Anda di halaman 1dari 3

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK SATAK

KERTAS KERJA
PROGRAM BERSEMPENA MAULIDUR RASUL

PERTANDINGAN HAFAZAN

1.0 Nama program


Pertandingan Hafazan

2.0 Pengenalan

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan hidup manusia.
Justeru, ia perlu dibaca, dikaji dan ditelaah sepanjang masa agar kehidupan kitab
benar-benar terpimpin dibawah naungan al- Quran. Antara cara yang berkesan bagi
memangkinkan seseorang itu mudah berhubung dengan al-Quran ialah melalui
aktiviti hafazan. Aktiviti ini sebenarnya amat sesuai bagi usia pelajar sememangnya
masih jernih dan bersedia untuk menerima sesuatu yang baru.

3.0 Matlamat

Matlamat utama ialah memastikan murid-murid dapat membaca dan menghafaz


surah-surah lazim dan bacaan dalam solat dengan baik.

4.0 Tujuan dan objektif :

Tujuan dan objektif pertandingan hafazan ini adalah seperti berikut :


4.1 Murid dapat membaca dan menghafaz surah-surah lazim dalam solat
dengan baik.
4.2 Murid dapat menghafaz dan menguasai bacaan dalam solat dengan
baik dan sempurna.
4.3 Dapat mewujudkan daya saing antara murid untuk menghafaz dengan
baik dan lancar.
4.4 Menguji tahap kelancaran dan kefasihan murid dalam membaca dan
menghafaz.
5.0 Tarikh dan tempat
Tarikh : 8/10/ 2022 (Khamis)
Tempat : Surau SK Satak
Masa : 8.00 Pagi – 12.00 tengahari

6.0 Sasaran peserta


Murid Islam tahun 1 hingga 6

7.0 Senarai ahli jawatankuasa :


Seramai 3 orang ahli jawatankuasa ditugaskan untuk menjalankan Pertandingan
Hafazan peringkat sekolah :

7.1 Siti Katijah Mat Nayan


7.2 Siti Nur Bai’yah binti Husin
7.3 Zahidin Zainal bin Zulkornain

8.0 Atucara program

08.00 pagi - Murid mengambil tempat


8.30 pagi - Pertandingan Bermula
10.00 pagi - Rehat
11.00 pagi - Ucapan Penutupan oleh Guru Besar
11.15 tgh - Penyampaian hadiah
12.00 tgh - Bersurai

9.0 Anggaran Perbelanjaan


Perbelanjaan :
9.1 Hadiah Pertandingan Hafazan
a) Tempat pertama RM30 X 5 = RM 150
b) Tempat kedua RM20 X 5 = RM 100
c) Tempat ketiga RM 15 X 7 = RM 105
d) Saguhati RM 10 X 14 = RM 140
e) Kuiz RM 5 X 10 = RM 50
Jumlah RM 545 .00
10.0 Penutup

Melalui program ini, diharapkan semua murid akan dapat merealisasikan


matlamat program untuk menghafaz surah-surah lazim dan bacaan dalam
solat dengan baik dan lancar di samping mewujudkan semangat daya saing
dalam menghafaz.

Disediakan oleh,

…………………………..

Siti Nur Bai’yah Binti Husin


SETIAUSAHA PENDIDIKAN ISLAM
SK SATAK

Anda mungkin juga menyukai