Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah memelihara dan memulihara bangunan bersejarah

Industri pembinaan dan pembangunan negara kita menjadi semakin maju dalam era pemodenan ini.
Walaupun malaysia sedang mengalami perkembangan pembangunan, nergara kita masih berusaha
untuk mengekalkan bangunan bersejarah.Hal ini kerana Sejarah telah mencorakkan negara kita serta
menjadikan kehidupan kita warna-warni.Persoalannya,apakah langkah-langkah untuk memelihara
dan memulihara sesebuah bangunan bersejarah?

Bangunan bersejarah boleh dijadikan sebagai satu daya tarikan pelancong. Pelbagai bangunan
bersejarah sepeti Kota A’Famosa telah menyumbang kepada kerancakan industri pelancongan
negara kita.Hal ini demikian kerana bangunan-bangunan bersejarah yang mempunyai nilai sejarah
dan seni bina yang unik dapat menjadi tarikan pelancong.Oleh sebab itu, Dengan bangunan
bersejarah sebagai tempat pelancong,bangunan akan dipelihara dan dipulihara agar menarik
pelancong asing berkunjung ke negara kita.

Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan warisan negara kita sentiasa
terpelihara.Sesiapa yang sabotaj atau merosakkan bangunan bersejarah akan dihukum serta
didenda.Melaui sistem perundangan yang ketat ini. perasaan takut dapat diwujudkan dalam
kalangan mereka yang ingin melakukan vandelisme terhadap bangunan bersejarah .Mereka tidak
lagi berani untuk melakukukan sabotaj terhadap bangunan bersejarah. Dengan cara ini,bangunan
bersejarah dapat dipelihara dan dikekalkan sepanjang masa.

Selain itu,pihak sekolah perlulah mewujudkan kelab sejarah.Melaui kelab sejarah ini,pelbagai
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sejarah boleh dijalankan.Misalnya,kelab boleh mengadakan
satu pertandingan esei mengenai cara-cara untuk memelihara atau memulihara sebuah bangunan
bersejarah.Dengan menyertai pertandingan ini,murid-murid akan mengetahui kepentingan dan
kesumbangan bangunan bersejarah kepada negara kita.Secara tidak langsung, mereka akan
menghargai serta melindungi bangunan bersejarh yang terdapat di negara kita.

Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah.Ibu bapa seharusnya membawa anak mereka untuk melawat ke
bangunan bersejarah supaya anak akan melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk
semangat patriotik dalam diri mereka. .Lawatan ini akan menjadi lebih seronok jika ibu bapa
menceritakan sejarah-sejarah kepada anak mereka. Hal ini telah memberi peluang kepada anak-anak
untuk mengenali bangunan-bangunan bersejarah dengan lebih dekat.

Selain itu, sejarah juga boleh dipulihara dan dipelihara melalui kaedah pemeliharaan dan
pemuliharaan.Bangunan bersejarah yang mengalami kerosakan dapat dibaik pulih melalui usaha ini..
kerja-kerja seperti menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur
bangunan yang telah rosak dapat dijalankan untuk tujuan memulihara bangunan. kerja baik pulih
hanya meliputi bahagian dalam bangunan sehaja dan bahagian luar bangunan masih dikekalkan
dengan keasilian strukturnya kerana ia mempunyai nilai sejarah yang amat berharga.Dengan usaha
ini, hasrat masyarakt yang ingin melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal dapat
direalisasikan.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah berganding bahu dan mengembeling tenaga dalam usaha
mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita Hal ini kerana bangunan bersejarah
mampu memberikan banyak manfaat kepada masyarakat khususnya kepada generasi yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai