Anda di halaman 1dari 12

BAHASA MELAYU

SEMESTER 2
A012003

TULIS TAJUK YANG DIBERI

NAMA NO. KAD NO. ANGKA


PENGENALAN GILIRAN

TARIKH
DD/MM/YYYY

NAMA PENSYARAH
TULIS NAMA PENUH PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA/ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN

2 TAJUK TUGASAN

3 PENGENALAN

4 GAMBAR 1

5 GAMBAR 2

6 GAMBAR 3

7 GAMBAR 4

8 GAMBAR 5

9 GAMBAR 6

10 KESIMPULAN

11 RUJUKAN
1.0. PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna. Walaupun
terdapat beberapa kesukaran, namun tidak menjadi penghalang yang
besar untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Saya tetap berusaha mencari maklumat daripada pelbagai sumber
dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga
bantuan daripada rakan-rakan sekelas. Di sini, saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bahasa Melayu kelas saya
Puan Aisyah binti Ahmad kerana telah banyak membantu dan memberi
bimbingan serta tunjuk ajar tentang pelaksanaan tugasan folio ini. Saya
amat berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada
waktunya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.
2.0. TAJUK TUGASAN
Punca-punca pencemaran alam sekitar di Malaysia

3.0. PENGENALAN

Pencemaran yang berlaku di negara kita menunjukkan sikap


masyarakat yang masih kurang kesedaran tentang kepentingan menjaga
alam sekitar. Lazimnya, semua faham bahawa pencemaran alam sekitar
telah memberi banyak implikasi kepada diri, masyarakat bahkan negara
kita. Secara tidak langsung, implikasi ini akan berlarutan sehingga generasi
muda pada masa hadapan tidak dapat lagi menikmati sumber alam semula
jadi yang indah dan bersih.
Langkah yang efektif perlu dilakukan pada masa ini supaya dapat
memberi kesedaran dalam diri masyarakat untuk memelihara alam sekitar
daripada tercemar. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk mengatasi masalah ini?
4.0. GAMBAR 1 : PEMBUANGAN SAMPAH

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/80-peratus-
sungai-di-bandar-mati-akibat-pencemaran-218233

Huraian :
Pengurusan sisa pepejal yang tidak efisyen menyebabkan
sesetengah masyarakat cenderung memilih sungai sebagai tempat untuk
membuang sampah mereka. Hal ini menyebabkan banyak sungai-sungai di
Malaysia tercemar dengan longgokan sampah yang merosakkan
pandangan. Sebagai contoh, sungai Klang di Selangor yang dikatakan mati
akibat pencemaran kerana tiada hidupan yang dapat hidup di sungai
tersebut. Jelaslah bahawa, sikap masyarakat yang memandang ringan
terhadap perbuatan membuang sampah ke dalam sungai telah
menyebabkan banyak sungai-sungai di Malaysia tercemar.
5.0. GAMBAR 2 : ASAP KILANG

Sumber :
http://pengajianmsiasem1poliku.blogspot.com/2018/09/pencemaran-
udara.html

Huraian :
Pencemaran alam sekitar juga sering dikaitkan dengan aktiviti sektor
perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelepasan asap kilang
yang tidak menggunakan teknologi penapis asap mengandungi gas yang
sangat berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Sebagai contoh,
karbon dioksida dan karbon monoksida. Karbon monoksida dapat
menjejaskan tahap kesihatan manusia sehingga boleh menyebabkan
kematian. Bukan itu sahaja, karbon dioksida yang terlalu banyak di udara
juga akan memerangkap haba sehingga menyebabkan pemanasan global.
Jelaslah bahawa, pelepasan gas-gas bertoksik ke udara dapat
menyebabkan pencemaran alam sekitar.
6.0. GAMBAR 3 : KEGIATAN PEMBALAKAN HARAM

Sumber : https://ismaweb.net/2020/11/24/pembalakan-haram-
zalimi-manusia-ekosistem-hutan/

Huraian :
Pembalakan haram merupakan aktiviti penebangan pokok di hutan
yang dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa. Lazimnya, mereka
melakukan penebangan pokok tanpa kawalan yang bertujuan untuk
mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa menghiraukan kesan
kepada alam sekitar. Kegiatan pembalakan haram ini dapat menyebabkan
haiwan kehilangan tempat tinggal dan ekosistem hutan terjejas. Bukan itu
sahaja, pembalakan haram menyebabkan hakisan tanah berlaku sehingga
boleh menyebabkan tanah runtuh dan pencemaran air sungai. Jelaslah
bahawa, kegiatan pembalakan haram merupakan salah satu punca utama
pencemaran alam sekitar di Malaysia.
7.0. GAMBAR 4 : ISI BERDASARKAN GAMBAR

Sumber : Masukkan pautan sumber gambar diperoleh

HURAIAN :
Huraian hendaklah berkaitan tajuk dan gambar yang ditunjukkan.
Mesti dalam bentuk perenggan.
Penilaian esei adalah secara holistik seperti pemeriksaan karangan.
8.0. GAMBAR 5 : ISI BERDASARKAN GAMBAR

Sumber : Masukkan pautan sumber gambar diperoleh

HURAIAN :
Huraian hendaklah berkaitan tajuk dan gambar yang ditunjukkan.
Mesti dalam bentuk perenggan.
Penilaian esei adalah secara holistik seperti pemeriksaan karangan.
9.0. GAMBAR 6 : ISI BERDASARKAN GAMBAR

Sumber : Masukkan pautan sumber gambar diperoleh

HURAIAN :
Huraian hendaklah berkaitan tajuk dan gambar yang ditunjukkan.
Mesti dalam bentuk perenggan.
Penilaian esei adalah secara holistik seperti pemeriksaan karangan.
10.0. KESIMPULAN

Pencemaran alam sekitar sebenarnya berpunca daripada kegiatan


manusia sendiri. Oleh sebab itu, masyarakat harus sedar perbuatan
mencemarkan alam sekitar perlu dihentikan segera. Kesedaran
kepentingan penjagaan alam sekitar harus dimulakan bermula sejak
bangku sekolah lagi. Semua pihak perlu mengambil berat kepentingan
menjaga alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati
keindahan alam semula jadi.
11.0. RUJUKAN

Buku
Nama penulis (Tahun). Tajuk buku (italik). Tempat diterbitkan: Syarikat
penerbitan.

Contoh :
Sulaiman Muhtar (2022). Masyarakat dan Alam Sekitar. Sabah: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Lawan Web
Nama penulis (Tahun). Tajuk laman web (italik). Diperoleh dari
http://www.website.com.

Contoh :
Sulaiman Muhtar (2022). Pencemaran Alam Sekitar. Diperoleh dari
https://cariblogger.com/kesan-pencemaran-alam-sekitar/.

Anda mungkin juga menyukai