Anda di halaman 1dari 9

Geleri dan Studio Seni Halus Pengkarya Agong

Pada , pelajar semester . bagi Pengajian


Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka telah mengikuti satu lawatan ilmiah ke Shah Alam,
Selangor. Lawatan yang dijalankan selama .malam ini, disertai 50 orang pelajar
bersama tujuh orang pensyarah jabatan. Perjalanan lawatan adalah di seluruh Bandar
Shah Alam dan juga Kuala Lumpur. Objektif lawatan ini diadakan kerana ia sebahagian
daripada skema pembelajaran dan juga untuk membawa pelajar mengetahui atau
meneroka dunia seni di luar yang lebih mencabar. Pelajar juga didedahkan dengan
kehidupan para artis terkenal disebalik kanvas mereka yang gah, dan berkongsi
pengalaman sebagai artis tanah air. Aktiviti lawatan kali ini adalah ringkas, santai
namun padat dengan ilmu yang berharga.

GALERI CHANDAN, KUALA LUMPUR.

Destinasi pertama bagi lawatan kali ini adalah Galeri Chandan. Ahli lawatan diberikan
masa 30 minit untuk melihat pameran di dalam galeri. Di sini, pelajar dapat melihat
karya-karya pelukis tempatan yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Ia adalah
sebahagian dari proses mengumpul data untuk menghasilkan sesebuah karya. Di
dalam Galeri Chandan, terdapat pelbagai jenis karya-karya pelukis dan pengarca
tempatan seperti Raja Shariman Raja Azidin, Bayu Utomo Radjikin, Stephen Menon,
Khalil Ibrahim dan ramai lagi. Para pensyarah FSSR, seni halus juga adalah ahli Galeri
Chandan. Antara karya yang dihasilkan adalah seperti arca, catan dan lukisan.
Kepelbagaian teknik, media, dan persembahan telah ditonjolkan dalam karya mereka.
Pelajar mengumpul data dengan mengambil gambar karya sebagai pengumpulan data.

Juga di Galeri Chandan pelajar berpeluang membeli sedikit cenderahati, seperti art
catalog.
BALAI SENI LUKIS NEGARA, KUALA LUMPUR

Kemudian, destinasi seterusnya ialah Balai Seni Lukis Negara. Selama 1 jam, para
pelajar dibenarkan meneroka dan melihat pameran karya yang ada. Balai Seni Lukis
Negara mempamerkan hasil karya Angkatan Pelukis Malaysia, seperti Syed Ahmad
Jamal, Awang Damit, Zulkifli Yusof, Yusof Ghani dan ramai lagi nama-nama besar
dalam seni lukis. Pelbagai bentuk seni telah dipamerkan seperti catan (painting),
lukisan (drawing), arca (sculpture) dan sebagainya. Di sini, para pelajar dapat
menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul data seperti membuat sketches dan
mengambil segala nota berilmu. Ini memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka
bidang seni karya dengan lebih mendalam lagi. Pelajar juga berpeluang membuat
analisis dan kritik karya bersama pensyarah, disamping dapat berkongsi idea dan
pengetahuan tentang karya seni yang terhasil. Apa yang lebih mengagumkan ialah
pelajar juga dapat melihat sendiri hasil karya daripada pensyarah FSSR UiTM Perak
sendiri. Ini tidak terkecuali juga dengan karya pelajar dari Jabatan Seni Halus,
FSSR,UiTM Perak yang telah dipamerkan di dalam Balai Seni Lukis Negara yang
sekaligus dapat mengharumkan nama fakulti dan kampus UiTM Perak.
GALERI PETRONAS, MENARA KLCC.
Seterusnya, aktiviti lawatan di teruskan ke Galeri Petronas di dalam Menara KLCC.
Tempoh masa yang agak lama diberikan bagi pelajar menjalankan pelbagai aktiviti.
Antaranya adalah melihat pameran di dalam galeri, mengumpul data dengan
manangkap gambar, membuat sketches, berehat, solat dan sebagainya. Aktiviti yang
dijalankan lebih santai, sambil pelajar dapat meneroka dunia luar lingkup yang lebih
bebas dan luas. Juga pelajar dapat mengenal dan melihat sendiri suasana dan budaya
yang telah ditonjolkan daripada pelbagai bangsa dan agama. Di dalam Galeri Petronas,
pelajar dapt melihat dan ,meneroka lukisan dengan menggunakan pelbagai media dan
teknik. Pelajar juga diajar lebih berdikari dan kreatif dalam mencari maklumat.

GALERI DAN STUDIO ARTIS, PROF. MADYA. HJ.AWANG DAMIT AHMAD

Masa emas yang diberi telah digunakan sepeuhnya oleh pelajar untuk mengumpul
segala data maklumat yang ada.Pada hari kedua, aktiviti lawatan diteruskan ke galeri
dan studio artis terkenal Malaysia, Prof. Madya. Hj. Awang Damit Ahmad yang terletak
di Kg. Sijangkang, Klang. Ia adalah antara destinasi yang dinantikan pelajar. Terpegun
dengan hasil karya beliau, pelajar tidak melepaskan peluang untuk bertanya tentang
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang telah dipelajarinya selama 30 tahun
berkecimpung dalam bidang seni halus. Beliau banyak menghasilkan karya catan
painting dan juga lukisan. Beliau adalah antara artis yang menggunakan pelbagai
media dan catan dalam menghasilkan karya.

GUDANG ARTIS HAMIR SOIB.

Kemudian, lawatan diteruskan ke gudang artis terkenal iaitu Hamir Soib yang
terletak di kampung sekitar Klang. Sesi pameran dan temuramah dijalankan.
Pelajar dibenarkan bertanyakan soalan dan mendengar serba sedikit penerangan
tentang pengalaman beliau sebagai seorang pelukis.

GUDANG PENGARCA BESI, MUTALIB MUSA.

Kemudian, lawatan diteruskan ke gudang artis terkenal iaitu Hamir Soib yang
terletak di kampung sekitar Klang. Sesi pameran dan temuramah dijalankan.
Pelajar dibenarkan bertanyakan soalan dan mendengar serba sedikit penerangan
tentang pengalaman beliau sebagai seorang pelukis.

Setengah jam yang tinggal, pelajar berpeluang juga melawat ke gudang pengarca
terkenal iaitu Mutalib Musa. Nama dan hasil karyanya memang tidak asing lagi
dipersada seni arca Malaysia. Karya arca besi yang dihasilkan amat unik dan
mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Pelajar amat kagum dengan hasil karya
dan kepakaran beliau dalam mengendalikan bahan besi. Pastinya menggunakan
kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Dapat dilihat, para pelajar amat
mengagumi beliau sekaligus dapat meningkatkan semangat pelajar untuk bekerja
keras menghasilkan karya yang baik dan berkualiti.

STUDIO ARTIS, PROF. RAMLAN ABDULLAH.

Pada hari terakhir, sesi lawatan diteruskan lagi ke studio Prof. Ramlan Abdullah.
Beliau adalah salah seorang pengarca terkenal di Malaysia.Kedatangan kami
amat dialu-alukan oleh Prof. Ramlan. Kesempatan yang ada digunakan pelajar
untuk mengenali lebih dekat dengan beliau dan berkongsi pengalaman sepanjang
beliau menceburi bidang seni arca. Beliau lebih gemar menghasilkan arca atau
monumen yang bersaiz besar, seperti tugu peringatan dan arca landskap. Segala
maklumat dan ilmu yang dicurahkan amat berharga bagi kami yang baru dalam
bidang seni. Disamping itu, beliau juga tidak putus memberikan sokongan padu
pada para pelajar supaya lebih maju dan Berjaya dalam bidang seni.

GALERI ARTIS, PROF. MADYA. YUSOF GHANI.

Kemudian, para pelajar dibawa melawat ke galeri pelukis terkenal Malaysia, Prof.
Madya. Yusof Ghani. Diberi nama Tapak Yusof Ghani dan didalamnya
mempamerkan koleksi karya-karya beliau yang indah lagi unik. Prof. Yusof Ghani
adalah antara artis yang propesional dan dikagumi. Beliau aktif dalam seni catan
abstrak painting. Karya beliau banyak menggunakan warna yang harmoni dan
mendamaikan. Selain melihat hasil karya beliau, pelajar juga berpeluang melawat
ke studio tempat beliau bekerja. Sesi temuramah telah dijalankan dengan
jayanya. Segala keterangan dan ilmu yang diberikan amat berharga bagi para
pelajar.

GALERI SHAH ALAM.

Ahli lawatan sempat melawat di Galeri Shah Alam. Di sini, pelajar dapat melihat
pameran contoh karya Bakat Seni Lukis Sezaman. Dapat dilihat bahawa,
generasi muda amat bergiat aktif dalam bidang seni. Pelbagai media dan teknik
digunakan dalam penghasilan karya. Para peserta muda ini juga mempunyai
bakat dan idea kreatif yang tidak kurang hebatnya.

STUDIO ARTIS AHMAD SHUKRI DAN UMI BAIZURA.

Pelajar juga diberi peluag melawat studio artis Ahmad Shukri bersama isteri Umi
Baizura, juga seorag artis seramik. Sesi temuramah bersama artis dijalankan
dengan jayanya selama 1 jam. Para pelajar berpeluang melihat pameran karya
lukisan dan seramik. Juga berpeluang melawat ke studio tempat beliau
meghasilkan karya.

STUDIO ARTIS PROF. ZULKIFLI YUSOFF.

Destinasi terakhir bagi lawatan kali ini adalah ke studio dan tempat tinggal artis Prof.
Zulkifli Yusoff. Beliau juga adalah antara artis yang dikagumi dan menjadi idola bagi
para pelajar seni. Karya yang dihasilkan banyak meggunakan teknik cetakan iaitu print
making dan silkscreen. Juga menghasilkan abstrak painting. Sesi temuramah dan
taklimat dijalankan selama 1 jam. Walaupun tidak mengambil masa yang lama, namun
segala maklumat dan ilmu yang dicurahkan adalah amat berharga bagi para pelajar.

Secara keseluruhan, lawatan ini berjalan dengan lancar dan baik. Pengalaman
dan pengetahuan yang diperolehi amat bermakna pada setiap pelajar. Juga dengan
lawatan ini, dapat mengeratkan hubungan ilmu yang baik antara pensyarah dan pelajar.
Disamping itu, para pelajar berpengalaman menghayati nilai dan estetik dalam
sesebuah kayra seni. Justeru itu, dengan lawatan ilmiah ini, para pelajar lebih
berpotensi dan maju dalam menghasilkan karya yang hebat, seterusnya dapat
menaikkan nama seni lukis Negara.

Laporan disediakan oleh:

Anda mungkin juga menyukai