Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TAJUK:

PEMBANGUNAN PESAT PUNCA BANJIR KILAT : SATU


SOROTAN LITERATUR
(CLO3 / LO9)
RAMADZAN BIN SHAIFUL AMRAN 2022449652 PEC1101D1
NURUL IFFAH FIRZANAH BINTI
2022607892 PEC1101D2
HATTA
AINUL BATRISYIA BINTI AINUL
2022452018 PEC1101D1
HASHIMI ISMAIL
NURQASDINA BINTI HASHAN 2022482284 PEC1101D2
DARWISY AZRAEI BIN MOHD NIZAM 2022866892 PEC1101D2

Kertas Kerja ini dikemukakan


bagi memenuhi keperluan kursus
CTU101
Prinsip Asas Islam
Semester : OKTOBER 2022 – JANUARI 2023

PENSYARAH: ZULKIFLI BIN HAJI DAHALAN


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)

1
ISI KANDUNGAN m.s

1.0 Pendahuluan

2.0 Objektif Kajian

3.0 Kajian Literatur


3.1 isi
3.2
3.3

4.0 Metodologi, Dapatan & Perbincangan


4.1 isi
4.2
4.3

5.0 Rumusan, Kesimpulan dan Etika

6.0 Bibliografi / Rujukan

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

            Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,


nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami untuk menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

            Pertama, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta kami, ustaz Zulkifli Bin Haji Dahalan kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan
tugasan ini dengan baiknya.

            Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
kami yang merupakan tunjang utama dalam menyiapkan kerja kursus  ini.
Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menyelesaikan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan


seperjuangan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang
kami telah alpa. Kami membantu antara satu sama lain dengan menjawab
setiap pertanyaan yang diutarakan.

            Akhir madah, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka


yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus
ini. Terima kasih.

3
1.0 PENDAHULUAN

Pembangunan pesat merupakan pembangunan yang dibangunkan


secara tidak terkawal. Hal ini menyebabkan pelbagai implikasi yang
mengancam penduduk di dunia. Salah satu kesan daripada
pembangunan pesat ialah banjir kilat. Pelbagai inisiatif dapat dilakukan
bagi mengatasi isu ini.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


 Menentukan punca pembangunan yang pesat menyebabkan
banjir kilat.
 Mengenal pasti langkah dalam mencegah banjir kilat
disebabkan banjir kilat.
 Menjelaskan kesan banjir kilat yang memudaratkan ekosistem di
dunia.

4
2.1 KAJIAN LITERATUR

 Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air


(KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, taburan hujan Ketika
berlakunya banjir ini dengan amat luar biasa dengan Kala
Kembali Purata (KKP) melebihi taburan hujan untuk sebulan,
iaitu melebihi 257 mm di sekitar lembah klang. Pembangunan
yang tidak terancang ini perlu dikawal, jika tidak kes bencana
banjir ini amat membimbangkan rakyat Malaysia. Justeru,
kejadian banjir besar menenggelamkan banyak kawasan
perumahan dan komersial di Lembah Klang. Cuaca yang tidak
menentu seperti taburan hujan yang tinggi merupakan punca
banjir dan ia juga merupakan balasan yang diturunkan oleh Allah
SWT kepada manusia disebabkan sifat manusia yang tamak dan
sentiasa mengejar kekayaan dunia dan mengabaikan
tanggungjawab sebagai umat Islam.

 Menurut kajian Pensyarah Pengurusan Persekitaran, Fakulti


Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM), Prof. Madya Dr. Haryati Shafii berkata
kejadian banjir kilat merupakan antara bentuk bencana yang
‘dipulangkan’ oleh alam sekitar kepada manusia ekoran
perancangan dan pencemaran secara melampau. Menurutnya
lagi, banjir berpunca daripada intensiti hujan yang tinggi,
Kawasan pembangunan padat, sistem aliran yang tidak
diselenggara dengan baik serta masalah pencemaran longkang
dan saliran dilihat menjadi penyumbang utama kepada masalah
itu. Justeru, kekerapan kejadian banjir kilat yang berlaku di
kawasan bandar perlu dikaji dan langkah-langkah bagi
mengelakkannya daripada berulang lagi.

5
 Menurut kajian Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Shah Alam, Ir Ts Dr Rumaizah Mohd Nordin, berkata
pembangunan tidak terancang menyebabkan sistem saliran
tidak direka bentuk dengan sempurna.Beliau juga berkata,
pembangunan di sesuatu kawasan itu berlaku begitu pantas
menyebabkan ia menjadi lebih padat, sekali gus mengurangkan
keberkesanan sistem saliran.Selain itu, terdapat lokasi
pembangunan atau perumahan dibina di kawasan rendah
hingga menyebabkan ia menjadi tempat air bergenang apabila
hujan lebat dan berterusan dalam tempoh lama.Tuntasnya,sifat
tidak endah manusia dalam menjaga alam sekitar menyebabkan
mereka terjerumus ke dalam kebinasaan dan kemusnahan.

 Menurut kajian bekas presiden dua pertubuhan akar umbi,


Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau
Pinang (CAP) S.M. Mohamed Idris dalam kajiannnya yang
bertajuk Pembangunan pesat antara punca banjir kilat di Bayan
Baru menyebut aktiviti penerokaan bukit dan kawasan tanah
tinggi di Sungai Ara berkemungkinan menjadi salah satu punca
banjir kilat dan banjir lumpur berlaku di kawasan Bayan Baru,
yang lokasinya di hilir Sungai Ara. Tambahan, pembangunan
tidak terkawal dan penerokaan bukit yang sedang rancak di
Bayan Lepas juga menyumbang kepada banjir di kawasan
ini.Oleh hal yang demikian,tindakan manusia yang
memusnahkan alam sekitar meyebabkan bencana alam berlaku
sekaligus mendatangkan kemudaratan kepada manusia sendiri.

6
2.5 PERBINCANGAN
2.6 DAPATAN KAJIAN
3.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
4.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
5.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai