Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

JOHOR STEM ONLINE CHALLENGE 2021

PERTANDINGAN PETA i -THINK SAINS


( SEKOLAH RENDAH )

Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid


Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 29


PERTANDINGAN PETA i-THINK SAINS
SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN

Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan


Negeri Johor (JPNJ) telah merancang pelaksanaan pertandingan kokurikulum
akademik Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan (STEM) sepanjang tempoh
pelaksanaan Fasa Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan pertandingan kokurikulum
akademik STEM ini merupakan usaha JPNJ dan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian, KPM bagi memastikan Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM,
Kementerian Pendidikan Malaysia dapat terus dilaksanakan walaupun dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Usaha melaksanakan pertandingan kokurikulum akademik STEM bertujuan


merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif
Pengukuhan Pendidikan STEM, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan mereka
cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan
mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu
merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Pertandingan-pertandingan dalam Johor STEM Online Challenge 2021 ini


berfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan peserta.
Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat
dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar secara dalam
talian untuk dinilai di peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat
kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid menyampaikan idea atau informasi
dengan integrasi pengetahuan Sains dan kemahiran Teknologi Maklumat

2.2 Melatih murid-murid agar mereka mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran


dan nilai STEM secara kreatif dan kritis.

2.3 Membentuk nilai-nilai murni, menghormati diri sendiri, orang lain dan
persekitaran yang dikongsi bersama.

2.4 Membangunkan minda dan sifat ingin tahu sekaligus meningkatkan minat
murid dalam bidang STEM.

Kertas Konsep Johor STEM Online Challenge 2021 I 2


3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah ( Tahun 4


hingga Tahun 6 sahaja ) yang belajar di sekolah rendah bantuan kerajaan
persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan
menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar
jemputan dan segala kos pertandingan ditanggung oleh sekolah tersebut.

3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

3.3 Tiada had penyertaan bagi setiap sekolah.

3.4 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar SATU (1) penyertaan sahaja
bagi pertandingan ini.

3.5 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih
dahulu dan segala proses perlu berada di bawah pemantauan mereka.

3.6 Borang pendaftaran tidak disediakan oleh penganjur. Peserta hanya perlu
menghantar hasil karya masing-masing melalui borang penyertaan secara
dalam talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

3.7 Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan.


Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur

Hasil karya murid hendaklah dihantar melalui pautan google forms


penyertaan yang tertera pada poster hebahan.

3.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.

3.9 Setiap hasil projek murid yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada
peserta dan Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Pendidikan
Negeri Johor berhak untuk mencetak atau menerbitkan hasil projek yang
memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta tetap
menjadi hak milik peserta.

3.10 Sijil penyertaan bertaraf peringkat negeri disediakan kepada setiap


peserta pertandingan yang menepati syarat-syarat pertandingan.

Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan butiran yang diisi pada
borang penyertaan yang dibuat secara dalam talian.

Kertas Konsep Johor STEM Online Challenge 2021 I 3


4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Terbuka hanya kepada murid tahun 4 hingga 6 sahaja.

4.2 Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang


maklumat sains dan melalui pemilihan penghasilan Peta i-Think secara
digital yang tepat

4.3 Membina Peta i-Think Sains berdasarkan topik-topik Sains yang


terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
KSSR dan KSSR SEMAKAN bermula Tahun 1 hingga Tahun 6
4.4 Penghasilan Peta i-Think boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris. Tidak dibenarkan dalam dwibahasa
4.5 Penghasilan Peta i-Think boleh dibina secara bebas dalam satu
mukasurat bersaiz A4 samada potret atau landskap dengan
menggunakan mana-mana perisian yang sesuai dan disimpan dalam
pilihan format JPEG / PNG / PDF.
4.6 Hanya dibenarkan satu peta i Think pada satu mukasurat yang
dihasilkan
4.7 Peta i-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak atau
diplagiat dari internet atau lain-lain sumber. Pihak urus setia berhak
membatalkan penyertaan sekiranya terdapat unsur unsur tersebut
4.8 Peta i-Think hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan
dimaklumkan dalam poster hebahan pertandingan.

5.0 KRITERIA PEMARKAHAN

5.1 Penilaian adalah berdasarkan;


(i) kandungan isi dan fakta - 40 markah
(ii) keaslian - 20 markah
(iii) penggunaan peta minda dan grafik - 20 markah
(iv) susun atur, susunan grafik dan ejaan- 10 markah
(v) kreativiti - 10 markah
JUMLAH: 100 markah

5.2 Fokus STEM: Sains

5.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Markah peserta adalah


sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan.

Kertas Konsep Johor STEM Online Challenge 2021 I 4


6.0 Proses penjurian

6.1 Peringkat Pertama:


Tapisan mengikut Penganjur
Penghantaran hasil karya disahkan / disemak oleh pihak urus setia untuk
memastikan bahawa penyertaan memenuhi syarat penyertaan dan syarat
pertandingan.

6.2 Peringkat Kedua:


Penilaian di peringkat daerah
Penyertaan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim mengikut daerah /PPD
masing-masing . Panel hakim akan menilai dan memilih tiga hasil karya terbaik
yang mewakili setiap daerah untuk mara ke peringkat negeri.

6.3 Peringkat ketiga :


Penilaian di peringkat negeri
Panel hakim membuat penilaian bagi semua hasil karya yang mewakili setiap
daerah/PPD dan menentukan pemenang pertandingan ini. Johan bagi
pertandingan akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.

7.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi dan sijil pencapaian


Naib Johan : Trofi dan sijil pencapaian
Ketiga : Trofi dan sijil pencapaian
Keempat : Trofi dan sijil pencapaian
Kelima : Trofi dan sijil pencapaian

Kelayakan bagi sijil penyertaan :

Peringkat negeri : Markah melebihi 40 peratus

Peringkat daerah : Markah antara 20 hingga 30 peratus

Tiada sijil : Markah kurang daripada 20 peratus

Kertas Konsep Johor STEM Online Challenge 2021 I 5

Anda mungkin juga menyukai