI BERTOLAK
08:15 PAGI TAKLIMAT RINGKAS
08:30 PAGI SUKANEKA
 VOLLEYBALL
 BOLA SEPAK
 LEMPAR BELON GUNA KAIN
 LARI DALAM GUNI
 BOLING KELAPA
 TARIK TALI
 CEDOK GULA-GULA
12:30 TENGAH HARI PERSEDIAAN SOLAT ZOHOR
SOLAT
01:30 PETANG MAKAN TENGAH HARI
02:15 PETANG RUNNING MAN
03:00 PETANG GOTONG-ROYONG PERSEKITARAN PANTAI
05:30 PETANG BALIK KE ASRAMA

Anda mungkin juga menyukai