Anda di halaman 1dari 2

1) Pada pendapat saya, agama merupakan asas bagi menjaga hubungan sosial dalam

masyarakat berbilang kaum. Pertamanya, saya mengatakan demikian kerana agama


merupakan sebuah sumber nilai moral yang boleh mengajar pengikutnya tentang nilai murni
dan tindakan yang betul. Hal ini boleh dilihat melalui ajaran-ajaran pelbagai agama dan
keperceyaan mereka. Antara nilai moral yang diajar yang dapat meningkatkan tahap
hubungan sosial dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum adalah dalam ajaran agama
Buddha dan konfucius. Sikap menghormati setiap kehidupan di dunia ini dan tingkah laku
yang amanah dan bersifat baik dipupuk dan digalakkan. Ini amat bermanfaat terhadap
hubungan sosial dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum kerana jika golongan individu
dalam sesebuah masyarakat bertindak bagai ini, konflink antara etnik dapat dikurangkan
kerana kaum-kaum tersebut dapat saling memahami dengan lebih baik. Selain itu, agama
juga boleh dianggap sebagai asas menjaga hubungan sosial dalam masyarakat pelbagai
kaum kerana agama juga memupuk sikap keadilan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam
pelbagai agama, sikap keadilan dan tingkah laku yang adil diajar dan dipupuk dalam
ajarannya. Misalnya, agama Islam telah mengajar orang islam untuk menggamalkan sikap
keadilan dalam pelbagai keadaan. Pihak majikan diajar untuk bertindak dengan adil kepada
pekerja mereka supaya perasaan amanah antara majikan dan pekerja dapat dipupuk.
Melalui situasi-situasi ini peranan agama sebagai sebuah asa menjaga hubungan sosial dapat
ditunjukkan. Tambahan pula, agama juga merupakan asas menjaga hubungan sosial kerana
agama dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan. Pelbagai agama seperti agama islam dan
agama Konfucius mengajar pengikut mereka untuk bersikap dengan budi bahasa dan
menjalin hubungan baik antara kaum keluarga dan masyarakat mereka. Ajaran-ajaran ini
dapat menjalin hubungan sosial yang kuat antara kaum dan antara golongan individu kerana
sifat-sifat ini dapat memupuk sebuah hubungan yang positive antara agama dan kaum. Ini
dapat mengurangkan konflik dan perasaan tidak puas hati dalam golongan-golongan stnik
dan kaum ini dan menyumbang terhadap keharmonian dalam masyarakat itu. Lain daripada
itu, agama juga mengajar pengikutnya untuk bersifat dengan lebih baik dan mengamalkan
dasar musyawah. Sikap-sikap ini amat penting terhadap mengukuhkan harmonian dalam
masyarakat dan antara kaum kerana ajaran-ajaran ini dapat meningkatkan kepekaan
masyarakat terhadap agama dan keudayaan lain. Hal ini kerana, apabila seseorang
mengamalkan dasar musyawah, mereka akan lebih berhati-hati dan peka terhadap budaya
lain. Tindakan bagai ini dapat menguatkan ikatan sosial dalam sesebuah masyarakat dan ini
dapat meningkatkan perpaduan masyarakat dan menyumbang kepada sesebuah masyarakat
yang lebih harmoni. Akhirnya, agama merupakan asas bagi menjaga hubungan sosial dalam
masyarakat berbilang kaum kerana agama merupakan sumber nilai moral, mengukuhkan
ikatan persaudaraan, bersifat dengan lebih baik dan mengamalkan dasar musyawah,
mengajar pengikutnya untuk bertindak dengan lebih adil.
2) Pada pendapat saya, bahasa merupakan sebuah alat perpaduan dalam sistem pendidikan
kebangsaan kerana bahasa dapat digunakan sebagai alat kommunikasi antara pelajar yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini dikatankan demikian kerana melalui bahasa, pelbagai
kaum dapat berbual dan berinteraksi antara satu sama lain. Dalam negara Malaysia, Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan ini amat menyumbang terhadap perpaduan dan
kesatuan antara kaum kerana sekarang, semua orang dapat kommukasi tanpa dihalang oleh
bahasa. Jika dibandingkan dengan era sebelum sebuah bahasa kebangsaan ditetapkan,
masyarakat dan golongan pemuda kini lebih bersatu dan berharmoni. Lebih-lebih lagi,
bahasa melayu sebagai alat kommunikasi merupakan bahsa perpaduan kerana ia dapat
memupuk sikap saling menghormati antara kaum dan juga persefahaman antara budaya
kaum lain. Ini kerana kommunikasi antara kaum dimudahkan dan keadaan ini dapat
mengeratkan silaturahim antara pelajar yang berasal dari pelbagai kaum dan etnik. Selain
daripada itu, Bahsa Melayu dapat meningkatkan perpaduan antara masyarakat malaysia dan
antara kaum kerana Bahasa Melayu dapat memupuk semangat patriotisme. Bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan merupakan alat perpaduan yang penting ia telah memudahkan
interaksi antara kaum dan membenarkan masyarakat malaysia berasa perasaan patriotisme
atas bahasa kebangsaan yang merupakan lingua franca negara. Tambahan pula bahasa
melayu sebagai bahasa perpaduan dapat menyatukan kaum di Malaysia kerana melalui
bahasa ini, rakyat Malaysia dapat mengatasi segregasi dan mengamalkan integrasi antara
kaum dan etnik dengan lebih baik. Hal ini kerana, apabila golongan masyarakat dapat
berkommunikasi antara satu sama lain dengan baik, isu stereotaip dan perasaan prejudis
akan lebih mudah diselesaikan. Hubungan antara kaum dapat menjadi lebih positif kerana
masyarakat Malaysia dapat mementang isu diskriminasi dan bekerjasama dengan lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai