Anda di halaman 1dari 2

Perlembagaan Malaysia (GMGA 2013)

Kuiz 1 (5%)

Nama Pelajar: AG MOHD RIDWAN BIN YUSUF

No matrik: 275933

SOALAN 1

Bagi mengekang penyebaran virus pandemic Covid-19, Kerajaan Malaysia melalui


Kementerian Kesihatan telah mewajibkan semua orang untuk memakai pelitup muka di tempat
awam bermula pada 1 Ogos 2020 sebagai salah satu Standard Operasi Prosedur (SOP).
Pelaksanaan SOP ini masih lagi berkuatkuasa dan digunapakai sehingga ke hari ini. Disini kita
dapat melihat bahawa kerajaan malayisa telah mengunakan ciri-ciri kuasa bersifat memaksa
iaitu Negara berkeupayaan memaksa setiap orang yang berada di dalam wilayahnya supaya
mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkannya. Ciri ini penting kerana jika
peraturan-peraturan negara tidak dapat dikuatkuasakan maka, keadaan kacau-bilau atau anarki
mungkin boleh tercetus dan ia akhirnya boleh merosakkan kehidupan bernegara itu sendiri.
Kuasa paksaan yang sah yang dimiliki oleh negara memberi justifikasi kepada penggunaan
kekerasan jika keadaan memerlukannya. Di sinilah terletaknya peranan perlembagaan dan
undang-undang negara yang berfungsi memberikan garis panduan kepada peraturan hidup di
dalam sesebuah negara serta implikasi-implikasinya sekiranya peraturan-peraturan tersebut
dilanggar. Dalam arti lain kerajaan Malaysia betrbuat sedemikian kerana untuk menjaga
keamanan negara dan kepentingan rakyat. Sekiranya terdapat orang yang tidak melakukan
perkara-perkara yang diarah oleh undang-undang, dia juga akan dihukum. Ada juga undang-
undang yang digunakan untuk memastikan semua pihak mendapat hak-hak masing-masing
(A.Aziz, 1995: 2).
SOALAN 2

Kedaulatan dalaman sesebuah negara merujuk pada kewibawaan dan ketinggian kuasa
negara untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di dalam
wilayahnya. Dicey A.V, seorang peguam perlembagaan British pernah menyebut, “tiada
sesiapa boleh dikenakan hukuman kecuali didapati bersalah kerana melanggar undang-undang
sedia ada dan dia hendaklah dibicarakan secara sewajarnya mengikut undang-undang di dalam
sebuah mahkamah biasa”. Berdasarkan penyataan tersebut, kepentingan menjunjung prinsip
kedaulatan undang-undang kerana Undang-undang perlu untuk mengawal manusia dan
masyarakat. Undang-undang akan memastikan setiap individu memperolehi hak masing-
masing. Tanpa undang-undang, kehidupan manusia tidak ubah. Undang-undang juga
diperlukan sebagai mekanisme kawalan yang penting dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam
menghadapi arus pembangunan negara yang semakin pesat. Apabila negara semakin
membangun, berbagai-bagai masalah timbul. Kegiatan kehidupan manusia di dalam
masyarakat perlu dikawal agar kestabilan terus wujud. Selain itu, undang-undang berfungsi
sebagai alat untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat kerana masalah yang wujud
memerlukan satu alat alternatif yang sesuai untuk diaplikasikan bagi menamatkan kekusutan
atau pertelingkahan yang berlaku. Steven Vago (1996:14) mencatatkan bahawa menurut Karl
N. Lewlleyn, masyarakat sememangnya tidak dapat lari daripada masalah seperti
pertelingkahan dan sebagainya yang harus diselesaikan. Semuanya bergantung kepada undang-
undang.

Anda mungkin juga menyukai