Anda di halaman 1dari 4

STEM ONLINE CHALLENGE 2021

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Pendahuluan

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah merancang pelaksanaan pertandingan kokurikulum akademik Sains, Matematik,
Teknologi dan Kejuruteraan (STEM) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Covid-19. Pelaksanaan pertandingan kokurikulum akademik STEM ini
merupakan usaha BSKK, KPM bagi memastikan Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM,
Kementerian Pendidikan Malaysia dapat terus dilaksanakan walaupun dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Usaha melaksanakan pertandingan kokurikulum akademik STEM bertujuan merealisasikan


salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Pengukuhan Pendidikan
STEM, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik,
menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang
baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan
konteks dunia sebenar.

Pertandingan-pertandingan dalam STEM Online Challenge 2021 ini berfokuskan


perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan peserta. Dalam
pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan
keupayaan mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar secara dalam talian
kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk dinilai di peringkat negeri sebelum
dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Pelaksanaan STEM Online Challenge 2021 adalah
berkonsepkan dalam talian di samping mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang STEM
dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menghasilkan projek atau
menjawab soalan-soalan olimpiad dalam pertandingan-pertandingan yang disediakan.
1.1 Pertandingan Sekolah Rendah
a. Peta i-Think Sains
b. Poster Digital
c. Bercerita STEM
d. Mathematics Online Quiz Competition

1.2 Pertandingan Sekolah Menengah


a. Infografik STEM
b. Eco-Friendly Tote Bag
c. Persembahan STEM
d. Video Digital (Kejuruteraan dan Teknologi)
e. Physics Online Quiz Competition

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 1


2.0 Syarat-syarat Pertandingan Sekolah Rendah

2.3 Pertandingan Bercerita STEM

2.3.1 Terbuka kepada murid tahun 4 hingga 6 sahaja.

2.3.2 Fokus pertandingan ialah meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam


bahasa Melayu dan menyampaikan fakta-fakta sains dalam bentuk
penceritaan.

2.3.3 Tema cerita berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


(DSKP) Sains Sekolah Rendah.

2.3.4 Persembahan hendaklah dirakam dan divideokan dalam tempoh 3 - 4 minit.

2.3.5 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.

2.3.6 Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan
dalam hebahan pertandingan peringkat negeri.

2.3.7 Penilaian adalah berdasarkan;

(i) Isi fakta Sains dan pengolahan - 40 markah


(ii) Persembahan - 20 markah
(iii) Bahasa dan pertuturan - 20 markah
(iv) Kreativiti - 10 markah
(v) Pakaian - 10 markah

2.3.8 Fokus STEM: Sains

4.0 Syarat-Syarat Tambahan


4.1 Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan.
Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur.

4.2 Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh dan digunakan dalam hasil
projek murid.

4.3 Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta.

4.4 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.
4.5 Setiap hasil projek murid yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada
peserta dan Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk mencetak atau
menerbitkan hasil projek yang memenangi pertandingan ini. Walau
bagaimanapun, hak cipta tetap menjadi hak milik peserta.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 2


4.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Markah peserta adalah sulit dan
sebarang aduan tidak akan dilayan.

5.0 Rumusan Penyertaan (Sekolah Rendah)

Bil Pertandingan Penyertaan Bidang


1 Peta i-Think Sains Tahun 4 hingga 6 Sains

2 Poster Digital Tahun 4 hingga 6 Sains


Sains, Teknologi,
3 Bercerita STEM Tahun 4 hingga 6 Kejuruteraan dan
Matematik
4 Mathematics Online Quiz Competition Tahun 4 hingga 6 Matematik

6.0 Garis Masa Pelaksanaan STEM Online Challenge 2021


Berikut adalah garis masa pengurusan pertandingan peringkat negeri dan
kebangsaan.

15 Oktober Tarikh akhir pelaksanaan pertandingan STEM Online Challenge


2021 Peringkat Negeri 2021

15 Tarikh akhir penghantaran keputusan pertandingan peringkat


November negeri kepada pengelola STEM Online Challenge Peringkat
2021 Kebangsaan 2021

22 -24
Penjurian pertandingan STEM Online Challenge Peringkat
November Kebangsaan 2021
2021

7.0 Hadiah Pertandingan

7.1 Setiap peserta layak menerima sijil penyertaan secara digital mengikut
peringkat penyertaan murid. Sijil penyertaan STEM Online Challenge
Peringkat Negeri 2021 akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing dan sijil penyertaan STEM Online Challenge Peringkat
Kebangsaan 2021 akan dikeluarkan oleh BSKK, KPM.

7.2 Pemenang tempat pertama hingga ke-5 bagi setiap pertandingan dalam
STEM Online Challenge 2021 akan menerima sebuah trofi beserta sijil
pencapaian mengikut peringkat pencapaian murid.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 3


Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 4

Anda mungkin juga menyukai