Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

KARNIVAL STEM 2021


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGKAT NEGERI JOHOR

PERTANDINGAN
FOTOGRAFI ALAM SEMULA JADI
SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


Kementerian Pendidikan Malaysia

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 12


PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENDAHULUAN:

Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi adalah pertandingan yang dilaksanakan


dalam Karnival STEM, Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi dilaksanakan untuk meningkatkan


minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
melalui pemerhatian terhadap alam semulajadi. Pertandingan ini juga mampu
mencungkil kreativti dan penerokaan melalui penceritaan bergambar. Disamping itu,
pertandingan ini juga diharap dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dengan menterjemahkan keunikan alam semulajadi dalam bentuk
fotografi.

2.0 OBJEKTIF:

2.1 Mengembangkan bakat dan minat murid dalam bidang fotografi dengan
menggunakan teknik serta medium yang betul bagi menghasilkan foto alam
semulajadi yang bermakna.

2.2 Merangsang minat, rasa ingin tahu, dan keinginan murid untuk meneroka
konsep dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
melalui pemerhatian terhadap alam semulajadi.

2.3. Menggunakan rakaman gambar sebagai satu kaedah pemerhatian dalam


memahami keunikan alam semulajadi.

2.4. Mengukuhkan pengetahuan peserta dalam bilik darjah melalui pemerhatian


terhadap alam semulajadi.

2.5. Mengembangkan potensi kreatif murid terhadap kepentingan menghargai alam


semulajadi.

3.0 TEMA: KEHIDUPAN DAN ALAM SEMULAJADI

Alam semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi dan kitaran fizikal yang
menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) serta
sistem biologi dan ekologi (Benda hidup yang saling berinteraksi).

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 13


4.0 SYARAT UMUM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah
menengah bantuan kerajaan persekutuan.

4.2 Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:


a. Kategori Sekolah Rendah (Murid tahun 4, 5 dan 6).
b. Kategori Sekolah Menengah Rendah (Murid tingkatan 1, 2 dan 3)

4.3 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

4.4 Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya dengan


alam semula jadi dalam gambar yang diambil.

4.5 Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak
pernah menyertai mana-mana pertandingan.

4.6 Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang


perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman
gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick photographs’, dan gambar
yang dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.

4.7 Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati hasil
karya adalah tidak asli atau diambil dari mana-mana sumber.

4.8 Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR) atau
kamera telefon bimbit.

4.9 Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan
Malaysia dan pihak KPM berhak menggunakan gambar-gambar ini bagi
tujuan pendidikan.

4.10 Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan berkaitan dengan


subjek di dalam gambar.

4.11 Karya fotografi mestilah disertakan dengan penerangan ringkas berhubung


dengan tujuan, teknik dan mesej sains dalam gambar berkenaan dan dihantar
melalui ‘google form’ yang disediakan oleh pihak penganjur.

4.12 Tarikh akhir penyertaan ialah sebelum atau pada 15 Ogos 2021

4.13 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang
tertera pada sijil berdasarkan butiran dalam borang pendaftaran dalam talian.

4.14 Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 14


5.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1 Peringkat Pertama:


Tapisan mengikut Penganjur

Penghantaran karya fotografi akan disahkan / diperiksa oleh pihak


penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat
penyertaan dan prosedur pendaftaran.

5.2 Peringkat kedua:


Menilai penghasilan karya fotografi mengikut daerah masing – masing.
Penghantaran karya fotografi yang diterima akan dinilai oleh panel hakim.
Panel hakim akan menilai dan memilih karya fotografi yang memenuhi
elemen penilaian.

5.3 Peringkat ketiga :


Menilai penghasilan karya fotografi peringat negeri.
Menghantar 5 terbaik dari setiap daerah mengikut kategori untuk dinilai dan
memilih karya fotografi yang memenuhi elemen penilaian.

6.0 PROSES MENILAI PERINGKAT NEGERI

6.1 Saringan dan penilaian karya fotografi akan dilaksanakan oleh pengelola
peringkat negeri.

6.2 Semua penghasilan karya fotografi akan di verifikasi oleh pihak penganjur
untuk memastikan bahawa penghasilan karya memenuhi syarat penyertaan
dan prosedur pendaftaran.

6.3 Penghasilan karya yang diterima akan dinilai oleh panel hakim negeri yang
telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

6.4 Juri perlu dilantik dalam kalangan guru kelab fotografi atau pihak yang
mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi.

7.0 PELAKSANAAN PERINGKAT KEBANGSAAN (SECARA DALAM TALIAN


ATAU BERSEMUKA DENGAN KEBENARAN MKN DAN KPM)

7.1 Kaedah dalam talian


7.1.1 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menghantar gambar terbaik
dan penerangan ringkas mewakili negeri masing-masing kepada
pengelola kebangsaan melalui borang pendaftaran (‘google form’)
yang disediakan.

7.1.2 Penghantaran hendaklah mematuhi tarikh yang telah ditetapkan


oleh pengelola kebangsaan.

7.1.3 Pengelola kebangsaan akan menjemput hakim-hakim yang dipilih


untuk menjalankan proses penilaian

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 15


8.0 KRITERIA PENILAIAN
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (Instrumen dilampirkan):

a. Komposisi (30%)
Penghasilan foto mestilah mempunyai daya tarikan yang tersendiri dengan
mengambil kira segala aspek yang sepatutnya ada termasuk subjek, latar dan
perspektif yang bertepatan.

b. Kualiti (20%)
Penilaian kualiti berdasarkan fokus, ‘exposure’, kontras dan pencahayaan
yang bersesuaian .

c. Penyampaian (20%)
Hasil karya yang menyampaikan mesej yang jelas dan mudah difahami.

d. Penceritaan (20%)
Karya mestilah berdasarkan kepada keaslian yang memberi impak dan kefahaman
kepada sesiapa sahaja.

e. Mount of Frame (10%)


Kaedah penghasilan foto berdasarkan kepada keseimbangan keseluruhan karya.

9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN.


Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan: Pingat peserta dan sijil pencapaian


Naib Johan: Pingat peserta dan sijil pencapaian
Ketiga: Pingat peserta dan sijil pencapaian
Keempat: Pingat peserta dan sijil pencapaian
Kelima: Pingat peserta dan sijil pencapaian

10.0 PROSEDUR PENYERTAAN

10.1 Semua pendaftaran dan penyertaan peringkat negeri mesti dibuat melalui
borang pendaftaran secara dalam talian.
10.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.
10.3 Peserta diminta untuk menggunakan akaun emel moe untuk mengakses
borang dalam talian.
10.4 Pengelola peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak mana-
mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 16


BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI

Kriteria Markah Kod:


Bil
Pemarkahan maksima
Markah
1 Komposisi (30 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Daya tarikan 10
Kedudukan
10
Subjek
Latar 5

Perspektif 5
2 Kualiti (20 Markah) 1 2 3 4 5
Fokus 5

Exposure 5

Kontras 5

Pencahayaan 5
3 Penyampaian (20 Markah) 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20
Mesej 20
4 Penceritaan (20 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Impak 10

Keaslian 10
5 Persembahan (10 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Mount of Frame 10
JUMLAH 100
JUMLAH KESELURUHAN

Rumusan Hakim:
__________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim:

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 17

Anda mungkin juga menyukai