Anda di halaman 1dari 1

Nilai nilai murni peradaban

(Pemupukan nilai-nilai murni antara etnik di Malaysia melalui dasar kebudayaan kebangsaan)
BAHAGIAN B
3. Adakah isu yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik?
Sebagai seorang penyelidik, isu yang telah dibangkitkan oleh penulis adalah relevan. Hal ini kerana, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan penting bagi pembentukan identiti negara Malaysia tersendiri yang mengamalkan
semangat kekitaan sebagai satu keluarga walaupun perbezaan budaya dan kepercayaan. Melalui pelaksanaan dasar
ini, penerimaan sesuatu budaya yang berbeza mampu mengelakkan berlakunya perpecahan masyarakat di Malaysia.
Dengan ini, sikap toleransi dan bertolak ansur sesama etnik dapat dipupuk melalui dasar ini. Kesannya, lahirnya
kebudayaan yang rasmi dan formal merentasi batasan etnik.
Pada zaman modenisasi ini, kebudayaan akan sentiasa berkembang dan berlakunya proses penerimaan
budaya baru, namun kita hendaklah mempertimbangkan unsur-unsur budaya baru ini. Oleh hal yang demikian,
pengenalan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan mampu mengelakkan kehilangan identiti pelbagai etnik. Dengan
ini, penghapusan perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti dapat dilaksanakan. Kesannya, rakyat Malaysia
sentiasa bersedia dalam menghadapi budaya dan pengaruh Barat yang mengakibatkan lenyapnya nilai-nilai luhur
dan budi bahasa.
10. Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara anda berfikir tentang perkara
yang dibangkitkan oleh artikel tersebut?
Ya, artikel ini dapat memberi kesan terhadap cara pemikiran, ini kerana di dalam artikel tersebut telah diberi
penekanan terhadap pentingnya pemupukan nilai murni antara etnik. Di sini, penulis memberi penjelasan kepada
pembaca beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam memupuk perpaduan antara etnik melalui Dasar
Kebudayaan Kebangsaan. Melalui dasar ini, kita dapat mengubah perspektif masyarakat yang menganggap
penerimaan budaya etnik lain adalah perkara yang remeh. Hal ini kerana, penjelasan yang diberikan oleh penulis
menunjukkan bahawa semangat kekitaan sebagai satu rakyat Malaysia mampu mewujudkan dan mengekalkan
identiti negara Malaysia pada peringkat antarabangsa.
Bukan itu sahaja, melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan, kita dapat berfikir secara kritis bahawa perlunya
kesepaduan antara etnik dalam persediaan menghadap pengaruh pemikiran barat. Hal ini supaya kesepaduan sosial
dalam kalangan masyarakat akan mencirikan sifat persamaan yang mampu mengatasi masalah suku kaum.
Contohnya, amalan rumah terbuka yang dapat memupuk perpaduan antara etnik dengan berkongsi adat resam dan
budaya dalam etnik masing-masing. Kesannya, lahirnya masyarakat yang konsisten dalam mengamalkan sikap
toleransi, semangat nasionalisme serta mengamalkan nilai-nilai yang sama dalam satu negara yang terdiri daripada
masyarakat pluralistik.
BAHAGIAN C
1.Apakah penemuan/ilmu pengetahuan baru daripada artikel yang anda perolehi atau pelajari sebagai
seorang bakal penyelidik?
Penemuan ilmu pengetahuan baru yang diperolehi adalah pewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
merupakan garis panduan dalam mewujudkan bangsa yang bersatu padu dan harmoni. Apabila meneliti artikel ini,
terdapat banyak kebaikan dan kepentingan dalam merealisasikan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Antaranya, mengelakkan wujudnya polarisasi antara etnik yang kritikal, semangat perpaduan antara kaum dan
mewujudkan satu mekanisme komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran nasionalisme Malaysia. Kesannya,
Malaysia dapat mewujudkan keharmonian hubungan etnik yang kukuh dalam kalangan rakyat.
Selain itu, kepentingan penyemaian nilai-nilai murni seperti toleransi, kerjasama, bertolak ansur dan hormat
dalam kalangan anak-anak. Di dalam artikel terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukakan oleh kerajaan
melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mementingkan penerapan nilai-nilai murni dan semangat perpaduan
yang selaras dengan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Antaranya ialah pewujudan kelas moral bagi pelajar
bukan Melayu. Tujuannya adalah untuk menerapkan nilai tolak ansur dan perasaan hormat terhadap budaya dan
kepercayaan pelbagai etnik. Hal ini dapat mengukuhkan aspek kesepaduan sosial ke arah perpaduan nasional.

Anda mungkin juga menyukai