Anda di halaman 1dari 11

Kertas Kerja Projek Penempatan Program

Remaja Perdana Rakan Muda


di Kg Orang Asli , Ulu Chembong,
Rembau, Negeri Sembilan

Badan Operasi: Persatuan Belia Bersatu


Taman Seremban Jaya

Oleh:
Goh Jun Rong
Peserta Tahap Emas ARPRM

Isi Kandungan

Pendahuluan
Program Anugerah Remaja Perdana telah mula mula diperkenalkan di
negara ini pada tahun 2001. Program ini diambil sempena Program Duke of
Edinburghs Award yang diperkenalkan di United Kingdom pada tahun
1956. Ianya merupakan satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat
kepada golongan remaja bagi memupuk nilai-nilai murni ke arah mencapai
personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang
mengikiraf penglibatan golongan muda yang berusia antara 14-25 tahun.
Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di
beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama, contohnya
The President Award di Afrika Selatan, The National Youth Achievement
Award di Singapura dan sebagainya. Apabila program ini diperkenalkan di
Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
(ARPRM) dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan
Berkuasa Anugerah peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan
oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Projek Penempatan adalah salah satu komponen yang wajib
disempurnakan oleh setiap peserta Anugerah Remaja Perdana tahap Emas
selain daripada komponen Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi
Fizikal, dan Penjelajahan Lasak. Projek Penempatan perlu dilengkapkan
dalam tempoh tidak kurang daripada 5 hari dan 4 malam yang berturut-turut.
Kriteria pemilihan tempat Projek Penempatan pula adalah ianya mestilah
jauh dari tempat yang selesa/berhampiran. Projek penempatan ini disokong
penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan tetapi setiap peserta hendaklah
mencari penaja atau menggunakan dana sendiri untuk melaksanakannya
dengan menggunakan kreativiti dan cara perlaksanaan yang tersendiri.
2

Pengenalan

Projek Penempatan merupakan komponen khas yang perlu dilaksanakan


oleh peserta yang menyertai Program Anugerah Remaja Perdana tahap Emas.
Peserta-peserta harus merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Projek
Penempatan di kawasan yang melebihi 24 km dari tempat kediaman selama 5
hari 4 malam berturut-turut.
Projek Penempatan ini telah memberi peluang keemasan kepada saya
kerana saya dapat menimba pengalaman baru serta memahami adat dan budaya
kaum orang asli dengan lebih mendalam lagi. Selain itu, saya juga dapat
berkongsi pengalaman dan budaya tempatan saya kepada belia orang asli yang
sebelum ini tidak pernah saya jumpa dan bekerjasama. Projek penempatan ini
pasti akan memberi impak yang mendalam dan positif kepada diri dan hidup
saya. Akhir sekali, saya berharap Projek Penempatan ini akan memberi detikdetik yang manis terhadap semua orang asli di Ulu Chembong, Rembau serta
dapat menambahkan kesefahaman yang lebih mendalam dan menjalinkan
perhubungan yang lebih akrab antara kedua-dua pihak ini.

Butiran Program
Nama Program

: Program Pertukaran Budaya

Objektif Utama

: Untuk melaksanakan Projek Penempatan Program


Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas

Objektif

:-Untuk meningkatkan tahap perhubungan dengan


masyarakat global.
-Memberi peluang kepada belia untuk merasai gaya
kehidupan remaja kaum orang asli.
-Menambahkan kemahiran yang dimiliki agar belia
lebih fleksibel dan bersedia untuk menghadapi
cabaran pada era globalisasi ini.
-Membantu masyarakat setempat dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti dan kerja amal yang
mampu membantu menambahbaikan kehidupan
seharian mereka.

Lokasi Program

: 1. Kampung Orang Asli, Ulu Chembong, Rembau,


Negeri Sembilan.
2. Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan
3. Kee Mei Siew Pow Sdn Bhd
4. Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah
5. Star-Fresh Agro Park, Bukit Putus
6. Padang Besar Seremban

Tarikh

: 14 September 2014 18 September 2014

Penganjur

: 1. Ng Choong Siong(Ketua Kumpulan)


2. Goh Jun Rong
3. Liew Yin Chen
4. Bong Bui Ted
4

5. Pu Mei Ling
6. Sam Mei Jin
(Peserta Tahap Emas Program Anugerah Remaja
Perdana Rakan Muda)

Penilai:
Nama

:Encik Ong Led Dan

Jawatan

:Mentor

Rangka Tentatif Pelaksanaan Projek


14 September 2014 (Ahad)
9.00

pagi

:Taklimat Program.
:Bertolak ke Kediaman Menteri Besar Negeri
Sembilan.

10.00 pagi

:Tiba di Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan.

12.00 tengah hari:Makan tengah hari.


1.00

petang

:Membuat kerja amal (gotong-royong) di Kediaman


Menteri Besar Negeri Sembilan.

3.00

petang

:Minum petang.

4.00

petang

:Tiba di Kampung Orang Asli Ulu Chembong.


:Berinteraksi dengan ketua kampung.

5.00

petang

:Bermain sepak takraw dengan belia rang asli.

6.00

petang

:Membungkus hadiah dan mengagihkan kepada


kanak-kanak di sekitar kampung.

7.00

malam

:Makan malam.

8.00

malam

:Homestay, pengurusan diri.

10.00 malam

:Rehat.

15 September 2014 (Isnin)


6.00

pagi

:Bangun, membuat senaman pagi dan bersarapan.

8.00

pagi

:Melawat ke Kee Mei Siew Pow Sdn Bhd untuk


belajar cara membuat Siew Pow.

10.00 pagi

:Bertolak ke Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala


Pilah untuk mempelari sukan baru JOMBOLA.

12.00 tengah hari:Makan tengah hari.


1.00

petang

:Taklimat tentang asal usul, peraturan dan cara


bermain JOMBOLA.
6

2.00

petang

:Latihan bermain JOMBOLA.

5.00

petang

: Pertandingan JOMBOLA tertutup antara peserta


ARP.

6.00

petang

: Majlis Penutup Pertandingan JOMBOLA.

7.00

malam

:Makan malam, pengurusan diri

8.00

malam

:Ceramah

10.00 malam

:Rehat

16 September 2014 (Selasa)


6.00 pagi

:Bangun, membuat senaman pagi dan bersarapan.

8.00

pagi

:Bertolak ke Star-Fresh Agro Park

9.00

pagi

:Mendengar taklimat ringkas dan mula mendaki


Bukit Putus.

2.00

petang

:Makan tengah hari, pengurusan diri.

3.00

petang

:Rehat.

4.00

petang

:Taklimat tentang sesi menemu ramah orang-orang


kenamaan dan Penerima Pingat Emas ARP.

5.00

petang

:Bergerak dalam kumpulan dan memulakan sesi


menemu ramah.

7.00

malam

:Makan malam.

8.00

malam

:Membuat khidmat kesukarelaan di Padang Besar


Besar Seremban sempena Sambutan Hari Malaysia.

12.00 malam

:Rehat.

17 September 2014 (Rabu)


6.00

pagi

8.00 pagi

:Bangun, membuat senaman pagi dan bersarapan.


:Berinteraksi dan mengenali budaya orang asli
:Sesi pembelajaran tentang cara menganyam tikar,
mengukir kayu, dan melukis batik di Temuan Abo
Craft.

12.00 tengah hari:Makan tengah hari.


1.00

petang

:Mempelajari kemahiran menangkap ikan orang


asli dengan menggunakan lembing.

3.00

petang

:Minum petang.

4.00

petang

:Sesi interaksi dan pengajaran bersama dengan


kanak-kanak orang asli.

7.00

malam

:Makan malam, pengurusan diri.

8.00

malam

:Sesi perkongsian pengalaman mentor-mentor ARP.

10.00 malam

:Rehat.

18 September 2014 (Khamis)


6.00

pagi

:Bangun, membuat senaman pagi dan bersarapan.

8.00

pagi

:Mengemas dan membersihkan kawasan balairaya

11.00 pagi

:Mempelajari kemahiran meniup sumpit orang asli.


:Pertandingan meniup sumpit.

12.00 tengah hari :Makan tengah hari.


1.00 petang

:Majlis penutup serta Upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata.
:Sesi bergambar.

2.00 petang

:Bersurai

Anggaran Perbelanjaan Projek

Item
Kos Pengangkutan (Van Sewa)
Kos aktiviti 5 Hari
(bahan keperluan,

Perbelanjaan
RM 300 x 6 = RM 1800.00
RM 3500.00

sewa

balairaya

Kampung Orang Asli Ulu Chembong,


sewa Kompleks Rakan Muda Daerah
Kuala

Pilah,

JOMBOLA,

upah
bayaran

jurulatih
kursus

kraftangan orang asli)


Kos penyajian 5 Hari
RM 200 x 6 = RM 1200.00
Kos mendaki Bukit Putus (termasuk
RM 500.00
upah 4 orang jurulatih)
JUMLAH

RM 7000.00

Sumber Kewangan
Sumber
Sumbangan Peserta (6 orang )
Sumbangan Persatuan PBB
Sumbangan Penasihat
JUMLAH BESAR

Jumlah
RM 3000.00
RM 2000.00
RM 2000.00
RM 7000.00

Penutup
Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan agar program ini
dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna serta berjalan mengikut
perancangan yang telah diaturkan. Sehubungan dengan itu, segala kerjasama
serta bantuan yang disumbangkan baik secara langsung mahupun tidak
langsung, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga program
ini mendapat keredhaan dan berada dalam kerahmatan Tuhan. Anugerah Remaja
Perdana Boleh !

Disediakan oleh,
______________________
(GOH JUN RONG)
Peserta Tahap Emas Program Remaja Perdana Rakan Muda,
Badan Operasi Persatuan Belia Taman Seremban Jaya, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
10

Anda mungkin juga menyukai