Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN TUGASAN SEJARAH

TEMA: SEJARAH KITA DAN DUNIA


Tajuk 3: ZAMAN PRASEJARAH
Standard Kandungan: 3.1 Zaman Prasejarah
3.1.5 Membincangkan bukti tinggalan Zaman Prasejarah di Malaysia.

Pernyataan masalah
Zaman Prasejarah merupakan zaman yang melihat tahap perubahan pencapaian dan kemajuan manusia. Negara
kita juga pernah mengalami Zaman Prasejarah berdasarkan penemuan tinggalan manusia sejak 40,000 tahun
yang lalu. Bincangkan bukti tinggalan Zaman Prasejarah di negara kita.

PANDUAN TUGASAN SEJARAH MURID DALAM KOD QR


Langkah-langkah menghasilkan kajian kes/tugasan sejarah:

Langkah 1: • Guru membimbing murid memberi pemahaman tentang skop


Membina • Murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan atau individu berdasarkan
Pernyataan pernyataan masalah yang diberi.
Permasalahan
Contoh pernyataan permasalahan:
Negara kita juga pernah mengalami Zaman Prasejarah berdasarkan penemuan tinggalan
manusia. Buktikan.
Langkah 2: • Guru atau murid juga boleh membina persoalan untuk memahami pernyataan masalah.
Membina • Membentuk beberapa persoalan untuk memberi pemahaman tentang pernyataan
Persoalan masalah yang diberi agar murid lebih berfokus.
• Memudahkan murid mengenal pasti sumber dan mencari maklumat.
• Memberi panduan kepada murid untuk menjalankan kajian.
Contoh persoalan pernyataan permasalahan:
(a) Apakah maksud Zaman Prasejarah?
(b) Bagaimanakah kehidupan manusia Zaman Prasejarah dari segi tempat kediaman,
peralatan dan kegiatan ekonomi?
(c) Bincangkan bukti-bukti bahawa negara kita pernah mengalami Zaman Prasejarah.
(d) Terangkan kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan Zaman Prasejarah
di negara kita.
Langkah 3: • Guru membimbing murid mengenal pasti bahan rujukan dan kajian lepas berdasarkan
Kajian Literatur buku ilmiah, jurnal, majalah dan sebagainya.
• Murid mencari bahan atau sumber berkaitan untuk menentukan objektif kajian.
Jumlah rujukan sekurang-kurangnya 3 rujukan.
Contoh kajian literatur:
1. Buku ilmiah 6. Rencana
2. Majalah 7. Buku teks
3. Akhbar 8. Video
4. Jurnal 9. Orang Sumber
5. Internet

E9

11 MAI PBD UASA SEJARAH TG1-PANDUAN KAJIAN-FLan F.indd 9 12/8/22 9:32 AM


Langkah 4: Guru membimbing murid:
Menentukan 1. Menerangkan kepentingan objektif kajian kepada murid.
Objektif Kajian 2. Membina objektif yang jelas agar mudah dicapai.
3. Membina objektif merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
(Murid mengetahui objektif kajian dan menulis laporan kajian berdasarkan objektif
yang telah dibina.)
Contoh Objektif Kajian:
Pengetahuan:
• Mengetahui maksud Zaman Prasejarah.
• Menguasai ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah.
Kemahiran:
• Membincangkan bukti-bukti bahawa negara kita pernah mengalami Zaman Prasejarah.
• Menerangkan kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan Zaman Prasejarah
di negara kita.
Nilai:
• Menjelaskan iktibar yang diperoleh melalui perkembangan Zaman Prasejarah terhadap
kemajuan negara pada hari ini.
Langkah 5: • Guru perlu membimbing murid untuk menggunakan kaedah kajian yang bersesuaian.
Menentukan • Murid mengenal pasti kaedah yang sesuai dengan kajian.
Kaedah Kajian
Contoh kaedah kajian:
1. Kaedah temu bual 5. Menganalisis dokumen
2. Kaedah pemerhatian 6. Melayari Internet.
3. Kaedah perpustakaan 7. Lawatan
4. Kaedah media 8. Kaedah Audio Visual
Langkah 6: • Guru membimbing murid:
Mengenalpasti 1. Menentukan sumber rujukan yang sesuai digunakan.
Sumber Rujukan 2. Memilih sumber yang sesuai untuk memastikan data yang diperoleh sahih dan
benar.
3. Memastikan murid bertanggungjawab dengan sumber yang diperoleh sebagai bukti.
• Murid perlu:
1. Mengumpul dan mencari data daripada sumber yang berkaitan.
2. Membuat banding beza hasil dapatan dan rujukan yang diperoleh berdasarkan
objektif kajian yang telah ditetapkan.
3. Menyenarai bahan-bahan yang yang dirujuk.
Contoh sumber rujukan:
1. Orang sumber 4. Majalah
2. Dokumen/jurnal 5. Agensi berkaitan
3. Laman sesawang
Langkah 7: • Guru membimbing murid:
Analisa Data 1. Membanding beza dapatan yang diperoleh.
2. Memastikan data yang diperoleh dapat mencapai objektif kajian dan menjawab
pernyataan masalah.
• Murid perlu menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan
dan sumber untuk menjawab pernyataan yang dikaji.

E10

11 MAI PBD UASA SEJARAH TG1-PANDUAN KAJIAN-FLan F.indd 10 12/8/22 9:33 AM


Langkah 8: • Guru membimbing murid menyediakan laporan kajian seperti berikut:
Laporan Kajian 1. Tajuk (Pernyataan masalah)
2. Persoalan kajian
3. Objektif kajian
4. Kaedah kajian
5. Dapatan kajian
6. Kesimpulan dan cadangan
7. Rujukan (tulis rujukan berdasarkan format yang ditetapkan)
8. Lampiran (surat, transkrip temubual, gambar, bahan fotostat, dan lain-lain)
(boleh ditambah seperti pengenalan, penghargaan, jadual kerja dan lain-lain):
laporan perlu dibuat secara individu
• Murid menghasilkan laporan kajian seperti bentuk berikut:
1. Penulisan kerja projek 5. Video
2. Buku skrap 6. Folio

PANDUAN TUGASAN SEJARAH MURID DALAM KOD QR


3. Lukisan 7. Esei
4. Pembentangan 8. PowerPoint
(Murid boleh memilih mana-mana yang sesuai secara individu atau kumpulan)
Langkah 9: • Murid membentangkan tugasan mengikut kreativiiti masing-masing sama ada secara
Pembentangan individu atau kumpulan
Hasil Kajian

Rumusan Langkah-langkah Pelaksanaan Kajian Kes

Pernyataan Masalah Kajian Literatur Objektif Kajian

Kaedah Kajian Sumber Rujukan Analisis Data

Laporan Kajian

Format penulisan:
• Laporan ditulis tangan atas kertas saiz A4 (5 hingga 10 halaman/muka surat).
• Pelajar dikehendaki membina pernyataan masalah berdasarkan tema atau tajuk.
• Mencari sumber rujukan yang berkaitan masalah/tajuk sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan.
• Membina objektif merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai menggunakan kata kunci seperti memahami,
mengetahui, menghurai, menganalisis, menyatakan, mengkaji, memenuhi, memberikan, dan mana-mana kata
kerja yang dirasakan sesuai.
• Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan dan sumber untuk menjawab
pernyataan yang dikaji.
• Menulis laporan kajian mengikut format yang ditetapkan.
• Membentangkan laporan kajian secara individu (3-5 minit)
• Fokus pembentangan ialah kemahiran berkomunisasi dan sosialisasi dengan menggunakan kaedah
penyampaian yang berkesan dan menarik.
• Pembentangan merangkumi kandungan, kelancaran, susun atur, gaya penyampaian dan kreativiti.
• Bahan sokongan seperti kertas sebak, powerpoint, lakonan, simulasi, model, komik, pengucapan awam, kuiz,
permainan dan lain-lain bentuk laporan yang difikirkan sesuai.
• Aspek tatabahasa perlu dipentingkan dalam penulisan, penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa digalakkan.

E11

11 MAI PBD UASA SEJARAH TG1-PANDUAN KAJIAN-FLan F.indd 11 12/8/22 9:33 AM


Contoh Penulisan Sumber Rujukan
Internet
“Zaman Prasejarah di Malaysia”, https://sejarahk2.wordpress.com
“Zaman Prasejarah di Malaysia Dalam Konteks Tinggalan Masyarakat Pesisir Pantai”
https://www.researchgate.net/publication

Buku
Mohd bin Samsudin, 2016. Sejarah Tingkatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Orang Sumber:
Encik Abdul Rahim bin Mohd Noor, 58 tahun, No. 256, Jalan PE 14, Taman Paya Emas, 76450 Melaka.

Jurnal
Mohd. Kamaruzaman A. Rahman. “Penyelidikan Arkeologi Prasejarah di Negeri Kelantan” dalam Jurnal
Article UKM. Bil 8, 1990.

Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

Akhbar
Utusan Malaysia, 19 Jan 1986, halaman 8.

Melawat Tempat Kajian


Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun
Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

VCD
Tajuk program, terbitan.

Radio/Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

Sumber lain
Jenis sumber, alamat/punca sumber
Hasil penulisan

E12

11 MAI PBD UASA SEJARAH TG1-PANDUAN KAJIAN-FLan F.indd 12 12/8/22 9:33 AM


CONTOH LAPORAN KAJIAN

1. TAJUK KAJIAN: ZAMAN PRASEJARAH

PERNYATAAN PERMASALAHAN
Negara kita pernah mengalami Zaman Prasejarah berdasarkan penemuan tinggalan manusia sejak 40,000
tahun yang lalu. Buktikan.

2. PERSOALAN KAJIAN
(a) Apakah maksud Zaman Prasejarah?
(b) Bagaimanakah kehidupan manusia Zaman Prasejarah dari segi tempat kediaman, peralatan dan kegiatan
ekonomi?
(c) Bincangkan bukti-bukti bahawa negara kita pernah mengalami Zaman Prasejarah
(d) Terangkan kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan Zaman Prasejarah di negara kita

PANDUAN TUGASAN SEJARAH MURID DALAM KOD QR


3. OBJEKTIF KAJIAN
(a) Mengetahui maksud Zaman Prasejarah.
(b) Menguasai ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah.
(c) Membincangkan bukti-bukti bahawa negara kita pernah mengalami Zaman Prasejarah .
(d) Menerangkan kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan Zaman Prasejarah di negara kita

4. KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat secara terperinci. Antara kaedah
yang saya gunakan adalah melayari internet untuk mencari maklumat , iaitu “Zaman Prasejarah di Malaysia”,
https://sejarahk2.wordpress.com dan “Zaman Prasejarah di Malaysia Dalam Konteks Tinggalan Masyarakat
Pesisir Pantai” https://www.researchgate.net/publication. Selain itu, saya mencari maklumat menerusi buku
ilmiah, iaitu buku teks Sejarah Tingkatan 1 yang ditulis oleh Encik Mohd bin Samsudin yang diterbitkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2016. Saya juga bertemu bual dengan Encik Abdul Rahim
bin Mohd Noor yang berumur 58 tahun beralamat di No. 256, Jalan PE 14, Taman Paya Emas, 76450
Melaka.

5. DAPATAN KAJIAN
(a) Apakah maksud Zaman Prasejarah?
Zaman Prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan. Zaman
Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. Zaman Batu merujuk kepada
penggunaan teknologi batu dalam kehidupan harian manusia. Zaman Batu terbahagi kepada tiga
tahap, iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik. Pada Zaman Paleolitik, manusia
menggunakan teknologi batu untuk memburu binatang. Mereka juga menggunakan peralatan yang
diperbuat daripada tulang binatang dalam aktiviti harian mereka. Pada Zaman Mesolitik cara hidup
manusia semakin berkembang. Manusia memburu binatang dan menangkap ikan sebagai sumber
makanan mereka. Zaman Neolitik menunjukkan tahap perkembangan teknologi serta corak kehidupan
yang lebih baik. Manusia membina petempatan dan bercucuk tanam, membuat tembikar serta menternak
binatang. Zaman Logam merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi. Manusia membuat
peralatan daripada gangsa dan besi untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Mereka menjalankan
aktiviti pelayaran dan perdagangan secara tukar barang.
(b) Bagaimanakah kehidupan manusia Zaman Prasejarah dari segi tempat kediaman, peralatan
dan kegiatan ekonomi?
Tempat kediaman
Manusia Zaman Paleolitik tinggal di dalam gua, di lubang bawah tanah, berlindung di bawah
pokok atau tempat perlindungan ranting kayu. Manusia Zaman Mesolitik masih mendiami gua,

E13

11 MAI PBD UASA SEJARAH TG1-PANDUAN KAJIAN-FLan F.indd 13 12/8/22 9:33 AM


lubang bawah tanah serta tempat berlindung yang diperbuat daripada ranting kayu. Pinggir sungai
dan laut menjadi tumpuan petempatan mereka bagi memudahkan mereka mendapatkan bekalan air dan
makanan. Manusia Zaman Neolitik tinggal secara tetap di kawasan lembah sungai dan pesisiran pantai.
Mereka membina rumah daripada batu, tanah liat dan kayu. Manusia Zaman Logam telah menetap
dan membina tempat kediaman yang lebih baik. Binaan mereka diperbuat daripada batu, tanah liat
dan kayu. Binaan mereka lebih tersusun. Mereka membuat petempatan di kawasan lembah sungai dan
pesisiran pantai. Selain itu, ada di antara mereka tinggal di kawasan tanah tinggi.

Peralatan
Manusia pada Zaman Paleolitik membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang haiwan.
Peralatan yang dihasilkan adalah dalam bentuk sedia ada, ringkas dan kasar. Manusia Zaman Mesolitik
masih membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang haiwan. Pembuatannya adalah lebih halus
dan kemas. Terdapat alatan lebih kecil yang dikenali sebagai mikrolit. Manusia pada Zaman Mesolitik
menggunakan panah semasa memburu binatang dan menggunakan perangkap untuk menangkap ikan.
Manusia Zaman Neolitik menghasilkan pelbagai peralatan yang lebih halus dan kemas. Mereka
telah mencipta alat menggali dan roda. Manusia Zaman Logam telah mampu mencipta peralatan yang
diperbuat daripada logam seiring dengan pengetahuan manusia tentang teknologi peleburan serta
pembuatan acuan. Manusia memiliki tahap kehidupan yang lebih tinggi berbanding dengan Zaman
Batu.

Kegiatan ekonomi
Pada Zaman Paleolitik, manusia bergantung sepenuhnya pada sumber alam semula jadi. Mereka
hidup secara nomad untuk mencari makanan dan dikongsi bersama. Aktiviti ekonomi mereka bersifat
sara diri. Manusia pada Zaman Mesolitik mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap
ikan. Perkongsian makanan masih berlaku. Pada Zaman Neolitik, manusia menjalankan pertanian
dan penternakan. Pada zaman ini, berlaku pengkhususan pekerjaan dan aktiviti perdagangan secara
sistem barter. Pada Zaman Logam, aktiviti utama manusia termasuklah pertanian, penternakan dan
perdagangan pertukaran barang. Aktiviti pembuatan dan pertukangan turut berkembang.

Bincangkan bukti-bukti bahawa negara kita pernah mengalami Zaman Prasejarah


Kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita dapat dilihat melalui pelbagai bukti, antaranya lokasi
tinggalan manusia. Penemuan lokasi tinggalan manusia wujud dalam dua keadaan, iaitu di kawasan
gua dan di kawasan terbuka.
Selain itu, bukti penting yang menunjukkan kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita ialah
penemuan pelbagai jenis peralatan batu dan logam. Peralatan batu Paleolitik ditemui di Kota Tampan,
Perak dan Tingkayu Sabah. Peralatan Neolitik dijumpai di Hulu Perak. Peralatan logam ditemui di
Klang, Selangor membuktikan wujudnya Zaman Logam di Malaysia.
Kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita juga dibuktikan dengan kemahiran pembutan
tembikar dan manik. Penemuan tembikar dalam pelbagai bentuk, saiz dan corak di Gua Niah, Sarawak
membuktikan kehebatan manusia zaman Prasejarah. Pelbagai jenis manik juga ditemui di Kuala
Selinsing, Perak dan di Lembah Bernam, Selangor.
Bukti paling ketara tentang kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita ialah penemuan lukisan
gua dan ukiran batu. Lukisan gua dan ukiran batu merupakan cara komunikasi untuk menyampaikan
maklumat tentang kehidupan mereka. Ia juga dapat menggambarkan kehidupan harian mereka seperti
memburu binatang dan amalan ritual. Arang dan oker merah biasanya digunakan untuk lukisan gua.
Bukti tinggalan yang ditemukan di tapak Zaman Prasejarah di negara kita menunjukkan terdapat
tiga bentuk aktiviti masyarakat ini dalam bidang ekonomi. Masyarakat Zaman Paleolitik hingga Zaman
Haobinhian menjalankan aktiviti memburu binatang dan mengumpul hasil hutan yang berbentuk sara
diri sepenuhnya. Masyarakat Neolitik menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi. Antara
tapak pertanian Zaman Prasejarah yang penting termasuklah di pinggir sungai dan lembah yang subur,

E14

11 MAI PBD UASA SEJARAH TG1-PANDUAN KAJIAN-FLan F.indd 14 12/8/22 9:33 AM


seperti di Hulu Tembeling, Pahang, Jenderam Hilir, Selangor dan Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan.
Bukti lain ialah penemuan peralatan yang dikaitkan dengan aktiviti penanaman padi, iaitu “Pisau
Tembeling” di Pahang. Masyarakat Zaman Logam menjalankan kegiatan perdagangan melalui sistem
pertukaran barang
Penemuan ideofak di beberapa tapak perkuburan dapat membuktikan kewujudan masyarakat zaman
prasejarah di negara kita. Penemuan ideofak menjelaskan cara hidup masyarakat zaman prasejarah.
Masyarakat zaman tersebut mengamalkan kepercayaan dan memberi penghormatan kepada orang
mati. Ini dapat dilihat dengan penemuan cara pengebumian di beberapa tapak perkuburan. Antaranya,
pengebumian memanjang ditemui di Gua Cha, Kelantan, pengebumian melentur ditemui di Gua
Gunung Runtuh, Perak, pengebumian keranda kayu ditemui di pantai timur, Sabah, pengebumian
tempayan ditemui di Sabah, Sarawak dan Kampung Limbongan, Terengganu, kubur kepingan batu
ditemui di Lembah Bernam, Selangor dan pengebumian perahu ditemui di Kuala Selinsing, Perak.
Selain itu, kepercayaan masyarakat Zaman Prasejarah di negara kita turut ditunjukkan melalui budaya
megalit, iaitu kewujudan batu besar yang tersusun rapi dipercayai mempunyai kaitan dengan amalan
keperccayaan dan rituaal.

PANDUAN TUGASAN SEJARAH MURID DALAM KOD QR


Menerangkan kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan Zaman Prasejarah di negara
kita
Tinggalan Zaman Prasejarah perlu dipelihara dan dipemulihara untuk menunjukkan kepentingan
negara kita dalam perkembangan sejarah dan tamadun manusia. Selain itu, ia dapat memastikan
generasi akan datang memahami sejarah dan tamadun yang pernah dilalui di negara kita. Pemeliharaan
dan pemuliharaan adalah penting untuk mengekalkan keunikan warisan tinggalan Zaman Prasejarah.
Generasi kini lebih memahami cara hidup masyarakat zaman silam serta warisan bangsa dan negara.
Bukti tinggalan Zaman Prasejarah menjadi iktibar kepada kita ke arah kemajuan.

6. KESIMPULAN DAN CADANGAN


Pengetahuan
Zaman Prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan. Zaman Prasejarah
terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. Kehidupan manusia Zaman Prasejarah
mempunyai ciri-ciri seperti dari segi tempat kediaman, peralatan, kegiatan ekonomi dan kepercayaan.
Kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini dibuktikan melalui penemuan lokasi tinggalan manusia,
peralatan batu dan logam, tembikar dan manik, lukisan gua dan ukiran batu.

Iktibar
Kita mestilah bersikap rajin berusaha untuk mencapai kejayaan. Kita mesti berusaha gigih menghadapi
cabaran hidup. Generasi muda harus bersifat kreatif dan inovatif sejajar dengan perkembangan masa.
Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita mesti bekerjasama untuk membina dan memajukan
negara. Kita perlu berasa bangga terhadap sejarah, tradisi dan budaya negara kita.

Harapan
Malaysia terus maju dan makmur di bawah pentadbiran pemimpin yang berkaliber. Rakyat pelbagai kaum
bersatu padu untuk memajukan negara. Masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni dan aman
damai.

Cadangan
Tinggalan Zaman Prasejarah di Malaysia mesti dipelihara dan dipemulihara dengan baik dan dihebahkan
kepada orang ramai melalui rancangan radio dan televisyen, media sosial, akhbar dan majalah agar generasi
kini lebih memahami kepentingan negara kita dalam perkembangan sejarah dan tamadun manusia.

E15

11 MAI PBD UASA SEJARAH TG1-PANDUAN KAJIAN-FLan F.indd 15 12/8/22 9:33 AM


7. Rujukan
Buku ilmiah
Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, 2016. Sejarah
Tingkatan 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet
“Zaman Prasejarah di Malaysia”, https://sejarahk2.wordpress.com
“Zaman Prasejarah di Malaysia Dalam Konteks Tinggalan Masyarakat Pesisir Pantai”
https://www.researchgate.net/publication

Orang sumber
Encik Abdul Rahim bin Mohd Noor, 58 tahun, No. 256, Jalan PE 14, Taman Paya Emas, 76450 Melaka.

E16

11 MAI PBD UASA SEJARAH TG1-PANDUAN KAJIAN-FLan F.indd 16 12/8/22 9:33 AM

Anda mungkin juga menyukai