Anda di halaman 1dari 9

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

KERTAS KERJA HARI KELUARGA


Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
Maahad Al-Ummah
Jalan Jelapang
31200, Chemor,
Perak Darul Ridzuan
_____________________________________________________________________
HARI KELUARGA
BKGK Maahad Al-Ummah
4 NOVEMBER 2022 – 5 NOVEMBER 2022
(Jumaat - Sabtu)

1.0 PENGENALAN

Hari Keluarga Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) Maahad Al-Ummah
merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan
antara semua guru dan staf di Maahad Al-Ummah. Ini kerana institusi keluarga adalah
saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu,
dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari
Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan
kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan dan guru-guru Maahad Al-Ummah.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang
bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga
Maahad Al-Ummah. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek
kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga Maahad Al-Ummah agar
sambutan Hari Keluarga kali pertama yang dilaksanakan dalam pengurusan pimpinan sesi
2021/2023 ini meriah, berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberikan ruang kepada staf dan guru-guru Maahad Al-Ummah untuk
melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan


silaturahim di kalangan staf dan Maahad Al-Ummah.
2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-
nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf dan
guru-guru Maahad Al-Ummah sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti kerja.

3.0 TEMA

Cadangan tema Hari Keluarga ialah “KELUARGA MUC TEGUH BERSAMA”

4.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA CADANGAN

Tempat         : Kampung Air Water Chalet, Bukit Merah Laketown Resort


Tarikh            : 4 November 2022
Masa             : 3.00 petang (daftar masuk)
12.00 tengahari (daftar keluar)

5.0 SASARAN PENYERTAAN

Semua guru dan kakitangan Maahad Al-Ummah bersama keluarga.


6.0     JUMLAH PESERTA

Guru : 70
Staf : 5

7.0 PENGISIAN PROGRAM


Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

4 NOVEMBER 2022 : JUMAAT

03.00 petang Pendaftaran masuk chalet


04.30 petang Pengurusan diri dan keluarga
Solat
05.30 petang Acara sukaneka
Acara bola Tampar
07.00 petang Solat
Santapan
Rehat
Pengurusan diri dan keluarga
09.00 malam Aktiviti ‘barbeque’
11.00 malam Bersurai
Rehat
Pengurusan diri dan keluarga
Tidur

5 NOVEMBER 2022 : SABTU

06.00 pagi Solat subuh


Pengurusan diri
07.00 pagi Sarapan pagi
08.30 pagi Aktiviti tukar hadiah
Aktiviti cabutan bertuah
10.30 pagi Majlis penutup
11.30 pagi Bersurai
Pulang ke destinasi masing-masing

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

Sila lihat LAMPIRAN 1

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Sila lihat LAMPIRAN 2

10. PENUTUP
Dengan terlaksananya Hari Keluarga kali pertama pengurusan Badan Kebajikan Guru
dan Kakitangan (BKGK) Maahad Al-Ummah pimpinan sesi 2022/2023 ini diharapkan
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah dalam kalangan staf dan
guru-guru Maahad Al-Ummah di samping dapat mewujudkan persefahaman dan
semangat kerja berpasukan sesama warga rakan sekerja sekaligus dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti kerja yang proaktif.
Mudah-mudahan aktiviti Hari Keluarga ini dapat dijalankan secara tahunan
kerana misi dan visi setiap Hari Keluarga pastinya memberikan impak terbaik bagi
organisasi Maahad Al-Ummah khasnya.
Tema ‘Keluarga MUC Teguh Bersama’ tercapai.

Lampiran 1
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS UNIT JUMLAH


1 Bayaran ahli BKGK (Keluarga) RM 180 x 75 keluarga RM 13,500.00
2 Hadiah cabutan bertuah RM 50 x 40 hamper RM 1,500.00
3 Hadiah sukaneka RM 50 x 40 hadiah RM 2,000.00
4 Minyak kenderaan RM 50 x 75 keluarga RM 3,750.00
5 Bahan barbeque RM 1,000.00
6 Alatan sukaneka RM 300.00
7 T shirt Hari Keluarga RM 60 x 40 RM 2,400.00
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

RM 55 x 35 RM 1,925.00

JUMLAH BESAR RM 26,375.00

* Sumber kewangan adalah melalui tabung kutipan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
(BKGK) Maahad Al-Ummah , Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG), pihak sekolah, pihak luar
(NGO dan persendirian)

Lampiran 2

JAWATANKUASA PELAKSANA HARI KELUARGA MAAHAD AL-UMMAH


2022

Pengerusi
(Tuan Haji Abdul Aziz bin Musa )

Timbalan Pengerusi
(Encik Muhamad Rosli bin Ahmad)

Naib Pengerusi 1
(Puan Hajah Razita Akhtar binti Abdul Rahman)
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

Naib Pengerusi 2
(Tuan Haji Suhaimi bin Latip)

Naib Pengerusi 3
(Encik Mohd Hafez bin Ardzi @ Ardhi)

Penyelaras Program
Encik Mohd Hakimi bin Abdul Halim
Puan Nor Liyana binti Zulkifli

Setiausaha
Puan Munarizan binti Muin

Pen. Setiausaha
Encik Mohd Khabib bin Zulbakri

Bendahari
Encik Mohd Arifuddin bin Mokhtar

JAWATANKUASA DAN PERINCIAN TUGAS

BIL JAWATANKUASA PERINCIAN TUGAS

1 AKTIVITI DAN LAWATAN Memastikan keperluan dan aktiviti


sepanjang Program Hari Keluarga
dilaksanakan.

2 SUKANEKA/ BOLA TAMPAR / Mengendalikan acara sukaneka, bola


tampar, pertukaran hadiah dan cabutan
TUKAR HADIAH / CABUTAN bertuah serta sediakan alatan yang
BERTUAH berkaitan dengan lengkap.

3 JURUGAMBAR SEKOLAH Merakam gambar sepanjang program


berlangsung bagi tujuan pelaporan.

4 JURUACARA & BACAAN DOA Menjadi pengacara majlis dan mengetuai


bacaan doa.
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

5 BARBEQUE Merancang segala bahan berkaitan


‘barbeque’.

Memastikan peralatan dan kelengkapan


lengkap.

6 CENDERAMATA / HADIAH Menyediakan cenderamata dan hadiah


untuk aktiviti yang dijalankan.

7 DOKUMENTASI Menyediakan laporan setelah sesi


pendaftaran selesai dilaksanakan.

8 PENGINAPAN AHLI BKGK Menyusun atur penginapan ahli bkgk


sepanjang program dijalankan.

Penjagaan kebajikan dan keperluan ahli


bkgk sepanjang program berlangsung.

9 PENGANGKUTAN Menguruskan pengagihan duit minyak


kenderaan ahli bkgk ke tempat program.
(DUIT MINYAK KENDERAAN)

10 PENGURUSAN T SHIRT Mencari syarikat dan mengambil saiz t


shirt semua ahli bkgk.
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATANKUASA NAMA PIC

1 AKTIVITI DAN LAWATAN ENCIK MOHD KHABIB


PUAN NUR MAIZAN

2 SUKANEKA/ BOLA TAMPAR / CIK HALIMATUS SAADIAH


TUKAR HADIAH / CABUTAN PUAN AFIFAH
BERTUAH

3 JURUGAMBAR SEKOLAH DAN PUAN MUNARIZAN


DOKUMENTASI

4 JURUACARA & BACAAN DOA ENCIK MOHD RAMZI


ENCIK MOHD FAIRUL

5 BARBEQUE ENCIK HAWARI

6 CENDERAMATA / HADIAH PUAN SURIAWANI


PUAN NORHIDAYAH

7 PENGINAPAN AHLI BKGK PUAN NOR LIYANA


ENCIK MOHD HAKIMI
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Maahad Al-Ummah 2021/23

8 PENGANGKUTAN ENCIK MOHD ARIFUDDIN


(DUIT MINYAK KENDERAAN)

9 PENGURUSAN T SHIRT ENCIK MOHD FAIRUL


CIK HALIMATUS SAADIAH

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ...................................................................
(PUAN MUNARIZAN BINTI MUIN) (ENCIK MOHD HAKIMI BIN ABDUL
HALIM)
Setiausaha Pengerusi
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
Maahad Al-Ummah Maahad Al-Ummah

Anda mungkin juga menyukai