Anda di halaman 1dari 9

PERTANDINGAN

SENI VISUAL
SEKOLAH RENDAH
DAN MENENGAH
PERINGKAT
NNNEENNN NEGERI
2021
1. MATLAMAT

Kertas konsep ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid KPM
memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan
kepekaan terhadap nilai-nilai murni dan kesenian disamping mencungkil
bakat murid dalam bidang seni visual.

2. RASIONAL

2.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid KPM melalui kegiatan


pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual bagi menyatakan idea dan ekspresi diri;
2.2 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi
yang berfaedah;
2.3 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang; dan
2.4 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti seni visual
yang dijalankan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan secara
terancang.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan ruang yang lebih besar di peringkat negeri kepada murid
sekolah KPM mengasah dan mempamerkan bakat masing- masing
dalam bidang seni visual supaya lebih kreatif, inovatif dan produktif
bagi melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek;
3.2 Memberi pengalaman dan peluang kepada murid untuk
mempersembahkan hasil karya ke peringkat kebangsaan;
3.3 Mempertingkatkan kemahiran pemikiran kreatif;
3.4 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni visual
darI golongan murid sekolah seluruh negara;
3.5 Menanam semangat cintakan negara dalam diri setiap murid; dan
3.6 Menambah jumlah pengiat seni visual di Malaysia.

1
4. MOD PROGRAM

4.1 Pertandingan Peringkat Negeri.


4.2 Pertandingan terbahagi kepada DUA KATEGORI:
4.2.1 Kategori A : Sekolah Rendah (Murid berumur 9 hingga 12 tahun)
4.2.2 Kategori B : Sekolah Menengah (Murid berumur 13 hingga
18 tahun)
4.3 Pertandingan secara berperingkat; pemilihan karya seni visual ke
peringkat negeri melalui pemilihan di peringkat daerah.
4.4 3 karya seni visual dari kategori A dan B yang terpilih mewakili PPD
masing-masing akan dihantar ke Unit Pembangunan Bakat Murid JPN
untuk dinilai oleh panel hakim yang dilantik.

5. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun
3 hingga Tahun 6) dan semua murid sekolah menengah (Ting.
Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
5.2 Kategori A : Sekolah Rendah
(Terbuka kepada murid berumur 9 hingga 12 tahun)
5.2.1 Sebanyak 30 penyertaan murid dari 10 PPD di peringkat
negeri.
5.3 Kategori B : Sekolah Menengah
(Terbuka kepada murid berumur 13 hingga 18 tahun)
5.3.1 Sebanyak 30 penyertaan murid dari 10 PPD di peringkat negeri
5.3.2 3 yang mewakili bahagian boleh terdiri dari sekolah yang berbeza
ataupun sama.
6. FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan


sekolah bantuan kerajaan.
6.2 Penyertaan murid adalah secara individu.
6.3 Penyertaan terbahagi kepada DUA KATEGORI :
6.3.1 Kategori A : Sekolah Rendah
(Terbuka kepada murid berumur 9 hingga 12 tahun)
6.3.2 Kategori B : Sekolah Menengah
(Terbuka kepada murid berumur 13 hingga 18 tahun)

Kategori A : Sekolah Rendah

Jenis Karya Lukisan Ilustrasi

Media Kering contoh pensil, pensil warna, pen teknikal,


Bahan
pen marker, pastel dan lain-lain media kering

Saiz Karya Kertas Lukisan A3 sahaja (11.69 cm x 16.54 cm)

Tema Adiwiraku

Kategori B : Sekolah Menengah

Jenis Karya Catan/Media Campuran

Campuran Media Kering & Basah contoh cat air, cat


Bahan akrilik, cat minyak dan cat poster, pensil, pensil warna,
pen teknikal, pen marker, pastel dan lain-lain media
yang bersesuaian dan mudah bagi proses
penghantaran

Kertas Lukisan atau Kanvas bersaiz maksima A2 (42.0


Saiz Karya
cm x 59.4 cm) atau minima A3 (11.69 cm x 16.54 cm)

Tema #KitaJagaKita

6.4 Media cetakan digital TIDAK DIBENARKAN sama sekali bagi kedua-
dua kategori.

6.5 Hasil karya murid perlu dihantar kepada PPD dan hanya karya yang
menang sahaja akan dibingkaikan dan diuruskan oleh PPD masing –
masing.

6.6 Hanya 3 karya pemenang sahaja perlu dihantar ke JPN mengikut


spesifikasi yang ditetapkan.
6.7 Hasil karya murid perlu dibingkai menggunakan rangka berwarna
hitam dan bercermin perspek.
6.7.1 Rangka hitam itu TIDAK DIBENARKAN BERCORAK.
6.7.2 Peserta diminta menyediakan PERSIAPAN ASAS SEPERTI
HOOK/PENYANGKUT ATAU TALI PADA BELAKANG KARYA
bagi memudahkan urusan pengantungan karya ketika pameran.
6.8 Borang penyertaan (Borang A), perlu dimasukkan ke dalam
sampul surat untuk dihantar bersama karya lukisan murid.
6.9 Semua hasil karya akan menjadi hak milik pihak penganjur.
6.10 Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan
publisiti, promosi, percetakan dan terbitan.
6.11 Hasil karya hendaklah mematuhi syarat-syarat penyertaan
dan penyertaan yang tidak mematuhi syarat akan dibatalkan.
7. JANGKA MASA

PERKARA JULAI OGOS SEPTEMBER

Hebahan kepada semua 10 Julai


PPD 2021
Cadangan Tarikh akhir
12 Ogos
penghantaran karya ke
2021
PPD
Cadangan Tarikh akhir
penghantaran karya ke 15
Ogos
JPN / Penilaian
2021
Peringkat
Negeri

Tarikh akhir
25
penghantaran karya Ogos
dari JPN ke KPM 2021

Apresiasi dan Pameran 6 – 29

Seni Visual KPM September


Kebangsaan 2021
15
Penjurian Seni Visual
September
Peringkat Kebangsaan
2021
20
Majlis Perasmian Majlis
September
Aprisiasi Seni KPM
2021
8. PEMARKAHAN
Markah Keseluruhan = 100 markah
ASPEK PENILAIAN
Gubahan Komposisi 30 markah
Kreativiti 30 markah
Interpretasi 20 markah
Kekemasan Karya 10 markah
Keaslian 10 markah

9. PENGHAKIMAN
9.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan dari Unit Pembangunan
Bakat Murid JPN
9.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

10. HADIAH / SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil
4 10 Saguhati Hadiah berupa sijil
Borang A

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT
KEBANGSAAN 2021

JABATAN PENDIDIKAN
1
DAERAH
o SEKOLAH RENDAH
2 KATEGORI
o SEKOLAH MENENGAH
3 NAMA PESERTA

4 MYKID/MYKAD PESERTA

5 NAMA IBU/BAPA/PENJAGA
NO. TELEFON
6
IBU/BAPA/PENJAGA

7 NAMA SEKOLAH

8 NAMA GURU PENASIHAT

9 NO. TELEFON GURU

10 TAJUK KARYA

MEDIA/BAHAN YANG
11
DIGUNAKAN

12 SAIZ KARYA

KETERANGAN KARYA
13 (dalam 100 patah
perkataan)

 Peserta perlu melengkapkan semua maklumat dalam Borang A


dalam Bahasa Melayu dikecualikan tajuk karya sahaja.
 Pastikan nombor telefon yang diberi adalah nombor yang boleh dihubungi.

Anda mungkin juga menyukai