Anda di halaman 1dari 7

SMK TAMAN KLANG UTAMA

KLANG, SELANGOR

KAJIAN SENI BINA STADIUM


NASIONAL BUKIT JALIL, KUALA
LUMPUR

OLEH:

NAMA:
KELAS:
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Penghargaan 1

Jadual kerja 1

Objektif kajian 2

Kaedah kajian 2

Pengenalan 3

Latar belakang seni bina Stadium 3

Ciri-ciri seni bina Stadium 4

Kepentingan memelihara seni bina Stadium 4

Langkah-langkah mengekalkan seni bina Stadium 5

Rumusan 5

Sumber rujukan 5

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pengetua kerana memberi kebenaran
dan sokongan kepada saya untuk menjalankan tugasan dengan sempurna. Terima kasih juga kepada guru
Sejarah, Puan Nurul Syazwani atas nasihat dan tunjuk ajar sepanjang tugasan dijalankan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa yang sentiasa memberi dorongan
dan sokongan sehingga saya berjaya menyiapkan laporan tugasan dengan jayanya. Tidak lupa kepada
rakan-rakan yang memberi kerjasama sepanjang tugasan ini dijalankan.

JADUAL KERJA
Bil. Tarikh Perkara Catatan

Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah


1
berkaitan dengan tajuk tugasan dan penjelasan yang lanjut di
sekolah.

Membuat perbincangan dengan guru / rakan sekelas berkaitan


2
dengan pemilihan tajuk.

Membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk yang diberi di internet


3
atau laman web tertentu.

4 Mengenal pasti cara penulisan tugasan dengan lebih lanjut.

5 Menentukan tajuk tugasan yang ingin dilakukan.

Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi


6
lawatan peribadi ke lokasi peristiwa bersejarah yang ingin dikaji.

Mengenal pasti maklumat yang diperlukan bagi memudahkan kerja


7
penulisan tugasan.

8 Mengumpul bahan rujukan untuk persiapan menulis tugasan.

9 Memulakan penulisan dan kerangka kerja di sekolah.

Menulis tugasan yang diberi mengikut format atau kehendak


10
tugasan tersebut di dalam kelas mengikut tarikh yang diberi oleh
guru.

11 Menyemak tugasan.

12 Menghantar tugasan.

1
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan tugasan Kerja Kursus Sejarah untuk mengkaji tentang seni bina Stadium Nasional Bukit Jalil.
Melalui kajian ini, saya dapat memenuhi objektif berikut:
(a) Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.
(b) Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
(c) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang seni bina di Malaysia dan memupuk
perasaan bangga terhadap tanah air.
(d) Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya menjaga dan
mempertahankan identiti bangsa serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
(e) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada seni bina bangunan tersebut.
Misalnya menyedarkan saya kepentingan bangunan tersebut dalam kelompok masyarakat.
(f) Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan dalam kalangan generasi
muda melalui tugasan ini.

KAEDAH KAJIAN
Sebanyak 4 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci, lengkap dan
bersistematik.

(a) Buku Teks Sejarah


Saya merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu berkenaan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan
kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

(b) Kaedah kajian perpustakaan


Saya juga turut mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk menjalankan
penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai
seperti buku ilmiah, akhbar, risalah, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

(c) Melayari internet


Saya turut menggunakan kemudahan ICT dengan melayari laman sesawang tentang Stadium Nasional
Bukit Jalil sebagai rujukan.

(d) Audio Visual


Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan tugasan ini adalah dengan menggunakan kaedah
audio visual dengan melalui tontonan di Youtube berkenaan Stadium Nasional Bukit Jalil.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


PENGENALAN
• Seni bina merujuk kepada bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk, dan reka letak yang
dibina oleh manusia.
• Seni bina bangunan boleh dilihat pada stadium dengan ciri-ciri tertentu.
• Dari sudut sejarah, seni bina bermula dengan
• Stadium Nasional Bukit Jalil pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Bandaraya Sukan
Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
• Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan
tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca
untuk 100,200 penonton

LATAR BELAKANG SENI BINA STADIUM

Stadium Nasional Bukit Jalil

• Seni bina stadium di tempat tinggal saya ialah Stadium Nasional Bukit Jalil.

• Stadium Nasional Bukit Jalil terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

• Stadium Nasional Bukit Jalil mula dibina pada 1 Januari 1995.

• Stadium Nasional Bukit Jalil memenangi anugerah stadium terbaik di dunia pada tahun 2018 selepas
diubah suai untuk menganjurkan Sukan SEA 2017

• Seterusnya pembinaan Stadium Nasional bermula dengan kerja penggalian untuk


membentuk mangkuk pada Mac 1994

• Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia
telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai
kemudahan padang dan trek

• Stadium ini dibina khas untuk menganjurkan Sukan Komenwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan
rumah sukan pasa tahun tersebut

• Stadium ini dibina dengan kos sebanyak RM800 juta oleh arkitek FAA, Weidleplan Consulting
Gmbh Schlaich Bergermann Partner

3
CIRI-CIRI SENI BINA STADIUM

Stadium Nasional Bukit Jalil

• Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh
pertindanan tiga barisan tempat duduk.
• Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.
• Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan.
• Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk
menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV

KEPENTINGAN MEMELIHARA SENI BINA STADIUM


• Menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.
• Membantu negara menambahkan pendapatan.
• Mempamerkan estika dan keunikan seni binanya yang tersendiri sama ada menerima pengaruh luar
atau pengaruh tempatan.
• Mengimbas kembali sejarah negara.
• Menonjolkan identiti sesuatu masyarakat.
• Membutikan kecanggihan dan kemajuan teknologi seni bina.
• Menunjukkan ketinggian kemahiran rakyat Malaysia dalam seni bina.

4
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN SENI BINA STADIUM
• Membaik pulih kerosakan bangunan tanpa menjejaskan keasliannya.
• Mewartakan bangunan bercirikan seni bina asli sebagai warisan negara yang harus dipulihara.
• Membina bangunan bercirikan seni bina moden dengan adunan pengaruh tempatan.
• Mendapatkan kepakaran tokoh seni bina seperti arkitek dan jurutera dari negara yang maju.
• Mencontohi bangunan bercirikan seni bina dari negara-negara yang lain.
• Menawarkan kursus seni bina di universiti tempatan dan swasta.
• Melahirkan pakar seni bina tempatan yang mahir dan profesional.
• Mengadakan kerjasama dengan negara-negara yang lain.

RUMUSAN
(i) Mengetahui ciri-ciri unik dalam seni bina stadium.
(ii) Mengetahui fungsi dan kepentingan reka bentuk stadium.
(iii) Menghargai sumbangan tamadun Rom dalam seni bina.
(iv) Mengembalikan semula kegemilangan seni bina.
(v) Mengekalkan keaslian seni bina yang berasal dari Tamdun Rom walaupun dipengaruhi seni bina asing dan
tempatan.
(vi) Berusaha membina bangunan bercirikan seni bina dari Tamadun Rom yang mampu menjadi mercu
tanda.

SUMBER RUJUKAN

(i) https://ms.wikipedia.org/wiki/Stadium_Nasional_Bukit_Jalil
(ii) https://www.scribd.com/document/394889590/Stadium-Nasional-Bukit-Jalil-Ialah-Pusat-Sukan-
Dan-Bangunan-Sukan-Paling-Terkenal-Di-Kompleks-Sukan-Negara
(iii) Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016, Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Anda mungkin juga menyukai