Anda di halaman 1dari 35

PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA

LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN


SEMESTER 2
SESI 2021/2022

TAJUK
MASALAH BEKALAN AIR BERSIH DI SELANGOR

KOD KURSUS UQI 11402


NAMA KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA
NAMA PELAJAR 1. MUHAMMAD SYAHMI AIMAN BIN MOHD
SABRI (K) (AA200363)
2. MUHAMMAD FAYYADH AN-NUR BIN NOOR
NAJHAN (AA200058)
3. MUHAMMAD HAZWAN BIN ROSLI (AA200043)
4. AHMAD KAMARUZIE BIN MOHD KAMAL (AA200149)
5. MOHAMAD AFIQ AIKAL BIN MOHAMAD RASHID
(AA200570)
6. MOHAMAD AZMIN BIN TAJUL ARIFIN (AA200213)
7. MUHAMMAD FAIZUL HADI BIN ZULKIFLI
(AA200259)
8. MUHAMMAD IQMAL ARIFF BIN HADI (AA200855)
SEKSYEN 6
KUMPULAN 2
NAMA PENSYARAH PUAN WAN AINAA MARDHIAH BINTI WAN ZAHARI
TARIKH HANTAR 19 JUNE 2022

30
Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................1

2.0 PERNYATAAN MASALAH..............................................................................................3

3.0 PERSOALAN KAJIAN.......................................................................................................6

4.0 OBJEKTIF KAJIAN............................................................................................................6

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN..................................................................................................7

6.0 TINJAUAN LITERATUR...................................................................................................9

7.0 METODOLOGI KAJIAN..................................................................................................10

8.0 PERBINCANGAN DAN ANALISIS KAJIAN BAGI MENCAPAI OBJEKTIF............12

9.0 KESIMPULAN..................................................................................................................18

LAMPIRAN.............................................................................................................................21
A. Minit mesyuarat............................................................................................................21
B. Contoh gambar pencemaran sungai di Selangor..........................................................24
C. Borang Soal Selidik......................................................................................................26

2
1.0 PENGENALAN

Dalam era yang serba moden dan serba mencabar ini, telah timbul isu alam sekitar
yang semakin membimbangkan. Semakin hari, jumlah penduduk yang saban hari
meningkat tinggi menyebabkan semakin banyak sumber yang diperlukan untuk
menampung kehidupan dan penggunaan para penduduk. Tambahan lagi, jumlah penduduk
dunia yang dijangka akan bertambah sebanyak 50 peratus pada tahun 2050 dan menjelang
abad ke-21, jumlah penduduk bakal mencapai 10 bilion orang. Maka dengan itu,
penggunaan sumber alam pasti akan turut bertambah. Umum mengetahui bahawa Malaysia
merupakan sebuah negara membangun yang kaya dengan pelbagai sumber alam dan juga
pusat kepada pelbagai industri yang bernilai berbilion ringgit. Namun begitu, pembangunan
yang pesat tidak dapat diperoleh secara percuma. Pembangunan-pembangunan ini
memberikan impak buruk kepada alam sekitar seperti penebangan hutan secara berlebihan,
pencemaran udara dan juga pencemaran air. Demikian itu, Malaysia akan menghadapi
masalah alam sekitar yang semakin kritikal sekiranya pencemaran berlaku secara
berterusan dan tidak diuruskan dengan betul.

Kebanyakan pencemaran alam sekitar yang berlaku berpunca daripada aktiviti yang
tidak terkawal, sikap tamak, kecuaian, kurang kesedaran diri dan pentingkan diri sendiri
tanpa memikirkan kesan buruk kepada alam sekeliling. Selain daripada itu, pembangunan
yang tidak berlandaskan konsep pembangunan mampan dan penguatkuasaan undang-
undang yang lemah tidak dapat memberi jaminan masa depan yang baik bagi keadaan alam
sekitar di Malaysia. Pembangunan haruslah dijalankan dengan mengambil kira jumlah
pengambilan sumber alam, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang
dilepaskan. Sikap manusia yang mementingkan keuntungan dan tidak mengambil peduli
akan pentingnya kualiti hidup merupakan punca utama kepada masalah ini. Keadaan ini
telah memaksa pihak bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan yang besar demi
mengatasi masalah sungai yang tercemar, saluran tersumbat, banjir dan tanah runtuh,
sedangkan dana ini boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

1
Pada waktu yang sama di Malaysia, sikap masyarakat juga memainkan peranan
yang penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar terutamanya di sungai. Umum
mengetahui, sungai merupakan salah satu sumber air bersih utama yang digunakan untuk
menampung keperluan air di Malaysia. Walaupun begitu, kepentingan sungai dianggap
enteng oleh masyarakat Malaysia. Pencemaran sungai hasil daripada aktiviti manusia
semakin menunjukkan impak kepada kehidupan seharian kita. Bekalan air bersih kini
menjadi satu isu yang hangat diperkatakan di media massa. Putusnya bekalan air dan air
paip yang tidak bersih adalah antara kesan-kesan yang dapat dirasai oleh masyarakat. Loji-
Loji rawatan air kini tidak lagi dapat menampung beban pembersihan dan penapisan air
bersih berpunca daripada pencemaran sumber air. Kini, air yang merupakan keperluan asas
kehidupan menjadi semakin sukar diperoleh di sesetengah Kawasan yang mungkin menjadi
bertambah parah di masa hadapan.

Natijahnya, dapat dilihat bahawa sikap dan kesedaran individu itu adalah punca
kepada masalah-masalah yang berlaku di sekeliling kita termasuk masalah yang berkaitan
alam sekitar. Tiada guna penguatkuasaan undang-undang mahupun pelbagai kempen
kesedaran dijalankan sekiranya pemikiran masyarakat masih kekal di takuk yang lama.
Kesedaran dan perasaan tanggungjawab tidak meresap di dalam Jiwa dan kehidupan
masyarakat kita hari ini. Maka, tidak hairanlah ke mana sahaja kita pergi masalah
pencemaran pasti dapat dilihat. Kajian awal telah dilakukan untuk membincangkan tahap
pengetahuan dan amalan masyarakat Malaysia terutama pelajar UTHM terhadap etika alam
sekitar terutamanya berkaitan sungai. Sejumlah 71 responden terlibat dalam mengisi borang
soal selidik melalui Google Form berdasarkan soalan yang berkaitan tentang etika alam
sekitar. Oleh yang demikian, lebih banyak lagi kupasan tentang isu yang berkaitan akan
dikupas dan dibincangkan di bahagian yang seterusnya.

2
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Isu berkaitan alam sekitar di Malaysia merupakan masalah utama yang masih
menjadi tanda tanya akan kesudahan perkara sebegini di kalangan masyarakat dan kerajaan
walaupun telah berkurun tahun mencari jalan penyelesaiannya. Masalah berkaitan
pencemaran alam sekitar ini merupakan satu skop yang besar dan boleh dipecahkan kepada
beberapa skop yang lebih kecil dan lebih mendalam. Fokus kami sekarang adalah masalah
pencemaran sungai atau punca air yang mengganggu kesihatan seluruh penduduk Malaysia.
Permasalahan ini dipilih kerana ianya menjadi masalah utama yang sehingga kini kerajaan
dan rakyat Malaysia masih lagi tidak berjaya untuk mencari punca masalah apatah lagi
jalan penyelesaian terhadap masalah yang mampu menggugat keamanan negara ini. Hal ini
kerana air merupakan sumber utama kepada manusia untuk meneruskan kehidupan, dan air
juga merupakan sumber utama kehidupan kepada banyak mikroorganisma sama ada yang
baik ataupun yang berbahaya. Dengan penjagaan sungai yang baik dan selamat, ini dapat
menambahkan lagi taraf kesihatan penduduk di Malaysia.

Apabila dilihat dengan teliti, kita akan dapat mengenalpasti beberapa punca masalah
terhadap pencemaran air antaranya adalah pembuangan bahan sisa toksik yang tidak
mengikut prosedur operasi standard ke dalam sungai oleh pekerja syarikat yang tidak
bertanggungjawab. Ini juga merupakan salah satu punca yang memainkan peranan yang
tinggi kepada pencemaran sungai di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh setiap sisa buangan
bahan toksik yang tidak mengikut prosedur dan membuang ke tempat yang betul akan
menyebabkan tempoh lupusnya bahan toksik tersebut menjadi lebih lama dan jangka hayat
sesebuah molekul kimia menjadi panjang. Perkara sebegini akan menyebabkan seluruh
sungai itu tercemar kerana sungai yang mengalir akan membawa bahan buangan sisa tosik
itu mengikut arus sungai ke tempat yang lain dan proses pencemaran itu akan berlangsung
secara terus menerus serta merebak dengan lebih jauh. Perkara sebegini sebenarnya sering
berlaku tanpa kita sedar kerana informasi ini tidak disebarkan di media sosial atas sebab
tidak begitu para. Akan tetapi, perkara ini telah menimbulkan masalah yang besar sebagai
contoh seperti sungai di Pasir Gudang, Johor serta berjaya menarik perhatian kerajaan dan
pihak media sosial seperti berita Astro Awani atas sebab ianya telah menyebabkan
pencemaran sungai di situ berada di tahap yang kritikal.

3
Tidak dilupakan juga, Masyarakat tidak mempunyai adab dan etika yang baik ketika
melakukan pembuangan sampah dan sisa bahan toksik. Masyarakat awam yang dengan
sengaja melakukan pembuangan sampah ke dalam sungai. Ini juga merupakan salah satu
dari kebanyakan etika buruk yang masih dilakukan oleh rakyat Malaysia sehingga masa
kini. Perkara sebegini telah menjadi seperti darah daging rakyat di Malaysia apabila pergi
berkelah mahupun beriadah, mereka akan mementingkan sikap malas mereka dan
membuang sampah di dalam longkang ataupun sungai. Perkara sebegini perlu dibendung
oleh rakyat Malaysia sendiri kerana perbuatan ini dimulakan daripada diri sendiri yang
kemudiannya diikuti oleh rakyat Malaysia pada generasi masih muda. Dari sini, kita dapat
melihat bahawa moral rakyat Malaysia sangatlah rendah dan masih perlu diperbaiki
daripada pelbagai aspek antaranya adalah sifat suka membuang sampah merata tempat, agar
menjadi lebih efektif, perkara yang baik perlu dilakukan seperti aktiviti harian agar ianya
menjadi ikutan kepada rakyat Malaysia yang masih muda.

Syarikat-syarikat atau kilang-kilang menggunakan ejen yang tidak berdaftar sebagai


alternatif kos yang murah untuk mengurus pembuangan sisa toksik. Perkara ini merupakan
salah satu tindakan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan syarikat bahan mentah. Hal ini
kerana kebanyakan syarikat perlu membayar khidmat pembuangan sisa bahan kimia kepada
pihak yang bertanggungjawab dengan bayaran yang agak tinggi. Disebabkan perkara ini,
kebanyakan syarikat menggunakan khidmat orang yang sudah biasa yang tidak mempunyai
lesen dalam menguruskan sisa bahan kimia ini untuk menjimatkan kos dan meningkatkan
lagi untung kepada syarikat tersebut. Pengurus sisa bahan kimia yang tidak mempunyai
lesen akan bertindak tanpa tauliah atau secara rasional dan membuang bahan kimia itu di
sungai atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Perkara ini juga terjadi kerana hanya
mereka yang mempunyai lesen yang sah untuk mengendalikan dan melupuskan bahan
kimia kerana mereka sahaja yang tahu di mana tempat yang sepatutnya mereka perlu buang
dengan cara yang selamat. Perkara sebegini rupa tidak akan berlaku sekiranya kebanyakan
syarikat mementingkan keselamatan seperti mana mereka mementingkan untung dalam
jualan mereka.

4
Pihak kerajaan yang tidak menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap
pembuangan sampah dengan lebih tegas terhadap masyarakat, kilang dan syarikat. Seperti
mana yang kita tahu, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan peraturan kepada rakyat
dan syarikat yang ada di Malaysia untuk membayar saman ataupun denda yang setimpal
jika didapati membuang sampah atau bahan toksik secara merata-rata. Akan tetapi,
peraturan ini mempunyai banyak masalah seperti peraturan ini hanya berkuatkuasa jika
orang itu didapati bersalah. Perkara seperti ini adalah sangat bagus akan tetapi, peraturan ini
tidak diambil berat dan seperti tidak diendahkan oleh pihak berkuasa kerana mereka
membiarkan rakyat dalam keadaan bebas di kawasan yang penting seperti tempat rekreasi
di tepi sungai. Selain dari itu, kerajaan juga perlu mengambil berat akan kaedah yang
digunakan oleh syarikat untuk membuang sisa toksik. Jika perkara sebegini ini ditingkatkan
dan diambil berat, perkara ini akan menjadi pusat pusingan kepada Malaysia untuk
menjamin sungai atau sumber air yang bersih.

5
3.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian kami ini iaitu Masalah Bekalan Air Bersih di Selangor yang di bawah
tema Isu berkaitan Etika Alam Sekitar adalah untuk mengenalpasti apakah punca
berlakunya pencemaran air di Malaysia dengan menjadikan isu-isu sungai di Selangor
sebagai sample rujukan. Setelah menjumpai apakah punca atau punca-punca yang
menyebabkan pencemaran ini berlaku, kami perlu tahu bagaimanakah masalah
pencemaran air ini akan memberi kesan dan impak kepada masyarakat mahupun negara.
Sudah semestinya sungai di negara kita ini adalah merupakan tanggungjawab yang harus
didukung dan dipelihara bukan sahaja oleh badan kerajaan, malah mesti turut disokong
dan dibantu oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai individu dan semua
masyarakat. Tetapi, sejauh manakah peranan individu, masyarakat dan kerajaan dapat
dilaksanakan dalam membendung isu pencemaran air di negara kita ini? Persoalan ini
juga perlu dikupas dengan lebih mendalam dan teliti bagi memahami apakah usul yang
menyebabkan kesukaran untuk menjaga kebersihan sungai di negara kita.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti apakah punca berlakunya pencemaran air di Malaysia.

2. Mengkaji kesan pencemaran air terhadap masyarakat dan negara.

3. Melakukan penyelidikan mengenai peranan individu, masyarakat dan kerajaan dalam


membendung isu pencemaran air di negara yang sangat kritikal pada masa kini.

6
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Kepentingan kepada alam sekitar

Melalui kajian ini, isu alam sekitar dapat dibangkitkan semula dan akan menjadi
topik hangat agar semua pihak sedar dan bertindak dengan bekerjasama dan memainkan
peranan masing-masing dengan sebaik mungkin. Semua pihak termasuk individu,
masyarakat, syarikat dan kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan dan tindakan
masing-masing dan bertindak dengan secepat mungkin untuk memelihara alam sekitar.
Tujuan utama kajian ini semestinya untuk memberi impak yang positif terhadap alam
sekitar terutamanya sungai (air) begitu juga dengan mentaliti dan daya berfikir oleh
masyarakat terhadap tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kebersihan sungai
(air). Pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap sungai dengan baik dapat menjamin sumber
air yang berkualiti terutamanya untuk masa hadapan. Justeru itu, masalah air di Selangor
boleh dikatakan berpunca daripada sungai yang tercemar disebabkan tindakan manusia
yang bertindak secara tidak rasional melupuskan bahan-bahan yang mencemarkan air di
sungai. Oleh itu, perkara ini masih boleh dibendung dan diperbaiki kesilapan bagi kesemua
pihak dengan tindakan yang drastik dan impak yang besar. Kita hanya perlu sedar bahawa
kita perlu bertanggungjawab menjaga alam sekitar secara bersama-sama kerana generasi
akan datang bakal berhadapan dengan krisis yang lebih kritikal jikalau alam sekitar ini tidak
dijaga sebaik mungkin. Sungai-sungai ini merupakan sumber air kepada manusia dan jika
perkara buruk bakal terjadi, manusia akan berhadapan dengan bencana yang lebih buruk
jika sikap sesebuah pihak masih bertindak dengan tiada rasa bertanggungjawab kepada
sungai dengan melupuskan bahan-bahan yang merosakkan sungai. Kajian ini dapat
memberi gambaran yang jelas terhadap apa yang perlu dilakukan berdasarkan punca-punca
berlakunya pencemaran sungai terutamanya di Selangor yang telah mengakibatkan banyak
manusia menghadapi kesusahan. Dengan adanya kajian ini dapat membuka minda manusia
untuk bertindak dengan lebih rasional dan pihak bertanggungjawab menjalankan tugas
dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan alam sekitar dan sungai yang merupakan sebuah
sumber yang penting kepada keseluruhan umat manusia. Oleh itu, alam sekitar (sungai)
merupakan asas yang diberikan sepenuh tumpuan dalam kajian ini untuk membincangkan
kepentingan membendung masalah atau krisis seperti krisis masalah air di Selangor.

7
2. Kepentingan terhadap masyarakat dan negara

Air adalah satu asas kepada kehidupan manusia. Kekurangan sumber air akan
menyebabkan banyak manusia menerima akibat yang berpunca daripada manusia itu
sendiri. Masyarakat dan negara adalah pihak yang menanggung akibat daripada perbuatan
segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mencemarkan air sungai dengan
melupuskan sisa-sisa toksik dan pembuangan sampah ke dalam sungai. Walau
bagaimanapun, pencemaran sungai ini adalah satu tanggungjawab bersama dan semua
pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya. Sebagai contoh,
kerajaan perlulah mengetatkan undang-undang dan prosedur pembuangan sisa-sisa dari
kilang serta memantau prosedur tersebut dengan rapi agar semua kilang mengikut prosedur
dan sisa-sisa toksik tidak dilepaskan ke dalam sungai secara haram. Namun, masyarakat itu
sendiri perlu memainkan peranan masing-masing menjaga sungai dengan meninggalkan
sikap kebiasaan membuang sampah dan bahan terlarang ke dalam sungai dan suka
membiasakan saling menegur apabila melihat perbuatan sedemikian ini terjadi. Dengan
secara tidak langsung dapat menyedarkan banyak individu dan masyarakat terhadap
bagaimana isu sungai ini perlu diberi perhatian dan secara langsung memupuk nilai-nilai
positif dalam kalangan masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan
rasional terhadap tindakan masing-masing.

3. Kepentingan terhadap generasi hadapan

Kajian ini juga dapat menjurus kepada analisis kesan jangka masa panjang yang bakal
berlaku jika pencemaran sungai ini dihalang dan dibendung sepenuhnya. Kesan jangka
masa panjang termasuk kekurangan bekalan air bersih, kemarau serta pencemaran-
pencemaran lain kepada sungai dan alam sekitar. Oleh hal demikian, masyarakat dan
individu yang hidup pada masa hadapan bakal menghadapi krisis yang kritikal jika perkara
ini terus berlarut tanpa tanda-tanda kesedaran kesemua pihak. Kepentingan kajian ini
semestinya perlu ada dalam membahas masalah ini supaya bekalan air bersih dan sumber
keperluan kehidupan manusia untuk generasi akan datang terjamin dan mencukupi
seterusnya langkah-langkah pemeliharaan yang lebih moden terus menerajui generasi
tersebut untuk memulihara mahupun menghasilkan cara mengekalkan sumber untuk
kegunaan seharian. Tanpa kesedaran masyarakat, negara, syarikat dan kilang untuk
menjaga sungai daripada pencemaran air yang telah mengakibatkan masyarakat zaman
sekarang semestinya generasi akan datang pasti mengalami krisis air disebabkan sikap tidak

8
endah segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik yang akan
mencemarkan air sungai.

9
6.0 TINJAUAN LITERATUR

Tinjauan literatur ini adalah untuk membincangkan kepentingan sungai kerana ianya
merupakan salah satu elemen yang memainkan peranan penting dalam menjamin penerusan
kehidupan makhluk di bumi ini. Sungai merupakan aspek terpenting kerana semua
keperluan dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia amat berhubung rapat dengan sungai.
Sungai berkait rapat dengan kehidupan masyarakat kerana ianya merupakan kawasan
tumpuan untuk aktiviti riadah. Oleh hal yang demikian, sungai perlu dipelihara penuh dari
segi aspek habitat dan ekologi dengan menitikberatkan kesan sampingan apabila
pencemaran sungai terjadi. Melalui perbincangan ini, kami akan membahas topik
berkenaan sungai dengan lebih mendalam antaranya ialah:

1. Kepentingan sungai yang mengikut peredaran zaman. Salah satunya adalah


membekalkan sumber air bersih kepada manusia untuk kegunaan domestik. Jika
dahulu masyarakat menggunakan air sungai untuk membasuh, memasak atau mandi,
kini fungsi tersebut masih berkekalan. Bezanya, hari ini bekalan air dari sungai-sungai
disalurkan ke tempat kediaman dengan menggunakan saluran paip demi memudahkan
kehidupan kita seharian. Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar atau di kawasan
luar bandar tidak perlu lagi meredah semak-samun atau hutan belantara bagi
mendapatkan bekalan air sungai untuk kegunaan harian.

2. Kepentingan sungai kepada ekosistem di dalam bumi. Sungai membekalkan air


kepada kawasan pertanian untuk pembinaan empangan dan saliran, contohnya di
kawasan padi. Sungai juga digunakan untuk kegunaan industri seperti pemprosesan
kelapa sawit dan seumpamanya.Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan
akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan,
ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan
sumber protein yang mencukupi untuk manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan
udang adalah sangat tinggi. - sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan,
udang dan ketam yang membekalkan sumber protein- hidupan akuatik ini merupakan
sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya sumber protein dari laut sukar
diperoleh.

10
3. Kelebihan memelihara sungai kepada kehidupan manusia. Sungai ialah landskap alam
dengan pelbagai wajah dan fungsi. Sejak awal kehidupan manusia, sungai menjadi
komponen penting dalam kehidupan seharian. Dataran limpah (banjir) sungai ialah
kawasan rata subur, dijadikan tapak perumahan dan kawasan pertanian. Sungai
menghubungkan antara tempat kerana orang dahulu menggunakan sistem jalan utama.
Mereka menangkap ikan dan hidupan dalam sungai sebagai makanan untuk sumber
protein. Air sungai juga sebagai bekalan air bersih untuk minum, mandi, membasuh
pakaian dan bertani.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan cara untuk menganalisis data yang mampu


menyokong sesuatu penyelidikan. Metodologi menerangkan cara mengenal pasti masalah
dan mengapa kaedah itu dilakukan dalam suatu penyelidikan itu. Tujuan metodologi ini
dilakukan adalah untuk memastikan maklumat yang berkaitan disampaikan secara jelas
dengan cara yang mudah. Selain itu, metodologi juga membawa maksud pengetahuan
tentang cara yang digunakan semasa menjalankan kajian serta merujuk prosedur yang
berkesan dalam menjawab soalan kajian.

Dari perspektif yang berbeza, kajian kuantitatif merupakan penyelidikan yang secara
am-nya menggunakan analisis statistic. Kuantitatif mempunyai perkataan ‘kuantiti’ yang
membawa maksud penyelidikan ini mempunyai beberapa banyak analisis data dan kuantiti.
Selain itu, penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri yang berbeza
dengan penyelidikan kuantitatif. Data kualitatif ialah dalam bentuk temubual, pemerhatian,
dan analisis dokumen. Nota lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong utama dalam
mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif. Artikel ini cuba
mengupas dengan mendalam bentuk data, kekuatan dan kelemahan metodologi bagi setiap
data yang dikumpul, serta proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif.

11
Jadi, untuk kajian ini yang bertajuk isu berkaitan etika alam sekitar terhadap masalah
bekalan air bersih di Selangor, dengan menggunakan pendekatan kuantitatif secara kajian
tinjauan menggunakan instrumen primer melalui Google Form sebagai medium
pengumpulan data daripada kajian ini. Responden merupakan pelajar UTHM Pagoh dan
seramai 17 orang responden telah menjawab soalan-soalan tersebut. Google Form ini
diedarkan melalui media sosial seperti WhatsApp. Borang ini mengandungi beberapa soalan
berkaitan punca pencemaran air berlaku, meminta pendapat responden tentang pencemaran
ini dan apakah Langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan pencemaran berlaku.

Selanjutnya, bagi pendekatan kualitatif untuk kajian ini, beberapa penyelidikan telah
dijalankan berkaitan masalah bekalan air bersih di Selangor menggunakan bahan tertulis yang
merupakan keratan-keratan akhbar yang tidak melebihi 6 tahun dari masa sekarang.

12
8.0 PERBINCANGAN DAN ANALISIS KAJIAN BAGI MENCAPAI OBJEKTIF

13
6. PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN AIR DI
MALAYSIA
12 10
10 9 9
8 7 7 7 7 7
6
6 5 5
4
4 3 3 3
2
2 1 1 1 1 1 1 1 1
0 0 0 0 0 0
0
Bilangan Respon

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

14
7. KESAN PENCEMARAN AIR TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
12 10
10 9 9 9 9
8 8 8 8
8 7
6
4
1
B ila ng a n R e s pon

2 00 00 0 00 00
0

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

8. PERANAN INDIVIDU, MASYARAKAT DAN


KERAJAAN DALAM MEMBENDUNG ISU PENCEMARAN
AIR DI SELANGOR.
12
10
10 9 9 9
8 88 8
8 7
6
6
4
2 1 1 1
0 00 0 00 0
0

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

15
Perbincangan kajian ini bertujuan menganalisis dan membahaskan tiga objektif
utama kajian iaitu mengenal pasti apakah punca berlakunya pencemaran air di Malaysia,
mengkaji kesan pencemaran air terhadap masyarakat dan negara, dan melakukan
penyelidikan mengenai peranan individu, masyarakat dan kerajaan dalam membendung isu
pencemaran air di negara yang sangat kritikal pada masa kini.

9.1 Punca Berlakunya Pencemaran Air di Malaysia

Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting baik kepada manusia
mahupun hidupan lain. Buktinya, 3/4 ataupun 70% berat badan manusia adalah terdiri
daripada air (Ang Kean Hua, 2015). Dengan adanya sumber air yang bersih dan cukup,
ekosistem bumi akan dapat dipelihara kerana semua hidupan dapat menggunakan bekalan
air bersih tersebut sebaiknya. Pada asalnya, manusia menggunakan bekalan air bersih untuk
kegunaan pertanian, perindustrian, pelancongan dan sebagainya (Noorazuan Md Hashim,
Shamsuddin Man, 2018).

Namun begitu, sejak beberapa tahun yang lalu, isu berkaitan pencemaran air di
Malaysia acap kali menjadi perbincangan hangat di dada akhbar, media sosial mahupun
dalam buletin. Boleh dikatakan hampir setiap negeri dalam Malaysia mempunyai rekod
pencemaran air. Tambahan pula, negeri Selangor merupakan antara negeri yang
mencatatkan isu pencemaran air yang sangat kritikal di mana saban tahun pasti akan
terdapat isu pencemaran air ini (Alwai Bin Hamat, Mohd Hosni Bin Ismail, 2022).

Sebelum pergi lebih mendalam, perlu diketahui definisi pencemaran terlebih


dahulu. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, pencemaran merupakan suatu perbuatan yang
mencemarkan atau mengotorkan sesuatu tempat. Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974, pencemaran air pula didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku secara langsung
atau tidak langsung kepada sifat-sifat biologi, fizikal, haba, atau radioaktif iaitu mana-mana
daripada bahagian alam sekitar yang dibuang sehingga menyebabkan keadaan ruang
berbahaya serta boleh memudaratkan kesihatan manusia, flora dan fauna.

Soal selidik kajian yang telah dijalankan melalui Google Form mendapati bahawa
seramai 58% responden sangat bersetuju bahawa antara punca berlakunya pencemaran air di

16
Malaysia khusus di Selangor adalah di sebabkan pembuangan sampah sarap dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai. Hal ini demikian kerana, pembuangan sampah seperti sisa
makanan, najis, bahan buangan ke dalam sungai secara tidak terkawal akan menyebabkan air
sungai yang jernih dan bersih menjadi keruh serta kotor. Tidak cukup dengan itu,
pembuangan bahan kimia secara terlarang oleh pihak industri yang tidak bertanggungjawab
ke dalam sungai turut menjadi sumbang saran berlakunya pencemaran air sungai Selangor
(Berita Harian, Ahmad Suhael Adnan, 2020).

Oleh yang demikian, jika diselidiki antara punca utama berlakunya pencemaran air
ini adalah disebabkan daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Sebagai
makhluk yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sewajarnya tidak mementingkan diri
sendiri dalam apa jua perkara. Sebaliknya, kita patut menyokong mana-mana pihak yang
sentiasa menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Orang yang bijak akan berfikir
terlebih dahulu baik dan buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya.

9.2 Kesan Pencemaran Air Terhadap Masyarakat Dan Negara

Tidak dapat dinafikan lagi pencemaran air akan mendatangkan implikasi buruk
terhadap masyarakat dan juga negara. Dalam soal selidik yang telah dilakukan, soalan
ketujuh ditanya bertujuan untuk mengetahui kesan pencemaran air terhadap masyarkat dan
juga negara.

Hasil dapatan daripada soal selidik mendapati bahawa 53% responden sangat
bersetuju kesan pencemaran air terhadap masyarakat adalah dapat menjejaskan sumber
pendapatan nelayan. Hal ini dapat diperhatikan apabila air sungai atau laut yang tercemar
akan mengakibatkan banyak ikan mati dek kerana termakan sisa buangan, kekurangan
oksigen kerana pembuangan sisa kimia. Selain itu, ikan juga akan berpindah ke habitat lain
yang dirasakan lebih bersih dan selamat. Tambahan pula, 47% responden mengatakan
bahawa pencemaran air juga dapat menjejaskan kesihatan masyarakat setempat kerana
kekurangan sumber bekalan air bersih. Tanpa bekalan air yang baik, agak mustahil untuk
manusia meneruskan kehidupan dan membuka petempatan awal di mana jua mereka berada
di dunia (Mohd Fiedaus Abdullah, 2021).

Seterusnya, kesan kepada negara pula kira-kira terdapat 53% responden sangat

17
bersetuju pencemaran air ini dapat menjejaskan industri pelancongan. Hal ini demikian
kerana, perkara ketara yang boleh dilihat warna sungai ataupun laut itu sendiri yang kotor dan
keruh di samping mengeluarkan bau sisa kimia, dan sisa buangan yang kurang
menyenangkan. Ia akan menyebabkan pelancong berasa sangat tidak selesa untuk bercuti di
negara ini. Di samping itu, beban kerajann turut bertambah kerana perlu menghabiskan kos
pembersihan yang tinggi sehingga boleh mencapai nilai jutaan Ringgit Malaysia (RM).

Oleh itu, berdasarkan hasil dapatan kajian, boleh dilihat bahawa pencemaran air ini
dapat mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada masyarakat di mana ia boleh
memudaratkan kesihatan dek kerana memperoleh sumber bekalan air yang tercemar. Turut
merisaukan apabila ianya boleh merosakkan imej negara dan menyebabkan kepupusan
populasi hidupan laut.

9.3 Peranan Individu, Masyarakat Dan Kerajaan Dalam Membendung Isu Pencemaran
Air Di Negara Yang Sangat Kritikal Pada Masa Kini

Dalam subtopik ini kita akan membincangkan berkenaan dengan peranan yang
boleh dilakukan oleh individu, masyarakat, dan kerajaan dalam membendung isu
pencemaran air di negara yang sangat kritikal pada masa kini.

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, seramai 9 orang responden sangat
bersetuju untuk memberi pendidikan alam sekitar pada peringkat kanak-kanak. Hal ini
bertujuan bagi menanam dan menyemai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar sejak kecil
lagi. Sebagai contohnya, sebagai seorang ibu bapa mereka boleh Menggalakkan anak-anak
untuk tidak membuang sampah merata-rata tetapi perlulah di tempat yang sepatutnya. Adalah
lebih baik juga untuk mendidik dan memberikan contoh kepada mereka dengan
mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dan tidak boleh dikitar semula seperti botol
plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Sediakan tong sampah di rumah mengikut jenis-jenis
bahan buangan tersebut bag memudahkan anak-anak membuang sampah mengikut
kategorinya.

Seterusnya, seramai 7 orang responden bersetuju manakala 9 orang lagi sangat


bersetuju untuk menggalakkan penduduk setempat bergotong-royong membersihkan kawasan
sungai dan sekitar. Sebenarnya inisiatif boleh dilakukan oleh semua pihak iaitu individu,
18
masyarakat dan pihak kerajaan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, kebersihan sungai dapat
dijaga daripada pencemaran dan secara tidak langsung ia juga akan dapat memberi kesedaran
kepada semua berkaitan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar.

Di samping itu, pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan menguatkuasakan


undang-undang kepada individu yang melakukan pencemaran. Sebagai contoh, pihak
kerajaan boleh mengenakan kompaun terhadap mana-mana individu yang mencemarkan
sungai. Perkara ini bukanlah bertujuan untuk mengaut keuntungan, akan tetapi ia bertujuan
memupuk sifat tanggungjawab dalam semua lapisan masyarakat agar tidak melakukan
pembuangan sampah sarap sesuka hati.

Justeru itu, jelaslah bahawa setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha
pemuliharaan sungai ini memerlukan Kerjasama dan tanggungjawab semua pihak. Jika
semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan dan bekerjasama
untuk menyelamatkan sungai, sudah pasti sungai di negara kita akan dapat diselamatkan dan
dipelihara sepenuhnya.

9.0 KESIMPULAN

Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama semua manusia di muka


bumi ini. Ini bukan sahaja tertakluk kepada penjagaan sungai semata-mata, namun semua
jenis sumber semula jadi yang wujud. Ini kerana bukan sungai sahaja yang menjadi mangsa
kepada kerakusan manusia yang sibuk mengejar keuntungan semata-mata tanpa mengira
kesan yang mungkin berlaku pada alam sekeliling. Dengan itu, mewujudkan alam sekitar
yang bersih dan berkualiti adalah kewajipan bagi semua pihak. Ini menunjukkan betapa
pentingnya kesedaran tentang alam sekitar dalam diri masyarakat bagi memastikan
keindahan alam sekitar dapat dinikmati generasi akan datang. Sifat ini perlulah dipupuk
dalam jiwa masyarakat walau dengan apa cara sekalipun. Antara cara terbaik adalah dengan
menerapkan kesedaran ini dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Oleh itu, universiti
merupakan antara institusi yang bertanggungjawab untuk menanam dan memperkukuh sifat
cintakan alam sekitar dalam kalangan mahasiswa.

19
Usaha-usaha yang holistik perlu dilakukan kerana kesedaran terhadap alam sekitar
masih lagi lemah di kalangan masyarakat. Kurangnya pendedahan tentang isu ini sejak
bangku sekolah perkara ini tidak diambil berat. Kebanyakan orang merasakan tindakan
mereka tidak akan menyebabkan kesan yang signifikan kepada alam sekitar sedangkan
semua orang mempunyai tanggungjawab yang sama demi menikmati kualiti alam sekitar
yang terbaik. Pastinya usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang inginkan
perubahan mengubah sikap semua orang dengan mudah. Walaupun begitu, usaha yang
berterusan dan bersungguh-sungguh pasti akan memberikan impak yang baik sedikit demi
sedikit kepada rakyat dengan harapan suatu hari nanti semua masyarakat dapat bersatu padu
dengan ideologi yang sama iaitu sayang dan cinta kepada alam sekitar.

Di peringkat universiti sendiri, kesedaran dan kudrat mahasiswa adalah sangat


berharga bagi mencapai impian ini. Tenaga belia boleh memberikan impak yang sangat besar
dalam masyarakat. Oleh itu, kami menyeru semua mahasiswa untuk sedar akan betapa
pentingnya isu alam sekitar untuk dibahaskan pada hari ini. Usaha seperti menjaga
kebersihan alam sekitar juga sudah cukup untuk membantu gerakan ini.

Kesimpulannya, kerosakan dan pencemaran di muka bumi ini ialah hasil kerakusan
manusia. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus
dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata. Hal ini demikian kerana tiada lagi
tempat berteduh lain bagi manusia sekiranya kita gagal menjaga kelestarian alam sekitar di
bumi ini. Usaha semua pihak amat ditagih untuk merealisasikan masa depan yang indah di
negara ini terutamanya. Maka dengan ini, sedarlah dan marilah kita Bersama-sama bersatu
menjalankan apa sahaja usaha bagi menyumbang kepada kelestarian alam demi
kebahagiaan bersama.

20
RUJUKAN

1. Fareez Azman (2019, June 24). Pencemaran Pasir Gudang: Kes sangat berbeza dengan
Sungai Kim Kim. Astroawani.com. Retrieved 7 April 2022, from
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pencemaran-pasir-gudang-kes-sangat-berbeza-
dengan-sungai-kim-kim-timbalan-menteri-210931

2. Nur Syuhada Mustakim & Muhammad Wafi Ramli & Ngai Weng Chan. (2019).
Kesedaran komuniti terhadap isu pencemaran sungai di Sungai Pinang, Pulau Pinang.
Malaysian Journal of Society and Space. 15.10.17576/geo-2019-1503-03.

3. Shafiq Tino. (16 September 2021). Pembuangan Sisa Terjadual: Pemain Industri Ambil
Jalan Mudah. Sinar Harian. Retrieved 29 April 2022, from
https://www.sinarharian.com.my/article/161860/BERITA/Nasional/Pembuangan-sisa-
terjadual-Pemain-industri-ambil-jalan-mudah

4. Bernama. (20 September 2019). Pihak Jejas Alam Sekitar Perlu Hukuman Lebih Berat.
Sinar Harian. Retrieved 29 April 2022 from
https://www.sinarharian.com.my/article/48656/BERITA/Nasional/Pihak-jejas-alam-sekitar-
perlu-hukuman-lebih-berat

5. Mohamad Athir Ismail & Mohamad Hafiz Yusoff Bakri (21 Mac 2022). Sungai di
Selangor Kronik. UTUSAN MALAYSIA. Retrieved 7 April 2022, from
https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/newspaper/sungai-di-selangor-kronik-21-mac-2022-utusan-
malaysia/

6. Ang, Kean hua & Ma’arof, Nurain. (2015). Kualiti air Sungai UTM: Satu penilaian awal
berpandukan enam parameter Indeks Kualiti Air. 11. 107-115.

7. Haliza Abdul Rahman. (17 November 2020). Kualiti sungai semakin merosot. Sinar
Harian. Retrieved 7 April 2022, from
https://www.sinarharian.com.my/article/110502/KHAS/Pendapat/Kualiti-sungai-
semakinmerosot

8. Ang, Kean hua. (2015). NOTA PENYELIDIKAN Kualiti sumber air di Malaysia: Satu
analisis. 11. 98-108.

9. Hashim, Noorazuan & Man, Shamsuddin. (2018). Tanggapan, kesedaran dan motivasi
masyarakat terhadap penggunaan air hujan sebagai bekalan alternatif bandar. Malaysian
Journal of Society and Space. 14. 37-52. 10.17576/geo-2018-1403-04.

10. Bernama. (September 19 2019). Malaysia di tempat pertama pencemaran udara tertinggi
dunia. Retrieved June 14, 2022, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-
di-tempat-pertama-pencemaran-udara-tertinggi-dunia-217879

11. Alwai Bin Hamat, Mohd Hosni Bin Ismail, Mohammad Ihsan Bin Subhi, Mohd Tajuddin
Bin Hasbullah, Ahmad Farihin Bin Mohamad Yusoff, Mohd Shahrol Rizwan Bin Mohd
Yusoff. Jurnal Krisis Air Di Selangor. ACADEMIA. Retrieved June 14, 2022, from
https://www.academia.edu/31217358/Jurnal_Krisis_Air_Di_Selangor

21
22
LAMPIRAN

A. Minit mesyuarat

Minit Mesyuarat 1

Tarikh : 6 April 2022


Masa : 9.30 malam – 10.30 malam
Kaedah Meeting : Bersemuka
Nama Ahli Yang Hadir:
Muhammad Syahmi Aiman Bin Mohd Sabri
Muhammad Fayyadh An-Nur Bin Noor Najhan
Muhammad Hazwan Bin Rosli
Ahmad Kamaruzie Bin Mohd Kamal
Mohamad Afiq Aikal Bin Mohamad Rashid
Mohamad Azmin Bin Tajul Arifin
Muhammad Faizul Hadi Bin Zulkifli
Muhammad Iqmal Ariff Bin Hadi

Agenda Perkara Tindakan


Sesi memperkenalkan diri setiap ahli kumpulan Semua ahli
Pengenalan diri
kumpulan
Menentukan tajuk untuk laporan dan
Pemilihan tajuk dan Semua ahli
membahagikan tugasan mengikut keselesaan ahli
pembahagian tugas kumpulan
kumpulan (proposal)
Menetapkan tarikh perjumpaan kedua untuk
Tarikh perjumpaan Ketua
mencari semua maklumat dan isi untuk
akan datang kumpulan
dimasukkan ke dalam proposal.

23
Minit Mesyuarat 2

Tarikh : 12 April 2022


Masa : 9.30 malam – 11.30 malam
Kaedah Meeting : Bersemuka
Nama Ahli Yang Hadir:
Muhammad Syahmi Aiman Bin Mohd Sabri
Muhammad Fayyadh An-Nur Bin Noor Najhan
Muhammad Hazwan Bin Rosli
Ahmad Kamaruzie Bin Mohd Kamal
Mohamad Afiq Aikal Bin Mohamad Rashid
Mohamad Azmin Bin Tajul Arifin
Muhammad Faizul Hadi Bin Zulkifli
Muhammad Iqmal Ariff Bin Hadi

Agenda Perkara Tindakan


Pencarian maklumat Semua ahli kumpulan berusaha Semua ahli kumpulan
(Proposal) mencari maklumat untuk
mengisi maklumat pada
bahagian masing- masing
(proposal)
Penetapan tarikh akhir Menetapkan tarikh Semua ahli kumpulan
(proposal) penghantaran setiap tugasan
kepada ketua kumpulan untuk
digabungkan semua isi
kandungan.
Pembahagian tugasan Membahagikan tugas kepada Semua ahli kumpulan
laporan penuh setiap ahli kumpulan untuk
menyiapkan laporan penuh
(lengkap)
Tarikh perjumpaan Menetapkan tarikh perjumpaan Ketua kumpulan
akan datang ketiga untuk melihat tugasan
masing-masing yang

24
dipersetujui semua ahli
kumpulan

25
Minit Mesyuarat 3

Tarikh : 15 June 2022


Masa : 9.30 malam – 10.30 malam
Kaedah Meeting : Bersemuka
Nama Ahli Yang Hadir:
Muhammad Syahmi Aiman Bin Mohd Sabri
Muhammad Fayyadh An-Nur Bin Noor Najhan
Muhammad Hazwan Bin Rosli
Ahmad Kamaruzie Bin Mohd Kamal
Mohamad Afiq Aikal Bin Mohamad Rashid
Mohamad Azmin Bin Tajul Arifin
Muhammad Faizul Hadi Bin Zulkifli
Muhammad Iqmal Ariff Bin Hadi

Nama Ahli Yang Hadir:


Mohamad Afiq Aikal Bin Mohamad Rashid
Mohamad Azmin Bin Tajul Arifin

Agenda Perkara Tindakan


Pembentangan tugasan Semua ahli kumpulan Semua ahli kumpulan
(progress) berkongsi tentang progress
masing-masing (laporan
penuh).
Penetapan tarikh akhir Menetapkan tarikh Semua ahli kumpulan
laporan penuh yang penghantaran setiap tugasan
telah lengkap kepada ketua kumpulan untuk
digabungkan semua isi
kandungan.

26
Perbincangan Membahagikan tugasan ahli Semua ahli kumpulan
mengenai kumpulan untuk menyiapkan
pembentangan laporan slide pembentangan lengkap.
lengkap

B. Contoh gambar pencemaran sungai di Selangor

https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/newspaper/sungai-di-selangor-kronik-21-mac-2022-
utusan-Malaysia/

27
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/767741/sorotan-2020-selangor-
hadapi-sembilan-kali-pencemaran-air

28
https://www.astroawani.com/berita-Malaysia/pencemaran-sungai-selangor-1274-
kawasan-alami-gangguan-bekalan-air-272145

http://myenvironment-hafif.blogspot.com/2011/09/air-sungai-di-selangor-kualiti-
kelas.html

29
C. Borang Soal Selidik

30
31
32
33

Anda mungkin juga menyukai