Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

“SeLayar FUN RUN 2022” SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN


PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR 2022

1.0 PENDAHULUAN

Larian merupakan satu aktiviti fizikal/riadah yang amat popular di negara kita
Malaysia. Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat turut menular di kalangan pelajar dan
orang dewasa.
Melalui aktiviti larian ini juga kita dapat mengeratkan hubungan di kalangan
masyarakat disamping meningkatkan tahap kecergasan masing-masing. Oleh yang
demikian, bersempena Karnival Usahawan Sekolah Kebangsaan Sungai Layar,
kami telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu larian sejauh
4 kilometer iaitu “SeLayar Fun Run 2022”.
Penganjuran ini adalah bagi mengamalkan aktiviti kecergasan di kalangan pelajar
dan pada masa yang sama mempromosikan aktiviti larian ini kepada masyarakat di
Daerah Kuala Muda.

2.0 MATLAMAT

Matlamat penganjuran larian ini adalah untuk mempromosikan aktiviti larian dan
pada masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan masyarakat. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk mendidik anggota masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup
sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal.
Disamping itu juga, secara tidak langsung aktiviti ini juga sebagai hiburan dan dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

3.0. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

3.2 Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan
serta kesihatan diri.

3.3 Memberi peluang kepada masyarakat yang baharu mengikuti aktiviti larian.

3.4 Membina, memupuk dan melahirkan masyarakat yang kuat fizikal dan jati diri
serta dapat mewujudkan sikap daya saing.

3.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.


4.0. NAMA ACARA

“SeLayar FUN RUN 2022” SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN PIBG SEKOLAH


KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR 2022

5.0. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT

Tarikh : 03 DISEMBER 2022


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Sekitar Sungai Layar

06. ATURCARA TENTATIF PROGRAM

“SeLayar FUN RUN 2022” SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN PIBG SEKOLAH


KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR 2022

MASA ATURCARA
8.00 - Pagi Pendaftaran peserta larian
8.30 Pagi - Pelepasan peserta larian oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda
9.00 Pagi -Anggaran ketibaan terawal peserta larian

7.0 ANJURAN

PIBG SK Sungai Layar dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan

8.0. AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA
“SeLayar FUN RUN 2022” SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN PIBG SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR 2022

PENASIHAT
BAHARUDDIN MOHAMED IBRAHIM
(GURU BESAR SK SUNGAI LAYAR)
AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENGURUS ACARA : MUHAMAD FADZLI BIN SUDIN


PUBLISITI & HEBAHAN : MOHD ZAMRI ABD RAZAK
PENDAFTARAN & HADIAH : KHAIRUN NISA AHMAD KHALIDI

TEKNIKAL & LOGISTIK : WAN ZAKARIYA WAN OTHMAN

PETUGAS CHECKPOINT : MARZUKHI OSMAN

9.0. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

9.1- Penyertaan :Terbuka kepada semua peringkat umur.

9.2 Yuran Pendaftaran


RM 15.00 dikenakan bagi setiap peserta. Peserta perlu membayar yuran penyertaan
ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (02020010016075)- Tetuan PIBG Sek Keb
Sungai Layar.

9.3 Pendaftaran
- Penyertaan haruslah dihantar sebelum 15 November 2022
- Peserta boleh mendaftar secara berkumpulan atau secara individu.

10.0. Hadiah

Semua Peserta akan mendapat medal dan sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Belia Dan Sukan Negeri Kedah.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN.

KEPERLUAN ANGGARAN PERBELANJAAN

Medal - RM 8.00 X 500 = RM 4000.00


Sijil Penyertaan RM 2.00 X 500 = RM 1000.00
Lain-lain RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5300.00


12.0. PENUTUP

Memandangkan aktiviti sebegini adalah pertama kali akan dilaksanakan


Jawatankuasa ini, maka pihak kami berharap ia akan berjalan lancar. Diharap
dengan penganjuran sebegini akan terus mendapat kesinambungannya pada masa
akan datang dan aktiviti ini akan berlangsung dengan jayanya.

Disedia oleh , Disahkan oleh,

…………………………. ……………………………..

(MUHAMAD FADZLI BIN SUDIN) (NOR AZLAN BIN OMAR)


Penolong Kanan Kokurikulum YDP PIBG
SK Sungai Layar SK Sungai Layar

Anda mungkin juga menyukai