Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KARNIVAL KOAKADEMIK MURID ORANG ASLI

Tarikh : 18 JULAI 2019


Hari : KHAMIS
Masa : 7.30 pagi
TEMPAT : SK SUNGAI BUMBUN (A) P. CAREY
KARNIVAL KOAKADEMIK MURID ORANG ASLI 2019

1.0 PENDAHULUAN
Penghayatan terhadap Al-Quran sebagai panduan umat Islam adalah amat penting untuk
diterjemahkan dalam pelbagai bentuk amalan seharian. Karnival ini merupakan salah satu
aktiviti melibatkan acara Tilawah Al-Quran, hafazan, azan, bacaan dalam solat, bercerita
dan nasyid. Usaha ini diharap akan dapat mencapai matlamat untuk membentuk dan
melahirkan insan beriman yang mampu mengaplikasikannya dalam pelbagai aspek terutama
sebagai penyatuan ummah agar keamanan, keharmonian dan silaturrahim yang dikecapi hari
ini akan berterusan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
2.2 Memantapkan sebutan dan bacaan serta kemahiran pengajaran Tilawah Al-Quran.
2.3 Menanam minat dan cinta kesenian Islam seperti nasyid.
2.4 Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan murid dalam aktiviti keagamaan.
2.5 Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru-guru, murid-murid dan warga
pendidik.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 18 Julai 2019
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi

4.0 TEMPAT
SK Sungai Bumbun (A)

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Semua Murid Islam, Muallaf
5.2 Murid Asli

6.0 PENGISIAN PROGRAM


6.1 Tilawah Al-Quran (Lelaki dan perempuan)
6.2 Hafazan (Lelaki dan perempuan)
6.3 Azan
6.4 Bacaan dalam Solat(Lelaki dan perempuan)
6.5 Nasyid
6.6 Bercerita(Lelaki dan perempuan)
7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara

7.30 – 8.00 pagi  Pendaftaran peserta


 Minum Pagi
8.00 pagi  Muzakarah Hakim

8.30 pg – 12.00tgh  Acara Bermula

12.00 tengahari Perasmian & penutup


 Peserta berkumpul
 Ketibaan tetamu VIP
 Bacaan Doa
 Ucapan Guru Besar
 Ucapan Perasmi
 Penyampaian hadiah
 Bersurai / Jamuan

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Dana Sekolah

9. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perbelanjaan Perkara Jumlah
Jamuan
1  Makan Pagi orang x RM3 7 RM 21
 Makan Tengah hari orang x RM5 7 RM 35
2 Yuran penyertaan RM 100

JUMLAH RM156.00

10.0 Guru Pengiring

Bil Nama Guru


1 Noor Asma Binti Hussain
2 Muhd Nur Firdaus Bin Azman
3 Mohd Shahrulazam Bin Ibrahim

11.0 Penutup
Mudah-mudahan karnival dakwah ini akan berupaya memantapkan sahsiah dan seterusnya
dapat mencungkil bakat dan ketrampilan diri murid- murid ke tahap yang maksima. Adalah
di harapkan program ini akan mencapai kejayaan dan mampu menerapkan nilai-nilai murni
melalui pertandingan yang dijalankan sebagai amalan secara berterusan. Ia juga
diharapkan dapat menanam rasa keinsafan, kesyukuran dan kecintaan murid-murid kepada
Allah dan Rasullullah serta tuntutan agama Islam sebagai panduan hidup muslim yang
sempurna.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….
(Noor Asma binti Hussain) (Mohd Shamsurizal bin Hassan)
Ketua Panitia Agama Islam, Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Sungai Judah(A). SK Sungai Judah(A).

Disahkan oleh, *Diluluskan / Tidak Diluluskan

(Hajah Fazidah Binti Abdul Kadir)


Guru Besar,
SK Sungai Judah(A).

Anda mungkin juga menyukai