Anda di halaman 1dari 5

7/31/22, 1:11 PM Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara Bangunan)

Famili syok layan KFC


KFC Family Feast Edisi Terhad Kini dengan Kentang Goncang Hot & Spicy.

KFC® Malaysia Beli Sekarang

SEKOLAH › Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara)

Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara)

Sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, negara kita telah berkembang pesat dari segi ekonomi dan sosial.
Dengan terbentuknya Malaysia hasil gabungan semenanjung, Sabah dan Sarawak, negara kita telah mencipta nama
dipersada dunia. Dengan kekuatan ekonomi yang semakin stabil, negara kita dapat membina beberapa mercu tanda seperti
Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar KLCC. Selepas itu, banyak lagi bangunan-bangunan dibina sejajar dengan
kemajuan yang kita kecapi. Bandar-bandar baru dibuka bertujuan untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara. Bagaimanakah
cara memelihara bangunan bersejarah ini di Malaysia?

Disebalik kemajuan yang kita banggakan ada seperkara yang perlu kita pelihara walaupun negara kita telah mencapai status
negara maju. Ia adalah bangunan bersejarah yang seharusnya kita jaga dan pelihara agar tidak ditelan zaman. Sebagai contoh
Stadium Merdeka yang kini tidak lagi digunakan untuk aktiviti sukan. Seharusnya bangunan bersejarah seperti itu dikekalkan
dan jangan dirobohkan sama sekali. Wujudnya bangunan bersejarah sebagai tanda kita mengingati asal usul kita dan untuk
ditontonkan pada generasi muda.

https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/ 1/5
7/31/22, 1:11 PM Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara Bangunan)

Isi Kandungan

1. Cara Memelihara Bangunan Bersejarah Dan Memulihara Binaan Di Malaysia

2. Langkah-Langkah Memulihara Bangunan Bersejarah

Cara Memelihara Bangunan Bersejarah Dan Memulihara Binaan Di Malaysia


Bangunan bersejarah merupakan sebuah bangunan yang dibina pada zaman dahulu yang menceritakan evolusi manusia dan
memberi nilai sejarah yang berlaku di tanah air kita. Antara contoh bangunan bersejarah di Malaysia adalah Kota A’Famosa,
Penjara Pudu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Stadium Merdeka, Rumah Almarhum Tan Sri P. Ramlee, Bangunan Sultan
Ibrahim JB dan banyak lagi.

Pentingnya bangunan ini dipelihara sebagai tarikan pelancong untuk melihat sendiri monumen-monumen bersejarah yang kita
miliki. Ia juga berguna untuk generasi muda melihat sendiri bangunan bersejarah dan mempelajari sedikit sebanyak sejarah
Malaysia.

Langkah-Langkah Memulihara Bangunan Bersejarah


Terdapat pelbagai cara memelihara (memulihara) bangunan warisan di Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:

ADVERTISEMENT

https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/ 2/5
7/31/22, 1:11 PM Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara Bangunan)

1) Kerajaan
1. Pengiktirafan daripada badan dunia

Kerajaan perlu mendapatkan pengiktirafan daripada badan dunia sperti UNESCO. Sebagai contoh Bandaraya Melaka
telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai salah satu UNESCO Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008.
Dengan adanya pengiktirafan seperti ini akan menambahkan lagi bilangan pelancong untuk datang ke Melaka. Justeru
itu, usaha yang sama boleh dilakukan untuk menaik taraf bangunan bersejarah lain yang ada di Malaysia.

2. Peruntukan khas kerajaan

Kerajaan juga perlu memperuntukkan bajet khas untuk memulihara bangunan bersejarah di Malaysia. Sudah tiba
masanya Malaysia mengambil langkah seperti negara maju lain yang memperuntukkan dana dalam belanjawan negara
untuk memelihara bangunan bersejarah. Dengan adanya wang yang mencukupi, bangunan bersejarah dapat dinaik taraf
bagi menarik perhatian orang luar untuk datang berkunjung. Kemudahan seperti tempat rehat, kedai makan dan
sebagainya boleh dibina berdekatan lokasi bangunan bersejarah bagi memudahkan orang ramai yang datang
berkunjung.

3. Galakan daripada syarikat swasta

Selain itu, kerajaan juga perlu memberi galakan kepada syarikat-syarikat swasta untuk membantu kerajaan memulihara
bangunan bersejarah. Kerajaan boleh menyediakan faedah kepada mana-mana syarikat swasta yang ingin membantu
usaha ini. Secara tidak langsung dapat menarik perhatian mereka untuk memberi bantuan tidak kira dari segi kewangan
mahupun bantuan fizikal untuk memulihara bangunan bersejarah.

2) Sekolah Dan Universiti


1.  Sukarelawan

Pihak sekolah dan universiti perlu memberi galakan kepada pelajar untuk terlibat dalam usaha untuk memulihara
bangunan bersejarah. Sebagai contoh menyertai aktiviti sukarelawan untuk membersihkan dan menaik taraf landskap
bangunan bersejarah boleh dilakukan oleh pelajar sendiri. Selain daripada dapat memulihara bangunan bersejarah, ia
juga dapat memupuk minat dalam diri pelajar. Pelajar juga boleh menyumbang idea untuk memulihara bangunan
bersejarah dengan saluran yang betul.

2. Lawatan Sambil Belajar

Pihak sekolah mahupun universiti perlu mengadakan program lawatan ke lokasi-lokasi bersejarah yang berada di sekitar
Malaysia. Jika ramai pengunjung datang ke tempat bersejarah tersebut, yuran masuk yang dikenakan akan digunakan
untuk memulihara bangunan bersejarah. Semakin ramai pengunjung datang, semakin stabil sumber kewangan pihak
yang menguruskan bangunan bersejarah tersebut. Secara tidak langsung telah membantu memulihara bangunan
bersejarah.

3 ) Media Massa
1.  Promosi bangunan bersejarah

Zaman kini, media massa mampu memberi pengaruh yang besar kepada dunia luar. Dengan kuasa yang ada pada pihak
media, mereka boleh membuat promosi besar besaran untuk mengajak orang ramai datang ke lokasi-lokasi bangunan
bersejarah. Semakin ramai orang tahu tentang kewujudan tempat bersejarah semakin meriah lokasi tersebut seterusnya
memberi sumber pendapatan yang mencukupi kepada pihak pengurusan.

2. Dokumentari

Syarikat-syarikat produksi digalakkan untuk membuat dokumentari khas berkisar mana-mana bangunan bersejarah yang
wujud di Malaysia. Secara tidak langsung dapat memperkenalkan tempat-tempat bersejarah yang ada di Malaysia. Di

https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/ 3/5
7/31/22, 1:11 PM Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara Bangunan)

dalam dokumentari tersebut boleh lah meyiarkan keindahan tempat bersejarah dan sejarah di sebalik wujudnya
bangunan tersebut. Ia dapat menambah info kepada orang awam berkaitan bangunan bersejarah di Malaysia

4) Ibu Bapa
1. Galakkan daripada ibu bapa

Ibu bapa perlulah membawa anak-anak pergi bercuti ke tempat-tempat bersejarah bagi menarik minat dan memupuk sifat
cintakan sejarah negara. Secara tidak langsung, ia dapat menambah bilangan pengunjung dan pendapatan syarikat yang
menguruskan bangunan bersejarah dan meningkatkan industri pelancongan

5) Kementerian Pelancongan
1. Pakej pelancongan

Kementerian pelancongan perlu menjadikan tempat bersejarah sebagai salah satu lokasi yang perlu dituju oleh
pelancong. Ejen-ejen pelancongan perlu memasukkan tempat-tempat bersejarah sebagai salah satu pakej pelancongan
mereka. Secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong luar tentang sejarah negara kita dan menambahkan lagi
sumber pendapatan negara dalam bidang pelancongan

Diharapkan perkongsian cara memelihara bangunan bersejarah dapat membuka mata orang ramai tentang langkah-langkah
untuk memulihara bangunan bersejarah. Semoga kita dapat bersama-sama memulihara sejarah kebanggaan kita.

Advertisements

Penghantaran Roadtax
rumah kampung untuk
Cara Baru Buang Tahi
ALI BAJAK TIADA

Ke Rumah dijual cash buyer Telinga TANDINGANNYA

Ad · Bjak Ad · mudahpropertymy Ad · tvidler-official.com Ad · Jus Akar Kayu

Tinggalkan Komen

Name *

Email *

Website

Post Comment

Artikel Popular

https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/ 4/5
7/31/22, 1:11 PM Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara Bangunan)

SAPS Ibu Bapa 2022 Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Online

Permohonan BPR 2021 Online & Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online & SMS (Check Saman)

Permohonan UPU Online 2022/ 2023 UA Politeknik ILKA

Jadual Gaji 2022 Kakitangan Awam Kerajaan

Kalendar 2021 Malaysia Cuti Umum (Public Holidays)

ADVERTISEMENT

ABOUT US
Portal Perkongsian Informasi Terkini Permohonan : Semakan Keputusan Pendidikan Online

KATEGORI

Pilih Kategori

SEARCH

Search …

Penafian Dasar Privasi Hubungi

© 2022 permohonan.my - All Rights Reserved.

https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/ 5/5

Anda mungkin juga menyukai