Anda di halaman 1dari 15

Penghargaan

Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang


Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang
dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya
Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya .
Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk
junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang
menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , kami
telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung penghargaan
kepada semua yang terlibat

membantu kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini

terutamanya pensyarah bagi kursus ini iaitu Dr. Asyiqin Ab Halim dan juga tutor Puan
Zahidah yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan
dengan sempurna . Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga dan sahabat- sahabat kami
sendiri. Semoga segala budi yang telah ditaburkan mendapat keredhaan dan ganjaran
daripada Allah kerana Dia-lah sebaik- baik pemberi balasan.
Akhir kalam, semoga melalui tugasan laporan ke Muzium Kesenian Islam kami akan
merperoleh banyak manfaat darinya disamping turut membakar semangat kami untuk lebih
mendalami lagi mengenai Tamadun Islam.
Sekian terima kasih.

Pendahuluan
Pada 24 April 2015 seramai 24 orang mahasiswa tahun tiga Sarjana
Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya telah berkunjung ke Muzium
Kesenian

Islam

Kuala

Lumpur.

Muzium

Kesenian

Islam

Malaysia

merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara


yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Muzium ini telah dibina oleh
hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari. Ianya mula dibuka kepada
orang awam pada tahun 1998.
Muzium Kesenian Islam berlokasikan di Taman Tasik Perdana Kuala
Lumpur, muzium indah ini mempunyai lebih daripada 7000 artifak dan
sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku sejarah berkenaan
kesenian Islam dari seluruh pelusuk dunia. Muzium ini terkenal bukan
hanya

kerana

mempunyai

koleksi-

koleksi

yang

menarik

dan

mengagumkan, tetapi juga melalui reka bentuk bangunannya yang unik


dan

ini

dapat

dilihat

walaupun

diluar

bangunannya secara nyata memperlihatkan

bangunan.

Reka

bentuk

gabungan antara reka

bentuk kontemporari antarabangsa dan juga ciri- ciri tradisional yang


diambil daripada Negara Iran dan Asia Tengah. Hasil daripada suntikan
kedua- dua elemen ini telah menjadikannya Muzium Kesenian Islam ini
sebagai salah satu mercu tanda kebanggaan Negara di ruang angkasa
Kuala Lumpur.
Kunjungan ilmiah kami ke sini merupakan hasil inisiatif pensyarah
kami iaitu Dr Asyikin Abd Halim, pensyarah bagi kursus Pengantar
Tamadun Islam yang bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajarnya
hasil kesenian Islam yang sebenar sebagai praktikal kepada teori
Pengantar Tamadun Islam yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah
sebelum ini. Subjek Pengantar Tamadun Islam ini merupakan salah satu
kursus wajib pengkhususan bagi kesemua mahasiswa program Sarjana
Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya.
Sebagaimana yang telah dipersetujui, kesemua ahli rombongan
mula berkumpul di perkarangan Akademi Pengajian Islam pada pukul 2.30
2

petang. Setelah semua urusan diselesaikan, kami bertolak ke Muzium


Kesenian Islam dengan menaiki sebuah bas. Setelah mengharungi
perjalanan yang hanya mengambil masa setengah jam, kami selamat tiba
ke destinasi yang dituju. Kedatangan kami telah disambut oleh Pegawai
Perhubungan Awam muzium berkenaan iaitu Puan Nur Nizreen binti
Osman. Beliau kemudiannya berperanan sebagai pemandu pelancong
bagi kami. Beliau telah memberikan sedikit taklimat ringkas kepada kami
sebelum bermulanya sesi penerokaan dan lawatan.
Maklumat Semasa Lawatan
Secara umumnya, muzium ini mempunyai dua belas galeri pameran
yang disediakan untuk tatapan pengunjung yang bertandang. Kesemua
galeri ini pula berada di tempatnya yang telah dikhaskan iaitu aras Lower
Ground (LG), Ground (G), Tingkat Satu dan akhir sekali Tingkat Dua. Galeri
pertama yang telah kami jejaki ialah Galeri Senibina yang berada di
tingkat satu. Di galeri ini dipamerkan dua puluh model- model atau replica
masjid dan beberapa bangunan yang signifikan dengan ketamadunan
Islam daripada seluruh dunia. Menurut pemandu pelancong kami,
kesemua artifak dalam muzium itu sebahagiannya adalah merupakan hak
milik muzium sendiri dan setengahnya pula merupakan sumbangan dari
Negara- Negara tersebut kepada pihak muzium.
Kami sangat teruja kerana dapat melihat keindahan dan keunikan
kesemua model- model atau replica masjid berkenaan secara dekat.
Antara model masjid yang menarik perhatian ialah model masjid dari
Negara Abu Dhabi yang semestinya melambangkan kemewahan Negara
tersebut. Selepas terpukau dengan kilauan kemewahan masjid tersebut,
pandangan kami tertumpu pula pada masjid Djenne yang terletak di Mali.
Perkara yang menakjubkan mengenai
mempamerkan

keindahannya

yang

masjid ini ialah ianya tetap

tersendiri

walau

hanya

dibina

menggunakan lumpur tanah. Keterujaan kami semakin bertambah apabila


melihat dua bangunan yang diiktiraf termasuk dalam senarai tujuh
keajaiaban dunia. Bangunan tersebut ialah istana al Hambra yang
bertempat di Granada dan juga Taj Mahal dari India.
3

Keindahan senibina Istana al Hambra mempamerkan kemegahan


Islam yang pernah bertapak kukuh di bumi sana. Dalam ketakjuban kami
meneliti keagungan istana ini, terpalit rasa sedih dan sayu apabila
mengenangkan istana yang suatu masa dahulu menjadi bukti Islam
pernah bertapak kukuh di bumi Sepanyol kini hanya sekadar menjadi
tempat tumpuan pelancongan dan tidak mempunyai fungsi yang sama
seperti zaman kegemilangan Islam di Sepanyol. Persoalan yang berlegar
di fikiran kami ialah bilakah masanya ia akan berdiri megah kembali?
Monumen Taj Mahal juga tidak kurang hebatnya dan ia sangat
memukau dari segi keindahannya. Taj Mahal bukanlah hanya berkisar
menganai lambang cinta sejati suami kepada isterinya tetapi ianya juga
mengenai

kehebatan

teknologi

yang

digunakan

dalam

membangunkannya. Seterusnya, kami merasa sangat terharu apabila


turut berpeluang melihat model atau rerplika masjid- masjid yang paling
dimuliakan dalam Islam, bahkan disebut namanya di dalam Al Quran dan
Hadis iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan juga Masjid Al- Aqsa.
Pengalaman melihat model- model masjid dan bangunan yang signifikan
dengan ketamadunan Islam ternyata memberi kesan mendalam kepada
kami walaupun sekadar melihat modelnya sahaja.
Seterusnya, kami meneruskan tinjauan ke Ottoman Room yang
diterbangkan khas daripada Syria. Ottoman Room ini sebuah bilik tamu
pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. Ianya adalah daripada
tinggalan yang asal dengan sedikit penambahbaikan daripada pihak
muzium. Kemudian kami memasuki Galeri Al Quran dan Manuskrip. Di
sini dipamerkan manuskrip asal al- Quran seawal abad ke 9 Masihi. Kami
sempat meneliti salinan manuskrip Al- Quran yang terawal yang ditulis
pada kulit kayu dan binatang dan merupakan tulisan tangan. Tulisan
khatnya pula ternyata sukar untuk difahami dan dibaca kerana bentuk
tulisan yang berbeza dan juga tidak mengandungi titik dan tanda baca.
Melalui koleksi- koleksi Al Quran dan manuskrip ini, kami dapat melihat
revolusi yang berlaku terhadap tulisan khat daripada zaman permulaan
Islam sehinggalah sekarang.
4

Seterusnya, kami sampai pula ke Galeri Melayu, China dan India. Di


ketiga- tiga galeri ini memaparkan kesenian Islam yang terdapat ketika
kedatangan Islam di ketiga- tiga Negara tersebut. Melalui apa yang
dipamerkan di galeri- galeri tersebut, kami telah mendapati sumbangan
kesenian Islam bagi tamadun Melayu adalah dari segi seni ukir, tulisan
jawi, prosa tradisional dan juga manuskrip. Bagi tamadun China pula lebih
kepada kesusateraan seperti kaligrafi, seni lukis juga seni bina. Tamadun
india pula dapat dilihat daripada bentuk seni bina, seni lukis dan
sebagainya. Tinjauan di ketiga- tiga galeri tersebut mengakhiri lawatan
kami di tingkat satu.
Seterusnya, kami dibawa pula ke tingkat dua muzium. Kami memilih
untuk menaiki tangga daripada lif bagi lebih menghayati keindahan
senibina muzium ini. Kami terpegun melihat kesemua lima buah kubah
yang terdapat di dalam muzium ini. Empat buah kubahnya dapat dilihat
dari luar, dan satu kubah dapat dilihat daripada dalam muzium. Di tingkat
dua muzium ini, terdapat lagi tujuh buah galeri yang terdiri daripada
Galeri Barang Kemas, Galeri Senjata dan Perisai, Galeri Seramik, Galeri
Kerja Logam, Galeri Matawang dan Cap Mohor, Galeri Tekstil dan juga
Galeri Kerja kayu dan Gaya Hidup.
Di Galeri Barang Kemas, kami semua terpaku seketika pada
kehalusan seni pembuatan perhiasan tersebut sehingga membuatkan
kami berfantasi alangkah indahnya jika kami berada pada zaman itu dan
menjadi milik kami. Manakala, di Galeri Senjata dan Perisai, dipamerkan
pelbagai senjata seperti pedang, peralatan memanah, baju perisai besi,
dan pelbagai lagi peralatan perang yang lain. Terdapat juga replika
pedang yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam peperangan
dan pedang pemerintah-pemerintah yang termasyhur pada suatu masa
dahulu.
Seterusnya, di Galeri Seramik pula kami disajikan dengan pelbagai
peralatan seramik yang sangat cantik dan berwarna- warni. Kesemua
peralatan tersebut seperti pinggan, tembikar, cawan dan sebagainya juga
ternyata masih di dalam keadaan yang baik ada ada juga yang kelihatan
5

seakan masih baru. Info yang kami dapati daripada pegawai yang
mengiringi kami bahawa peralatan seramik dan perhiasan pada zaman
dahulu dibuat daripada bahan yang seratus peratus semulajadi. Misalnya
untuk mendapatkan sesuatu warna, adalah sangat susah dan adakalanya
darah juga dijadikan sebagai pewarna merah. Hal ini menjadikan kesemua
elemen tersebut tahan lama dan masih kekal sehingga sekarang.
Tambahan itu, di Galeri Kerja Logam dan Galeri Matawang dan Cap
Mohor, kami melihat hasil ciptaan logam pada zaman dahulu, cap mohor
dan juga matawang- matawang yang unik dan pelbagai dari segi bentuk,
saiz dan ukiran. Di galeri ini juga terdapat wang syiling yangmempunyai
pelbagai bentuk ada yang bulat, empat segi ada yang berlubang ditengah
dan banyak lagi. Selain itu, di galeri ini juga kami dapat melihat wang
syiling pada zaman awal Malaysia seperti wang syiling negeri Kelantan,
Kedah, Melaka dan banyak lagi ini amat menarik perhatian kami kerana
merupakan kali pertama melihat pelbagai bentuk wang syiling yang
pernah ada pada suatu masa dahulu.
Akhir sekali, kami meninjau Galeri Tekstil dan Galeri Kerja Kayu dan
Gaya Hidup yang mana di sini terdapat pelbagai jenis tekstil yang
mewakili pelbagai Negara. Juga terdapat contoh baju- baju tradisi pelbagai
Negara, sebagai contoh baju rasmi Negara Arab. Kami juga sempat
meneliti

kehalusan

seni

ukiran

kayu

yang

sangat

indah

dan

mempesonakan sepanjang berada di Galeri ini.


Perjalanan kami tidak lagi terhenti di situ. Ada lagi dua aras yang
belum kami telusuri iaitu di aras Lower Ground (LG) dan Ground (G). Di
LG, terdapat satu galeri iaitu Galeri Khas 1. Kami difahamkan bahawa
pameran di galeri- galeri khas adalah berubah-ubah mengikut tema yang
ditetapkan oleh pihak muzium. Sewaktu kunjungan kami, tema yang
ditetapkan ialah Simbol Kekuasaan dan Keindahan. Jadi, kami berpeluang
melihat koleksi- koleksi senjata dan perisai tentera Islam yang suatu masa
dahulu pernah digunakan dalam peperangan. Seni hiasan yang terdapat
pada senjata dan perisai ini mencerminkan kemahiran yang unggul dalam

teknik pengikatan batu permata, seni kaligrafi yang bertatah emas dan
perak serta tahap tertinggi dalam pencapaian sesuatu logam.
Antara senjata yang dipamerkan ialah pedang Uthmaniyyah pada
abad ke- 17 dan juga baju perisai Nizam Ali Khan Hyderabad pada abad
ke- 17. Di aras (G) juga memperlihatkkan pameran daripada unsur yang
sama, juga terdapat beberapa lukisan indah di dinding yang setiap
satunya membawa kepada suatu kisah dan peristiwa pada zamannya.
Terdapat juga lukisan 3D atau 3 dimensi yang sangat cantik dan nampak
seakan- akan

hidup. Justeru kami semua tidak melepaskan peluang

mengabadikan kenangan di situ dengan mengambil seberapa gambar


sebagai kenangan dan bukti kami pernah ke Muzium Kesenian Islam.
Setelah berjaya meninjau kesemua galeri yang terdapat di sini
dengan jayanya, tibalah masa untuk membeli cenderahati sebagai
kenang- kenangan di Kedai Muzium. Terdapat pelbagai jenis cenderahati
yang sangat cantik dan eksklusif. Tepat pukul 4.45 petang, kami
mengakhiri sesi lawatan kami dengan berterima kasih kepada pegawai
yang mengiringi kami kerana kesudiannya menemani kami sepanjang
kunjungan ini.

Komentar Sepanjang Lawatan


Kunjungan kami ke Muzium Kesenian Islam ini ternyata merupakan
satu pengalaman yang sangat mengujakan dan menggembirakan kami.
Hal

ini

kerana

di

sini

kami

dapat

mengambarkan

sekaligus

mengaplikasikan apa yang telah kami pelajari di dalam kursus Pengantar


Tamadun

Islam.

Kami

dapat

merasai

kegemilangan

pemerintahan

Uthmaniyyah sekadar dengan melihat Ottoman Room yang indah.


Selain itu, dengan menjejaki istana Al Hambra, kami turut merasai
kepiluan mengenangkan kemegahan Islam yang telah hilang di bumi
Sepanyol.

Melalui

keajaiban

senibina

Taj

Mahal

pula

melahirkan

kekaguman kami kepada teknologi yang di gunapakai pada zaman itu.


Dalam pada masa yang sama, kehalusan seni- seni perhiasan, seramik,
tekstil dan pelbagai lagi turut menakjubkan kami.
Kemudian, beralih pula kepada manuskrip dan salinan Al Quran
yang

dipamerkan,

timbul

rasa

insaf

pada

diri

kami

apabila

membayangkan kegigihan umat Islam pada zaman itu demi memastikan


ianya dapat sampai kepada generasi akan datang dan juga atas tujuan
mempertahankan ajaran Islam itu sendiri. Segala kesenangan yang telah
kita kecapi sekarang adalah hasil pengorbanan generasi yang terdahulu.
Justeru adalah wajar untuk kita memainkan peranan kita pula iaitu dengan
mempertahankannya agar keindahan Islam dapat terus dinikmati oleh
generasi akn datang.
Segala tinggalan setiap tamadun Islam yang dipamerkan di muzium
in menjadi bukti bahawa suatu masa dahulu, kerajaan Islam pernah
berkuasa penuh di dunia ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
terus berusaha demi mengembalikan semula kegemilangan Islam yang
telah hilang ini. Segala keindahan dan kemegahan Islam yang terdapat di
8

muzium ini ternyata bukan hanya melahirkan kekaguman pada diri kami,
tapi apa yang lebih utama ialah kami merasakan sangat insaf dan
menyedari akan hakikat diri manusia yang kerdil ini. Hal ini kerana segala
kehebatan yang telah terakam sebagai sejarah ini hanyalah secebis cuma
untuk dibandingkan dengan kehebatan dan kebesaran Yang Maha
Pencipta alam ini. Dia lah yang bertanggungjawab keatas kesemua
tinggalan ini untuk dijadikan renungan kepada manusia- manusia yang
mahu berfikir.
Akhir sekali, kami ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada
pensyarah kami iaitu Dr Asyikin binti Abdul Halim yang telah memberi
peluang kepada kami untuk mengunjungi muzium ini. Juga kepada
kesemua rakan rakan yang terlibat dan turut serta dalam menjayakan
lawatan ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak muzium sendiri yang sudi
menerima kunjungan kami disamping memberikan kerjasama yang baik.
Sesungguhnya kunjungan ke muzium ini adalah suatu yang sangat
bermakna dan bererti kepada

kami semua. Kami juga berpeluang

menimba pelbagai ilmu dan pengalaman hasil daripada kunjungan ini.


Akhir kata semoga kunjungan memberikan manfaat yang besar kepada
kita semua, dan semoga kita semua di dalam keredhaan Allah selalu.

Lampiran
1) Kami bersama pegawai muzium yang bertindak sebagai pemandu
pelancong kami

2) Contoh Naskah Al-Quran yang ditulis menggunakan tangan pada


zaman dahulu

10

3) Pelbagai bentuk Al-Quran

4) Replika Ottoman Room

5) Contoh replika Masjid

11

6) Contoh barang seramik pada zaman dahulu

12

7) Barang perhiasan wanita

13

8) Pedang pada zaman dahulu

9) Tekstil atau kain pada zaman dahulu

14

15

Anda mungkin juga menyukai