Anda di halaman 1dari 14

BAHASA MELAYU

SEMESTER 2
A012003
KEBAIKAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN
BERSEJARAH

NAMA NO. KAD NO. ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
MUHAMMAD AMRI BIN ALJEN 060409120281 K781LGAR020

TARIKH
DD/MM/YYYY

NAMA PENSYARAH
MOHD RUSDI BIN USMAN
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA/ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 1

2 TAJUK TUGASAN 2

3 PENGENALAN 3

4 GAMBAR 1 4

5 GAMBAR 2 5

6 GAMBAR 3 6

7 GAMBAR 4 7

8 GAMBAR 5 8

9 GAMBAR 6 9

10 KESIMPULAN 10

11 RUJUKAN 11
1.0. PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna. Walaupun
terdapat beberapa kesukaran, namun tidak menjadi penghalang yang besar
untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Saya tetap berusaha mencari maklumat daripada pelbagai sumber
dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras saya sendiri. Di
sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bahasa
Melayu kelas saya Encik Rusdi Bin Usman kerana telah banyak membantu
dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar tentang pelaksanaan tugasan folio
ini. Saya amat berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada
waktunya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan ini. Sekian, terima kasih.
2.0. TAJUK TUGASAN
Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah

3.0. PENGENALAN

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat


seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara
yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah
dan rumah yang dibina dengan menggunakan ruang luas sehingga
memakan tanah yang berhektar-hektar.

Antara isu yang hangat dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang


di dewan parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan
bersejarah, tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad
untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun,
terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan
bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian
seperti ini berlaku ? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan ? Tepuk
dada tanyalah selera . Sebenarnya terdapat pelbagai kebaikan bangunan
bersejarah yang terdapat di negara kita.
4.0.GAMBAR 1 : MENGEKALKAN IDENTITI NEGARA

Sumber : https://treelightasia.com/index.php/2021/06/09/melaka-
bandaraya-bersejarah/
HURAIAN :
Bangunan bersejarah wajar dikekalkan sebagai identiti Negara.
Kebanyakan bangunan-bangunan bersejarah dibina berdasarkan
pengaruh dan ciri-ciri pemerintahan waktu dahulu. Hanya di Malaysia
kita boleh melihat bangunan atau monumen yang bercirikan Belanda,
Portugis, Melayu, Cina dan India iaitu di Bandaraya Melaka. Bandar
yang telah diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO ini
merupakan identiti yang membentuk landskap masyarakat negara kita di
mana kemajmukan bangsa dan agama tidak menjadi penghalang
kepada permuafakatan untuk hidup aman dan sentosa dalam satu
negara. Pemeliharaan bangunan-bangunan bersejarah ini akan
memastikan nilai muafakat dalam diri setiap warganegara sentiasa diraih
apabila mereka dapat melihat dan hidup dalam suasana seperti di
Bandaraya George Town, Pulau Pinang.
5.0.GAMBAR 2 : MENJADI SUMBER PENYELIDIKAN DAN
PENDIDIKAN

Sumber : https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Bujang_valley.jpg
HURAIAN :
Bangunan bersejarah juga mustahak untuk dikekalkan supaya menjadi
sumber penyelidikan dan pendidikan. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari
dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Misalnya,
di Lembah Bujang, Kedah di mana terdapat pihak pemaju yang tidak
bertanggungjawab ingin membangunkan kawasan yang meliputi tapak
bersejarah Lembah Bujang namun dihalang dengan pantas oleh kerajaan
negeri Kedah. Beberapa tahun selepas itu, sebuah tapak arkeologi ditemui
berdekatan dengan kawasan Lembah Bujang yang menunjukkan bukti
ketamadunan awal di negara kita bertahun-tahun dahulu. Proses arkeologi
dan penyelidikan dapat dijalankan dengan penemuan artifak-artifak lama
yang bernilai dalam sejarah negara kita. Justeru, bangunan bersejarah dan
monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan langkah
pemuliharaan dan faedah bangunan bersejarah adalah penting untuk
dikekalkan.
6.0.GAMBAR 3 : PRODUK PELANCONGAN

Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Fort_Cornwallis
HURAIAN :
Bangunan bersejarah mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung
kerana nilai ekonominya. Ini berikutan kerana tempat-tempat bangunan
bersejarah dan peninggalannya sudah pasti akan menjadi tarikan tumpuan
para pelancong luar dan dalam negara. Melalui langkah ini, industri
pelancongan akan semakin berkembang dan seterusnya meningkatkan
pengaliran warga asing meningkat naik dan pasaran global dapat kita
tembusi. Sebagai contoh Kubu Cornwallis, Pulau Pinang. Bangunan
bersejarah seperti inilah dapat menarik tumpuan pelancong untuk
menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan bangunan tersebut. Ini dapat
dibuktikan dengan pepatah Melayu yang ada mengatakan di mana ada gula,
di situlah ada semut. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah
berasa bangga dengan bangunan lama bersejarah di negara kita.
7.0.GAMBAR 4 : PENGGUNAAN SEMULA INFRASTRUKTUR

Sumber :
https://en.wikipedia.org/wiki/Baba_Nyonya_Heritage_Museum
HURAIAN :
Kebanyakan bangunan-bangunan bersejarah ini masih gah berdiri
walaupun sudah berpuluh tahun dibina dan digunakan. Hal ini kerana
struktur asal bangunan tersebut masih kukuh dan mampu menahan cuaca
dan bencana alam yang berlaku dalam negara kita. Maka rasionalnya untuk
kita tidak membazir sumber mentah dalam membina bangunan baru.
Sebaliknya kita boleh membaik pulih dan menggunakan semula infrastruktur
yang telah terbina. Baru-baru ini kita lihat rangkaian kedai makan dan batik
mula membuka cawangan di bangunan-bangunan lama kerana lokasi
bangunan tersebut yang strategik dan menjadi tumpuan ramai. Sebagai
contoh bangunan bersejarah Baba Nyonya yang dijadikan sebagai muzium.
8.0.GAMBAR 5 : MEMBERI PENGAJARAN KEPADA MASYARAKAT

Sumber : https://www.tripadvisor.com/Attraction_Review-g306997-
d455168-Reviews-A_Famosa_Fort-
Melaka_Central_Melaka_District_Melaka_State.html
HURAIAN :
Bangunan dan monumen bersejarah juga dapat memberi contoh dan
pengajaran kepada masyarakat, khususnya kepada golongan remaja
yang mempunyai semangat patriotisme yang lemah. Walaupun
sebahagian bangunan lama hanya menunjukkan peristiwa hitam, kita
masih dapat menghargai sejarah di sebalik bangunan tersebut dan
mengambil pengajaran daripada peristiwa hitam yang telah berlaku.
Dengan ini kita akan lebih maju kehadapan tanpa mengulangi kesilapan
yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contoh, Kota
A’Famosa di Melaka iaitu kubu kuat tentera Portugis yang dibina setelah
menawan Melaka dapat dijadikan pengajaran, penawanan ini berlaku
kerana masalah perpaduan, kelemahan pemimpin dan kelemahan
tentera Melaka sendiri. Negara kita boleh menjadi negara yang setaraf
dengan negara maju lain jika kita tidak mengambil mudah perkara ini dan
mengambil pengajaran terhadap sejarah negara kita.
9.0.GAMBAR 6 : MENJADI BUKTI KUKUH KEPADA
SUATU PERISTIWA SEJARAH

Sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melaka#/med
ia/Fail:Malacca_Sultanate_Palace.JPG
HURAIAN :
Bangunan bersejarah atau monumen turut menjadi bukti kukuh tentang
peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi akan datang. Kita
sedia maklum bahawa bangunan bersejarah atau monumen bermaksud
bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang tokoh yang telah
berjasa atau peristiwa penting yang telah berlaku. Walaupun Malaysia
telah mencapai kemerdekaan selama lebih daripada 50 tahun, kesan
yang ditinggalkan oleh penjajah British, Belanda dan Portugis masih
dapat dilihat dan perlu dijaga serta dilestarikan. Di samping itu, bangunan
bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi akan
datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah kita dapat
membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh
penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan
bukanlah cerita dongeng, mitos atau legenda semata-mata. Sebagai
contoh zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15
dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya bangunan replika
bersejarah seperti Muzium Istana Kesultanan Melaka.
10.0. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, bangunan bersejarah amat penting dalam


membentuk minda generasi muda di negara ini, terutamanya terhadap
penghargaan warisan dan khazanah negara ini. Bangunan dan monumen
bersejarah merupakan aset yang sepatutnya dipelihara dan diwarisi dari
satu generasi ke generasi yang lain. Dengan kehadiran bangunan
bersejarah, generasi baru akan lebih menghargai dan sensitif terhadap
pembangunan sejarah negara ini. Ini akan membentuk masyarakat yang
sensitif terhadap sebarang perobohan dan kemusnahan bangunan
bersejarah. Kerajaan perlu mewartakan bangunan bersejarah sebagai
bangunan yang perlu dipelihara. Jadi sekiranya terdapat sebarang pihak
yang ingin merobohkan atau memusnahkan bangun bersejarah akan
dikenakan tindakan undang-undang.
11.0. RUJUKAN

Lawan Web
Rahiza (2021). Kepentingan memelihara bangunan bersejarah. Diperoleh
dari
https://k10.upm.edu.my/artikel/kepentingan_memelihara_bangunan
_bersejarah-60616 .

Treelightstudio (2021). Melaka Bandaraya bersejarah. Diperoleh dari


https://treelightasia.com/index.php/2021/06/09/melaka-bandaraya-
bersejarah/ .

Anda mungkin juga menyukai