Anda di halaman 1dari 3

Pada hemat saya, bangunan bersejarah wajar dikekalkan sebagai identiti negara.

Kebanyakan
bangunan-bangunan sejarah dibina berdasarkan pengaruh dan ciri-ciri pemerintahan waktu dahulu.
Hanya di Malaysia kita boleh lihat bangunan atau monumen yang bercirikan Belanda, Portugis,
Melayu, Cina dan India iaitu di bandaraya bersejarah Melaka. Bandar yang telah diiktiraf sebagai
Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO ini adalah merupakan identiti yang membentuk landskap
masyarakat negara kita dimana kemajmukan bangsa dan agama tidak menjadi penghalang kepada
permuafakatan untuk hidup aman dan sentosa dalam satu negara. Pemeliharaan bangunan-
bangunan bersejarah ini akan memastikan nilai muafakat dalam diri setiap warganegara sentiasa dirai
apabila mereka dapat melihat dan hidup dalam suasana seperti di bandaraya George Town, Pulau
Pinang.

Selain itu, bangunan bersejarah juga mustahak untuk dikekalkan supaya menjadi sumber
penyelidikan dan pendidikan. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji
bangunan dan monumen lama. Misalnya, di Lembah Bujang, Kedah dimana terdapat pihak pemaju
yang tidak bertanggungjawab ingin membangunkan kawasan yang meliputi kawasan bersejarah
lembah bujang namun dihalang dengan pantas oleh kerajaan negeri Kedah. Beberapa tahun selepas
itu, sebuah tapak arkeologi ditemui berdekatan Lembah Bujang yang menunjukkan bukti
ketamadunan awal di negara kita bertahun lama dahulu. Proses arkeologi dan penyelidikan dapat
dijalankan dengan penemuan artifak-artifak lama yang bernilai dalam sejarah negara kita. Justeru,
bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan langkah
pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah adalah penting untuk dikekalkan.

Dalam masa yang sama, bangunan bersejarah ini dapat menjadi produk pelancongan utama negara.
Alangkah baiknya sekiranya kita melaburkan dana ke arah pemuliharaan dan pemeliharaan
bangunan-bangunan bersejarah daripada memusnahkan habitat flora dan fauna dalam membina
kawasan pelancongan baharu yang bakal memberi padah di masa hadapan. Bangunan bersejarah
berpotensi menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menikmati
keindahan dan kekayaan alam semula jadi negara seperti pulau dan taman negara. Oleh itu,
bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan boleh diubah suai menjadi
muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Inisiatif ini sering dilakukan oleh negara-negara
Eropah seperti  di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Usaha seperti ini bakal menarik lebih ramai
pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Natijahnya, bangunan
dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Jika ditelusuri kebanyakan bangunan-bangunan bersejarah ini, ia masih gah berdiri walaupun sudah
berpuluh tahun dibina dan digunakan. Hal ini kerana struktur asal bangunan tersebut masih kukuh
dan mampu menahan cuaca dan bencana alam yang berlaku dalam negara kita. Maka, raasionalnya
untuk kita tidak membazir sumber mentah dalam membina bangunan baru. Sebaliknya kita boleh
membaik pulih dan menggunakan semula infrastruktur yang telah terbina. Baru-baru ini kita telah lihat
rangkaian kedai makanan dan butik mula membuka cawangan di bangunan-bangunan lama kerana
lokasi bangunan tersebut yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai. Kebolehan jurutera dan
arkitek tempatan akan dicabar dan adalah mustahak bagi mereka untuk mengekalkan ciri-ciri lama
bangunan tersebut disamping mengkomersialkan ia menjadi kedai baharu yang menarik untuk
dikunjungi oleh setiap ahli masyarakat.

Tuntasnya, pelbagai kepentingan tersirat dan tersurat yang kita boleh rungkaikan dalam mengekalkan
bangunan bersejarah dalam negara kita. Pembentukan minda generasi muda negara yang
menghayati warisan dan khazanah negara perlu diikhtiarkan. Bangunan dan monumen yang
bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Persis mutiara kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri yang bermaksud nilai yang terdapat di negara kita adalah tinggi sekiranya kita pandai
menghargainya berbanding melihat negara lain.
Buku Ilmiah

1. Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohaded Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid,2021, Sejarah
Tingkatan 1, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Web

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mengekalkan-bangunan-bersejarah.html

https://k10.upm.edu.my/artikel/kepentingan_memelihara_bangunan_bersejarah-60616

https://mypt3.com/langkah-memelihara-bangunan-bersejarah

Anda mungkin juga menyukai