Anda di halaman 1dari 18

BAB 5 PROSES PENYELIDIKAN

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN


 Penyelidikan bermula daripada sesuatu masalah yang dirasai atau wujud
di dalam sesebuah organisasi yang seterusnya membawa kepada
kesedaran tentang perlunya masalah berkenaan diatasi.
 Meskipun pemerhatian merupakan suatu sumber pengetahuan yang
penting, ia juga mungkin akan menimbulkan salah tafsiran.
 Mungkin juga tahap produktiviti yang rendah tidak dialami oleh semua
pekerja lantaran dalam masa yang sama sebahagian pekerja mempunyai
tahap motivasi yang sama atau masih tinggi.
 Namun begitu, masalah biasa boleh meningkatkan menjadi permasalahan
yang memerlukan penyelesaian empirikal apabila tahap kompleksiti dan
kritikal yang makin meningkat sehingga menjejaskan masyarakat atau
operasi sesebuah organisasi.

Asas-asas bagi menilai permasalahan yang perlu anda


ketahui dalam konteks melakukan kajian secara
empirikal adalah:
I. Memenuhi kriteria penyelidikan saintifik iaitu masalah yang dipilih
haruslah jelas dan mempunyai pengukuran yang tepat ke atas konsep,
objek atau gagasan yang membentuk masalah.
II. Kesesuaian masalah iaitu apabila penyelidikan harus mempertimbangkan
faktor-faktor seperti minat, kepakaran, kemampuan dan sebagainya yang
berkaitan dengan diri penyelidik. Faktor-faktor seperti masa dan aspek-
aspek kewangan juga harus diambil kira.
1
III. Matlamat penyelidikan sama ada untuk membantu meningkatkan
pengetahuan di samping mengatasi masalah yang sedia ada menjadi satu
daripada faktor yang harus diambil kira dalam mengenal pasti
kepentingan sesuatu masalah untuk dikaji. Sekiranya permasalahan
berkenaan tidak memberikan faedah, kajian tidak perlu dilakukan.
IV. Sumbangan terhadap pengetahuan berkaitan dengan bidang yang sedia
ada juga harus diambil kira. Sumbangan penyelidik dalam menghasilkan
pengetahuan berkaitan dengan bidang yang dikaji dapat memantapkan
lagi aspek-aspek seperti kajian-kajian lepas, teori dan sebagainya.

Beberapa aspek harus dikenal pasti oleh pengkaji dalam


konteks menyatakan aspek-aspek pernyataan masalah
bagi kajian
1. Pernyataan masalah mestilah tepat dan jelas. Skop yang terlalu luas atau
besar akan menyebabkan objektif kajian menjadi kurang jelas, dan
membawa kepada kaedah, analisis dan tafsiran yang kurang sesuai.
2. Pernyataan masalah juga haruslah menunjukkan kepada jenis keadaan
dan faktor-faktor yang harus dicerap dan diukur. Permasalahan berkenaan
haruslah jelas dari segi istilah dan gagasan yang digunakan > dinyatakan
dalam dua bentuk iaitu definisi konstitutif dan definisi operasi.
3. Penyelidik harus memikirkan sama ada masalah berkenaan menarik bagi
tujuan minat pengkaji serta pembaca atau pihak pembiaya.
4. Penyelidik juga harus memikirkan sama ada masalah yang hendak dikaji
adalah masalah baru atau sesuatu fenomena yang baru.
5. menyemak kajian-kajian yang telah dijalankan dan disiarkan di dalam
jurnal-jurnal, buku atau prosiding seminar.

2
MEMILIH REKABENTUK KAJIAN
(KUANTITATIF DAN KUALITATIF)
 Kajian kuantitatif merupakan kajian yang hasilnya dilaporkan dalam
bentuk kuantiti atau nombor iaitu statistik. menghasilkan data bercorak
numerikal
 kajian kualitatif pula ialah kualiti kajian yang hasilnya dilaporkan dalam
bentuk arah aliran atau tema-tema yang diperihalkan dalam
ayat/perkataan. menghasilkan data berbentuk perkataan atau ayat.

Beberapa prinsip asas yang membezakan antara kajian


kuantitatif dan kualitatif
a) Perbezaan pendekatan:
 Kajian kuantitatif menggunakan pendekatan deduktif untuk
merancang kajian pengkaji membuat kesimpulan daripada kajian-
kajian lepas bagi kemungkinan-kemungkinan mewujudkan
hipotesis yang akan diuji di dalam kajian.
 Kajian kualitatif melibatkan penggunaan kaedah induktif bagi
merancang kajian.

b) Alat (instrumen):
 kuantitatif menekankan kepada alat yang boleh menghasilkan data
dan ditukarkan kepada nombor sbg cth soalan berstruktur atau
temu bual dengan format objektif seperti pilihan jawapan.
 Kualitatif menekankan kepada instrumen atau alat yang boleh
menghasilkan perkataan seperti temu bual berstruktur, pemerhatian
dan lain-lain.

3
c) Subjek (responden kajian):
 Kuantitatif lebih cederung untuk memilih sampel bersaiz besar,
lantaran perbelanjaan dan masa yang terhad.
 Kualitatif lebih cenderung untuk memilih sampel yang bersaiz
kecil.

d) Masa:
 Kuantitatif menghabiskan masa yang sedikit untuk berinteraksi
dengan responden kerana keadaan instrumen yang digunakan tidak
memerlukan menghabiskan masa yang panjang.
 Kualitatif akan menggunakan masa yang agak panjang untuk
menemubual dan menjalankan pemerhatian.

e) Penyesuaian alat:
 Kuantitatif jarang melakukan pindaan terhadap alat yang
digunakan
 Kualitatif akan berfikiran terbuka terhadap kemungkinan
mengubah suai alat yang digunakan seperti mengubah suai soalan
atau menambah soalan

f) Laporan:
 kuantitatif akan meringkaskan semua maklum balas dengan
analisis statistik dan jarang melaporkan subjek sebagai laporan
individu.
 kualitatif berkecenderungan untuk memetik maklum balas
individu dalam bahagian laporan kajian.

4
g) Generalisasi:
 Kuantitatif berkecenderungan mengeneralisasikan atau
menyimpulkan hasil kajian beliau kepada satu atau lebih populasi.
 kualitatif berkecenderungan untuk menghadkan laporan kepada
individu atau kelompok masyarakat yang dikaji secara langsung.

KRITERIA PEMILIHAN KAEDAH


KUANTITATIF
 Sesetengah persoalan kajian secara langsung membawa kepada
pendekatan kuantitatif atau kualitatif.
 (kesan AIDS ke atas ekonomi Malaysia) pendekatan kuantitatif
kerana ekonomi biasanya diukur berdasarkan angka.
 (apakah kesan emosi di kalangan jururawat yang merawat pesakit
AIDS) pendekatan kualitatif kerana ia memberikan fokus
terhadap kesan emosi.

 Kualitatif sesuai digunakan untuk maklumat yg sedikit ini kerana kajian


dimulakan dengan persoalan yang meluas. Kuantitatif sukar untuk
menggunakan pendekatan deduktif apabila menjalankan kajian berkenaan
dengan topik yg baru. Berdasarkan kepada hasil kualitatif, teori dibina
dan hipotesis boleh dibentuk dan kemudiannya diuji secara kuantitatif.

 Kaedah kuantitatif sesuai digunakan apabila subjek mengamalkan


budaya tertutup atau rahsia, ini kerana memerlukan masa yg terhad.

5
kualitatif yang mahir akan menghabiskan masa tertentu untuk bermesra
dengan subjek.
 Pendekatan kuantitatif wajar digunakan Apabila subjek tidak diperolehi
bagi tujuan interaksi atau pemerhatian. Misalnya, sukar untuk membuat
temu bual dengan responden yang menjawat jawatan yang tinggi.

 Kuantitatif wajar digunakan Apabila masa dan pembiayaan adalah


terhad. Ini kerana memberikan maklumat yang cepat dengan kos yang
minima.

 Kuantitatif wajar digunakan Apabila pembiayaan lebih gemar


memahami angka.

MENGENAL PASTI DAN MENILAI KAJIAN-


KAJIAN LEPAS
 Pertama memulakan dengan mengenal pasti permasalahan kajian secara
meluas.
 Kedua Menyemak semula kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan
dengan tajuk atau permasalahan kajian.
 Aspek teoretikal dan kajian-kajian lepas, ini akan membantu mengenal
pasti hipotesis yang boleh diuji dalam skop yang kecil supaya ia boleh
diuji dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tujuan penyemakan terhadap kajian-kajian yang telah


dijalankan adalah untuk

6
1. Membantu penyelidik dalam menjelaskan tentang latar belakang sesuatu
permasalahan kajian. Misalnya, jika seseorang pengkaji berminat untuk
mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen terhadap
organisasi, beliau boleh menyemak kajian-kajian yang pernah dijalankan
tentang faktor berkenaan.
2. Pengkaji dapat mengenal pasti teori-teori yang akan digunakan dalam
kajian.
3. Pengkaji boleh memahami tentang kaedah dan teknik yang sesuai untuk
membantu beliau menjalankan kajian.
4. Dapat membantu pengkaji untuk mengelakkan pengulangan terhadap
kajian yang tidak dikehendaki. Seterusnya, penyelidik boleh mengambil
langkah proaktif dengan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan
atau mengelakkan daripada menjalankan kajian berkenaan.

SUMBER-SUMBER ULASAN KARYA ATAU


KAJIAN LEPAS
I. Abstrak Jurnal dan Indeks
 Abstrak adalah merupakan ringkasan utama kepada sesuatu kajian.
 Satu daripada sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai
artikel-artikel yang terdapat di dalam jurnal adalah melalui abstrak
dan indeks yang telah diterbitkan berkaitan dengan bidang
penyelidikan.

II. Pencarian Melalui Buku atau Rujukan


 Pengkaji boleh mendapatkan kajian-kajian yang berkaitan dengan
sesuatu bidang yang ingin dikaji dengan cepat iaitu dengan
merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu dalam buku berkenaan.

7
 pengkaji juga boleh mendapatkan kajian-kajian dengan merujuk
kepada rujukan dan indeks yang digunakan oleh buku tersebut.

III. Penggunaan Penapisan Bibliografi


 Memuatkan senarai rujukan atau bibliografi yang berkaitan dengan
penyelidik tersebut.

IV. Kamus dan Istilah


 Setiap perkataan atau istilah yang disenaraikan disusuli dengan
makna atau huraian pengertiannya. Ini dapat membantu anda
memahami secara jelas konsep yang digunakan,

V. Ensiklopedia
 Memberikan definisi bagi konsep atau istilah berkenaan.
 Biasanya, ensiklopedia dirujuk sebagai sumber permulaan bagi
menjalankan sesuatu penyelidikan.

VI. Penerbitan Ulasan


 Penerbitan ulasan adalah seperti “The Review of Educational
Research” dan sebagainya yang menyediakan ulasan-ulasan
penyelidikan yang komprehensif dalam sesuatu bidang.

MEMPASTIKAN PEMBOLEHUBAH (VARIABLE)


KAJIAN
1. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang mempengaruhi
pembolehubah terikat. Pembolehubah terikat adalah pembolehubah
utama yang menjadi minat pengkaji.

8
2. Pembolehubah mencelah adalah pembolehubah yang berfungsi dalam
mengubah bentuk hubungan antara pembolehubah terikat dan bebas.
Pembolehubah mencelah hadir akibat perubahan masa

PERANAN TEORI DALAM PENYELIDIKAN /


KERANGKA TEORI
I. Setelah mengenal pasti masalah-masalah yang wujud bagi menjalankan
kajian, pengkaji perlu bersedia untuk membentuk kerangka teoretikal.
II. Kerangka teoretikal merupakan model konseptual tentang cara
seseorang pengkaji membuat andaian berkaitan hubungan pelbagai aspek
yang dikenal pasti daripada kajian-kajian yang lepas.
III. Berdasarkan kepada kerangka teoretikal, hipotesis dibina yang
kemudiannya diuji dengan analisis statistik yang bersesuaian.

Peranan teori dalam penyelidikan ialah


1. Menguji hipotesis yang didapati dari teori: ini boleh dilakukan melalui
pembentukan hipotesis yang selaras dengan teori. Kajian yang
menyokong sesuatu hipotesis turut menyokong teori dengan andaian
bahawa kaedah kajian adalah kukuh.
2. Memberikan maklumat dan kesimpulan tentang kajian iaitu pengkaji cuba
untuk membina teori yang akan menerangkan tentang sesuatu peristiwa.

Teori
 Segala hipotesis, persoalan dan objektif kajian perlu disokong dengan
aspek-aspek teoretikal dalam kajian-kajian kuantitatif.

9
 Teori adalah penting dalam proses reka bentuk kajian bagi menjelaskan
tentang hipotesis, soalan-soalan atau objektif.
 Dalam kajian kuantitatif, teori digunakan secara deduktif dan
ditempatkan di bahagian permulaan kajian. Tujuan kajian adalah untuk
menguji sesuatu teori berbanding dengan untuk membina teori.
 Dengan itu, pengkaji bermula dengan mengumpulkan data-data bagi
menguji teori berkenaan untuk mengenal pasti sama ada teori berkenaan
disahkan atau tidak disahkan di dalam kajian.
 Penggunaan teori dalam kajian kualitatif tidak sejelas kajian kuantitatif.
Misalnya, teori digunakan bagi mereka yang menjalankan kajian
berkaitan dengan teori utama. Pengkaji kualitatif berharap untuk
menemui atribusi dalam kajian yang dijalankannya.

PENYEDIAAN CADANGAN PENYELIDIKAN

Tujuan cadangan penyelidikan adalah:


I. Untuk memberitahu tentang masalah yang akan dikaji dan
kepentingannya.
II. Untuk membincangkan tentang usaha-usaha kajian dengan pengkaji atau
sesiapa sahaja yang pernah menjalankan kajian berkaitan dengan masalah
yang hendak dikaji.
III. Untuk menyediakan data yang sesuai bagi menyelesaikan masalah.
IV. Untuk mencadangkan cara data akan didapati, dianalisis dan ditafsir.

Proposal akan memaklumkan tentang:


I. Apa yang akan dilakukan;

10
II. Kenapa ia akan dilakukan;
III. Bagaimana kajian akan dijalankan;
IV. Di mana kajian berkenaan akan dijalankan;
V. Kepada sesiapa kajian berkenaan akan dilakukan;
VI. Apakah faedah yang akan diperolehi dari pada kajian berkenaan

Kepentingan Cadangan Penyelidikan


a) Kepentingan kepada pembiaya
 Kebanyakan kajian mempunyai pembiayan atau ahli jawatankuasa
yang bertanggungjawab untuk meneliti penyelidikan berkenaan.
Misalnya, calon Ijazah Doktor Falsafah bertanggungjawab kepada
ahli jawatankuasa tesis untuk menilai kajian yang beliau jalanan.
 Ia membenarkan pembiaya untuk menilai jenis kajian yang
dijalankan, kejelasan reka bentuk, bahan-bahan latar dan juga
kesesuaian untuk menjalankan kajian.
 Proposal menggambarkan susunan, disiplin dan logik pengkaji.
Sesuatu penyelidikan yang tidak dirancang dengan baik, tidak
ditulis dengan baik dan tidak teratur akan memburukkan reputasi
seseorang pangkaji.
 Proposal juga memberikan gambaran asas kepada pembiaya
tentang penilaian terhadap hasil sesuatu projek. Dengan
membandingkan hasil akhir dengan objektif kajian yang
dinyatakan, adalah mudah untuk menentukan sama ada matlamat
kajian telah dicapai.

b) Kepentingan kepada pengkaji

11
 Pada hakikatnya, proposal adalah sesuatu yang mendatangkan
faedah kepada pengkaji berbanding dengan pembiaya. Proses
menulis proposal membenarkan pengkaji untuk merancang dan
menyemak semula langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam
menjalankan penyelidikan atau projek.
 Hal ini kerana para pengkaji berpeluang untuk mengkaji kesilapan-
kesilapan di dalam andaian dan masalah yang tidak diteliti dalam
kajian-kajian lampau.
 Faedah penulisan proposal kepada pengkaji ialah ia membenarkan
pengkaji merancang masa dan belanjawan sesuatu kajian.

Jenis Proposal Penyelidikan


1. Cadangan penyelidikan oleh pelajar
 Cadangan penyelidikan oleh pelajar menekankan kepada ulasan
karya dan bibliografi
 Dua faktor diperlukan untuk menyediakan cadanga penyelidikan
1) untuk mengajar anda tentang cara melakukan penyelidikan
2) memperkembangkan pengetahuan anda dalam bidang
tertentu.

2. Proposal dalaman
 Memo daripada pengkaji kepada pihak pengurusan yang
menggariskan tentang penyataan masalah, objektif kajian, dan
jadual kerja adalah cukup untuk memulakan satu kajian
penerikaan.
 Jangka masa dan perbelanjaan adalah penting untuk mendapatkan
pembiayaan oleh jawatankuasa.

12
3. Proposal luaran
 Proposal yang diminta atau dicari dari organisasi.
 Bahagian yang paling penting dalam proposal luaran adalah
objektif, reka bentuk, kelayakan, jangka masa dan anggaran
perbelanjaan.

Kandungan Proposal
1. Ringkasan eksekutif
 Ringkasan eksekutif harus memasukkan pernyataan masalah yang
ringkas, objektif kajian dan kebaikan pendekatan yang digunakan.
 Membolehkan pengurus atau pembiaya untuk memahami
kandungan proposal.
 Matlamat ringkasan adalah untuk mendapatkan penilaian positif
oleh pihak pentabir

2. Pernyataan masalah
 Bahagian ini bertujuan untuk menyakinkan pembiaya agar terus
membaca cadangan penyelidikan.
 Kepentingan masalah untuk dikaji harus ditekankan di sini dan
harus memasukkan kekangan kepada kajian berkenaan.
 Permasalahan kajian harus jelas dari segi skop limitasinya.
Permasalahan kajian yang kabur atau terlalu luas akan
menyebabkan pembiaya tidak boleh melihat kekangan secara jelas.

3. Tujuan kajian

13
 Objektif kajian bertindak selaku tujuan kepada penyiasatan apabila
pengkaji menerangkan secara jelas akan tujuan kajian tersebut
dilakukan.
 Objektif sepatutnya berturutan dari pernyataan masalah. Adalah
lebih baik untuk menyenaraikan tujuan kajian mengikut urutan
kepentingan.

4. Ulasan karya
 ab ulasan karya membincangkan tentang kajian-kajian lepas dan
biasanya laporan organisasi bertindak selaku asas kepada cadangan
kajian.
 Mulakan perbincangan anda dengan kajian yang berkaitan atau
data sekunder yang relevan dari perspektif yang komprehensif
membawa kepada kajian yang spesefik berkaitan dengan masalah
yang dikaji.
 Tekankan kepada kepentingan dan kesimpulan kajian-kajian lepas,
data yang relevan dan trend kajian-kajian lepas serta kaedah atau
reka bentuk yang boleh diduplikasi atau harus dielakkan.
Bincangkan bagaimana ulasan karya berkaitan dengan kajian.
 Jika anda memperolehi sesuatu yang penting dalam bentuk petikan,
dapatkan sumber yang asli dan pastikan anda memahaminya.
 Jika proposal anda bergantung kepada data sekunder, bincangkan
kesesuaian data dan bias yang mungkin wujud pada data
berkenaan.

5. Kepentingan kajian

14
 Bahagian ini menbenarkan anda selaku pengkaji untuk
menerangkan tentang faedah yang boleh diperolehi daripada
kajian. Biasanya bahagian ini jarang melebihi satu perenggan.
 Sekiranya anda menghadapi masalah ini, rujuk semula kepada
permasalahan kajian, berbincang dengan ahli-ahli penyelidikan,
rujuk semula ulasan karya dan sebagainya

6. Reka bentuk kajian


 Bahagian reka bentuk kajian harus memasukkan maklumat tentang
pemilihan sampel, bilangan sampel, kaedah pengumpulan data,
pengukuran, prosedur dan etika.

7. Analisis data
 Bahagian ini membincangkan secara ringkas berkenaan dengan
kaedah yang digunakan untuk menganalisis data.
 Bincangkan tentang cadangan anda untuk menganalisis data serta
asas teoritikal mengapa anda memilih kaedah berkenaan.

8. Bentuk hasil kajian


 Pengkaji harus memaklumkan secara khusus tentang jenis data
yang akan diperolehi dan tafsiran yang akan dibuat.
 Kesimpulan berdasarkan statistik, hasil bagi tujuan gunaan,
cadangan plan tindakan, model-model, plan stategik, dan lain-lain
harus dilihat dalam bentuk hasil kajian.

9. Kelayakan pengkaji

15
 Bahagian ini seharusnya bermula dengan kurikulumvitae ketua
penyelidik.
 Mulakan dengan kelayakan akademik tertinggi di samping
pengalaman-pengalaman dalam menjalankan kajian lepas.
 Keseluruhan kurikulum vitae tidak harus dimasukkan kecuali jika
diperlukan oleh organisasi.

10.Anggaran perbelanjaan
 Anggaran perbelanjaan harus dimasukkan mengikut keperluan
pembiaya.
 Ini termasuklah anggaran bahan pakai habis, perjalanan, keperluan
bahan dan lain-lain.

11.Jangka masa
 Rancangan tempoh kajian harus memasukkan fasa-fasa utama
dalam
 projek, jadual waktu dan milestones yang signifikan dalam
menyiapkan fasa-fasa kajian anda.
 Misalnya, 1) temubual peneroka, 2) penyediaan cadangan
penyelidik, 3) semakan soal selidik, 4) kerja lapangan 5) koding
dan editing, 6) analisis data, dan 7) laporan kajian
 Satu daripada kaedah yang sering digunakan untuk menunjukkan
jangka masa ialah carta Gantt.

12.Kemudahan dan sumber-sumber yang diperlukan


 Projek-projek atau kajian yang memerlukan peralatan tertentu
harus dinyatakan secara terperinci.

16
 Misalnya, keperluan diperlukan untuk sesi perbincangan
kumpulan. Keperluan komputer bagi tujuan analisis data, perisian
komputer tertentu dan lain-lain juga harus dinyatakan secara jelas
dan cermat dalam penyediaan proposal.

13.Rujukan (Bibliografi)
 Bagi setiap projek yang memerlukan ulasan karya, rujukan amat
diperlukan.
 Gunakan format bibliografi yang diperlukan oleh pembiaya seperti
Kate L. Turabian, A Manual for Writers of Term Paper, These and
Dissertations; a
 Atau Josept Gibaldi and Walter S. Schtert, MLA Hand book for
Writers of Research Papers, or The Publication Manuals of the
American Psychological Association yang akan membekalkan cara
yang diperlukan untuk menulis bioliografi.
14.Lampiran
 Sekiranya terdapat maklumat tambahan atau sokongan kepada
cadangan kajian yang dirasakan perlu tetapi tidak begitu penting
untuk dimasukkan ke dalam teks, maklumat berkenaan boleh
dilampirkan.

15.Senarai singkatan
 Singkatan istilah-istilah harus dimasukkan apabia terlalu banyak
perkataan yang unit atau sukar difahami.
 Definisikan juga akronim yang digunakan.

16.Alat pengukuran
 Bagi projek yang besar, adalah sesuai untuk memasukkan contoh
instrumen.
17
 Hal ini membenarkan pembiaya untuk membincangkan tentang
perubahan-perubahan yang diperlukan bagi isntrumen untuk
mendapatkan data.

17.Lain-lain
 Maklumat tambahan yang penting perlu dimasukkan seperti
kurikulum vitae, anggaran belanjawan dan lain-lain.

18

Anda mungkin juga menyukai