Anda di halaman 1dari 6

No.

Rujukan : PSV 001/2022

SK CHENGAL LEMPONG
26100 KUANTAN, PAHANG

Kertas Cadangan :
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER
SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
PERINGKAT SEKOLAH

Anjuran :
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK CHENGAL LEMPONG

Tarikh Program :
25 MEI 2022

Hari:
RABU

Kaedah Pelaksanaan :
KELAS MASING - MASING
No. Rujukan : PSV 001/2022

1. Pengenalan Program
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya. Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi
dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan rekabentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan
ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Setiap murid
mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan
intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang.

2. Objektif:

2.1 Mengetahui bahawa seni merupakan salah satu cabang keusahawanan.


2.2 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan.
2.3 Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
2.4 Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
2.5 Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.
2.6 Menarik minat murid dalam bidang keusahawanan.

3. Kumpulan Sasar
Murid tahap 1 dan 2, SK. Chengal Lempong
No. Rujukan : PSV 001/2022

4. Butiran Pelaksanaan Program

Tentatif program adalah seperti berikut :-

TARIKH AKTIVITI

25 MEI 2022 Pertandingan Mewarna


 Tahun 1
 Tahun 2
 Tahun 3
TEMPAT : KELAS MASING-MASING
MASA : 7.30 am hingga 10.00 am

************************

Pertandingan Melukis Poster


( TEMA: “Suasana Hari Raya Aidilfitri”)
 Tahun 4
 Tahun 5
 Tahun 6
TEMPAT : KELAS MASING-MASING
MASA : 7.30 am hingga 10.00 am

***********************

MAKLUMAT TAMBAHAN
 Pemilihan pemenang oleh guru mata pelajaran.
 Tiga pemenang akan dipilih dari setiap kelas.
 Hadiah akan diedarkan melalui guru matapelajaran.
 Gambar semasa aktiviti mewarna/melukis poster
perlu dihantar ke telegram panitia PSV untuk
dokumentasi.
No. Rujukan : PSV 001/2022

5. Jawatankuasa Kerja

JAWATANKUASA INDUK :

Pengerusi : En. Jantan Bin Yasin (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn. Rusmawati Bt Arman (GPK Hal Ehwal Murid)

En. Azizi Bin Ibrahim (GPK Pentadbiran)

En. Khairuddin Bin Man (GPK Kokurikulum)

Penyelaras Program : Pn. Hajijah Bt. Mostapa ( KP PSV )

JAWATANKUASA KERJA :

BIL. TUGASAN GURU TUGASAN

1 KERTAS CADANGAN KP Panitia PSV  Memastikan kertas cadangan


PROGRAM Hajijah Bt. Mostapa dibuat mengikut ketetapan.

2 PROGRAM TAHAP 1 Panitia Seni Visual  Menyediakan bahan untuk


 Mewarna gambar Guru subjek PSV tahap 1 diambil oleh guru kelas.
(Tahun 1, 2 & 3) (kertas A4 bercetak)
 Mendapatkan pemenang (3
terbaik setiap kelas)
 Menghantar nama pemenang
kepada Ketua Panitia PSV

3 PROGRAM TAHAP 2 Panitia Seni Visual  Menyediakan bahan untuk


 Melukis poster Guru subjek PSV tahap 2 diambil oleh guru kelas.(Kertas
(Tahun 4, 5 & 6) lukisan).
 Mendapatkan pemenang (3
terbaik setiap kelas)
 Menghantar nama pemenang
kepada Ketua Panitia PSV

4. PENGAGIHAN HADIAH Guru mata pelajaran PSV  Memastikan hadiah mencukupi


untuk diedarkan kepada
pemenang
No. Rujukan : PSV 001/2022

6. Implikasi Kewangan
6.1 Sumber Kewangan : Yuran khas sekolah (Program lukisan/kerja
tangan/kraftangan)
6.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan
Rujuk LAMPIRAN 1

Keterangan hadiah :
 Pertandingan mewarna dan melukis poster – RM10.00(Pensil warna dan alatulis)
 3 pemenang setiap kelas ( Tahap 1 dan 2) - 63 pemenang

7. Ulasan JPN / PPD (sekiranya perlu)


Tiada

8. Penutup
Diharapkan aktiviti mewarna dan melukis poster ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti seumpama ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan
dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………............ ……………………………..
Hajijah Binti Mostapa Azizi Bin Ibrahim
Ketua Panitia PSV, Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Chengal Lempong SK Chengal Lempong
17 MEI 2022
No. Rujukan : PSV 001/2022

KERTAS CADANGAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

PROGRAM MEWARNA DAN MELUKIS POSTER SUASANA HARI RAYA TAHUN 2022
PERINGKAT SEKOLAH

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Pertandingan mewarna dan melukis


poster Peringkat Sekolah.

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Program Pertandingan mewarna dan


melukis poster Peringkat Sekolah.
.

Ulasan :
…………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….

JANTAN BIN YASIN


Guru Besar
SK Chengal Lempong

Anda mungkin juga menyukai