Anda di halaman 1dari 24

KOMPILASI PELUKIS-PELUKIS MODEN MALAYSIA DEKAD 80AN DAN 90AN

Ahmad Rashidi Bin Hasan (M.A. Art and Design Ed.) Prof. Madya Dr. Muliyadi Mohamood (Phd. Art History) Shahrul Azman Dato' Shahabudin (M.A. Grafik Design) Darus Bin Kassim (BAD Textile Design)

Unit Penyelidikan dan Perundingan Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah Melaka September 2001

COPYRIGHT @ UiTM

ABSTRAK Tajuk: Penyelidik:

Kompilasi Pelukis-Pelukis Moden Malaysia Dekad 80an dan 90an. Ahmad Rashidi bin Hasan (M.A. Art & Design Ed.,) Prof. Madya Dr. Muliyadi Mohamood (Phd. Art History) Shahrul Azman Shahbudin (M.A. Graphic Design) Darus Kassim (BAD. Textile Design)

Masalah Penyelidikan: Penyelidikan ini dibuat berhasrat untuk mengumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin tentang pelukis-pelukis moden Malaysia yang bergiat aktif sepanjang dekad 80an dan 90an lalu. Pengumpulan maklumat ini adalah penting dipandang dari sudut perkembangan sejarah seni lukis moden Malaysia kerana segala perkembangan seni lukis yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah seni lukis negara pada masa akan datang. Penyelidikan ini bertumpu untuk mendokumenkan maklumat tentang pelukis serta karya dan pengkaryaan mereka dan memberi gambaran umum tentang perkembangan seni lukis di Malaysia. Kepentingan Penyelidikan: Penulisan tentang pelukis-pelukis moden Malaysia hari ini terlalu sedikit dibuat dalam bentuk penulisan ilmiah. Kebanyakan penulisan dibuat dalam bentuk penulisan makalah yang dibuat untuk tujuan penerbitan akhbar dan majalah. Oleh itu kebanyakan penulisan adalah bersifat penulisan kewartawanan. Dalam usaha untuk membawa masyarakat mendekati dunia seni lukis, penulisan yang berbentuk ilmiah yang komprehensif adalah sangat perlu untuk dijadikan rujukan masyarakat dan juga mereka yang berkecimpung dalam persada seni lukis itu sendiri seperti pensyarah, penulis mahupun pensyarah IPTA dan IPTS. Metodologi Penyelidikan: Penyelidikan ini adalah pendokumentasian maklumat tentang pelukis di Malaysia yang bergiat aktif pada dekad 80an dan 90an ini. Seramai 30 orang pelukis telah dipilih berdasarkan karya, populariti, idea dan sumbangan mereka terhadap persada seni lukis. Pemilihan ini juga bergantung kepada nama-nama yang disenarai cadangkan oleh pihak Balai Seni Lukis Negara. Hanya 22 orang pelukis sahaja yang memberi respons dalam jangka waktu yang diberi. Maklumat yang diberi dibuat analisis dalam aspek falsafah dan idea, subjek dan imej atau citra, bentuk, bahan dan media yang digunakan serta gaya dan ciri karya yang dianuti oleh pelukis. Rumusan dan Cadangan: Perkembangan seni lukis di Malaysia dalam dua dekad ini didapati sangat menggalakkan berdasarkan jumlah bilangan pelukis yang lahir, bilangan pameran yang diadakan dan anugerah yang diterima oleh pelukis Malaysia. Persada seni lukis Malaysia berada dalam era Pluralisme dan sudah terdapat tanda-tanda idea dan gaya pasca-moden dalam perkembangan ini. Kesedaran terhadap memanifestasikan wajah dan pemikiran Malaysia dalam karya adalah sangat tinggi. Pelukis-pelukis Melayu juga didapati berusaha menampilkan ciri kelslaman dalam karya mereka dalam bentuk yang tersendiri. Walau bagaimana pun, ini hanya sebahagian dapatan awal sahaja. Untuk memperoleh perkembangan yang lebih mendalam lebih banyak pelukis perlu dikaji. Oleh itu adalah dicadangkan supaya kajian seperti ini teruskan bagi mengumpul lebih banyak maklumat berkenaan dengan pelukis Moden Malasyia

COPYRIGHT @ UiTM

Penghargaan

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah banyak membantu dalam usaha menyiapkan penyelidikan ini.

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Dr. Mohd. Tahir Abdul Hamid, Provos, Universiti Teknologi MARA, Kampus Alor Gajah, Profesor Dr. Abdul Shukor Bin Hashim, Bekas Dekan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dan juga Profesor Madya Mohd. Sharif Mustapha, Dekan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor kerana memberi kami peluang dan sokongan untuk menjalankan dan menyiapkan penyelidikan ini.

Terima kasih kami kepada Profesor Madya Hj. Nasir Nordin, Timbalan Provos, HEA, UiTM, Kampus Alor Gajah yang tidak berhenti-henti memberi galakan dan dorongan untuk menyiapkan penyelidikan ini.

COPYRIGHT @ UiTM

Terima kasih juga Profesor Madya Dr. Abd. Halim Mohd. Noor, Ketua Unit Unit Penyelidikan dan Perundaingan, UiTM, Kampus Alor Gajah, Melaka dan juga Pn. Mazita, Bekas Ketua Unit Penyelidikan dan Perundingan (UPP), UiTM, Kampus Alor Gajah di atas segala bantuan dan tunjuk ajar serta menunjukkan kami peluang untuk menyiapkan penyelidikan ini.

Kepada Unit Komputer, UiTM, Kampus Alor Gajah kami rakamkan ucapan terima kasih di atas bantuan teknikal dan meminjam alat perkomputeran bagi menjayakan penyelidikan ini.

Tidak ketinggalan kepada pensyarah-pensyarah Program Seni Lukis dan Seni Reka (Grafik), UiTM, Kampus Alor Gajah di atas segala bantuan dan pertolongan dan juga pelajar-pelajar Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka (03 Sesi Jun 1999 dan 03 Sesi Nov. 1999) yang telah banyak membantu mencari dan mengumpul data pelukis yang terlibat. i Terima kasih.

ii

COPYRIGHT @ UiTM

Isi Kandung Penghargaan Isi kandung Senarai Ilustrasi Bab 1 Pengenalan 1.2 Objektif dan Masalah Penyelidikan 1.3 Kesignifikanan Penyelidikan 1.4 Kaedah dan Metodologi Penyelidikan 1.5 Terma dan Takrifan 1.6 Penutup Bab 2 Latar Belakang Seni Lukis Moden Malaysia 2.1 Modenisme 2.2 Kelahiran Seni Lukis Moden di Malaysia Bab 3 Analisis Data 3.1 Amron Omar 3.2 Abdul Ghani Ahmad 3.3 Radzi Bedu 3.4 Awang Damit Ahmad 3.5 Yusof Ghani 3.6 Ahmad Shukri 3.7 Juhari Said 3.8 Raja Shahriman 3.9 Fauzin 3.10 Samjis 3.11 Aza Osman 3.12 Amirudin Arifin 3.13 Ajis Mohamad 3.14 Hamdan Shaarani 3.15 Zaim Durulaman 3.16 Norizan Hj. Muslim 3.17 Baharom Abd. Rahman 3.18 Azahar Manan 3.19 Maamor Jantan 3.20 Din Omar 3.21 Zainon 3.22 Roslizham Ismail Bab IV Penemuan, Rumusan dan Cadangan Bibliografi i iii iv 1 3 6 7 9 11 13 14 16 34 36 49 64 80 96 111 130 143 156 172 184 199 212 228 242 255 266 279 292 304 320 342 355 362

iii

COPYRIGHT @ UiTM

Senarai Ilustrasi No. Ilustrasi 1 Tajuk/Pelukis/Tahun/Ukuran/Bahan/Sumber ms

'Pertarungan', Amron Omar, 1990, 120 x 120cm. Pastel, FotografI oleh Rafidi Sadikin. 'Pertarungan Siri P, Amron Omar, 1980, 105 x 120 cm Cat Minyak di atas Kanvas, BSLN 'Potret Diri', Amron Omar, 1981, 120 x 120cm., Cat Minyak di atas Kanvas, BSLN.

46

47

48

'Nelayan Di Pantai', Abdul Ghani Ahmad, 1996, 46 x 72 cm. Cat Air, Katalog Pameran "Pameran Solo III Abdul Ghani Ahmad" 60 'Batas-Batas Sawah', Abdul Ghani Ahmad, 1996, 42 x 68 cm. Cat Air, Katalog Pameran "Pameran Solo III Abdul Ghani Ahmad" 61 'Tiupan Angin Di Sawah', Abdul Ghani Ahmad, 1995, 46 x 72 cm. Cat Air, Katalog Pameran "Pameran Solo III Abdul Ghani Ahmad" 62 'Alam Semulajadi II', Abdul Ghani Ahmad, 1996, 46 x 72 cm. Cat Air, Katalog Pameran "Pameran Solo III Abdul Ghani Ahmad" 63 'The Soul', Ahmad Radzi Bedu, 1999, 61 x 45 cm. Akrilik atas Kayu, "Aspirasi 2000" Galeri Shah Alam ' 150SM#02/150AD#02', Ahmad Radzi Bedu, 1999, 61 x 45 cm. Akrilik atas Kayu, "Aspirasi 2000" Galeri Shah Alam Instinct of Power \ Ahmad Radzi Bedu, 1999, 61 x 45 cm. Akrilik atas Kayu, WS Art & Frames Centre, K. Lumpur 'Intipati Budaya.Gubang Bigul', Awang Damit Ahmad, 1989, 274 x 244 cm. Cat Minyak, BSLN 'Demi Masa...I,II,II,IV,V', Awang Damit Ahmad, 1991, 76 X 61 cm. (5 Panel) Cat Minyak, BSLN 'Tanpa Tajuk', Awang Damit Ahmad, 1997, 66 x 61 cm Cat Minyak, UiTM 'Marista "Pun-Pun Senja'", Awang Damit Ahmad, 1999, 66 x 61 cm. Cat Minyak, Aspirasi 2000, Galeri Shah ALam

77

78

10

79

11

92

12

93

13

94

14

95

IV

COPYRIGHT @ UiTM

16

'Siri Tari XI/89', Yusof Ghani, 1989, 180 x 150 cm. Cat Minyak, DBP.

107

17

'Si Jangkang 2000', Yusof Ghani, 2000, 180 x 130 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Rhythmn of Nature" Artcase Gallery. ' 108 'Teluk Bahang', Yusof Ghani, 2000, 180 x 130 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Rhythmn of Nature" Artcase Gallery. 'Ulu Yam', Yusof Ghani, 2000, 180 x 150 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Rhythmn of Nature" Artcase Gallery. 'Diskette Series IV, Ahmad Shukri, 1998, 122 x 130 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Ahmad Shukri"" Art Salon. ' Target Series IV, Ahmad Shukri, 1993, 135 x 175 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Ahmad Shukri"" Art Salon. ' Target Series IV 'Boxes'Ahmad Shukri, 1998, 15 x 17 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Ahmad Shukri"" Art Salon. ' Target Series 19 \ Ahmad Shukri, 1998, 15 x 17 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Ahmad Shukri"" Art Salon. 'Balik dari P a s a r ' J u h a r i Said, 1994, 15 x 17 cm. Cetakan Lino Katalog Pameran "Kesenian Islam" BSLN. 'Ular Menyusur Akar Tidak Akan Hilang Bisanya', Juhari Said, 1994, 48 x 144 cm. Cetakan Kayu Katalog Pameran "Kesenian Islam" BSLN. 'Beijing 1 J u h a r i Said, 2000, 57 x 38 cm. Cetakan Kayu Katalog Pameran "Juhari said" Art salon. 'Beijing I I J u h a r i Said, 2000, 57 x 38 cm. Cetakan Kayu Katalog Pameran "Juhari Said" Art Salon. 'Tanpa Tajuk', Raja Shahriman, 1989, 60 x 42 x 65 cm. Logam Pelukis. 'Gerak Tempur 9', Raja Shahriman, 1995, 90 x 49 x 98cm. Logam, Pelukis. 'Gerak Tempur I I R a j a Shahriman, 1995, 64 x 67 x 85cm. Logam, Art Salon.

18

109

19

110

20

126

21

127

22

128

23

129

24

139

25

140

26

141

27

142
5

28

52

29

153

30

154

COPYRIGHT @ UiTM

31

'Gerak Tempur 1 0 R a j a Shahriman, 1995, 117x 81 x 24cm. Logam, Art Salon. 155 'Land of Yesteryears \ Fauzin Mustaffa, 1993, 107 x 127 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Dari Bumi ke Bumi" Art Salon 'Semangant Bumi Series', Fauzin Mustaffa, 1993, 107 x 127 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Dari Bumi ke Bumi" Art Salon 'Lost Horizon Fauzin Mustaffa, 1993, 93 x 93 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Dari Bumi ke Bumi" Art Salon 'Semangat Bumi -Setelah HujanFauzin Mustaffa, 1994, 152 x 122 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Dari Bumi ke Bumi" Art Salon 'While Painting in Black FrameFauzin Mustaffa, 1994, 198 x 472 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "Dari Bumi ke Bumi" Art Salon 'Natural BeautyFauzin Mustaffa, 1999,130 x 97 cm. Bahan Campuran, Katalog Pameran "AKU 99" Galeri Petronas 'Tanpa T a j u k S a m j i s , 1996, 92 x 78 cm. Cat Minyak Koleksi Pelukis 'Noble Pursuit of LawSamjis, Joshua Art gallery 1996,130 x 102 cm. Cat Minyak 181

32

166

33

167

34

168

35

169

36

170

37

171

38

180

39 ^

40

'Hajah HalimahSamjis, 1984, 76 x 100 cm. Cat Minyak Katalog Pameran "Malaysia Indah" BSLN/APS
c

182

41

Boys in Jeans Samjis, 1984, 122 x 101 cm. Cat Minyak Katalog Pameran "Malaysia Indah" BSLN/APS 'Satria Pura', Aza Osman, 1999, 120 x 120 cm. Cat Minyak, Katalog Pameran "Aspirasi 2000" Galeri Shah Alam

183

42

195

43

'Siri Legenda', Aza Osman, 1999, 120 x 160 cm. Cat Minyak, Galeri Atma Alam

196

IV

COPYRIGHT @ UiTM

44

' Seorang Putera Rome Yang Hendak Berkahwin Dengan Puteri Cina', Aza Osman, 1999, 120 x 120 cm. Cat Minyak, Galeri Atma Alam 'Siri Nazak', Aza Osman, 1983, 98 x 98 cm. Cat Minyak, Mastika Jun 1984, Utusan Publications ' 'Di Kedai Dobi' Amirudin Ariffin, 1995, 52 x 72 cm. Cat Air Koleksi Pelukis 'Mandi Sungai' Amirudin Ariffin,1995, 52 x 72 cm. Cat Air Koleksi Pelukis 'Sepetang di Kuala Yan' Amirudin Ariffin, 1999, 53 x 74 cm. Cat Air Koleksi Pelukis 'Under Water View of My Self' 1999, 97 x 130 cm., Cat Minyak Katalog Pameran "AKU 99", Galeri Petronas Tkan Heniochus Diphreutes', 1999, 74 x 106 cm., Cat Minyak Katalog Pameran "Aspirasi 2000", Shah Alam 'Reflection Series 3 ' Hamdan Shaarani, 1995, 137 x 90 cm., Cat Minyak, Koleksi Pelukis. 'Reflection Series43' Hamdan Shaarani, 1995, 137 x 90 c m , Cat Minyak, Koleksi Pelukis. 'Riak Alam 2' Hamdan Shaarani, 1995, 137 x 90 cm., Akrilik , Koleksi Pelukis. 'Riak Alam 4 (Kenyir)' Hamdan Shaarani, 1995, 137 x 90 cm., Akrilik , Koleksi Pelukis. 'Muhasabah' Hamdan Shaarani, 1998,180 x 150 cm., Akrilik , Koleksi Pelukis. 'Sungai Buluh I' Zaim Durulaman, 1997, 140 x 140 cm., Akrilik , Koleksi Pelukis. 'Yesterday & Tomorrow' Zaim Durulaman, 1997, 52 x 82 cm., Akrilik , Koleksi Pelukis. 'Umbai 1' Zaim Durulaman, 1997, 87 x 125 cm., Akrilik , "Aspirasi 2000", Galeri Shah Alam

197

45

198

46

209

47

210

48

211

49

224

50

225

51

237

52

238

53

239

54

240

55

239

56 57

252 253

58

254

vii

COPYRIGHT @ UiTM

59

'Upper, Middle, Under ', Norizan Muslim, 1995, 65 x 113 cm., Logam, Koleksi Pelukis. ' 'Robot', Norizan Muslim, 1997, 180 bm. tinggi, Logam , Koleksi Pelukis. 'SemutNorizan Muslim, 1999, 65 x 113 cm., Logam , Koleksi Pelukis. Tanpa TajukBaharom Abdul Rahman, 1998, 52 x 94 cm., Akrilik, Koleksi Pelukis. Tanpa TajukBaharom Abdul Rahman, 1998, 48 x 82 c m , Akrilik, Koleksi Pelukis. 'Anugerah AlamBaharom Abdul Rahman, 1999, 113 x 113 cm., Akrilik, "Aspirasi 2000" Galeri Shah Alam 'Belantan Inderapura', Azahar Manan, 1997, 186 cm. tinggi, Kayu/Campuran, Katalog Pameran "A1 kesah yang Empunya Cerita, Rusli Hashim Fine Art &Galeri Maybank Puteri Gunung LedangAzahar Manan, 1997, 186 cm. tinggi, Kayu/Campuran, Katalog Pameran "A1 kesah yang Empunya Cerita, Rusli Hashim Fine Art &Galeri Maybank 'Watching You \ Azahar Manan, 1997, 33 x 24 cm. tinggi, Cat Air, Katalog Pameran "A1 kesah yang Empunya Cerita, Rusli Hashim Fine Art &Galeri Maybank To Pura', Maamor Jantan, 1997, 43 x 54 cm., Cat Minyak Pelukis 'Gembira BersamaMaamor Jantan, 1997, 75 x 100 cm., Cat Minyak, Pelukis 'Gembira BersamaMaamor Jantan, 1997, 75 x 100 cm., Cat Minyak, Pelukis 'Siri Warisan Melayu', Din Omar, 1997, 140 x 92 cm., Akrilik, Pelukis 'Siri Warisan M e l a y u D i n Omar, 1997, 120 x 120 cm., Akrilik, Pelukis

263

60

264

61

265

62

276

63

277

64

278

65

289

66

290

67

291

68

302

69

303

70

304

71

316

72

317

vni

COPYRIGHT @ UiTM

73

'Siri Warisan M e l a y u D i n Omar, 1997, 120 x 120 cm.,


Akrilik, Pelukis 3]g

74

'Siri Warisan M e l a y u D i n Omar, 1997, 120 x 120 cm.,


Akrilik, Pelukis 319

75 76 77 78 79

Tan pa TajukZainon, 1999, 54 x 54 cm., Akrilik, Pelukis Tanpa TajukZainon, 1999, 54 x 54 cm., Akrilik, Pelukis Tanpa T a j u k Z a i n o n , 1999, 54 x 54 cm., Akrilik, Pelukis 'Save29 x 42 cm., (2 They Are Bahan Campuran/Kolaj, Pelukis Our Children keping), Next Generation', Roslisham,1998 'Papan Kenyataan Roslisham, 1998 21 x 29 cm., (3 keping), Bahan Campuran/Kolaj, Pelukis 'Schoolmates and Their Future', Roslisham, 29 x 42 cm., (2 keping), Bahan Campuran/Kolaj, Pelukis

329 330 331 352 353

80

352

ix

COPYRIGHT @ UiTM

BAB 1

PENGENALAN

1.1. Pengenalan

Kegiatan senilukis di Malaysia pada dua dekad 80an dan 90an ini adalah menggalakkan. Ini terbukti kerana saban masa sentiasa ada sahaja pameran lukisan sama ada secara solo mahupun secara berkumpulan diadakan. Perkembangan dan kemajuan serta prasarana yang diwujudkan oleh kerajaan seperti Balai Seni Lukis Negara dan juga kewujudan balai-balai yang ditaja swasta seperti Petronas, Maybank dan sebagainya adalah antara bukti yang menunjukkan perkembangan dan kemajuan senilukis sudah dianggap penting di Malaysia.

Jika pada tahun 50an hingga 70an dahulu, hanya pelukis-pelukis yang ternama dan tersohor sahaja yang mendapat keistimewaan untuk mengadakan pameran pada ruangruang yang terhad, namun pada hari ini sudah mula nama-nama baru yang lahir yang akan menyerlah sebagai pelukis terkemuka tanah air pada satu masa nanti. Kini pelukis yang berdaftar dengan pihak Balai Seni Lukis Negara sahaja menjangkau 400 orang yang mana anggaran 100 orang boleh dikatakan sebagai pelukis yang bergiat aktif dan cergas (Balai Seni Lukis Negara, 1999)

COPYRIGHT @ UiTM

Penglibatan pelukis pada peringkat

antarabangsa

adalah satu lagi bukti yang

menunjukkan betapa pesatnya perkembangan kegiatan seni lukis di Malaysia. Sebut sahaja tempat terdapatnya pameran perdana antarabangsa, sudah pasti akan terserlahlah nama pelukis Malaysia sebagai peserta pameran.

Nama-nama pelukis Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan lukisan antarabangsa seperti yang dianjurkan oleh Kumpulan Philip Morris dan saban tahun, nama pelukis Malaysia tidak ketinggalan sebagai penerima anugerah sama ada anugerah utama (major) mahupun anugerah sampingan (minor) pada peringkat ASEAN (Balai Seni Lukis Negara 1999). Kini terdapat karya-karya pelukis Malaysia yang dijadikan koleksi galeri terkemuka seperti di Seni Fukuoka, Jepun, Washington, Amerika Syarikat, dan juga di Rome, Italy.

Namun dalam kepesatan pembangunan kegiatan pelukis dan seni lukis di Malaysia ini, tidak banyak penulisan dalam bentuk ilmiah dihasilkan bagi tujuan mendokumenkan segala maklumat berkenaan dengan perkembangan ini. Penulisan yang memperihalkan tentang pelukis dan kegiatan mereka ini dibuat hanya dalam bentuk katalog pameran yang mana ini bukanlah satu penulisan dan penyelidikan ilmiah tentang kegiatan dan perkembangan seni lukis ini. Penulisan artikel juga dibuat dalam bentuk penulisan akhbar dan majalah namun penulisan seperti ini bukanlah sebuah penulisan ilmiah kerana ia menumpukan kepada teknik penulisan kewartawanan.

COPYRIGHT @ UiTM

Penulisan ilmiah perlu dibuat terhadap pelukis-pelukis ini dan juga karya mereka kerana karya seni adalah pernyataan pelukis berkaitan dengan pemikiran dan budaya masyarakat yang mereka wakili. Karya seni adalah manifestasi jiwa dan perasaan pelukis dalam zamannya. Segala ini harus didokumenkan agar boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Pengkaryaan hari ini adalah sejarah masa hadapan. Oleh itu satu dokumen ilmiah yang komprehensif perlu diadakan bagi membincangkan karya seniman Malaysia ini sejajar dengan kedudukan ilmu seni lukis itu sendiri.

Atas kesedaran perlunya penulisan ilmiah dibuat berkenaan dengan pelukis dan kegiatannya di Malaysia ini, penulis berhasrat untuk membuat satu penyelidikan yang mana ia lebih merupakan sebuah himpunan, koleksi atau lebih tepat lagi kompilasi tentang penggiat-penggiat seni lukis Malaysia pada abad 80an dan 90an ini yang akan tertara dalam lipatan sejarah seni lukis Malaysia.

1.2 Objektif dan Masalah Penyelidikan

Penyelidikan ini dibuat bagi hasrat mengumpulkan data dan maklumat berkenaan penggiat-pengiat seni lukis di Malaysia yang cergas dan aktif berkarya sepanjang dekad 80an dan 90an. Maklumat ini perlu kerana segala perkembangan hari ini akan menjadi sebuah sejarah pada masa akan datang. Pelukis-pelukis ini akan menjadi pelukis yang akan tersenarai dalam lipatan sejarah seni lukis Malaysia. Oleh itu penulis berasa adalah sangat penting dan mustahak untuk segala maklumat pelukis dan kegiatan mereka dirakamkan dalam bentuk sebuah penyelidikan ilmiah.

COPYRIGHT @ UiTM

Penulis telah memilih 30 orang pelukis terkemuka di Malaysia untuk kompilasi tetapi Cuma 22 orang sahaja yang memberi respons dalam waktu yang ditetapkan. Segala maklumat tentang pelukis dan karyanya akan diselidiki dan dirakamkan dalam bentuk penulisan ilmiah. Ketetapan bagi menetukan pelukis terkemuka itu adalah dibuat oleh pihak Balai Seni Lukis Negara berdasarkan kegiatan senilukisnya, karyanya,

penglibatannya, anugerah yang diterimanya, keistimewaan dan juga popularitinya.

Penyelidikan ini juga berhasrat untuk meninjau dengan lebih komprehensif aspek-aspek yang berkaitan dengan seni lukis dan perkembangannya di Malaysia. Antara aspek yang akan ditinjau ialah falsafah yang mendasari pengkaryaan seni lukis di Malaysia. Apakah falsafah pelukis dan seni lukis di Malaysia dan ke manakah arah tuju seni lukis ini? Ini adalah antara persoalan yang ditimbulkan oleh penulis dan harapannya dengan penyelidikan ini beliau dapat mengenal pasti dan mengetahui pemikiran-pemikiran yang mendasari persada seni lukis di Malaysia ini.

Lain-lain aspek yang akan ditinjau ialah penggayaan seni lukis itu sendiri. Pelukis mempunyai gaya atau style mereka sendiri. Apakah dan ke manakah arah tuju gaya seni lukis Malaysia. Adakah pelukis kita masih berpemikiran seperti pada tahun-tahun 50an dan 60 yang mana style dan gaya seni lukis pelukis dipengaruhi oleh gaya modern barat seperti ekspresionisme, impresionisme, kubisme, fauvisme dan lain-lain isme baru yang asing bagi budaya Apakah sudah lahir karya yang berjiwa Malaysia dan apa pula ciri-ciri karya ini.Inilah antara aspek yang akan dianalisis oleh penulis dalam mencari atau mencadangkan jawapan bagi persoalan ini.

COPYRIGHT @ UiTM

Subjek yang dijadikan motif atau citra oleh pelukis-pelukis ini juga akan dibuat analisis. Apakah subjek yang menjadi pilihan pelukis-pelukis ini dalam citra persembahan mereka. Mengapa subjek ini jadi pilihan dan sejauh mana 'makna' memainkan peranan dalam seni lukis. Pelukis tidak memilih sesuatu subjek itu tanpa sebab. Mereka peka dengan ciri visual sesuatu subjek dan dapat mentafsirkan sesuatu subjek itu sebagai sebuah metafora kehidupan dan pemikiran yang indah dan bermakna. Penulis akan menyingkap isi yang tersurat dan tersirat pada karya setiap pelukis yang terpilih dan berharap analisis aspek ini akan membawa satu rumusan yang pasti tentang subjek dan motif dan peneitraannya dalam karya.

Bahan dan teknik mempunyai impak yang bermakna dalam memberi identiti pada seni lukis. Sejarah, sebagai contohnya, telah membuktikan bagai mana teknik batik yang digunakan pelukis Malaysia pada tahun-tahun 50an dan 60an telah berjaya inenyedarkan pelukis Malaysia betapa kita perlu mencari identiti kita sendiri (Dr. Muliyadi,1983). Menghayati seni lukis Batik menggambarkan ia adalah sebuah seni lukis berjiwa Malaysia. Penggunaan dan pemilihan bahan dan teknik mempunyai kesignifikanannya sendiri kepada setiap pelukis. Ini akan buat analisis dalam mencari rumusan terhadap eksplorasi dan penggunaan bahan dan media serta teknik oleh pelukis dan impaknya terhadap perkembangan seni lukis itu sendiri.

Setiap pelukis memiliki gaya dan identiti mereka sendiri. Menghayati sahaja sesebuah karya, seseorang penggemar dan peminat seni lukis itu mudah mengenal pelukisnya.

COPYRIGHT @ UiTM

Gaya dan identiti adalah satu aspek yang penting yang akan dibuat analisis. Harapan penulis ialah hasil analisis ini akan dapat dibuat satu generalisasi tentang gaya dan identiti pelukis Malaysia ini.

Segala rumusan ini diharap akan dapat membantu penulis untuk membuat satu generalisai tentang perkembangan seni lukis di Malaysia.

1.3 Kesignifikanan Penyelidikan Hasil utama penyelidikan ini ialah pendokumentasian. Penyelidikan ini akan

menghasilkan dokumentasi lengkap dan komprehensif serta ilmiah tentang kegiatan dan perkembangan seni lukis pada dekad 80an dan 90an. Hasil-hasil karya pelukis dan pelukis-pelukis ini akan menjadi sejarah, khususnya sejarah seni lukis, di Malaysia. Dokumen ini akan menjadi satu wacana yang penting yang bakal dirujuk dan dimajukan serta ditambah pada masa mendatang.

Usaha ini adalah merupakan usaha bagi meneruskan kesinambungan usaha Dr. Tan Chee Khuan,(1994), Redza Piyadasa, T.K. Sabapatahy (1983) dan juga Dr. Muliyadi Mahamood, 2001) dalam mendokumentasikan perkembangan seni lukis di Malaysia. Dr. Tan Chee Khuan telah berjaya membuat satu dokumentasi lengkap tentang pelukispelukis perintis Malaysia yang bergiat se awal tahun 1928 seperi pelukis Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng dan juga menulis tentang karya mereka. Walau pun penulisannya bukan bersifat ilmiah sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada satu dokumen yang menghimpunkan pelukis-pelukis perintis Malaysia ini. Redza Piyadasa dan T.K.

COPYRIGHT @ UiTM

Sabapathy telah meneruskan usaha ini dan telah berjaya menghimpunkan dokumen tentang 26 orang pelukis Malaysia yang cergas bergiat antara tahun 60an dan 70an. Inilah penulisan seni lukis yang pertama yang bersifat ilmiah dan telah menjadi bahan rujukan pelukis dan pelajar seni lukis di instiusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia kini.

Dr. Muliyadi telah menulis satu sejarah seni lukis yang komprehensif di Malaysia dari mula bertapaknya seni lukis moden di Malaysia sehingga ke tahun 1990an.

Penulisan penyelidikan ini adalah meneruskan kesinambungan usaha yang disebutkan di atas tadi yang akan menumpukan pula terhadap menghimpunkan dokumen pelukis yang bergiat cergas sepanjang 80an dan 90an.

1.4 Kaedah dan Metodologi Penyelidikan.

Penyelidikan ini merupakan sebuah penyelidikan yang menghimpunkan maklumat i tentang pelukis dan karyanya. Ia merupakan usaha yang terns dan dan langsung dan tidak berhasrat untuk pergi lebih jauh dari itu. Penyelidikan ini bukan pun sebuah kritikan tetapi merupakan sebuah apresiasi terhadap pelukis-pelukis dan karya-karya mereka. Pengumpulan data dan maklumat akan dibuat dalam kedua-dua kaedah penyelidikan melalui pembacaan dan juga temubual. Maklumat pelukis-pelukis yang tersenarai akan diperolehi daripada galeri-galeri terumatamanya Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Maklumat diperolehi adalah dalam bentuk penulisan buku, majalah dan katalog pameran

COPYRIGHT @ UiTM

pelukis-pelukis berkenaan. Melalui pembaeaan ini pelukis akan dapat mengenal dan menghayati karya pelukis berkenaan dan dapat membuat andaian dan kepastian tentang aspek-aspek tertentu seni lukis pada karya pelukis berkenaan.

Penulis akan membuat analisis terhadap karya-karya seseorang pelukis itu. Analisis akan dibuat menggunakan cara analisis yang dicadangkan oleh Tansey dan Kilener (1996) yang disetujui oleh O.C. Orkvirk (1994). Aspek analisis termasuklah falsafah, pemikiran dan idea pelukis; gaya dan ciri-ciri lukisan; subjek dan imej yang dicitrakan; bahan dan teknik yang digunakan. Penulis akan membuat analisis dan tafsiran terhadap karya-karya pelukis. Melalui maklumat analisis yang dibuat, penulis berharap akan dapat membuat satu generalisasi tentang perkembangan seni lukis dan Malaysia.

Temubual pula akan diadakan dengan pelukis-pelukis yang terpilih dalam usaha memahami dengan lebih mendalam tentang pemikiran dan falsafah serta aspek-aspek yang mempunyai nilai peribadi pada pelukis berkenaan. Pelukis dan karyanya i mempunyai suatu hubungan yang peribadi. Pelukis juga berkarya menurut gerak hati dan intuisi mereka. Penulis perlu mendekati pelukis dan mencungkil isi hatinya bagi mendapatkan maklumat yang lebih komprehensif berkenaan dengan karya mereka. Hasil temubual dan analisis karya ini akan dikumpul dan digarap bagi menjadikan sebuah dokumentasi yang lengkap tentang pelukis berkenaan dan pengkaryaannya.

COPYRIGHT @ UiTM

1.5 Terma dan Takrifan

Penulisan ini akan menghormati dan mengguna pakai terma-terma atau istilah-istilah yang lazim digunakan dalam pembicaraan dan penulisan seni lukis. Oleh itu apabila terma-terma ini digunakan, ia akan merujuk kepada takrifan dan tafsiran ilmiah penulisan seni lukis. Antara terma yang akan dipakai ialah

1.5.1 Falsafah Seni Lukis Falsafah ditakrifkan sebagai ilmu tentang pegangan dan pendirian pendirian seseorang. Dalam penulisan ini, falsafah seni ditakrifkan sebagai ilmu dan pengetahuan atau epistemology pelukis itu dalam menghasilkan karyanya. Antara falsafah seni yang ada ialah seperti 'falsafah seni sebagai peniruan' (Plato); 'seni sebagai ekspresi' (Tolstoy); 'seni sebagai pernyataan diri' (Groce dan

Colling wood);'seni sebagai bentukan signifikan (Veron) dan lain-lain falsafah seni termasuk modernisme dan tradisionalisme. Falsafah seni yang digunakan penulis dalam penyelidikan ini merujukm kepada falsafah-falsafah yang dinyatakan ini.

1.5.2 Gaya Seni Lukis Istilah gaya seni lukis dalam penyelidikan ini adalah meminjam dan memaknakan istilah barat 'style'. Setiap pelukis ada gayanya sendiri dalam berkarya. Gaya yang diistilahkan di sini ditakrikan sebagai cara istiewa pelukis dalam memanifestasikan karyanya. Terdapat banyak dan kepelbagaian gaya yang wujud

COPYRIGHT @ UiTM

pada ketika ini seperti gaya impresionisme, ekspresionisme, ekspresionismeabstrak, kubisme, fauvisme, futurisme, seni-pop, minimalisme, dadaisme dan sebagainya yang telah diteroka dan ditermakan oleh ahli sejarah seni barat. Walau pun gaya ini diteroka dan ditakrifan oleh barat, ini tidak bermakna gaya yang digunakan oleh pelukis Malaysia secara terus meniru gaya-gaya ini. Gaya yang telah diwujudkan oleh barat ini adalah gaya yang universal dan bersifat sejagat. Oleh itu akan terdapat perbezaan dalam menipulasi gaya ini oleh pelukis Malaysia.

1.5.3 Subjek dan Citra. Subjek ialah objek yang dipilih oleh pelukis sebagai idea lukisannya. Imej atau citra ialah gambaran subjek yang telah dibuat oleh pelukis. Pelukis akan memilih sesuatu subjek sebagai idea, mengolah dan menggarapnya dengan nilai kreativitinya serta konsep dan gubahan seninya. Hasilnya ialah citra atau imej pada kanvas, area atau eetakannya.

1.5.4 Ciri Visual Pelukis Ciri visual merangkumi ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah karya seni seperti garisan, bentuk, warna, jalinan, ruang, cahaya dan ton. Organisasi gubahan seperti bentuk imbangan dan reka letak juga adalah termasuk dalam kefahaman istilah ini. Ciri visual pelukis merujuk kepada ciri dan element yang dipilih oleh pelukis untuk dijadikan identiti

10

COPYRIGHT @ UiTM

dan penampilannya. Pelukis mempunyai kaedah dan cara untuk lukisannya dikenali dan cara pemilihian ciri visual inilah yang membolehkan pelukis itu dikenali melalui karyanya.

1.5.5 Bentuk Karya Bentuk karya ini merujuk kepada cara penyampaian dan teknik pengkaryaan oleh pelukis. Antara contoh bentuk karya ialah bentuk abstrak, realistik 2-dimensi, 3dimensi, area, mobail, asemblaj dan sebagainya.

1.5.6 Seni Lukis Moden atau Seni Lukis Contemporary Seni lukis moden atau seni lukis kontemporary merujuk kepada karya lukisan bergaya baru Malaysia. Ia boleh juga ditakrifkan sebagai seni lukis Avant-Garde yang langsung tidak memiliki apa-apa kefahaman dan gaya yang

berkesinambungan dengan seni tradisional Malaysia baik dari segi falsafah seninya, gayanya, cirri visualnya dan juga bahan dan teknik.

1.6 Penutup Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penyelidikan ini bukan berhasrat untuk dijadikan medan sebagai kritikan seni. Oleh itu tidak akan terdapat bentuk-bentuk kritikan seni yang akan dibuat oleh penulis. Penulis juga bukanlah seorang pengkritik seni lukis tetapi seoranag ahli akademik yang sangat berminat dengan seni lukis dan mahu tutut sama menyumbang kepada persada seni lukis tanah air. Penyelidikan ini diharap akan berjaya

11

COPYRIGHT @ UiTM

dan diharap juga skop atau ruang lingkup penyelidikan ini mencukupi untuk penulisan ini dijadikan sebuah dokumentasi sejarah seni lukis di Malaysia.

12

COPYRIGHT @ UiTM

BAB 2 LATAR BELAKANG SENI LUKIS MODEN DI MALAYSIA Penulisan ini bersekitar kepada membicarakan kelahiran Seni Lukis Moden di Malaysia sehinggalah kepada perkembangan terakhirnya secara Sepintas lalu. Penulis berharap pembaca akan dapat mengetahui dan memahami senario Seni Lukis Moden di Malaysia serta faktor yang mempengaruhi aliran seni lukis ini.

13

COPYRIGHT @ UiTM

Anda mungkin juga menyukai