Anda di halaman 1dari 45

TAJUK 4 SENI ARCA

Pendidikan Seni Visual T3 KSSM


Oleh Cikgu Siti Maisarah binti Ismail
Smk Permai Indah
seni arca
• Seni arca adalah antara sebahagian hasil
kebudayaan setiap bangsa di dunia.
• Hal ini demikian kerana penghayatan
terhadap produk seni dapat mendekatkan
seseorang itu ke arah mengenali nilai dan
identiti budaya masyarakat yang
melahirkannya.
• Seni arca juga memiliki keunikan,
keistimewaan dan peminatnya yang tersendiri.
• Seni arca masa ini lebih menggabungkan
elemen dan prinsip seni untuk tujuan nilai
estetika tiga dimensi.
seni arca
• Mad Anuar Ismail, Pahlawan 5,
2017, tembaga, keluli lembut dan
keluli tahan karat, 130 x 230 x 35
cm
• Ramlan Abdullah, Content II, 2017,
aluminium, tembaga dan keluli
tahan karat, skru dan nat, 40 x 20 x
20 cm
• Raja Shahriman Raja
Aziddin,Nafas Siri No. 9, 2003,
Besi, 24.5 x 28.5 x 13 cm
Definisi Seni Arca
• Seni arca merupakan hasil produk
seni dalam bentuk 3 dimensi.
• Permukaannya dapat disentuh
serta dilihat daripada pelbagai
sudut.
• Perkataan arca dalam bahasa
Inggeris disebut sebagai sculpture.
• Manakala dalam bahasa Latin pula
disebut sculpere yang bermakna
satu proses mengukir, memotong
atau menggores.
Sejarah Perkembangan
Seni Arca Tempatan
• Sejarah perkembangan seni arca tempatan mendapat
tempat secara menyeluruh di Malaysia pada tahun
1960-an.
• Kesedaran masyarakat tentang nilai estetika seni arca
yang agak subjektif setelah terpaparnya beberapa
karya seni 3 dimensi (3D) di beberapa tempat umum.
• Ia secara tidak langsung telah menyedarkan
masyarakat tentang fungsi arca.
• Pengiktirafan dan penerimaan masyarakat luar
negara tentang kemampuan beberapa arcawan di
Malaysia menunjukkan kemampuan kita menembusi
naluri penghayat di peringkat antarabangsa.
Sejarah Perkembangan
Seni Arca Tempatan
• Senario aktiviti seni arca di
Malaysia masa ini mungkin tidak
akan terjelma tanpa inisiatif
arcawan awal seperti Syed Ahmad
Jamal, Latiff Mohidin, Anthony
Lau dan lain-lain.
• Penglibatan pada awal tahun 1960-
an, melalui pengalaman di luar
negara mula memantapkan dan
mewarnai aktiviti seni arca negara.
Sejarah Perkembangan
Seni Arca Tempatan
• Pada tahun 1976, Balai Seni
Negara telah berjaya
mengadakan pameran seni arca
pertama yang mampu
dibanggakan.
• Pameran Seni Arca
Kontemporari Malaysia ini
merupakan pameran seni arca
kedua di Balai Seni Negara.
Sejarah Perkembangan
Seni Arca Tempatan
• Pada awal tahun 1980-an, sekumpulan
pengarca muda lepasan Institut Teknologi
Mara telah membawa nafas baru dalam arena
seni arca.
• Kumpulan itu diketuai oleh Zakaria Awang,
Mad Anuar Ismail dan Ariffin Ismail.
• Kekuatan pelapis ini terserlah apabila Ramlan
Abdullah memenangi beberapa anugerah di
dalam dan di luar negara.
• Pada tahun 1995, Ramlan Abdullah telah
memenangi tempat pertama di 2nd Oita
Sculpture Exhibition di Jepun melalui
karyanya yang bertajuk Growth.
Rosli Zakaria
• Dilahirkan pada tahun
1964 di Johor
• Pensyarah Kanan di
Jabatan Seni Halus,
UiTM Melaka.
• Pengarca yang
mempunyai gaya semi
abstrak, dengan karya
bercirikan tempatan.
Rosli Zakaria
Mad Anuar Ismail

• Dilahirkan pada tahun


1952 di Terengganu.
• Menerapkan nilai
estetik tradisional
dalam penghasilan
karya dengan
menggunakan teknik
ukiran kayu dan
kimpalan besi.
Mad Anuar Ismail
Ramlan Abdullah
• Dilahirkan pada tahun 1960 di Perak.
• Pensyarah Kanan Jabatan Seni Halus,
Fakulti Seni Lukis, UiTM Shah Alam.
• Perkembangan idea yang menerapkan
pemahaman formalistik dan konseptual
dalam menggarap isu ideologi yang
merupakan analogi kepada pembangunan
kemanusiaan.
Ramlan
Abdullah
Raja Shahriman Raja
Aziddin
• Dilahirkan pada tahun 1967 di
Perak.
• Pengarca yang dalam usahanya
memahami kehidupan dan
mendalami keimanan, telah
mengambil proses pembuatan
arca sebagai satu jalan
kerohanian.
Raja Shahriman
Raja Aziddin
Jenis-jenis Arca
• Arca Estetik
• Arca Berfungsi
Arca Estetik
• Merupakan arca yang
diperagakan dengan tujuan
penghayatan nilai keindahannya
sahaja.
• Ia mempunyai nilai intelek yang
amat tinggi untuk difahami.
Arca Berfungsi
• Arca yang bukan sahaja
mempunyai nilai estetik tetapi
digunakan juga untuk tujuan
atau kepentingan seperti sebuah
kerusi untuk tempat duduk.
Kaedah Asas
Membentuk Arca
• Manipulasi
• Luakan
• Binaan
• Acuan
Manipulasi
• Membentuk arca dengan
menggunakan kemahiran
tangan seperti pembuatan
model.
• Bahan terbuka seperti tin,
dawai, doh dan tanah liat boleh
digunakan untuk penghasilan
arca tiga dimensi.
Luakan
• Kaedah mengukir dan membuang
bahagian berlebihan pada bahan yang
digunakan seperti bongkah kayu,
Plaster of Paris, batu marmar, lilin atau
tanah liat sehingga pengarca berpuas
hati dengan rupa, ruang, jalinan dan
bentuk yang tinggal.
• Antara peralatan yang diperlukan ialah
pahat, penukul, gergaji dan pengikis.
Binaan
• Menggunakan satu jenis bahan utama sahaja
untuk dibina, ditambah atau dicantumkan
sehingga menghasilkan satu struktur yang lebih
besar.
• Dua teknik yang biasa digunakan ialah
berkerangka dan tidak berkerangka.
• Arca yang berkerangka seperti arca simen,
kerangkanya menggunakan dawai dan akan
diliputi dengan lapisan simen.
• Arca yang tiada kerangka dibina dengan kaedah
cantuman bahan seperti besi yang boleh
dicantumkan dengan teknik kimpalan.
Acuan
• Kaedah membentuk menggunakan
acuan.
• Bahan yang sesuai digunakan ialah
bahan cecair yang mudah
membeku seperti lilin, Plaster of
Paris, simen dan sebagainya.
• Arca ini boleh dihasilkan dalam
kuantiti yang banyak dalam tempoh
masa yang singkat.
Bentuk Arca
• Asemblaj
• Binaan
• Luakan
• Timbulan
• Acuan
Bentuk Arca
• Mobail
• Instalasi
• Dinding
• Stabail
Asemblaj
Arca daripada cantuman pelbagai bahan terbuang
yang berbeza.
Ahmad Azhari Mohd Noor, Robot, 1992, besi,
komponen enjin dan cat polychrome, 230 x 97 x 83
cm
Asemblaj
Binaan
• Kaedah meggunakan satu jenis
bahan utama sahaja untuk
dibina, ditambah dan
dicantum.
• Anthony Lau, Lembu Liar,
1962, batu dan habuk simen,
63 x 89 x 56 cm
Binaan
Luakan
• Proses mengukir dan membuang
bahagian yang berlebihan
daripada blok bahan.
• Mad Anuar Ismail, Siri
Meditasi No 1- Pucuk Paku dan
No 3-Bawang Sebokor, 2003,
170 x 70 x 199 cm
Luakan
Timbulan
• Arca berbentuk 3D yang
menonjol keluar daripada satu
permukaan 2D yang rata.
• Salwa Ayob, Mandi Bunga,
2016, Seramik, 14 x 13 inci
Timbulan
Acuan
• Arca acuan dibentuk dengan
menggunakan acuan.
• Shamsu Mohamad, Teko
Bunga Terung, Seramik, 2004,
18 x 20 cm
Acuan
Mobail
• Arca ini mempunyai seni
kinetik kerana kemampuannya
bergerak, berputar atau
berombak.
• Abdul Multhalib Musa, Involute
4.0, 2005, lasercut mild steel,
90 x 90 x 34 cm
Mobail
Instalasi
• Satu peragaan arca yang
menggunakan persembahan
berdasarkan tempat dan masa yang
sebenar.
• Zulkifli Yusof, Merdeka 57,
2009, media campuran, 914 x
244 x 244 cm
Instalasi
Dinding
• Integrasi antara catan dengan
arca yang dihasilkan di atas
permukaan kayu dan dilekat
pada dinding.
• Anniketyni Madian, Remang
Berarat, 2017, mix of
hardwood, 122 x 122 cm
Dinding
Stabail
Arca jenis ini boleh
bergerak tetapi tidak
mempunyai awangan
dan pergerakannya
terhad.
Stabail
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai