Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KAEDAH PENYELIDIKAN
VCR3983

TUGASAN 1: ULASAN ARTIKEL/


ARTICLE REVIEW
In-service Home Economics Teachers’ Attitudes to
the Integration of Sustainable Topics in the Home
Economics Subject

NAMA FAREHAH BT AZHAR

NO MATRIK D20201093450

PENSYARAH ENCIK MOHD YUSOF BIN KAMARUZAMAN

1
Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Pendahuluan 1

2. Isi Kandungan 1

3. Pengenalan Kajian
i. Masalah
ii. Objektif
iii. Persoalan 3
iv. Hipotesis
v. Signifikan Kajian 4

4. Tinjauan Literatur
i. Pembahagian tajuk 4
ii. Sitasi/ rujukan dan kesesuaian dalam penulisan

5. Reka Bentuk Kajian


i. Jenis kajian dan justifikasi penggunaanya dalam
kajian 5
ii. Pernyataan populasi dan persampelan
iii. Instrumen kajian

6. Dapatan Kajian 6
i. Pernyataan dapatan kajian

7. Rumusan 6
i. Implikasi kajian
ii. Cadangan

2
3.0 Pengenalan kajian

i. Masalah kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menyenaraikan beberapa masalah kajian dengan memulakan
penulisan dengan menyatakan objektif pembelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Pengkaji memulakan
penulisan permasalahan kajian dengan memetik kata-kata Benn,2008 iaitu objektif utama bidang
Ekonomi Rumah Tangga adalah untuk memperbaiki kualiti hidup dan mempromosikan Pendidikan
sepanjang hayat.

Pengkaji juga berpendapat bahawa Kesedaran tentang menjaga alam perlu diterapkan dalam
sistem Pendidikan di sekolah. Pembangunan lestari mampu dikecapi sekiranya setiap orang mengetahui
keperntingannya, dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian. Institusi sekolah merupakan
organisasi penting dalam menyelesaikan isu dan cabaran ini bagi menjamin kelestarian alam untuk
generasi akan datang. Oleh itu, berpendapat bahawa guru adalah individu penting sebagai pendidik dan
harus bijak menghubungkait pengajaran Ekonomi Rumah Tangga tentang pembangunan lestari dalam
diri pelajar, atau mempunyai pengetahuan untuk mengaitkan topik-topik berkaitan ke dalam subjek
Ekonomi Rumah Tangga.

ii. Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah guru-guru dalam perkhidmatan
mempunyai kesedaran dan kemahiran untuk menghubungjalin pengajaran Ekonomi Rumah Tangga
dengan kesedaran tentang pembangunan lestari. Selain itu, pengkaji juga ingin menentukan topik-topik
atau modul berkaitan Ekonomi Rumah Tangga yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaitkan
kepada para pelajar tentang bangunan lestari.

iii. Persoalan kajian

Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji telah mendapatkan dapatan kajian melalui soal selidik
dan temubual bersama responden. Menurut pengkaji, persoalan kajian ini adalah untuk melihat
sejauhmanakah guru-guru mengaplikasikan pengajaran Ekonomi Rumah Tangga dengan nilai kelestarian
alam. Selain itu, pengkaji juga ingin menentukan sejauhmanakah modul yang terkandung dalam ilmu
Ekonomi Rumah Tangga membantu guru untuk menerangkan tentang kelestarian alam berdasarkan
topik yang berkaitan.

iv. Hipotesis

Hipotesis yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah hipotesis nul. Hal ini kerana,
pembolehubah dalam kajian ini tidak mempunyai kaitan antara pembolehubah yang diselidik. Dalam
kajian ini, pengkaji ingin mengkaji tentang sejauhmanakah guru mampu mengaplikasikan subjek
Ekonomi Rumah Tangga dengan kesedaran tentang pembangunan lestari. Oleh itu, tiada hubungan atau
pembolehubah yang lain digunakan dalam kajian ini.

3
v. Signifikan Kajian

Menurut penulis, kajian ini mempunyai beberapa kepentingan untuk dijalankan kerana dapat
memudahkan para guru dalam perkhidmatan menyedari tentang kepentingan penerapan amalan
dan nilai murni khususnya berkaitan kelestrarian alam dengan modul pembelajaran Ekonomi Rumah
Tangga. Sekiranya kajian ini dilakukan, para guru dapat mengetahui topik-topik yang mempunyai
kaitan dengan kelestarian alam dan dapat memberi fokus yang lebih tentang amalan nilai murni
tersebut dalam diri pelajar.

Walaubagaimanapun untuk sesetengah kawasan, kajian ini tidaklah begitu penting untuk
dijalankan kerana matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga bukanlah subjek yang begitu menekankan
tentang kelestarian alam. Malah, setelah kajian ini dijalankan, tahap kesedaran pelajar tentang
kelestarian alam tetap berada di tampuk yang sama. Pengalaman, pengetahuan dan pendedahan
susulan perlu dilakukan diluar bilik darjah sebagai alternatif lain. Hal ini kerana, aktiviti luar bilik
darjah lebih berkait rapat dengan pelajar tentang pembangunan lestari berbanding secara teori.

4.0 Tinjauan Literatur

i. Pembahagian tajuk

Berdasarkan artikel ini, pengkaji telah membahagikan tajuk kepada 6 bahagian utama. Hal ini
termasuklah bahagian pengenalan, masalah kajian, kaedah, instrumen kajian, dapatan kajian, dan
diakhiri dengan penutup. Pengkaji juga telah menggunakan carta dan graf tentang data-data yang
berkaitan bagi membantu pembaca memahami konteks ayat bagi menyokong dapatan kajian
dengan mudah. Pembahagian tajuk ini amat penting untuk diasingkan supaya penulisan nampak
lebih kemas dan lebih mudah untuk difahami oleh para pembaca.

ii. Sitasi

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan sitasi daripada beberapa artikel yang telah
dirujuk di bahagian pendahuluan, dan kebanyakkannya di bahagian dapatan kajian. Antara sitasi
yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui sorotan kajian lepas, dan mengambil data dan sitasi
daripada temubual responden.

Selain itu, pengkaji juga telah mengambil sitasi dan rujukan daripada beberapa medium
penting seperti perpustakaan dan bahan bacaan melalui artikel, thesis, dan penulisan ilmiah
sepanjang menjalankan kajian ini. Rujukan yang diambil juga adalah rujukan yang telah disahkan
oleh pihak berautoriti. Tuntasnya, bacaan ilmiah yang berada di perpustakaan merupakan salah
satu sumber bahan bacaan yang diyakini keabsahannya. Sitasi yang digunakan merupakan elemen
penting terutamanya dalam bahagian dapatan kajian bagi menyokong setiap dapatan kajian yang
telah dicapai.

4
5.0 Reka Bentuk Kajian

i. Jenis kajian dan justifikasi penggunaanya dalam kajian

Jenis kajian yang digunakan dalam artikel ini adalah kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji telah
menghubungkait kedua-dua kaedah kajian ini bagi mendapatkan dapatan kajian yang sempurna
sepanjang kajian ini dijalankan. Hal ini demikian kerana, pengkaji telah menjalankan beberapa
instrumen kajian bagi mendapatkan data iaitu melalui temu bual responden, pemerhatian, dan soal
selidik sepanjang menjalankan kajian.

ii. Pernyataan populasi dan persampelan

Menurut Krejcie & Mogan (1970), beliau berpendapat bahawa kebiasaannya untuk
menentukan saiz sampel, kitab oleh merujuk kepada penentuan saiz sampel. Oleh itu, adalah lebih
baik sekiranya pengkaji menggunakan carta yang telah disediakan oleh Krejcie & Mogan bagi
menentukan bilangan sampel. Walaubagaimanapun di dalam kajian ini, pengkaji tidak menyebutkan
populasi guru yang terlibat. Namun, hanya mengumpul data daripada seramai 89 responden yang
melibatkan responden dari kalangan guru-guru dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga.

iii. Instrumen kajian

Terdapat beberapa instrument kajian yang digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi
menjawab soalan penyelididkan yang telah dibincangkan. Kaedah pengumpulan data ini amat
penting untuk mengumpul data bagi mendalami konsep, persepsi, dan data yang berkaitan
daripada segala sumber termasuklah sumber primer dan sekunder. Oleh hal yang demikian,
terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang telah digunapakai oleh pengkaji dalam
menjalankan kajian, termasukla kaedah kuantitatif, kaedah kualitatif dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen kajian

Kualitatif Borang temu bual, rujukan perpustakaan


Kuantitatif Borang soal selidik
Jadual 1: Instrumen kajian

5
6.0 Dapatan Kajian

Di dalam artikel ini, pengkaji telah memecahkan dapatan kajian kepada 2 bahagian utama
iaitu sikap guru dalam mengaplikasikan nilai pembangunan lestari dalam subjek Ekonomi Rumah
Tangga, serta modul Ekonomi Rumah Tangga yang mempunyai kaitan dengan kelestarian alam.
Pengkaji turut menggunakan gambar rajah dan jadual bagi menunjukkan data-data yang menyokong
dapatan kajian yang telah dilakukan. Selain itu, pengkaji juga telah pecahkan modul Ekonomi Rumah
Tangga kepada 4 bahagian iaitu ekonomi, kajian fabrik, makanan dan pemakanan serta kehidupan
dan persekitaran.

Berdasarkan dapatan kajian, modul Ekonomi Rumah Tangga yang paling banyak berkait rapat
dengan kelestarian alam ialah dalam topik kehidupan dan persekitaran iaitu sebanyak 0.60,
berbanding dalam subtopik ekonomi, iaitu sebanyak 0.58. Manakala subtopic atau modul nutrisi
pula paling rendah perkaitannya dengan kelestarian alam iaitu sebanyak 0.50 sahaja. Hal ini kerana,
guru tidak tahu ingin mengkaitkan nutrisi dengan kelestarian alam kerana kurang
kesinambungannya disitu.

Nota : number 1-4 menunjukkan carta sangat setuju hingga tidak setuju.

7.0 Rumusan

i. Implikasi Kajian

Hasil kajian ini menujukkan bahawa guru-guru dalam perkhidmatan di Slovena yang mengajar
subjek Ekonomi Rumah Tangga percara bahawa mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga di sekolah
mampu menggalakkan pelajar memahami dan menghayati nilai kelestarian alam serta
mengaplikasikannya dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, pengkaji juga berpendapat bahawa para
guru tidak melihat potensi dan kepentingan setiap modul pengajaran yang dipilih secara sama rata. Hal
ini kerana, pada pendapat guru-guru, modul pengajaran yang paling sesuai untuk membina minda
pembangunan lestari dalam kalangan pelajar ialah modul pemakanan, manakala tekstil dan pakaian
adalah paling kurang penting.

ii. Cadangan

Pengulas berharap agar ada kajian-kajian lain yang mengkaji tentang kaitan pelbagai jenis subjek
matapelajaran di sekolah dengan pembangunan lestari. Selari dengan Elemen Merentas Kurikulum
(EMK) dalam KSSR pada tahun 2017 yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
kerajaan inginkan para guru menerapkan nilai-nilai murni yang lain semasa sesi PdPc di sekolah iaitu
ingin melahirkan murid yang mencintai alam sekitar. Pengulas juga mengharapkan agar pengkaji dapat
menambah beberapa objektif kajian yang boleh menunjukkan pembolehubah yang berbeza dalam
kajian akan datang.

Anda mungkin juga menyukai