Anda di halaman 1dari 3

Kesan positif:1)Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Huraian-Rakyat negara kita mengenang pelbagai peristiwa

sejarah yang ada kaitannya dengan tempat-tempat bersejarah di Melaka. Remaja akan yakin bahawa peristiwa sejarah di Melaka yang dibaca daripada pelbagai bahan bacaan adalah peristiwa yang benar-benar wujud. Secara tidak langsung, generasi baru ini akan bersemangat cinta akan negara di dalam sanubari diri mereka dengan berusaha menghargai dan memelihara tempat-tempat bersejarah di dalam negara kita supaya warisan negara dikekalkan kepada generasi seterusnya. Contoh-Remaja-remaja dapat mengetahui sejarah Melaka selepas melawat Kota A-Famosa. Mereka akan dibangkitkan semangat cinta akan negara untuk membela negara kita. 2)Warisan budaya negara dapat diwariskan dan dikekalkan oleh rakyat secara turun-temurun Huraian-pengiktirafan Bandar raya bersejarah Melaka sebagai warisan dunia UNESCO dapat mengekalkan kesenian dan reka bentuk tradisional Melaka sebagai warisan budaya negara kita kepada generasi muda. Pemuda-pemudi ini akan berusaha menyebarkan warisan budaya negara kepada orang lain. Tambahan pula, meraka yang menceburi dalam bidang pembinaan akan menggunakan unsur-unsur kesenian dan reka bentuk tradisional Melaka pada binaan mereka untuk mengekalkan warisan budaya negara kita. Contoh-Sekumpulan rakyat yang pakar dalam bidang pembinaan akan membina sebuah bangunan yang memenuhi

unsur-unsur warisan budaya negara untuk menjadi lambang bangunan negara. 3)meningkatkan pendapat negara Huraian-Pengiktirafan tersebut dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita terutamanya tempat-tempat bersejarah di Melaka. Bandar raya bersejarah Melaka diiktirafkan sebagai warisan dunia UNESCO kerana tempat-tempat tersebut memenuhi nilainilai sejarah dan merupakan kesedaran tentang kekejaman penjajahan kepada orang sedunia ini. Oleh sebab ini, pelancong tempatan dan pelancong asing ingin melawat tempat-tempat tersebut yang pernah mengalami kemakmuran dan kemerosotan. Contoh-Pelancong asing ingin mengunjungi bandar raya bersejarah Melaka untuk melihat tinggalan penjajah awal dan pembinaan yang mengandungi unsur-unsur kesenian dan reka bentuk tradisional negara kita. Kesan negatif:1)Negara kita perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk tujuan pembaikan bangunan, pengubahsuaia, pengindahan, pengendalian, pengawasan, dan sebagainya di Melaka. Huraian-Sebahagian daripada tempat-tempat bersejarah di Melaka masih dalam keadaan yang rosak dan kotor malah mungkin membahayakan keselamatan pelancong. Selain itu, kebanyakan bangunan atau binaan bersejarah Melaka terlalu tua usianya, maka pengekalan bentuk asalnya sukar dilakukan. Sesetengah tempat-tempat bersejarah Melaka terletak di

kawasan yang agak terpencil dan tidak dilengkapi pelbagai kemudahan. Contoh-Untuk melengkapkan tempat-tempat bersejarah Melaka dengan kemudahan, negara kita perlu memperuntukan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu seperti tempat rehat, taman mini, dan sebagainya pengunjung tertarik untuk pergi ke sana.

Anda mungkin juga menyukai