Anda di halaman 1dari 5

GKV2123

MALAYSIAN VISUAL ART

Tajuk :
Bakat Muda Sezaman Pada Tahun 2000

Nama : Muhd Zulfadhli Bin Ismail


No. Matrik : 47844

Pensyarah :

Mohammad Faizuan Mat


PENGENALAN
Bakat Muda Sezaman adalah sebuah pertandingan dan anugerah seni kontemporari
bagi pelukis muda menunjukkan kreativiti yang tinggi serta dihormati di Malaysia yang telah
diperkenalkan sejak tahun 1974 oleh Balai Seni Lukis Negara demi untuk mengcungkil
bakat-bakat muda dan semangat berkarya supaya dapat membina dan menyemarakkan daya
saing di kalangan pelukis muda. Menurut Dato Seri Mohamed Nazri ( 2014 ) beliau
menyatakan Bakat Muda Sezaman yang diinspirasikan oleh The Young Comtemporaries di
London sekitar tahun 60-an ini mampu menyumbang pandangan idea masa hadapan dunia
seni visual tanah air menerusi karya-karya para pelukis muda.
Tujuan utama Bakat Muda Sezaman diadakan adalah untuk menimbulkan provokasi
dan perbincangan sihat yang diharapkan dapat menarik minat masyarakat terhadap seni
kontemporari di Negara kita. Menurut pandangan Faizal Sidik ( 2010 ) ada menyatakan Bakat
Muda Sezaman dikatakan mengambil model anugerah seni kontemporari british atau Turner
Prize yang merupakan sebuah anugerah seni yang dihormati di Eropah.
Kadang-kadang tema dan syarat-syarat anugerah Bakat Muda Sezaman pada setiap
tahun berbeza mengikut perbincangan pengajur yang menguruskannya. Setelah beberapa
kajian dan rujukankan dibuat saya disini ingin mengulas terhadap Anugerah Bakat Muda
Sezaman pada tahun 2000.
KANDUNGAN
Pada tahun 2000 , kemuculan Bakat Muda Sezaman pada tahun itu merupakan
petanda yang baik di alaf baru ini. Hal ini demikian kerana pertandingan ini adalah yang
pertama diadakan bagi pelukis muda di bangunan baru setelah dua tahun pertandingan tidak
diadakan. Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah memperkenalkan format baru pertandingan
pada tahun ini setelah 25 tahun pertandingan diadakan yang diselaraskan oleh Puan Zanita
Anuar.
Begitu juga dengan syarat-syarat pertandingan pada tahun 2000 iaitu dibuka untuk
pelukis Malaysia yang berumur di bawah 35 tahun. Dalam tempoh masa selang antara dua
tahun,BSLN akan mengajurkan dan mengendali aktiviti-aktiviti seni untuk pelukis muda
Malaysia melalui pameran berkumpulan, dialog, bengkel dan sebagainya. Selain itu, struktur
pertandingan ini akan melalui dua tahap penilaian. Pertama, peserta perlu menghantar
sekurang- kurangnya lima slaid hasil karya yang di buat dalam dua tahun selepas dan hasil
dari melihat slaid oleh hakim pertandingan , pelukis yang layak sahaja akan dijemput untuk
menghantar karya. Kedua, penghakiman ke atas karya sebenarnya akan dilakukan untuk
menetukan peserta yang Berjaya. Anugerah pada tahun itu BLSV menyediakan 10 hadiah
iaitu Anugerah Perdana ( RM 10.000, waran perjalanan bernilai RM3000 ke sebuah Negara
ASEAN dan pernebitan folio khas pelukis bernilai RM2000) , 3 Hadiah khas juri ( RM
5.000, waran perjalanan bernilai RM3000 ke sebuah Negara ASEAN) dan 6 hadiah
perhargaan bernilai RM1000 setiap satu.

Menurut Joseph tan (2000) beliau menyatakan keseluruhan pertandingan pada tahun
itu tidak menggambarkan hasil karya yang terbaik pelukis muda sepereti diharapkan.hal ini
demikian, kemungkinan penyertaan yang kurang oleh para peserta. Setelah saya rujuk, pada
tahun itu penyertaan karya catan dan karya dua dimensi adalah sedikit, selainnya adalah
karya instalasi dan multimedia. Panel hakim pada masa itu memilih 36 dari 84 pelukis ke
peringkat akhir dan hanya 27 pelukis sahaja yang menghantar karya mereka.
Pertandingan Bakat Muda ini adalah pertandingan seni kebangsaan yang paling
berprestij untuk perlukis muda. Kebanyakkan pemenang lepas yang memenangi
pertandingan, sekarang ini merupakan mereka yang menerajui perkembangan seni di Negara
dan di rantau. Di antara pelukis tersebut adalah seperti Awang Damit Ahmad , Chang Fee
Ming, Eng Hwee Chu, Fauzan Omar, Jalani Abu Hassan dan Zukifli Yusoff. Di dalam
pertandingan ini , para hakim menghadapi tugas yang berlainan daripada biasa untuk melihat
karya tanpa poembahagian mengikut kategori seperti catan, multimedia, cetakan dan
sebagaianya, untuk melihat setiap satu karya secara tersendiri dan tanpa pra-anggapan.
Peringkat pertama penghakiman pertandingan ini adalah dengan melihat slaid hasil karya. Ia
amat penting dalam mematuhi syarat dan peraturan pertandingan untuk semua seni lukis.
Pada tahun itu , terdapat tujuh penyertaan ditolak kerana lewat menghantar karya dan salah
satu daripadanya adalah pemenang lepas yang memenangi hadiah utama. Jelas sekali, disiplin
dan ketegasan dalam syarat pertandingan amat dititik berat supaya pelukis lebih bersedia dan
proaktif.
Antara pelukis yang bertanding Bakat Muda Sezaman pada tahun 2000 ialah Bibi
Chew Chon Bee, Mohd Saharuddin Supar, Mohd Sobri, Khoo Boon Want, Wong Woan Lee,
Hisamuddin bin Ahmad, Azman Ismail, Tham Chee Choong, Faizal Siddik, Voon Poh Yin,
Aznan Omar, dan Yap Sau Bin.

Pemenang Anugerah Perdana


Bibi Chew Chon Bee. Karya berjudul Fragile-Handle With Care...

Bahan Campuran, Size 275x123.5x191cm

Pemenang hadiah juri


Mohd.Saharuddin supar. Karya berjudul Thirteen Over Infinity 13/00:sg.gombak
Media campuran, 300x194x244cm

Pemenang Hadia Juri


Voon Poh Yin. Imagination of Boxes I, II, III
Media Campuran, 92x 92 cm

KESIMPULAN
Walaupun secara keseluruhannya pertandingan pada tahun itu tidak mencapai tahap
sasarannya bagi mengambarkan karya yang terbaik untuk Negara, namun karya-karya yang
terpilih untuk pameran ini ada mengambarkan perkembangan yang baru dan menarik di
kalangan pelukis muda. Sungguhpun demikian beberapa catan dan karya dua demensi tidal
selesaikan dengan baik, para hakim dapat memerhatikan usaha-usaha eksperimental terhadap
media baru dan pengolahan idea melalui pendekatan baru. Saya juga berharap penyertaan
untuk Bakat Muda Sezaman yang akan datang lebih banyak penyertaannya dari pelukispelukis muda dan mempamerkan hasil karya yang lebih berkualiti dan menepati sasaran Balai
seni Lukis Negara ( BLSN).

RUJUKAN :
1. Zanitar Anuar.2013.Senikini Malaysian Art Now. Balai seni Visual Negara. Kuala
Lumpur.
2. Joseph Tan.2000. Bakat Muda Sezaman 2000 the young comtemporaries. Balai seni
Lukis Negara. Kuala Lumpur
3. http://www.artgallery.gov.my/majlis-penyampaian-anugerah-bakat-muda-sezaman/

Anda mungkin juga menyukai