Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya,
maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Seni dengan jayanya. Insyaallah,
tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan
dan pengalaman semasa membuat kajian.

Saya Aleeya Maisara Binti Shamsul Bahari ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Che Alek bin Ismail dan Penolong
Kanan Tingkatan 6 iaitu Encik Mohd. Asri Bin Ibrahim dan tidak lupa juga kepada guru
pembimbing saya iaitu Puan Nor Khairi Binti Yahya dan Puan Faridah Binti Mohd. Zain
guru seni visual kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara–
cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu
menyemak laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
ayahanda Encik Shamsul Bahari bin Ramli dan bonda Juli Famira Diana Suria Binti Abd.
Razak yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
rakan-rakan saya iaitu Zulaifa Binti Zulkiflie yang sangat setia dengan kerja-kerja yang
diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran
dan semangat, serta cadangan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali
lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus
ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.
1.0 PENYATAAN PERMASALAHAN KAJIAN BERDASARKAN TEMA
Sekolah yang telah menjadi pilihan pengkaji untuk menjalankan kajian adalah Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Yunus. Sekolah ini merupakan sekolah kluster kecermelangan
dan telah ditubuhkan pada tahun 1965 lagi. Sekolah ini dipilih oleh pengkaji kerana sekolah
ini mempunyai kelebihan dan kehebatan secara tersendiri. Antara kebitaraan dalam
permainan catur.

Pada tahun 2022 lagi sekolah ini banyak menjuarai pertandingan catur dalam peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Salah seorang pelajar sekolah ini yang bernama Muhammad
Aminuddin Haziq Bin A.Sufian yang telah mendapat kejohanan pertandingan catur ke
peringkat MSSD Bachok 15L pada tahun tersebut. Dengan kecekapan beliau dalam
permainan catur yang memberi impak besar kepada sekolah.

Baru-baru ni perlawanan catur yang berlangsung di UMT Terengganu pada19/9/2023


hingga 23/9/2023. Yang terlibat adalah kategori 18L mendapat kejohanan dan tempat ke-5
dan manakala kategori 15P mendapat tempat ke-5 dalam permainan catur. Dengan ini, 3
orang pelajar dapat mewakili daerah ke perinkat negeri kelantan. Seterusntya , Seorang
pelajar yang bernama Muhammad Danish Danial yang satu-satunya wakil daerah Bachok
yang terpilih dalam kontingen Catur Kelantan. Kejayaan ini menyumbang kepada kebitaraan
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus.
2.0 PENENTUAN KONSEP, SUBJEK DAN KANDUNGAN

2.1 KONSEP

Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi (3D). Arca berasal daripada perkataan
‘sculpture’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan
di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya dapat dihayati dengan
pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut
pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak. Arca bertujuan
sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam
bangunan awam untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang
boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.

Arca yang ingin dibina oleh pengkaji adalah merupakan arca estetik berkonsepkan abstrak
atau separa abstrak. Sebuah arca sangat memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk
menghasilkan sebuah arca yang kreatif dan unik dalam segi bentuk atau lain-lain. Arca
abstrak bersifat konseptual dan memerlukan juga daya pemikiran yang tinggi untuk
mengintepritasikan bentuk dan maksud arca itu. Arca berfungsi sebagai nilai keindahan dan
dipamerkan dengan tujuan untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu kepada audien.

2.2 SUBJEK

Subjek pilihan yang digunakan oleh pengkaji sebagai inspirasi bagi menghasilkan karya ini
adalah catur kuda dan mahkota.

2.3 KANDUNGAN

I. TERSURAT- Kebitaraan sekolah ini adalah bentuk catur kuda dan mahkota.
II. TERSIRAT- Catur kuda yang diolahkan seolah-olah bentuk gabungan mahkota kerana
melambangkan kehebatan seseorang dalam permainan catur. Dengan kecekapan dan
kepakaran seseorang membolehkan mendapat kejohanan dalam permainan catur ini.
3.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

3.1 ASPEK FORMAL

3.1.1 UNSUR SENI

Pengkaji telah menghasilkan sebuah arca yang mementingkan aspek unsur seni iaitu garisan,
rupa, warna dan lain-lain. Dari segi warna pengkaji menggunakan warna akromatik iaitu
hitam dan putih di bahagian catur kuda dan mahkota menggunakan seakan-akan warna panas
iaitu kekuningan keemasan. Hal ini membolehkan arca yang dibina oleh pengkaji menjadi
kelihatan yang menarik malah dapat menarik minat audien apabila dipamerkan.

3.1.2 PRINSIP REKAAN

Dalam prinsip rekaan pengkaji juga mementingkan aspek imbangan. Arca yang dibina oleh
pengkaji adalah merupakan arca imbangan tidak simentri. Arca imbangan tidak simentri
hanya dalam rekaan tetapi kedudukan arca yang dibina adalah arca yang kukuh
kedudukannya. Bukan itu sahaja, aspek ruang dan penegasan seperti bahagian mahkota yang
menegaskan seseorang yang mempunyai kehebatan dan kehandalan dalam permainan catur
dan juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sebuah arca yang menarik.

3.1.3 BAHAN

Model: bagi menghasilkan sebuah arca ini, pengkaji telah menggunakan dawai besi dan
gabus untuk dijadikan rangka dalam penghasilan sebuah arca.

Arca sebenar: pengkaji juga menggunakan paper clay pada setiap bahagian luar rangka
tersebut bagi memperlihatkan kesan licin pada arca dan mengukuhkan lagi serta
memperkemaskan dengan kertas pasir.

Tapak: pengkaji menggunakan bongkah kayu @ papan untuk menghasilkan tapak.

3.1.4 TEKNIK PENGHASILAN

Pengkaji ini telah menghasilkan sebuah arca gabungan iaitu arca yang telah di stailisasikan
dengan pelbagai jenis Teknik dalam penghasilan arca seperti arca asemblaj ,arca luakan dan
arca timbulan. Arca yang dibina mengunakan beberapa bahan untuk menghasilkan kerangka
arca yang diperbuat daripada dawai, kayu dan sebagainya bagi menghasilkan arca yang lebih
kukuh.
3.2 GAYA PENGHASILAN

3.2.1 GAYA PENAMPILAN

Pengkaji memilih gaya penampilan abstrak dan gaya pengolahan stailisasi. Pengkaji telah
mengubah arca daripada arca realistik sedia ada kepada arca yang berkonsep abstrak dengan
mengikut bentuk yang bersesuaian dan rekaan yang dikehendaki.

3.2.2 ALIRAN

Pengkaji telah memilih aliran realisme untuk menghasilkan sebuah arca dan pilihan yang
dikehendaki.
3.2.3 BIODATA TOKOH / PENGARCA DAN CONTOH KARYA

Tempatan: Mad Anuar Ismail

Mad Anuar Ismail adalah seorang artis terkemuka Malaysia yang dilahirkan di Dungun,
Pantai Timur Malaysia. Beliau merupakan seorang artis sepenuh masa dan mempunyai
studio sendiri. Sekarang beliau tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarganya.Beliau
merupakan seorang lulusan Ijazah dalam Seni Halus.

Mad Anuar Ismail


Pemain Rebat No.1, 1991

Ukiran kayu berukuran 400 x 240 x 100cm

MAD ANUAR ISMAIL

Head and Torso

66cm x 104cm x 120cm

Welded steel

2005

MAD ANUAR ISMAIL

Pahlawan

116cm x 133cm x 51cm

Welded Steel

2005
Luar negara: Claes Oldenburg

Claes Oldenburg (28 Januari 1929 - 18 Julai 2022) ialah seorang pengukir Amerika kelahiran
Sweden yang terkenal dengan pemasangan seni awamnya, biasanya menampilkan replika
besar objek harian. Satu lagi tema dalam karyanya ialah versi arca lembut objek harian.
Banyak karyanya dibuat dengan kerjasama isterinya, Coosje van Bruggen, yang meninggal
dunia pada 2009; mereka telah berkahwin selama 32 tahun. Oldenburg tinggal dan bekerja di
New York City.

Claes Oldenburg

Corridor Pin Blue 1999


Keluli tahan karat dan aluminium dicat

(647.7 x 645.3 x 40.6 cm)

4.0 PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN

4.1 KEPENTINGAN PROJEK

Kepentingan arca ini adalah untuk dijadikan sebagai mercu tanda kecermelangan dan
kejayaan dalam permainan catur. Selain itu, penghasilan arca ini juga bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada warga sekolah dan pengunjung tentang keunggulan dan
kehebatan permainan catur yang terdapat dalam sekolah ini dan bertujuan untuk dijadikan
arca ini sebagai identity kebitaraan sekolah tersebut.

4.2 KEASLIAN

Arca ini merupakan inspirasi sebenar pengkaji daripada kecermelangan kebitaraan sekolah
yang dikaji. Pengkaji telah menjadikan catur kuda dan mahkota sebagai subjek utama dalam
penghasilan arca bagi menunjukkan keunggulan sekolah ini dalam permainan catur.
5.0 SUMBER DAN RUJUKAN

Internet:

-http://collection.ilhamgallery.com/artists/mad-anuar-ismail-138

-https://www.sartle.com/artwork/corridor-pin-blue-claes-oldenburg

-https://www.coursehero.com/file/16613234/CONTOH-FOLIO-1/

-https://marimembacasejarahseni.blogspot.com/2019/

-http://secretofart.blogspot.com/2013/03/definisi-arca.html

Buku:

-Kit Ulang Kaji Pantas Seni Visual STPM 970/1

-STPM Rujukan Seni Visual 970 Edisi 2019

-STPM Lembaran Praktis Seni Visual Semester 1

Anda mungkin juga menyukai