Anda di halaman 1dari 10

BAB 4 PERSAMPELAN

PENGENALAN
 Pemilihan sampel merupakan proses yang perlu dikenal pasti dengan
teliti supaya kajian yang dilakukan itu mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
 Sampel merupakan unit/objek/elemen/responden atau apa-apa sahaja
yang menjadi bahan pengukuran bagi mendapatkan data untuk menjawab
objektif dan permasalahan kajian.
 Kebanyakan daripada kajian dalam bidang sains sosial melibatkan
manusia, persampelan selalunya merujuk kepada siapa yang patut dipilih
sebagai sampel atau responden kajian dan cara untuk membuat pemilihan.

KONSEP-KONSEP PENTING

1. Populasi
 Populasi merupakan keseluruhan unit/objek/elemen/responden
yang merupakan asas kepada bahan pengukuran pengkajian.
 Dari segi teori, konsep populasi sebenarnya merangkumi jumlah
keseluruhan unit/objek/elemen/responden.

2. Sampel
 Sampel merupakan satu kumpulan, kelompok atau subset yang
dipilih khusus untuk mewakili populasi dalam sesuatu kajian.
 Ia mengandungi unit/objek/elemen/responden yang telah dipilih
dari keseluruhan populasi.

1
 Dengan kata lain, sampel terdiri dari unit/objek/elemen/responden
yang merupakan pengambilan mana-mana bahagian dari populasi
untuk mewakili populasi terbabit dengan menggunakan teknik dan
strategi tertentu.

3. Persampelan
 satu proses memilih sampel yang mungkin terdiri dari
unit/objek/elemen/responden dari satu populasi yang dikenalpasti
dalam kajian dengan menggunakan kaedah dan teknik yang
tertentu supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada
keseluruhan populasi.

4. Kerangka Populasi
 Kerangka populasi merupakan senarai maklumat penuh lengkap
yang boleh diperolehi mengenai sampel yang akan dipilih.
 Namun begitu, adalah agak sukar untuk mendapatkan senarai
penuh populasi kerana kekangan-kekangan yang tertentu seperti
maklumat yang tidak lengkap, tidak kedapatan, tidak di ‘up-date’
dan sebagainya.

KEPENTINGAN PERSAMPELAN DALAM


PENYELIDIKAN
1. Membolehkan pengkaji membuat pilihan sampel. Sampel harus di pilih
dengan teliti. Ini bagi membolehkan inferensi atau generalisasi dilakukan
ke atas populasi berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi.
2. Menyesuaikan dengan kos dan masa kajian. Setiap penyelidikan yang
dilakukan mempunyai had masa dan kos yang tertentu.

2
CARA MENGENAL PASTI SAMPEL
1. Mendifinisikan populasi serta mendapatkan maklumat mengenai
kerangka populasi.
2. Mengenal pasti dengan teliti maklumat yang ingin diperolehi
berdasarkan objektif dan permasalahan kajian.
3. Menggunakan kaedah persampelan yang sesuai dengan populasi yang
ada.
4. Memastikan kesesuaian instrumen kajian/soal selidik/alat ujian yang
dibentuk dan boleh digunakan ke atas sampel.

BENTUK DAN JENIS PERSAMPELAN


 Kaedah pensampelan yang berpandukan prinsip rawak atau peluang
kebarangkalian sesuatu elemen dalam populasi yang akan dipilih adalah
diketahui (Engel & Schutt, 2014)
 Prinsip/Syarat Utama:
 Semua elemen dalam populasi memilik peluang yang hampir
SAMA untuk dipilih sebagai sampel
 Sampel mempunyai SEMUA VARIASI yang wujud dalam
populasi
 Penyelidik perlu mengetahui/memiliki MAKLUMAT ASAS
SETIAP ELEMEN (cth: Nama atau Kod Identiti) dalam populasi.

Persampelan Kebarangkalian

a) Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling)


 Setiap elemen dalam Sampling Frame mempunyai peluang yang
sama untuk terpilih sebagai sampel

3
 Kaedah yang paling mudah dalam kategori Pensampelan
Kebarangkalian
 Boleh dilakukan secara manual (cth: cabutan bertuah/Jadual
Rawak) mahupun berpandu kepada perisian komputer (cth: SPSS,
Excel)
 Kelemahan: Kemungkinan yang dipilih adalah elemen yang sama.
Contoh, hanya perempuan yang terpilih disebabkan perempuan
adalah bilangan yang dominan

b) Persampelan Sistematik (Systematic Sampling)


 Pemilihan secara rawak tetapi mengikut urutan no. yang
ditetapkan.
 Berpandu kepada senarai dalam Sampling Frame, mulakan
pemilihan secara rawak, kemudian pilih elemen yang ke-N dan
seterusnya.
 Penentuan pilihan ke-N = Saiz Populasi (N) ÷ Saiz Sampel (n)
 Kelemahan: Sangat bergantung kepada cara bagaimana Sampling
Frame disusunatur. Golongan minoriti mungkin tidak terpilih

c) Persampelan Rawak Berstratifikasi/ Berstrata (Stratified Random


Sampling)
 Boleh mengatasi DUA kelemahan di atas
 Kaedah pemilihan dalam pemilihan.
 Sebelum pemilihan dilakukan, Sampling Frame dibahagikan
mengikut kategori-kategori yang diingini seperti Jantina, Bangsa.
 Selepas itu, pemilihan rawak mudah dilakukan dalam setiap
kategori tersebut
 Kaedah ini menjanjikan sampel yang lebih seimbang dari segi
VARIASI/KEPELBAGAIAN
4
 Terdapat beberapa pilihan lain oleh pengkaji dalam persampelan
ini iaitu dengan menggunakan sama ada persampelan rawak
berstratifikasi bernisbah (Proportional Stratified Random
Sampling) ataupun persampelan rawak berstratifikasi tidak
bernisbah (Disproportional Stratified Random Sampling).
I. Berstratifikasi bernisbah adalah berdasarkan kadar nisbah
jumlah sampel kepada jumlah populasi bagi setiap
kumpulan, kelompok atau strata.

II. Berstratifikasi tidak bernisbah tidak bergantung kepada


nisbah sampel. Ini bermakna jumlah sampel yang diambil
adalah berdasarkan pertimbangan penyelidik merujuk
kepada jumlah sampel yang diperlukan. kemungkinan
jumlah sampel adalah sama untuk setiap kumpulan,
kelompok atau strata.

5
d) Persampelan Rumpun Pelbagai Tahap (Multistage Cluster
Sampling)
 Meliputi populasi yang sangat besar
 Tidak ada Sampling Frame yang lengkap
 Dipilih secara kelompok (Rawak mudah atau Sistematik)
 Dalam populasi, ada beberapa kelompok yang Hampir Sama. Cth:
DPP Mas vs. DPP TNB.
 Antara semua kelompok yang sama ini, pilih beberapa kelompok
secara rawak

Persampelan Bukan Kebarangkalian

 Kaedah pensampelan yang mana peluang kebarangkalian sesuatu elemen


yang akan dipilih tidak diketahui (Engel & Schutt, 2014)
 Prinsip/Syarat Utama:
 Semua elemen dalam populasi memilik peluang yang hampir SAMA
untuk dipilih sebagai sampel
 Sampel mempunyai SEMUA VARIASI yang wujud dalam populasi
 Penyelidik perlu mengetahui/memiliki MAKLUMAT ASAS SETIAP
ELEMEN (cth: Nama atau Kod Identiti) dalam populasi.

a) Persampelan mudah (Convenience/Accidental Sampling)


 Kaedah persampelan mudah dikatakan suatu kaedah yang senang
dijalankan kerana sesiapa sahaja dalam populasi yang berkaitan
boleh menjadi sampel tanpa perlu sebarang proses pemilihan
secara rawak. Tiada unsur kewakilan

6
 Pemilihan sampel boleh dibuat di mana-mana sahaja tanpa mengira
lokasi dan keadaan.

b) Persampelan bertujuan (Purposive Sampling)


 Digunakan bagi mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel
yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian.
 Kaedah ini tidak merujuk kepada sesuatu perwakilan formal tetapi
lebih merujuk kepada kesesuaian melalui ciri atau kriteria yang
ditetapkan.
 Sampel yang dipilih tidak dihadkan lokasinya asalkan memenuhi
kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam populasi
kajian.
 Penyelidikan menetapkan kriteria-kriteria yang diperlukan
(Contoh: umur, jantina, pengalaman kerja…)
 Pilih elemen dalam Sampling frame (jika ada) yang memenuhi
kriteria-kriteria tersebut
 Tiada ada satu penetapan awalan tentang bilangan sampel yang
hendak dipilih. Bilangan itu bergantung kepada berapa ramai
elemen yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan

c) Persampelan Kuota (Quota Sampling)


 Memainkan peranan atau fungsi yang SAMA seperti Pensampelan
Berstrata
 Namun, ia ada masalah:
 Kerangka Kuotanya tidak merangkumi maklumat yang
terkini yang boleh menyamai Kerangka Sampel
 Melanggar prinsip peluang yang SAMA untuk dipilih
disebabkan BIAS pemilihan
7
 Pemilihan tidak rawak iaitu Gabungan Pensampelan
Berstrata dengan Pensampelan Mudah (Convenient)
d) Persampelan Bola Salji (Snowball Sampling)
 Ahli dalam populasi yang dikaji adalah SUKAR untuk dicari
 Sampling Frame adalah tidak jelas
 Soal “pemilihan” tidak lagi menjadi tugas utama berbanding tugas
“pencarian”
 Pensampelan ini bermula dengan seorang atau beberapa ahli
daripada populasi yang nak dikaji. Pencarian ahli baru diteruskan
dengan bantuan daripada ahli-ahli yang telah menyertai kajian.

MENENTUKAN SAIZ SAMPEL

Beberapa perspektif lain yang boleh dijadikan asas oleh pengkaji.


Antaranya ialah

i. Pertama, perlulah difahami bahawa jumlah sampel yang kecil akan


menyebabkan ralat piawai (standard error) yang tinggi.
ii. Kedua, mengenai populasi tempat sampel diperolehi. Jika populasi
tersebut merupakan populasi yang bersifat seragam (homogeneous) maka
jumlah sampel yang kecil mungkin mencukupi. Sebaliknya jika populasi
lebih bersifat tidak seragam (heterogeneous) maka tentulah jumlah
sampel yang lebih besar diperlukan untuk menangani variasi dalam
populasi.
iii. Ketiga, perlu difikirkan jenis analisis statistik yang akan digunakan.
Sekiranya jumlah pembolehubah yang digunakan tidak banyak dan
analisis statistik yang digunakan agak mudah, jumlah sampel yang kecil

8
adalah memadai. Sebaliknya, jika banyak pembolehubah yang dikaji dan
analisis yang lebih kompleks dilakukan, jumlah sampel perlulah besar.
iv. Keempat, jika populasi agak besar, sampel yang kecil tetapi relative
kepada nisbah populasi adalah mencukupi. Ini melibatkan nisbah sampel
(sampling ratio). Jumlah populasi yang makin besar, maka nisbah sampel
seterusnya dengan jumlah populasi yang makin besar, maka nisbah
sampel akan menjadi lebih kecil.

Terminologi lain

i. Ralat persampelan = perbezaan di antara sampel dan ciri-ciri populasi


(Sampling error = difference between sample and population
characteristics)
ii. Mengurangkan ralat persampelan adalah matlamat dalam mana-mana
teknik persampelan (Reducing sampling error is the goal of any sampling
technique)
iii. Sedang saiz sampel bertambah, ralat persampelan mengurang (As sample
size increases, sampling error decreases)

Saiz Sampel Roscoe (1975 dalam Sekaran, 2004, p. 295)

i. Minimum saiz sampel 30 dan Maksimum saiz sampel 500


ii. Minimum saiz untuk setiap strata dalam sampel adalah 30
iii. Untuk kajian yang melibatkan Multivariate Analysis, saiz sampel perlu
10 kali ganda daripada jumlah pembolehubah yang dikaji
iv. Untuk kajian eksperimen, saiz sample 10 hingga 20 adalah memadai

9
Penentuan Saiz Sampel

i. Pensampelan Kualitatif
 Kebanyakan kajian kualitatif menggunakan Pensampelan BUKAN
kebarangkalian
 Antara yang popular adalah seperti
 Pensampelan Bertujuan
 Pensampelan Berantai

ii. Tujuan
 Persampelan dalam kajian kualitatif bukan bertujuan untuk
mewakili Populasi.
 Ia adalah proses pengumpulan data (pemerhatian, temubual,
analisis data sekunder) yang berterusan sehingga ke tahap tepu
(saturation)

10

Anda mungkin juga menyukai