Anda di halaman 1dari 7

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4

PENDAHULUAN
1. Kajian kes adalah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk penerangan tentang sesuatu isu atau persoalan sama
ada berkaitan tokoh, institusi, tempat, peristiwa dan dokumen.
2. Kajian kes bertujuan memberi pengalaman dan kemahiran kepada murid tentang pengetahuan sejarah diri, negara
dan bangsa.
3. Kajian kes turut melibatkan aktiviti penyelidikan secara langsung apabila murid didedahkan dengan pelbagai kaedah
dan kemahiran seperti pencarian, pengumpulan dan menganalisis maklumat.
4. Murid menghasilkan dapatan kajian yang dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti kerja projek, pelaporan,
pembentangan dan sebagainya.

MATLAMAT KAJIAN KES


1. Kajian kes merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengkaji sesuatu isu atau persoalan berkaitan
dengan tokoh, institusi, tempat dan peristiwa.
2. Kajian ini merupakan aplikasi pengetahuan, Kemahiran Pemikiran Sejarah, kreativiti, Elemen Kewarganegaraan dan
Nilai Sivik.
3. Kajian kes juga dapat memperkembang potensi murid ke arah warganegara minda kelas pertama yang mampu
bersaing di peringkat global

OBJEKTIF
1. Mendapat pengalaman bermanfaat semasa menjalankan kajian.
2. Mengaplikasi disiplin ilmu sejarah dalam kehidupan seharian.
3. Membentuk sikap dan tingkah laku murid dalam ruang lingkup peristiwa dan pengalaman lepas.
4. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
5. Memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara kita.
6. Membina kemahiran insaniah agar menjadi warganegara yang berilmu.
7. Membina semangat patriotisme dalam kalangan murid.
8. Menghasilkan pelbagai bentuk persembahan dan dapatan daripada interpretasi kajian kes

KAEDAH MELAKSANAKAN KAJIAN KES


1. Kajian kes boleh menggunakan kaedah inkuiri dan penerokaan yang melibatkan aktiviti pembelajaran seperti
membuat pemerhatian, penyelidikan serta eksplorasi sama ada dalam latihan kerja lapangan, kajian bahan dan
dokumen.
2. Guru perlu membimbing murid dalam menggunakan kaedah ini supaya pembelajaran yang berkesan dapat
dilaksanakan
PENTAKSIRAN
1. Pentaksiran dan penilaian dalam kajian kes adalah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu,
faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan SPi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
2. Kajian kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses PdP. Pentaksiran ini juga
memerlukan guru membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan pencapaian
murid
3. Pentadbir sekolah bersetuju untuk mengambil kira keseluruhan markah murid Peperiksaan Akhir Tahun , 20%
adalah wajaran dari Kajian Kes . Usaha ini dapat menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dan dalam
masa yang sama dapat meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan

PERSEDIAAN GURU
1. Guru mengenal pasti tema atau tajuk kajian yang akan dilaksanakan;
2. Guru perlu membimbing murid untuk menentukan skop kajian dan membina soalan yang dapat mencungkil
maklumat tentang tajuk yang dikaji;
3. Guru membantu murid dalam membuat perancangan dan menyusun atur proses kerja berdasarkan senarai semak
yang disediakan
4. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam melaksanakan kajian;
5. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan (dua atau tiga orang setiap kumpulan) dan memastikan ahli
dalam kumpulan mengambil bahagian serta memastikan murid mengetahui tugasan masing-masing;
6. Guru perlu membuat tindakan susulan bagi memantau hasil kerja murid; dan
7. Guru perlu memastikan murid menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan

PERANAN PELAJAR
1. Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam
melaksanakan tugasan ini.
2. Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
3. Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
4. Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
5. Digalakkan untuk menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang bersesuaian untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
6. Digalakkan supaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
7. Menulis sumber rujukan dengan betul
8. Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
9. Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak
dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian
daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik dari
sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan
atau diberikan gred F.
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN KES

1 Membina penyataan 1. Membuat pernyataan masalah secara individu atau berbincang dalam
masalah kumpulan kecil berdasarkan pernyataan masalah yang diberi
2. Membuat kajian dan mendapatkan maklumat berdasarkan persoalan yang
dikemukakan
3. Persoalan yang dibina membantu menulis, menganalisis data dan
merangka laporan kajian
2 Kajian literatur 1. Mencari bahan atau sumber berkaitan untuk menentukan objektif kajian
2. Mengenalpasti bahan rujukan dan kajian lepas berdasarkan buku ilmiah,
jurnal, majalah dan sebagainya
3. Jumlah rujukan sekurang-kurangnya tiga rujukan
3 Objektif kajian 1. Membina objektif yang jelas agar mudah dicapai
2. Mengetahu objektif kajian dan menulis laporan kajian berdasarkan
objektif yang dibina
4 Kaedah kajian 1. Cara yang digunakan untuk mendapatkan fakta, sumber, bukti,
mewujudkan idea dan mengadakan analisa sesuatu kajian
2. Pelajar perlu mengenalpasti kaedah yang sesuai dengan kajian
3. Contoh kaedah kajian
a. Kaedah bertulis
b. Kaedah lisan
c. Pemerhatian
d. Kajian perpustakaan
5 Sumber Rujukan 1. Menentukan sumber rujukan yang sesuai
2. Mengumpul dan mencari data daripada sumber yang berkaitan
3. Memilih sumber yang sesuai bagi memastikan data yang diperolehi sahih
dan benar
4. Menyenarai bahan-bahan yang dirujuk
5. Contoh sumber rujukan ialah dari orang sumber, dokumen/jurnal, internet,
buku ilmiah, majalah dan agensi berkaitan
6 Analisis data 1. Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan
dan sumber untuk menjawab persoalan kajian
7 Laporan Kajian 1. Laporan kajian dalam bentuk individu atau berkumpulan tidak melebihi 3
orang
2. Laporan kajian mesti dalam bentuk
a. Esei
b. Pembentangan
3. Format penulisan laporan
a. Tajuk(Persoalan)
b. Pendahuluan
c. Objektif
d. Kaedah kajian
e. Hasil dapatan
f. Kesimpulan dan cadangan
g. Lampiran
h. Rujukan
8 Pembentangan 1. Masa pembentangan hanya 5 minit
2. Setiap pelajar perlu menggunakan 2 kaedah pembentangan
TEMA :PEMBINAAN NEGARA
S.K 9.1 :WARISAN NEGARA BANGSA

Sistem pemerintahan Negara Malaysia hari ini telah mewarisi ciri-ciri negara bangsa kerajaan awal Alam
Melayu. Bersetujukah anda?
(100 markah)

TUGASAN MARKAH
PENDAHULUAN
a. Penghargaan. 5
b. Objektif kajian 5
c. Kaedah Kajian 5
d. Sumber kajian 5
TAJUK 2
PENGENALAN 5
1. Jelaskan maksud negara bangsa.
2. Senaraikan ciri-ciri negara bangsa kerajaan awal Alam Melayu.
PERKEMBANGAN IDEA
3. Jelaskan sistem pemerintahan Malaysia hari ini. 10
4. Buktikan dalam Sistem pentadbiran Malaysia hari ini masih ada/tidak ada lagi ciri-ciri negara 15
bangsa Kerajaan Awal Alam Melayu
5. Pandangan anda terhadap sistem pemerintahan negara kita hari ini. 10
6. Sebab sistem beraja perlu dipertahankan 10
7. Langkah dan cabaran untuk mempertahan institusi raja 10
KESIMPULAN 5
1. Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian.
2. Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian.
3. Harapan terhadap masa depan negara.
RUJUKAN 3
PEMBENTANGAN 10
TEMA :NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DU NIA KEDUA
S.K NASIONALISME DI NEGARA KITA

Nasionalisme di Tanah Melayu telah muncul dan berkembang pesat pada awal abad ke 20. Buktikan
penglibatan tokoh-tokoh tempatan yang mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung
Malim dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada masa itu
(100 markah)

TUGASAN MARKAH
PENDAHULUAN
a. Penghargaan. 5
b. Objektif kajian 5
c. Kaedah Kajian 5
d. Sumber kajian 5
TAJUK 2
PENGENALAN
1. Jelaskan maksud nasionalisme
2. Senaraikan tokoh-tokoh tempatan di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Maktab 5
Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim sekitar awal abad ke 20.
PERKEMBANGAN IDEA
3. Sejauhmanakah penglibatan tokoh-tokoh tersebut dalam gerakan nasionalisme negara kita 15
4. Jelaskan kesan penglibatan golongan guru dalam perkembangan nasionalisme negara kita 10
5. Bagaimanakah golongan intelektual boleh memanfaatkan ilmu bagi memartabatkan negara 15
masa kini
6. Langkah dan dan cabaran untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme dikalangan generasi
muda hari ini 15

KESIMPULAN 5
1. Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian.
2. Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian.
3. Harapan terhadap masa depan negara.
RUJUKAN 3
PEMBENTANGAN 10
TEMA :NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DU NIA KEDUA
S.K NASIONALISME DI NEGARA KITA

Teliti gambar dibawah

Berdasarkan gambar tersebut sediakan satu kajian kes tentang reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union

TUGASAN MARKAH
PENDAHULUAN
a. Penghargaan. 5
b. Objektif kajian 5
c. Kaedah Kajian 5
d. Sumber kajian 5
TAJUK 2
PENGENALAN
1. Mengapakah Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu 5
PERKEMBANGAN IDEA
2. Bagaimanakah cara British berjaya melaksanakan Malayan Union 10
3. Mengapakah penduduk tempatan menunjukan reaksi menentang terhadap Malayan Union 10
4. Sejauh manakah strategi yang digunakan penduduk tempatan berjaya mencapai matlamat 15
perjuangan menentang Malayan Union
5. Sebagai generasi muda , syorkan usaha untuk mewujudkan sebuah pentadbiran negara yang 10
stabil pada masa akan datang
6. Langkah dan dan cabaran untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme dikalangan generasi
muda hari ini
10
KESIMPULAN 5
4. Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian.
5. Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian.
6. Harapan terhadap masa depan negara.
RUJUKAN 3
PEMBENTANGAN 10

Anda mungkin juga menyukai