Anda di halaman 1dari 4

1

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAB 1 SEJARAH TINGKATAN 3

Tarikh: 04/01/2016 (Isnin)

Subjek : Sejarah
Tingkatan : 3 Ibnu Sina Masa : 07.00 – 07.40am
Tajuk : 5.1 Pemerintahan Jepun di negara kita
Sub tajuk : a) Pemerintahan Jepun
i) Kedatangan Jepun
Hasil Pembelajaran : Aras 1
 Memerihalkan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu
 Melakar & melabel peta penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Sarawak &
Sabah
Aras 2
 Menghuraikan keberkesanan strategi Jepun dalam usaha menguasai Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah
Patriotisme : Kebijaksanaan menyusun strategi
Nilai : Bijak merancang strategik sebelum bertindak
KPS : Memahami kronologi
KBAT : Menilai – Kelebihan penggunaan basikal berbanding kapal terbang
i-Think/Grafik : Peta Pokok – Faktor kedatangan Jepun dan strategi tentera Jepun
BBM : Video, gambar bendera, maharaja dan jeneral Jepun

Aktiviti : Induksi Set


- Video serangan tentera Jepun ke atas Pearl Harbour

Pengembangan
L1 – Bersoal jawab berdasarkan video yang ditunjukkan. Contohnya
mengapakah Jepun menyerang Pearl Harbour sebelum menyerang Tanah
Melayu
L2 – Pelajar melengkapkan peta pemikiran berkaitan faktor kedatangan Jepun
dari aspek politik, sosial dan ekonomi (aktiviti berdasarkan big ideas m.s 1)
L3 – Pelajar ditunjukkan peta Malaysia dan kemudian diminta melabel lokasi-
lokasi pendaratan tentera Jepun untuk menyerang Tanah Melayu, Sarawak
dan Sabah
L4 - Pelajar melengkapkan peta pemikiran berkaitan strategi tentera Jepun
dari aspek propaganda, lokasi pendaratan dan cara kemaraan
(aktiviti berdasarkan big ideas m.s 2)

Penutup
- Memberi justifikasi kelebihan menggunakan basikal sebagai salah satu cara
kemaraan tentera Jepun

Refleksi :

Catatan :
2

Tarikh: 05/01/2016 (Selasa)

Subjek : Sejarah
Tingkatan : 3 Ibnu Sina Masa : 07.00 – 08.20am
Tajuk : 5.1 Pemerintahan Jepun di negara kita
Sub tajuk : a) Pemerintahan Jepun
i) Kedatangan Jepun
ii) Dasar pemerintahan Jepun
Hasil Pembelajaran : Aras 1
 Menyenaraikan faktor kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu
 Merihalkan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
Aras 2
 Membandingkan corak pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dengan di
Sarawak dan Sabah
Patriotisme : Kebijaksanaan menyusun strategi
Nilai : Bijak merancang strategik sebelum bertindak
KPS : Membuat Imaginasi
KBAT : Menganalisis – Membuat perbandingan kelengkapan perang Jepun dan British
i-Think/Grafik : (i) Peta dakap: Dasar pemerintahan Jepun
(ii) Pengurusan grafik: Faktor kejayaan Jepun
BBM : Jadual dan borang pengurusan grafik

Aktiviti : Induksi Set


- Gambar tentang perbandingan kelengkapan perang Jepun dan British

Pengembangan
L1 – KBAT: Bersoal jawab dengan pelajar tentang iktibar yang boleh dijadikan
contoh berdasarkan gambar perbandingan kelengkapan perang yang
ditunjukkan (big ideas m.s 3)
L2 - Menguji kemahiran pelajar melengkapkan borang pengurusan grafik
tentang kata kunci dan faktor kejayaan Jepun (big ideas m.s 4)
L3 – Pelajar ditunjukkan struktur pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan
Borneo. Pelajar kemudian dikehendaki menyenaraikan perbandingan corak
pentadbiran tersebut.
L4 – Pelajar diterangkan tentang dasar pemerintahan Jepun dari aspek politik,
ekonomi dan sosial. Selepas itu, setiap kumpulan dikehendaki
mengenalpasti isi-isi penting berkaitan tajuk tersebut.

Penutup
- Peneguhan isi-isi penting
- Pelajar diberikan kerja rumah berkaitan gerakan anti-Jepun (big ideas m.s 6)

Refleksi :

Catatan :
3

Tarikh: 11/01/2016 (Isnin)

Subjek : Sejarah
Tingkatan : 3 Ibnu Sina Masa : 07.00 - 07.40am
Tajuk : 5.1 Pemerintahan Jepun di negara kita
Sub tajuk : a) Pemerintahan Jepun
ii) Dasar pemerintahan Jepun
iii) Reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun
Hasil Pembelajaran : Aras 1
 Memerihal dasar penjepunan
 Menyatakan reaksi penduduk tempatan terhdp pemerintahan Jepun
Patriotisme : Jati diri bangsa
Nilai : Memperkasakan mental dan fizikal
KPS : Membuat Interpretasi
KBAT : Menilai – Kesesuaian penduduk tempatan memberi sokongan kepada Jepun
i-Think/Grafik : Pengurusan grafik: Memadankan gerakan anti-Jepun dengan huraian yang
betul
BBM : Jadual dan borang pengurusan grafik

Aktiviti : Induksi Set


- Carta struktur pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu dan Borneo

Pengembangan
L1 – Guru memilih secara rawak pelajar untuk menjelaskan isi-isi penting
berkaitan dasar pemerintahan Jepun
L2 - Penilaian band 2: Pelajar dikehendaki melengkapkan peta dakap
berkaitan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (big ideas m.s 5)
L3 – Semakan kerja rumah memadankan gerakan anti Jepun dengan huraian
yang betul (big ideas m.s 6)
L4 – Aktiviti tambahan berkaitan reaksi penduduk tempatan terhadap
kedatangan Jepun

Penutup
- Menilai Kesesuaian penduduk tempatan memberi sokongan kepada Jepun
- Rumusan tentang kekalahan tentera Jepun

Refleksi :

Catatan :
4

Tarikh: 12/01/2016 (Selasa)

Subjek : Sejarah
Tingkatan : 3 Al Farabi Masa : 08.20 – 09.40am
Tajuk : 5.1 Pemerintahan Jepun di negara kita
Sub tajuk : b) Kesan Pemerintahan Jepun
i) Politik
ii) Ekonomi
iii) Sosial
Hasil Pembelajaran : Aras 1
 Menyenaraikan kesan pemerintahan Jepun di negara kita
Aras 2
 Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubah corak pemikiran
rakyat Tanah Melayu
Patriotisme : Kegigihan dan kecekalan menghadapi dugaan
Nilai : Sentiasa berani mempertahankan negara Malaysia
KSP : Membuat Imaginasi
KBAT : Menilai – Iktibar kesan daripada pemerintahan tentera Jepun
i-Think/Grafik : (i) Pengurusan grafik kesan-kesan pemerintahan Jepun
(ii) Penulisan esei iktibar kesan daripada pemerintahan Jepun
BBM : Gambar-gambar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Aktiviti : Induksi Set


- Menunjukkan video simulasi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Pengembangan
L1 – Pelajar memberikan pandangan tentang kesan pengeboman Nagasaki &
Hiroshima
L2 – Pelajar ditunjukkan dengan gambar-gambar berkaitan dengan kesan
pemerintahan Jepun. Pelajar kemudiannya diminta membuat imaginasi
bagaimana keadaan mereka sekiranya berada pada situasi berikut
L3 – Penilaian band 3: Pelajar dikehendaki melengkapkan kata kunci
berkaitan dasar kesan-kesan pemerintahan Jepun dari aspek politik,
ekonomi dan sosial (big ideas m.s 7)
L4 – KBAT: Pelajar dikehendaki menulis esei berkaitan iktibar yang boleh
diambil kesan daripada pemerintahan tentera Jepun (big ideas m.s 8)

Penutup
- Aktiviti pengukuhan menjawab soalan objektif berkaitan dengan kesan-kesan
pemerintahan Jepun

Refleksi :

Catatan :

Anda mungkin juga menyukai