Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF - MENULIS CERPEN 2022

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN


PENULISAN KREATIF –
MENULIS CERPEN
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2022

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS CERPEN 2022

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Mengarang Sajak adalah salah satu aktiviti anjuran Unit


Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
(JPNS) dengan kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan
dilaksanakan secara dalam talian.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk
berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif
melalui penulisan cerpen mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa


Melayu.

2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis


dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni
dan kreatif.

2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan Bahasa Melayu.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan


Daerah (PPD). Hanya tiga (3) esei terbaik pada peringkat daerah akan
bertanding ke peringkat negeri.

3.2 Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) Sarawak bersama PPD Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS CERPEN 2022

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

5.2 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu cerpen sahaja.

5.3 Setiap cerpen mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang
penyertaan yang tidak lengkap.

5.4 Cerpen mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya
plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

5.5 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyentuh


sensitiviti bangsa/kaum dan agama mana-mana pihak.

5.6 Tema bagi setiap kategori pada peringkat negeri adalah seperti berikut:

5.6.1 Sekolah Rendah: Pengalaman Covid-19


5.6.2 Sekolah Menengah Rendah: Cabaran Era Digital
5.6.3 Sekolah Menengah Atas: Hikmah Pandemik
5.6.3 Tingkatan 6: Keluarga Malaysia

Tema untuk peringkat daerah ditentukan oleh pihak PPD sama ada
mengikut tema peringkat negeri atau sebaliknya. Tema tidak boleh
dijadikan tajuk cerpen.

5.7 Format penulisan cerpen:

5.7.1 Cerpen mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang


penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan.

5.7.2 Cerpen mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman,


bersaiz 14 dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja.

5.7.3 Cerpen yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk portable
document format (pdf) kepada pihak penganjur mengikut kaedah
yang telah ditetapkan.
3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS CERPEN 2022

5.7.4 Had perkataan mengikut kategori pertandingan:


i. Sekolah rendah : 250 hingga 350 patah perkataan
ii. Sekolah menengah rendah : 400 hingga 500 patah perkataan
iii. Sekolah menengah atas : 750 hingga 1,000 patah perkataan
iv. Tingkatan enam : 1,000 hingga 1,300 patah

5.8 Penyuntingan cerpen adalah tidak dibenarkan di semua peringkat


pertandingan setelah dihantar.

5.9 Setiap cerpen yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan cerpen-cerpen
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.

5.12 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 ASPEK PEMARKAHAN

6.1 Butiran penilaian adalah seperti berikut:

6.1.1 Isi Kandungan 50 markah


6.1.2 Bahasa 50 markah
Jumlah 100 markah

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Peringkat daerah dan negeri dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk
ketua hakim.

7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

7.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

7.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep JPN.

7.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS CERPEN 2022

8.0 HADIAH PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Hadiah dan sijil pencapaian


Naib Johan : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Ketiga : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Keempat : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Kelima : Hadiah dan sijil pencapaian

Semua peserta peringkat negeri akan menerima sijil penyertaan peringkat negeri.

9.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh Mula Pendaftaran : 27 Jun 2022

Tarikh Tutup Pendaftaran : 30 Jun 2022

Tempat : Secara dalam talian

PPD Pengelola : Pejabat Pendidikan Daerah Meradong (SR)

Pejabat Pendidikan Daerah Kapit


(SM Rendah & Atas)

Pejabat Pendidikan Daerah Dalat (T.6)

10.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 AM

11.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS CERPEN 2022

11.2 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2022.

11.3 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.

11.4 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages Jabatan


Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku JPN Sarawak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

SHARIFAH ZAHARAH BINTI WAN BUJANG


Penolong Pengarah (Koakademik BM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670/013-8292969

JOYCE WELLA SIAW


Pegawai Teknikal Negeri Menulis Cerpen BM
014-8949023

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS CERPEN 2022

Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF-MENULIS CERPEN


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

KATEGORI PERTANDINGAN (tandakan √ pada satu petak sahaja)


 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS
 KATEGORI TINGKATAN 6
PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK KARYA
MAKLUMAT MURID
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN/ TINGKATAN
KAUM
JANTINA
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON

Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

__________________________
(Tandatangan Guru Pembimbing) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar/Pengetua: ________________________ Cap rasmi sekolah:

7
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS CERPEN 2022

Lampiran 2

PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF-MENULIS CERPEN


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya _____________________________________________(Ibu/Bapa/Penjaga) No.


Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak jagaan saya
__________________________________________________ No. Kad Pengenalan
_________________________________ menyertai PERTANDINGAN PENULISAN
KREATIF-MENULIS CERPEN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan: __________________________________

(Ibu/Bapa/ Penjaga)

Tarikh: _______________________________________

8
CONTOH BORANG MARKAH
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF - MENULIS CERPEN
BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022
Kategori : SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6

ISI KANDUNGAN (50 MARKAH) BAHASA (50 MARKAH)


PESERTA JUMLAH
KETEPATAN PERSOALAN PLOT WATAK TEKNIK SUDUT GAYA KEINDAHAN INOVASI & MARKAH
TEMA (10) (10) PERWATAKAN PENULISAN PANDANGAN BAHASA BAHASA KREATIVITI
(10) (10) (5) (5) MENARIK (15) PENGOLAHAN
(25) CERPEN (100)
(10)

___________________________________ ____________________________ ________________


Nama Hakim Tandatangan Hakim Tarikh

Anda mungkin juga menyukai