Anda di halaman 1dari 1

BAGAIMANAKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

BANGUNAN BERSEJARAH DAPAT MEMUPUK SEMANGAT


CINTAKAN WARISAN BANGSA DALAM KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen


dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian
seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, dan pemulihan. Perkataan pemuliharaan pula
mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa maksud “… kerja memulihara dalam bentuk
yang sedia ada”.

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat


dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah. Melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan
pemeliharaan dan pemuliharaan warisan bangsa ini. Sebagai contoh, apabila kita
memperkenalkan bangunan bersejarah kepada generasi akan datang, bermakna mereka juga
boleh menyemai perasaan patriotic terhadap negara. Sekali gus menunjukkan bahawa kita
menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam erti kata lain, melalui
prinsip pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah ini dapat menunjukkan
bahawa kita berbangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat


melahirkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat majmuk. Oleh itu, apabila kita
melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia, kita juga
dapat bekerjasama dan tolong-menolong antara anggota masyarakat. Semangat
muhibah atau semangat muafakat antara semua kaum dapat dibentuk dan seterusnya
akan melahirkan semangat patriotic antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah


juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti
seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi
undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga dapat membentuk


sikap rajin dan gigih. Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara
kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah,
kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi menjayakan proses
pemeliharaan dan pemuliharaan.

Anda mungkin juga menyukai